CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71419|Reply: 189

ALAM PERWIRA - Pict start at 6th page ..

[Copy link]
Post time 27-9-2007 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat.
Jifat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou ditakdirkan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut. Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya.

Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya...dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.

Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat Kubah Berdarah", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.

Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa.

Ji Fat yang ditemani oleh Pedang Kayangan berazam akan menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada kuasa zalimnya di samping melunaskan hutang darahnya atas kematian kaum kerabatnya.




banyak gak koleksi aku

[ Last edited by  falcon_9009 at 24-4-2008 06:06 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2007 12:13 AM | Show all posts
kat atas tu...aku hanya bagi sikit gambaran...aku kesuntukan masa sebenarnya ni..
nanti len kali aku tambah lagi...siap ngan pic..

kepada peminat2 komik Alam Perwira.. silakan dengan tokok tambah anda kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 06:03 AM | Show all posts
apesal aku x pernah terfikir nak beli comic dier hah???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 08:48 AM | Show all posts
aku beli yg koleksi kecik2 tu je..yg 6 inggit tu...ade 5 siri satu buku...

ok la cite ni...wpun heronye si ji fat tuh agak kelam sikit, tp awek ramai..hehe

rahib esa paling best bagi aku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #1 falcon_9009's post

Aku paling minat semasa geng2 Ji Chang dgn Tok Bulu Hijau lawan Tuan Punya Kota Khayalan dan Geng2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #1 falcon_9009's post

Yang part masa Ifrit Utama lawan Maharaja Zhou pun best jugak. Rahib Esa, Ketua Suku Baidi, Marsyal Yau, Marsyal Mo dan Sami Besar yg hebat2 tu pun susah nak kalahkan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2007 01:16 PM | Show all posts
nostalgia giler citer ni... aku mmg minat giler kat citer ni dulu... character yang paling aku minat ialah Rahib Esa. hensem sioottt!!! (dalam keadaan asal lah)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:37 PM | Show all posts

Reply #7 munkyG's post

yup...rahib esa hensem dan power..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 05:04 PM | Show all posts

Reply #7 munkyG's post

keadaan asal tu keadaan masa dia gemuk ke? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 05:05 PM | Show all posts

Reply #8 cyberboys's post

sebab Rahib Esa la Ifrit Utama kalah. dia keluarkan Hikmat Alam Semesta yang peringkat tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 27-9-2007 06:03 AM
apesal aku x pernah terfikir nak beli comic dier hah???


ko ni...umur bape...

ni komik kuno tau...dak2 muda skg ni..
kadang2 xkenal langsung komik yg begitu femes skali ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by cyberboys at 27-9-2007 08:48 AM aku beli yg koleksi kecik2 tu je..yg 6 inggit tu...ade 5 siri satu buku...ok la cite ni...wpun heronye si ji fat tuh agak kelam sikit, tp awek ramai..heherahib esa paling best bagi aku...


ko beli complete set sampai abis ke?

Ji Fat tu memang arrr... dah dia watak utama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 12:19 AM | Show all posts
hmmm... sini aku bawakkan skit citer pasal salah sorang watak yg begitu popular kat dalam komik ni... dia banyak memainkan peranan dalam komik ni terutamanya dalam part ke-2 iaitu selepas tamatnya keributan di Kota Salji.. dia jgk merupakan watak yg paling aku minat sekali iaitu Ji Kao..

Ji Kao merupakan putera sulong Duke Ji Chang dan abang kepada watak utama citer ni iaitu Ji Fat.. dia merupakan seorang yg amanah, taat, pemurah, baik hati, penyabar, tabah dan mempunyai harga diri yg tinggi. dia adalah seorang pemuda yg tampan dan segak tubuhnya, sering menarik perhatian gadis2 yg memandangnya.. dia juga seperti Ji Fat, mewarisi hikmat keluarga Ji iaitu Hikmat Alam Semesta. dia menetap jauh dari keluarganya iaitu di ibu kota Chouge. di sana beliau tinggal bersama dua orang sahabat karibnya yg juga selaku pengawal peribadinya iaitu Leftenan Pedang dan Leftenan Muslihat.

watak Ji Kao mula ditonjolkan dalam komik Alam Perwira bila kediamannya didatangi oleh Marsyal You yg membawa titah baginda maharaja Zhou supaya datang menghadapnya setelah lama dia tidak berbuat demikian. dia juga dititahkan supaya datang bersendirian semasa menghadap dan tidak membawa bersama sesiapapun. ini telah mencurigakan kedua-dua leftenan tersebut kerana mereka semua maklum akan kekejaman dan kebengisan baginda maharaja tersebut. sesampainya di sana, dia telah dimurkai baginda kerana sudah lama tidak ke istana utk menyembah baginda dan juga kerana ayahandanya yg kononnya telah berpakat dengan Tuan Punya Kota Khayalan utk menyerang ibu kota Chouge. nasib Ji Kao sungguh malang kerana dia telah menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan maharaja Zhou. baginda telah melaksanakan Hikmat Pengikisan Ifrit Utama utk menyedut kuasa Ji Kao hingga 20% sahaja yg ada padanya. akhirnya dia telah jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga akibat disedut oleh maharaja Zhou dan telah dihumban kedalam kurungan istana.

didalam istana, Ji Kao telah dilayan dengan buruk oleh 2 pengawal istana yg tidak berperikemanusiaan dan gilakan harta itu. lebih memburukkan keadaan lagi, dia telah dipaksa utk membersihkan suatu "najis" didalam sebuah kurungan istana tersebut. "najis" yg dimaksudkan ialah jasad Ifrit Utama yg telah dikudungkan keempat2 kerat tulangnya oleh maharaja Zhou dan sudah dikerumuni oleh tikus dan lipas serta lalat. hal yg demikian telah meloyakan Ji Kao dan menambahkan lagi kebenciannya terhadap maharaja Zhou yg berkuku besi itu. sambil membersihkan lantai, dia memarahi baginda maharaja Zhou seorang diri dan menyatakan bahawa ayahnya adalah seorang pemerintah yg adil dan saksama tetapi telah ditohmah orang. tanpa disedarinya, jasad Ifrit Utama yg sebentar tadi terlantar tanpa sebarang pergerakkan telah menolehkan pandangannya yg penuh dengan cahaya muslihat yg tak kunjung habis.. perlahan2 ia menerapungkan dirinya dan bergerak menuju kearah Ji Kao yg sedang leka membersihkan lantai ketika itu. Ifrit Utama cuba turun kepada Ji Kao dan mengambil alih tubuhnya demi utk hidup semula buat kali kedua dan seterusnya membalas dendamnya terhadap maharaja Zhou yg telah memperlakukannya dengan sedemikian rupa. Ji Kao merasai aura sejuk sedang menyelubunginya dan cuba menimpanya dari atas kepalanya. tiba2 pergerakkannya terus kaku dan Ifrit Utama terus menghentakkan kepalanya ke atas ubun2 Ji Kao dan melaksanakan Hikmat Pemindahan Jiwanya. dia cuba memindahkan rohnya ke dalam tubuh Ji Kao dan Ji Kao cuba menentangnya. namun apakan daya, tenaga Ji Kao telah disedut oleh maharaja Zhou dan hanya tinggal 20% cukup utk menggerakkan keempat kerat tulangnya sahaja. Ji Kao hanya mampu menjerit kesakitan sahaja kerana tidak mampu mengesampingkan aura Ifrit Utama itu. Ifrit utama terus menerus memindahkan rohnya ke dalam badan Ji Kao menerusi rongga mata, hidung, telinga dan mulutnya. akhirnya..roh Ifrit Utama telah berjaya "turun" kepada badan Ji Kao dan menguasainya. pendek kata, Ji Kao kini bukan lagi Ji Kao, tetapi jelmaan Ifrit Utama yg berselindung di sebalik tubuhnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 10:58 AM | Show all posts

Reply #12 falcon_9009's post

aku beli satu2...slow2 aku kumpul...complete gak akhirnye...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 05:40 PM | Show all posts

Reply #13 falcon_9009's post

paling best bab Ji Kao xxxxx Daji tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 07:22 PM | Show all posts
best komik ni,...tp aku tak sempat baca sampai abis..lepas tamat sekolah..dah takleh pinjam baca drpd kawan hostel dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2007 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by cyberboys at 28-9-2007 10:58 AM
aku beli satu2...slow2 aku kumpul...complete gak akhirnye...


hehehee.... cekal sungguh jiwa mu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by Narutah at 28-9-2007 05:40 PM
paling best bab Ji Kao xxxxx Daji tu hehe


apa xxxxx tu ha??

kuning sungguh otak ko bulan pose cenggini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 01:23 AM | Show all posts
Originally posted by adnan_saidi at 28-9-2007 07:22 PM
best komik ni,...tp aku tak sempat baca sampai abis..lepas tamat sekolah..dah takleh pinjam baca drpd kawan hostel dulu..


waaaaaaaaaakakakaka... kesian kat ko..aku turut bersimpati..

tp klu ko nk tau... aku dolu2 pon collect gak.. memang dah banyak giler aa...
sekali kantoi ngan mak aku (mak aku ni anti-komik)

pastu abis sume dia buang kat tong sampah....

tp aku yg licik lagi bijaksana berjaya menguasai keadaan...
berpandukan Kuasa Minda yg diwarisi skit2 daripada Ifrit Utama yg telah turun kepada Ji Kao..
aku berjaya mengesan lokasi harta rampasan tersebut...
dan akhirnya...

aku sempat agi selongkar tong sampah utk carik balik komik2 kesayangan ku...

hohohoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 01:30 AM | Show all posts
hmmmm... wat kaji selidik skit...

dalam ramai2 watak yg ada kat dlm Alam Perwira tu... mana yg korang paling minat..
dan apakah faktor yg mendorong kepada pemilihan korang tersebut..

kehenseman wajahnyakah? ketinggian hikmatnyakah? keperibadiannyakah? ataupun apa2 lagikah?
haaa...cuba nyatakan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.364732 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list