CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49830|Reply: 281

Plan Alam..

  [Copy link]
Post time 16-9-2007 02:03 AM | Show all posts |Read mode
......

[ Last edited by  highlander07 at 3-10-2007 09:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 03:46 AM | Show all posts
tak faham...

bincang psal alam ke?

green peace?
Reply

Use magic Report

silvermuse This user has been deleted
Post time 16-9-2007 01:56 PM | Show all posts
Aku berminat...rilek la..ko merajuk plak apsal
ok teruskan ngan perbincangan ni...

Try explain kenapa ko panggil 'Plan Alam'...kan ke semua plan ni ditulis oleh Allah..kenapa xpanggil 'Plan Allah'...ke ada banyak lagi plan yg aku xtau...mcm Plan JIn ke..Plan Syaitan ke...Plan Tumbuh-tumbuhan ke...
aku serius ni try explain...

n ble brief pasal secret organization ko ni...rahsia sgt....tp ko bangkitkan pasal isu ni...so lets discuss...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 03:45 PM | Show all posts
tuh nasib baik bukan kumpulan rock glamer dari barat SIMPLE PLAN........
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #4 GRINDSAKHTANIC's post

tuler....x paham tajuk thread ni la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 04:01 PM | Show all posts
aku tak tau lah nak cakap apa....tapi aku nak serius......

saya tak faham apa yang dikaji oleh si highlander nih sebenarnya (mengatakan dirinya dari orgnisasi atau kumpulan yang menamakan diri mereka "Ibnu Sina" ker hape..)

plan alam?maka sebelum Allah mencipta alam Nya,dia sememangnya plan dengan baik.dimana dia mahu meletakkan bintang,dimana di mahu meletakkan galaksi,dimana dia mahu meletakkan bumi,nibiru,pluto dan sebagainya.itu yang aku tahu.

maka,ada lagikkah penjelasan secara logik mengenai plan alam??atau si highlander nih mahu mengatakan bahawa ada tuhan lain yang mencipta alam ini??nonsense la kalau macam tuh.dia suruh kita berfikir macam tuhan,tapi berfikirkan anda sekalian semua,bahawa fikiran manusia mempunyai limit tertentu?hanya tuhan yang boleh berfikir seperti tuhan,dan manusia ialah manusia.tahap pemikiran manusia tidak akan menjangkau fikiran yang lebih advance.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2007 04:51 PM | Show all posts
highlander.....alfonso ka tok lombok???
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 05:12 PM | Show all posts

Reply #6 GRINDSAKHTANIC's post

aku tak tau lah nak cakap apa....tapi aku nak serius......

saya tak faham apa yang dikaji oleh si highlander nih sebenarnya (mengatakan dirinya dari orgnisasi atau kumpulan yang menamakan diri mereka "Ibnu Sina" ker hape..)

plan alam?maka sebelum Allah mencipta alam Nya,dia sememangnya plan dengan baik.dimana dia mahu meletakkan bintang,dimana di mahu meletakkan galaksi,dimana dia mahu meletakkan bumi,nibiru,pluto dan sebagainya.itu yang aku tahu.

maka,ada lagikkah penjelasan secara logik mengenai plan alam??atau si highlander nih mahu mengatakan bahawa ada tuhan lain yang mencipta alam ini??nonsense la kalau macam tuh.dia suruh kita berfikir macam tuhan,tapi berfikirkan anda sekalian semua,bahawa fikiran manusia mempunyai limit tertentu?hanya tuhan yang boleh berfikir seperti tuhan,dan manusia ialah manusia.tahap pemikiran manusia tidak akan menjangkau fikiran yang lebih advance.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hai smua,
Agaknya yg dimaksudkan plan alam oleh highlander ni lebih kurang, apa yg bakal terjadi pd alam ni lah kot & kena pastikan x lari dr tajuk @ plan, agaknya lahkan. sbb kata nya ada beberapa 'org' yg asyik mati & hidup balik & yg x mati2 utk meneruskan plan alam 2. Golongan jin yg dibenarkan hidup spai skrang (ikut teori dia) menjadi sebagai penasihat kpd pemerintah agar meneruskan plan alam. Mungkin kena ikut 1 skrip agaknya. Mungkin juga pemerintah Islam skrang ni dah lupa & dah x pandai nak buat solat mintak petunjuk cara2 memerintah negara sbb 2 nasihat jin & wali2 ghaib ni diperlukan (hilanglah mertabat manusia sbagai khalifah di muka bumi ini). Klau plan alam ni gagal plak mcmana ye. Sbb dia gak pernah kata beberapa jangkaan phenomena alam terjadi tp pd 1 skala kecil je. Benda ni ada efect x pd plan alam 2 ek? Wah! ni betul2 kena tanya highlander07 ni. Mudah2an ade jwban yg logik. Oklah kpd smua, kurangkanlah skit buat klakar 2, sakit perut ni dibuatnye.
sekian. Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 08:38 PM | Show all posts

Reply #9 highlander07's post

Assalamualaikum highlander07

Trimakasih diatas sedikit penjelasan.
Harap dpt teruskan dgn teratur agar tidak mendatangkan fitnah di lain masa.
Sy yakin sbnarnya anda ada mesej yg berguna. Samada ianya boleh ditrima @ tidak, bergantung pd penjelasan anda.

Harap dpt truskan.
Sekian. Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 08:46 PM | Show all posts

Sedikit ttg akal

Assalamualaikum smua,

Ini sdikit info berkaitan akal.
Jom kita renung jap...

Apa Dia Akal? - 

Dalam bahasa umum akal itu dipanggil otak, disamakan dengan otak. Sebenarnya akal itu bukan otak. Kalau akal itu otak bererti semua makhluk berkaki di dunia ini mempunyai akal. Kalau begitu semua makhluk mesti cerdik dan pintar. Tetapi nampaknya bukan semua makhluk di dunia ini cerdik dan pintar. Kepintaran dan kecerdikan ternyata hanya milik manusia. Meskipun mereka (makhluk lain) ada otak, tetapi tetap juga tidak berakal dan boleh ditipu-tipu. Mereka tidak boleh mengatasi kecerdikan manusia.

Itu menunjukkan akal itu bukan otak dan otak itu bukan akal. Akal hanya ada kepada manusia sahaja, tetapi tidak ada kepada makhluk-makhluk lain.

Otak itu hanya sebahagian daripada organ dalam tubuh sesuatu makhluk. Ia terletak di bahagian atas dalam kepala. Fungsinya ialah untuk menerima (mengkaji/bertindak) ke atas sesuatu rangsangan daripada pancaindera, hati, mata, hidung, telinga dan lain-lain.

Kegunaan dan fungsi otak terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera-pancaindera itu (manusia) sahaja. Dalam erti kata lain, otak hanya boleh menterjemahkan apa yang sudah wujud dan nyata sahaja. Tetapi tidak boleh memikirkan (ma'rifat) tentang sesuatu kejadian disebalik (maujud) itu.

Lain dengan akal. Kegunaan dan fungsi akal lebih luas dari itu. Akal bukan cuma boleh menerima dan memikir terhadap apa yang maujud, tetapi juga boleh menyelami apa yang belum wujud. Akal boleh menjangkau ke alam-alam ghaib kerana ia mempunyai hubungan (sentuhan) langsung dengan Allah. Keadaan ini tidak berlaku kepada otak. Satu persoalan lagi kalau otak itu akal, akal itu otak, ini bermakna semua makhluk di dunia ini mempunyai tahap kedudukan, kecerdikan dan kepintaran yang sama. Ini bermakna semua isi alam ini berada dalam darjat yang sama! Tetapi hakikatnya tidak begitu, yang diakui sebagai sebaik-baik kejadian hanya manusia.

FirmanNya.......

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk (kejadian) yang sebaik-baiknya."

                                                          Al Tin 4

Akal tetap akal. Dalam Al-Quran ditafsirkan akal itu sesuatu yang sangat berguna kepada manusia.

FirmanNya.......

"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran."

                                                        Az Zumar 9

Dan secara tidak langsung akal inilah yang membezakan di antara manusia dengan makhluk lain. Gunanya untuk menilai dan merenung setiap kejadian Allah, untuk dijadikan i'tibar dalam kehidupan. Allah menyebut makhluk ini dijadikan untuk manusia yang mempunyai akal.

Sementara dalam firmanNya yang lain Allah menegaskan......

"Agama hanya bagi (berlaku) orang yang berakal."

Penegasan itu jelas menunjukkan darjat akal itu begitu tinggi sekali. Kedudukannya sungguh mulia, kerana ia menjadi sempadan dan batu tanda (farak) kemuliaan dan perbezaan manusia dengan makhluk.

Kalau akal itu bukan otak, jadi apakah yang dikatakan akal itu? Kalau kita kembali kepada hakikat manusia seperti mana yang diterangkan Allah, bahawa manusia itu memiliki rohNya yang bersifat atau samakan dari Nur Muhammad, maka jelas kepada kita apakah akal itu. Akal itu ialah Nur Muhammad sendiri. Nur Muhammad adalah merupakan satu zat Allah yang menjadikan manusia mulia.

Di sini boleh disimpulkan, akal itu ialah Nur Muhammad yang merupakan manifestasi (tajalli) dari Zat Allah di mana Nur Muhammad inilah juga akhirnya digunakan untuk mengenali dirinya sendiri. Justeru itu hanya manusia sahaja dituntut agar mengenali dirinya dan ma'rifat dengan Tuhannya kerana ia mempunyai roh Allah ataupun Nur Muhammad.

Firman Allah Ta'ala.......

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadian dan telah meniupkan ke dalam rohnya (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan sujud."

Dan FirmanNya lagi.......

"Kemudian dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan) Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."

Allah tidak tiupkan rohNya ke dalam tubuh Malaikat atai haiwan seperti mana Dia lakukan ke atas manusia, walaupun Malaikat merupakan makhluk yang tinggi darjatnya di sisi Allah. Allah menjadikan Malaikat daripada cahaya (Nur) dan tidak ditiupkan rohNya ke dalam tubuh Malaikat.

Justeru kerana kemuliaan atau kerana memiliki rahsia itulah maka Allah hanya mengezetkan manusia sahaja diminta menjadi khalifah dan memimpin dunia ini dan juga diperintah mengerjakan amal ibadat.

Firman Allah Ta'ala.......

"Dan dirikan solat, tunaikan zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk."

                                                      Al Baqarah 43

Khalifah yang dimaksudkan Allah bukan sahaja setakat menjadi pemimpin kepada dunia atau memimpin sesama manusia sebaliknya memimpin dirinya sendiri untuk mengenali Allah. Dan sesungguhnya bagi makhluk yang berakal (yang mempunyai Nur Muhammad) sahaja akan dapat berjumpa (ma'rifat) dengan dirinya.

Berkaitan dengan hal ini tidak diragui lagi bahawa kemuliaan, kebesaran dan ketinggian manusia itu terbukti apabila manusia dengan berani sanggup memikul dan menjaga rahsia Allah.

Firman Allah Ta'ala.......

"Sesungguhnya Kamu kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka semuanya enggan memikulnya dan khuatir akan mengkhianati dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada) sanggup memikulnya."

                                                        Al Ahzab 72

Kesanggupan dan kerelaan manusia itu tidak lain dan tidak bukan kerana ia tahu siapa dirinya yang tidak perlu merasa takut ataupun gentar menerima rahsia dan amanah itu seperti mana yang dirasai oleh makhluk lain.

Rahsia atau amanah itu juga merupakan mahkota Allah S.W.T kepada manusia untuk membolehkan ia dinobat menjadi pemimpin dunia dan juga menyebabkan Iblis diperintahkan tunduk kepadanya.

Jadi di sini jelaslah kepada kita apakah akal itu? Hanya akal (Nur Muhammad) inilah yang membezakan kita dengan makhluk lain. Namun begitu bukan bermakna setiap manusia yang berakal itu tahu secara automatic hakikat dirinya dan kemuliaannya. Jika mereka tidak mempergunakan akal dengan sebaik-baiknya, mereka juga buta dalam soal ini. Kedudukan mereka sama juga dengan taraf orang yang tidak tahu kemuliaannya. Kedudukannya sama sahaja dengan makhluk yang tidak mempunyai akal ataupun dengan orang yang ada akal tetapi tidak menggunakan akal, ataupun sama sahaja dengan orang yang hilang akal!

Sementara sejauh mana akal itu akan berfungsi ataupun tidak, ia bergantung terus kepada diri pemiliknya. Kalau ia berusaha menggunakannya maka akalnya akan tajam, kalau ia menyimpan, akalnya akan lembab dan berkarat.

Tajam atau tumpulnya akal ini pula bergantung kepada diri seseorang itu. Akal sama seperti pisau, kalau tuannya rajin mengasah, maka dia akan tajam. Kalau ia hanya disimpan dalam sarung, maka pisau itu akan tumpul dan berkarat. Tidak mustahil lama kelamaan ia (patah) rosak!

Untuk mengasah akal ia memerlukan "batu" seperti untuk mengasahkan (menajamkan) parang atau pisah. Adapun batu untuk mengasah akal ialah isi seluruh alam ini.

Firman Allah Ta'ala......

"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."

                                                      Ali Imran 190

Kita hendaklah menghayati, memerhati, menyelidiki serta menggunakan seluruh isi alam ciptaan Tuhan ini dengan berpandukan kepada ilmu- ilmuNya untuk kita menajamkan akal kita.

Dengan cara demikianlah akal kita akan tajam, pantas dan dapat membongkar rahsia-rahsia keTuhanan dan kedirian, yang banyak membelenggu diri kita. Apabila kita sudah boleh menafaatkan akal demikian rupa, maka berfungsilah akal kita, bergunalah akal kita untuk membantu kita mengenali diri dan ma'rifat dengan Allah.

Sesungguhnya akal begitu penting dan besar sekali peranannya kepada kita dalam usaha untuk mengenal diri dan ma'rifat kepada Allah S.W.T. Jika akal dapat dikendalikan dengan baik, maka bergunalah ia kepada kita. Jika tidak, maka sia-sialah Allah menganugerahkan akal kepada kita. Bila kita tidak dapat menafaatkan akal yang berharga itu maka hidup kita tak ubahlah seperti makhluk lain yang memang tidak berakal!

Wallah hu ta'ala a'lam.......

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 09:04 PM | Show all posts

Nur Muhammad

Assalamualaikum,

Utk sesiapa yg ingin tahu serba sedikit info ttg rahsia Nur Muhammad silalah ke;

http://www.geocities.com/traditionalislam/Nur_Muhammad.htm

Moga dpt sdikit info utk direnungkan.
Sekian. Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 12:27 AM | Show all posts
bagus...dapat resume balik perbincangan..
teruskan posting2 dari kalian ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 16-9-2007 11:18 PM
Para arkeologi telah meredah semua pantai2 atlantik dan laut 2 yg berhampiran tapi tiada bukti atlantis yg jelas..tahukah anda bahawa geografi atlantis yg paling seiras adalah nusantara!!..ini di ...


dlm board myth ni ade gak thread pasal atlantis ni, ade gak dikupaskan yg atlantis asal dari nusantara ni. Bagus gak highlander kaitkan dgn kajian secara sains/mitos dgn posting kali ni. Kalo org2 atlantis dikatakan mempunyai ilmu zahir dan batiniah..ada benarnya gak sbb bagi pendapat aku, cuba kita teliti ttg bangsa yg paling byk 'main' dgn tenaga batiniah, sihir, mistik dsbnya. Jarang skali kita dgr bangsa mat salleh kuat main hantar parang terbang, main santau, asah limau, 9 bijik limau, tuju2 dll. Tak lain tak bukan, kebykkannya byk dari rantau ini. Rakyat China yg dikatakan mahir dgn tenaga Chi pun jarang dgr main sihir2 ni (kesahihan ttg ni memerlukan pendapat kalian).

Ttg kesan radiasi yg berasal dari zaman purba di india ade penah keluar dlm berita harian dlm tahun ni gak (tul ke purba? ).

Citer pasal teknologi ni, mmg kalo nak ikutkan bila suatu bencana berlaku i.e. banjir besar sedunia, 1/3 je manusia yg tinggal:

-database komputer yg menyimpan wang simpanan bank, geran tanah, MyKad, status perkahwinan dan nama pasangan serta anak2, taraf pendidikan semua akan hilang. Jadi apa bakal terjadi selepas pasca banjir tersebut? Manusia kena pasak kayu utk buat pagar rumah sesuka hati je sbb geran tanah dah tak wujud, manusia boleh kemana2 negara saja sbb database imegresen dah tak wujud dll. Sudah tentu lah manusia waktu tu seolah2 jadi 'org zaman batu tapi dgn mentaliti kelas teknologi yg tinggi'. Dunia refresh balik sampai la lepas beribu tahun pelbagai ciptaan diteroka dan mengembalikan kegemilangan teknologi di waktu tu serupa mcm di waktu skrg. Pd waktu tu apabila mereka bercrita ttg sejarah manusia seperti kita bercrita ttg atlantis di waktu ini, dan bagi mereka, zaman 2007 kita ini adalah 'atlantis' bagi mereka. Mungkin ini berlaku pd zaman sebelum (iaitu zaman atlantis) dan selepas (atlantis dan tak ada).
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 01:31 AM | Show all posts

Reply #18 cz's post

...dan kemudian manusia2 yg terselamat ini yg terpaksa hidup dalam keadaaan paling basic semula terpaksa melukis di dinding gua utk bercerita ttg zaman sebelum 'bencana'(rujuk thread ttg lukisan2 purba dgn lukisan2 'advance').Ini disebabkan tidak adanya kertas utk menulis.Err tapi kenapa diorang cuma melukis tidak menulis?Ataupun tulisan sudah tidak lagi penting ketika itu sehingga dalam masa yg singkat mungkin dalam satu generasi pengetahuan ttg tulisan turut hilang?

Mungkin ketika itu manusia bergelut dgn sejuta kepayahan utk hidup.Mereka lebih fokus utk meneruskan kelangsungan hidup dgn perkara asas spt makan minum,pakaian dan tempat tinggal drp perkara2 lain spt ilmu pengetahuan dll.Mereka yg sebelumnya sudah biasa senang dengan segala kemudahan spt kita sekarang ini,semuanya sudah tersedia,semuanya boleh dibeli,terpaksa diadakan sendiri.

Bayangkan kalau sesuatu yg dahsyat berlaku seperti fenomena lintasan nibiru(walaupun masih boleh dipertikaikan fakta atau mitos),yg boleh menyebabkan tenggelamnya dunia dan pole shift spt kisah atlantis dan banjir nabi Nuh.Agaknya dan hampir pasti manusia yg terselamat akan kembali ke zaman purba serba serbinya!Kemudian dari situ sejarah dan ketamadunan manusia manusia akan refresh drp zero.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 17-9-2007 01:31 AM
...dan kemudian manusia2 yg terselamat ini yg terpaksa hidup dalam keadaaan paling basic semula terpaksa melukis di dinding gua utk bercerita ttg zaman sebelum 'bencana'(rujuk thread ttg lukisan2 ...


Mungkin mata manusia ni lebih kenal lukisan (figure) dari tulisan. Sebagai contoh, byk sebenarnya bahasa kaum di sabah dan sarawak sana yg berusia berkurun lamanya tapi hingga hari ni bahasa mereka bukan bahasa yg utama ditambah pula yg kita sendiri pun tak tahu satu patah pun bahasa mereka. Tapi berlainan sekali dgn lukisan, kalau dilukis buah epal sekali pun, ramai dapat faham tanpa mengira apa jenis bahasa sekali pun. Perkara ini bagi pendapat aku, penduduk dunia selepas bencana yg cukup besar ni amat faham ttg medium 'perakam' (encoder dan decoder). Sebagai contoh, amat sukar kita hendak mencari pemain (decoder) utk piring hitam atau kaset (jenis yg besar sikit dari kaset biasa yg digunakan dari tahun 80an hingga skrg, kaset ni tak silap aku one way play je iaitu forward). Kata la kalo hidup di zaman lepas bencana (beribu2 tahun yg sudah) dan merakamkan segala ke dlm kaset utk tatapan zaman 2007 ni. Persoalannya, bagaimana pula kita nak mencari pemain (decoder) ni di waktu skrg ni. Dan, mungkin masyarakat yg hidup lepas bencana besar ini tahu amat payah utk preserve their own decoder utk kegunaan 2007 (atas sbb mudah musnah,hilang, teknologi kurang dll), menyebabkan dorang hanya melukis saja. Jadi, serupa saja utk perkara menulis. Bahasa i.e. 10,000 tahun sudah hanya masyarakat di waktu itu saja paham, manakala bahasa skrg hanya kita saja yg paham. Teringat aku ttg Nasa nak buat contact dgn makhluk asing sejak 70an kalo tak silap aku (di sebabkan bahasa penulisan manusia dgn makhluk asing mungkin tak sama), maka dihantar melalui isyarat radio agaknya, tidak menggunakan tulisan sebaliknya lukisan (skrg ni rasanya SETI dah amik alih kot):


Figure :On the Pioneer plaque, an outline of the Pioneer                 spacecraft is seen behind the figures of two humans. At the bottom                 of the plaque, the same spacecraft is shown in a smaller scale                 as it passes through the Solar System on its journey from Earth                 (the third planet from the Sun). The figure with two connected                 circles in the upper left-hand corner represents a hydrogen atom's                 spin transition. The left central figure of fifteen converging                 lines shows the Earth's location in time and space in relation                 to prominent pulsars. Illustration courtesy of author.


Sekian, hanya sekadar pendapat...

[ Last edited by  cz at 17-9-2007 02:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:50 AM | Show all posts

Reply #21 highlander07's post

Pengejaran itu terhenti apabila mereka melihat....yg berkelip2 dan berkilauan setinggi 40 hasta (yg dikatakan sbg hantu lampu dlm sejarah portugis)menembak dgn api yg menghancurkan beratus2 tentera portugis tadi..Mulai saat itu Bkt Cina di'preserve' oleh penjajah2 dijadikan kawasan larangan..Inilah terowong bagaimana Hang Tuah boleh tiba dgn pantas ke China dan Jepun..Presiden Saddam Hussein (arwah-salah seorang pengikut highlander) pernah tiba ke pulau besar dan ditemui di sana semasa Perang Teluk


Pergh ... Menarik ... Teruskan ...

Boleh tak bagi satu bukti jer mcm mana saudara Highlander tau kat Bukit Cina ada terowong kecik2 yang menyebabkan Hang Tuah boleh sampai ke Cina dgn pantas ... ?? Pernah sampai ke situ ker ... ?? Atau dgn dengar cerita ... ?? Atau dgn kajian/tesis ... ??

Kalau tak keberatan la ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2007 10:23 AM | Show all posts
tak tahu nak cakap apa?

Topik ni semakin menarik atau semakin melalut x tentu pasal...? Ada apa2 bukti ke pasal mende ni...?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 10:30 AM | Show all posts
Saddam Hussien itu adalah pengikut anda????
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 11:31 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 12:02 PM | Show all posts
Sebahagian dari " Plan Alam"....atau yang berkait dengan "future phenomenom" ni ada ditulis dalam buku tulisan HJ MUZAFFAR BIN DATO' HJ MOHAMAD & TUN SUZANA HJ OTHMAN yang bertajuk "AHLUL-BAIT (KELUARGA) RASULULLAH SAW & RAJA-RAJA MELAYU". Pergi lah cari...dalam tu ada diceritakan tentang apa yang sepatutnya akan berlaku di Malaysia Bumi Bertuah ini...harganya seratus lebih...bacalah !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.335599 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list