CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kipas_y2k

REFINANCE rumah dan biarkan bank bayar rumah kita

[Copy link]
Post time 25-9-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #20 kipas_y2k's post

erm... part nie ler yg aku x paham sgt2.. hehee.. aii.. lambat pick-up betul aku niee... aku kene guna gambo rajah gak baru paham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 12:40 AM | Show all posts
bro, aku pun pening lalat la baca. Ko buat contoh ke, buat gambarajah ke, atau template Excel ke paham la gak,
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:37 AM | Show all posts

Reply #22 batu_bergolek's post

tue.. aku pening gak baca n nak paham.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #22 batu_bergolek's post

ko kira ler... jgn ler malas


cuba ko kira... pastu buat graf... takkan nak ajar bebulat kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #23 anonymous's post

buat ler excel sendiri...

buat colum utk tahun 1-30... Baki OD permulaan tahun.. baki OD hujung tahun... jumlah dikeluarkan setiap bulan... dividen SIJIL... DIVIDEN SAVING... sure ko akan nampak nanti...

kena ler usaha sikit...  nak senang bukan senang...

aku buat camnie... sebab aku nak korang kira sendiri... kalau korang tau kira camner.. sure korang leh pelbagaikan kegunaan OD nie... utk bayar keta... utk bayar loan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #25 kipas_y2k's post

ko dah brapa lama praktis mende ni?

So far dah byk rumah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2007 10:49 PM | Show all posts
Refinance ni sebenornya aper..??..bole saper2 citer kt org kg. mcm aku nie..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 03:05 AM | Show all posts

Reply #1 kipas_y2k's post

Kipas...ko ade pegi kursus Azizi Ali ke utk belajar teknik nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2007 12:17 PM | Show all posts
Wang untuk bayar ansuran perumahan 800 sebulan... di masukkan ke dalam OD setiap bulan... dan di keluarkan semula lepas di masukan... kira PAGI MASUK, PETANG withdraw pastu pi masuk dalam ASB saving...

untuk ansuran rumah pulak.... kita withdraw dari OD sebanyak 800 guna cek, 3 hari sebelum duedate bayar rumah..


jadi secara ringkasnya... kita masuk duit 800 setiap kali gaji ke dalam OD... dan withdraw 1600 (800 saving +800 ansuran rumah)


bab ini..hana tak paham ler..boleh explain tak?

RM800 tu.. pagi masuk..petang withdraw dari OD tu..ada impact ke utk sehari?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #26 mrbelalang's post

aku dah guna... tapi bukan utk beli rumah...


utk selesaikan hutang aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 02:34 PM | Show all posts

Reply #29 Hana's post

kalau tak masukkan duit...

OD tu akan nampak wang keluar jer....

wang masuk takder..

benda tu utk dummy jer... nampak sikit akaun kita tu aktif ada wang masuk ada wang keluar....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 02:37 PM | Show all posts

Reply #28 rurouni_khairul's post

berguru dan baca buku... macam owg aku jumpa...

aku taknak masuk 95%  org bekerja utk bank...(yelah gaji dia semua bayar hutang bank)... tapi aku nak jadi 5% dari owg yg mempergunakan bank utk bayar hutang bank semula
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by kipas_y2k at 1-10-2007 02:34 PM
kalau tak masukkan duit...

OD tu akan nampak wang keluar jer....

wang masuk takder..

benda tu utk dummy jer... nampak sikit akaun kita tu aktif ada wang masuk ada wang keluar....



oooooo..itu pasal laa aku heran...  sbnrnye..tak buat pun takper kan?
ko nie..suka explain yg berbelit2 la..hehehehe
patutler sumer org pening..

umah aku takleh refinance lagi nie..
rasanye..boleh refinance lps 3thn..rasanye la..nnt la..
bila aku pening2 baru lah otak aku creative sket..

[ Last edited by  Hana at 1-10-2007 04:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 04:21 PM | Show all posts
Duit 40k nie kita buat sijil ASB dan Overdraf di RHB


mcm mana duit rm40k boleh buat utk 2 tujuan nie?

umah nie..sebenarnye refinance kt RHB ke?
atau..
refinance kt bank lain..
overdraf kt RHB.

overdraf tu tak perlukan slip gaji ke? atau memadai tunjuk sijil ASB tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 02:45 PM | Show all posts
kipas,
OD tu apa?
kalau government loan camner?
katakan tak nak buat refinance berapa modal paling rendah dlm rm10k boleh tak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 05:44 PM | Show all posts
aku rasa la kipas... diaorang nie kene faham dulu camner nak guna OD.... mungkin diaorang nie tak nampak lagi atau tak tau lagi apa itu OD/ASB..... bila dah faham OD/ASB... baru la diaorang boleh nampak....lagi satu... nak buat OD/ASB nie lebih baik guna duit simpanan... jangan buat loan... pastu buat OD/ASB.... tu pada pendapat aku la....

[ Last edited by  jijoo at 25-10-2007 10:48 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2007 12:09 PM | Show all posts

Reply #36 jijoo's post

yelah basic kena belajar dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 12:59 PM | Show all posts

APA ITU OVERDRAF (OD)

OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan....
Ciri-ciri OD :-
1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek)
2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit(FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB)
3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.
Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 OD.
4. OD ni boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.
5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.
Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-

Kadar faedah OD = BLR + 3
kalau BLR semasa ialah 12% maka
Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-

1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza.So walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Yang paling mahal ialah Flat rate.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan - Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu.Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda - Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.

Contoh:

1. Amount OD diluluskan - RM100,000
2. Nilai pasaran cagaran - RM90,000
3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna - RM100,000
4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank - Jumlah OD dah guna - Nilai cagaran
= RM100,000 - RM90,000

Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan2 lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau ASB anda maka permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak mendatangkan apa2 risiko kepada bank.

Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi bank telah pun 'standby' kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari klemudahan OD anda itu.

Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.
Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 12:00 PM | Show all posts
apa tajuk buku yang kipas refer bab financial ni nak jugak blaja cara2 ni ilmu baguih punya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 12:01 PM | Show all posts
apa tajuk buku yang kipas refer bab financial ni nak jugak blaja cara2 ni ilmu baguih punya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068250 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list