CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3170|Reply: 9

INDONESIA : update - storm sinks ferry with 250 passengers

[Copy link]
Post time 20-9-2007 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Gus Dur sedia bertanding -- Bekas presiden besar kemungkinan dicalonkan
JAKARTA 19 Sept. ?Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid hari ini mengumumkan kesediaan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2009 jika diminta berbuat demikian oleh ulama daripada pertubuhan Islam terbesar di negara ini.

Bekas Presiden yang buta itu disingkirkan daripada jawatan pada Julai 2001 berikutan dakwaan rasuah dan tidak cekap menjalankan tugas.

Bagaimanapun Abdurrahman berkata, beliau akan bertanding semula jika diminta oleh lima ulama dihormati daripada pergerakan Nahdlatul Ulama (NU) yang mempunyai 30 juta anggota itu.

揝aya bersedia untuk bertanding jika disuruh oleh lima ulama itu tetapi saya tidak akan menyebut nama mereka,?kata beliau yang lebih dikenali sebagai Gus Dur, menurut laman web NU.

Abdurrahman berkata, seorang ulama telah pun memintanya bertanding semula.

Selaku bekas Pengerusi NU serta ketua lembaga penaungnya, selain menjadi anggota kanan dalam Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), pengumuman Abdurrahman itu bermakna beliau berkemungkinan besar dicalonkan oleh partinya itu.

Cabaran

Abdurrahman, 67, berkata, beliau mempunyai idea untuk mengatasi pelbagai cabaran yang sedang dihadapi oleh negara ini.

Beliau mengalahkan Megawati Sukarnoputri dalam Pilihan Raya Presiden 1999 sekalipun parti Megawati mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada awal tahun itu.

Megawati mengambil alih jawatan Presiden selepas Abdurrahman dipecat oleh Parlimen.

Gus Dur yang menghidapi diabetes dan telah dua kali ditimpa strok merupakan bekas Presiden kedua yang melahirkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya 2009.

Megawati minggu lepas memberitahu anggota partinya, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) bahawa beliau bersedia untuk bertanding.

Kenyataan itu bermakna beliau hampir pasti dicalonkan.

?AFP

[ Last edited by  amazed at 11-1-2009 08:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2007 11:37 PM | Show all posts

Reply #1 de?erci's post

atas nasihat PAK LAH
bila dah menang
PL ckp boleh relax dan boleh tidur
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 10:20 PM | Show all posts

indonesia nak keluar OPEC

Indonesia mahu keluar daripada OPEC
28/05/2008

JAKARTA 28 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 07:25 PM | Show all posts
Lapan maut bot karam di Timur Indonesia

KUPANG: Sekurang-kurangnya lapan penumpang sebuah bot terbunuh selepas bot berkenaan karam akibat dilanda ombak kuat di Timur Indonesia, hari ini.

Bot kayu yang membawa 19 penumpang itu karam selepas dipukul ombak besar dan angin kuat berhampiran kepulauan Nusa Tenggara, kata ketua polis daerah itu, Marsudi Wahyono.

Kapten bot, Jeri Manlea, yang terselamat memberitahu keadaan cuaca berkenaan menyebabkan beliau cuba berpatah balik ke daratan tetapi karam ketika dalam perjalanan.


“Penumpang yang panik memaksa kami berpatah balik ke Kupang tetapi saya gagal mengawal bot sebelum karam," katanya.

Tiga lagi penumpang setakat ini dilaporkan hilang dalam kejadian itu. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 05:51 PM | Show all posts
15 orang tertimbus tanah runtuh di Cianjur, Bandung
14/11/2008


JAKARTA 14 Nov. — Seramai 15 penduduk kampung Nyalindung di Cianjur, Bandung dikhuatiri tertimbus apabila rumah mereka ditimpa tanah runtuh malam tadi.

Tanah runtuh dari bukit di kampung itu turut menimbus 33 buah rumah penduduk, namun kebanyakan mereka sempat menyelamatkan diri, menurut laporan agensi berita Antara dari Bandung hari ini.

Kampung terpencil di pinggir sungai itu sukar dimasuki, menyebabkan jentera berat tidak dapat digunakan untuk membantu kerja-kerja menyelamat yang sedang dijalankan oleh penduduk dengan kerjasama tentera dan polis.

Sementara itu Pintu Air Manggarai di Jakarta Selatan kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tiga berikutan ketinggian air di situ sudah mencapai 850 sentimeter atau 100 sentimeter melebihi paras biasa.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Kukuh Rubidianto pula berkata, penduduk bandaraya ini telah diminta bersiap sedia menghadapi banjir kerana hujan lebat diramal di Bogor sepanjang 24 jam ini, yang akan mengakibatkan air semua sungai di sini melimpah.

Hujan lebat di Bogor yang merupakan kawasan berbukit bukau dan hulu sungai yang mengalir ke sini, sering disebut sebagai punca ’banjir kiriman’ di Jakarta. - Bernama


         
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 03:04 AM | Show all posts
ngeri......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2008 03:14 PM | Show all posts
15 dikhuatiri mati tertimbus



PENDUDUK berpaut kepada tali untuk menyelamatkan diri apabila bangunan pangsapuri ditenggelami air banjir di Jakarta tengah, semalam.


JAKARTA: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 10 yang lain tertimbus apabila tanah runtuh di sebuah perkampungan di tengah Indonesia.

"Tanah dari kawasan bukit runtuh di kampung Nyalindung di wilayah Jawa Barat berikutan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari, menimbuskan lebih 50 rumah di kawasan berkenaan," kata Rustam Pakaya dari Pusat Krisis Bencana.

Setakat ini, lima mayat ditemui dan sekurang-kurangnya 10 yang lain masih hilang dan dikhuatiri maut dalam kejadian berkenaan. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.

" Penduduk kampung turut menyertai pasukan penyelamat mencari mangsa yang hilang dengan menggunakan peralatan pertanian," kata Pakaya.

Lumpur turut menghalang jalan raya menjadikan jentera berat sukar untuk dibawa ke zon bencana.

Musim hujan menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh dan banjir kilat berlaku setiap tahun di Indonesia. � AP
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 03:10 PM | Show all posts
Ali Alatas meninggal dunia akibat strok
11/12/2008

JAKARTA 11 Dis. – Bekas Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas, 76, meninggal dunia hari ini akibat strok.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Mounth Elizabeth, Singapura. – AP


Pemergian Ali Alatas satu kehilangan besar: PM
Daripada Jalal Ali A Rahim  

Ali Alatas

JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Malaysia amat terasa dengan pemergian bekas Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas, 76, yang meninggal dunia di Singapura, pagi ini.

Beliau berkata, Allahyarham banyak berjasa khsusunya dalam mengukuhkan hubunagn dua hala Malaysia-Indonesia selama ini.

"Beliau seorang negarawan yang sangat dihormati di Malaysia," katanya pada sesi pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia (GBC) Malindo, ke-37, di sini, pagi ini.

Perdana Menteri dijadual menziarahi keluarga Allahyarham di sini, petang ini.





takziah pada kuarga arwah !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 08:31 PM | Show all posts
Storm sinks Indonesian ferry with 250 passengers

JAKARTA: An Indonesian passenger ferry sank in a storm Sunday with around 250 passengers and 17 crew onboard after being battered by 2m waves, officials and witnesses said.

Several members of the crew and 18 passengers were rescued, but the fate of the others remained unclear, said Taufik, a port official.

The Teratai Prima sank on its way from the island of Sulawesi to Kalimantan, the Indonesian half of Borneo. It went down 50km off western Sulawesi after the ship radioed that it was “hit by a storm,” said Nurwahida, another port official.

Passenger Syaharuddin said he and 17 others were saved by a fishermen who found them drifting on three life rafts.

Boats are a major form of transportation in Indonesia, an archipelago of more than 17,000 islands and a population of 235 million. Poor enforcement of safety regulations and overcrowding causes accidents that claim hundreds of lives each year. -- AP



kalu tak sink kat selat melaka.. sink kat belah sana lak.. cisssss
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 06:48 AM | Show all posts
Usaha cari mangsa feri diteruskan



SEORANG kakitangan pelabuhan memapah mangsa
feri karam Rampak (kiri) di Samarinda semalam.



PAREPARE - Sebuah pasukan penyelamat yang dibantu seorang mangsa terselamat dihantar bagi mencari puluhan penumpang di laut selepas sebuah feri membawa 250 orang terbalik di sini, kata beberapa pegawai.

Pegawai pelabuhan bandar Majane, Sulawesi, Sutriani berkata, seorang mangsa yang diselamatkan oleh sekumpulan nelayan memberitahu pihak berkuasa bahawa sejumlah 40 orang lagi masih berada di laut selepas mereka keluar dari feri itu sebelum ia karam akibat ribut.

Usaha mencari di laut dan udara disambung pada pagi semalam, dua hari selepas feri Teratai Prima seberat 700 tan hilang bersama-sama 250 penumpang dan 17 anak kapal.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 34 orang termasuk kapten feri berjaya diselamatkan manakala satu mayat turut ditemui.

Harapan menemui mereka yang masih hidup kembali cerah selepas mangsa terselamat itu memberitahu masih ada 40 orang yang berpaut pada sebuah platform yang dibina oleh nelayan di tengah laut. - AP


*********************************************************************************************

semalam dengan news pasal kerja2 menyelamat sukar sebab cuaca yang
tak menentu..  dan baru satu mayat aje jumpa
yang lain dah tenggelam dan hilang dalam laut la tu
macam ferry yang tenggelam kat phillippines last year  800+ mati tu -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075328 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list