CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1710|Reply: 17

Dayang dirisik 2 syarikat rakaman Indonesia

[Copy link]
Post time 18-9-2007 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Dayang dirisik 2 syarikat rakaman IndonesiaOleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
RAMAI memandang sinis apabila Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 26, dan pihak pengurusan mengambil keputusan mengetengahkan album terbaru penyanyi itu ke pasaran Indonesia.

Lebih mengejutkan apabila usaha memasarkan album Dayang 2007 diusahakan sendiri penyanyi itu bersama pihak pengurusannya.

Sebelum ini ramai penggiat industri muzik tempatan mengeluh, bukan mudah penyanyi tempatan memecah masuk ke pasaran seberang kerana mereka lebih suka bersikap menjaga periuk nasi sendiri.

Ia bukan saja membabitkan penggiat di sana tetapi juga pihak media yang sangat susah memberikan kerjasama membantu mempromosikan lagu penyanyi kita.

Atas alasan itu membuatkan ramai tidak yakin dengan usaha dilakukan Dayang dan pengurusannya. Kata mereka, usaha Dayang itu hanya sia-sia.

Menyedari kata-kata yang mampu merendahkan semangatnya, Dayang berkata, dia cuba berfikiran positif terhadap perkembangan cukup baik bagi kerjaya seninya.

Tambahan pula beberapa wakil syarikat rakaman di sana meminta albumnya diberikan kepada mereka untuk diperdengarkan.

揂lbum Dayang 2007 mendapat perhatian dua syarikat rakaman di Indonesia. Satu bertaraf antarabangsa dan satu lagi syarikat rakaman tempatan dan bergerak secara sendirian (indie).

揝aya sendiri terkejut dengan perkembangan ini kerana tidak sangka mereka memberi perhatian terhadap album Dayang 2007.

揇alam waktu sama, saya tidak menafikan bukan mudah penyanyi tempatan mencipta nama di sana kecuali kalau kita mempunyai sokongan cukup kuat dan kenal ramai orang.

揗alah, untuk menjalinkan kerjasama dengan dua syarikat rakaman ini, pihak pengurusan saya turut berhadapan beberapa kesukaran. Ia berlaku kerana mereka terlalu cerewet dan begitu teliti.

揗ereka turut meminta semua album yang pernah saya hasilkan dari dulu hingga kini sebagai perbandingan. Perkara itu sudah pun pengurus saya lakukan dan sekarang terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pizzayum This user has been deleted
Post time 18-9-2007 10:48 AM | Show all posts
kalau betul menjadi..tahniah utk dayang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 10:49 AM | Show all posts
jgn sexy mexy tau.. x sesuai.. kekekeke..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:52 PM | Show all posts
semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 03:35 PM | Show all posts
GOOD LUCK DAYANG
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 03:55 PM | Show all posts

Entah-entah nanti diorang mintak album DSK untuk dipasarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2007 05:42 PM | Show all posts
Alhamdulillah,kalau ada usaha yg berterusan,mesti ada rezeki Dayang kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 18-9-2007 03:55 PM

Entah-entah nanti diorang mintak album DSK untuk dipasarkan


orite gak kalau DSK dipasarkan disana...boleh gak mengubati LUKA kesan 'kekecewaan' tidak tercalon di AIM...

tak kisah la album mana janji masyukkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 18-9-2007 10:33 AM
Dayang dirisik 2 syarikat rakaman IndonesiaOleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Raphttp://www.hmetro.com.my/Tuesday/Rap/20070918090613/mainpixRAMAI memandang sinis apabila Dayang Nur ...


off topik jap...

ni pic masa program OLE-OLE RAYA kat TV3 kan yg bakal ditayang 1st raya nanti...

eh, baju tu tahun 2001...dyg masih muat ek ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 07:38 AM | Show all posts
tahniah la utk dayang... dayang boleh...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 18-9-2007 05:45 PM


orite gak kalau DSK dipasarkan disana...boleh gak mengubati LUKA kesan 'kekecewaan' tidak tercalon di AIM...

tak kisah la album mana janji masyukkk



hehehhehe...

kalau ko ckp ngan dayang mcm tu, sure kena cubit ngan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 19-9-2007 10:54 AM



hehehhehe...

kalau ko ckp ngan dayang mcm tu, sure kena cubit ngan dia.


bestnya kalau dicubit dyg
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 05:02 PM | Show all posts

Reply #8 burung_pungguk's post

album tu bkn tak tercalon, tp x dapat dicalonkan.. kesian kan..? album berkualiti tp x dpt bertanding..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by mr-judd at 19-9-2007 05:02 PM
album tu bkn tak tercalon, tp x dapat dicalonkan.. kesian kan..? album berkualiti tp x dpt bertanding..


yup, the best album so far dr Dyg...tak sia2 dyg jual sendiri dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 06:14 PM | Show all posts

Bila Anuar nak risik Dayang pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 07:03 PM | Show all posts

Reply #13 mr-judd's post

ye la judd.Aku pun rasa rugi betul album DSK tu xder menang apa2 anugerah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2007 11:38 PM | Show all posts
wah..bagus2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 12:47 AM | Show all posts
Peluang baik bg dayang,ye la kris dayanti pun suka suara dayang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069028 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list