View: 3626|Reply: 28
|
LAILATUL QADAR DAN MITOSNYA....
[Copy link]
|
|
Melewati 10 akhir Ramadhan.... Menanti Lailatul Qadar yang dijanjikan...
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. (QS. 97:1)
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
[97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
[97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
[97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
[97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat mitos lailatul qadar yg In dgr masa kecik2 dulu...
semua pokok sujud pada mlm tsebut dan diceritakan seorg pemuda pi mandi sungai (nape ntah mandi mlm2 kt sungai) lantas menyangkut kainnya kat sebatang pokok kelapa.... bila nk ambik kain n pokok kelapa tu dh xde...
pagi esok tengok kainnya duk kat atas pokok kelapa.....
dan beberapa perkara yg aneh2 berlaku pada mlm tu..... you all ada tak dengar citer2 cmgini...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 fariepari's post
byk lagi mitos2nya... nnti In citer lagi.... nk tarawih jap..... |
|
|
|
|
|
|
|
lailatul qadar BUKAN MITOS..ianya mmg telah dijanjikan oleh Allah kepada manusia yg byk beramal kepadaNYA..
maaf ckp..tajuk MITOS perlu diubah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 indah1285's post
mitos????? ko tak percaya ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kamus DBP :
Mitos = sesuatu cerita/perkara yg tidak benar atau direka-reka |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Assalamualaikum saudara2ku smua....
Moga2 kita terpilih diantara hamba2Nya yg beruntung kerana dipertemukan dgn
MALAM LAILATULQADAR. Insyaallah..
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI (SEORG INSAN YG DITAKDIRKAN SENANTIASA BERTEMU MLM TERSBT) DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Klau smua ini adalah mitos, xtaulah ape nak dikata. Terpulanglah pd tanggapan masing2.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
(Disini ingin ditekankan bahawa KIRAAN kedatangan mlm tersbt adalah mengikut pengalaman ulama'2 besar. Walaubagaimana pun ini bukanlah merupakan hadis dr nabi junjungan. Jadi sudah seharusnyalah kita perlu menghidupkan suasana mlm di bulan ramadhan terutama di 10 mlm terakhir. Sekian.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
mende lak mitos...
mende betul la...
ko dah join arqam ke in?? |
|
|
|
|
|
|
|
1st time dgr lailatul qadar adalah mitos
i'm speechless
|
|
|
|
|
|
|
|
la..korang ni...kan tajuknyer Lailatul Qadar & mitosnya....maknanya....Lailatul Qadar dan kisah2 yang tak benar mengenainyer la... bca bebetul sblm posting tu... x pasal2 In dikatanyer dah join Al Arqam.... |
|
|
|
|
|
|
|
korang ni tak faham maksud pembuka thread...bukan dia cakap lailatul qadar tu mitos, tapi ada mitos yang orang buat disebalik malam lailatul qadar...tu pun tak faham ke??? cuba refer balik apa yang pembukan thread cakap kat atas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biggirlduncry at 1-10-2007 09:22 PM
la..korang ni...kan tajuknyer Lailatul Qadar & mitosnya....maknanya....Lailatul Qadar dan kisah2 yang tak benar mengenainyer la... bca bebetul sblm posting tu... x pasal2 In dikatanyer dah join A ...
inilah sikap bodoh pandai orang sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Urban_Iz at 1-10-2007 09:25 PM
korang ni tak faham maksud pembuka thread...bukan dia cakap lailatul qadar tu mitos, tapi ada mitos yang orang buat disebalik malam lailatul qadar...tu pun tak faham ke??? cuba refer balik apa ya ...
Mana kita tahu cerita dari org lain ttg Lailatul qadar tue mitos atau benar.. |
|
|
|
|
|
|
|
patut tajuknya 'mitos2 yg dikaitkan dgn LAILATUL QADAR'. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 1-10-2007 09:40 PM
patut tajuknya 'mitos2 yg dikaitkan dgn LAILATUL QADAR'.
stuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 askRULE's post
aku memang tak tau, tapi aku hanya memberikan maksud sebenar ayat pembuka thread tu supaya korang tak salah tafsir apa yang dia cuba sampaikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari hadith2 Nabi dan pengalaman para Alim Ulama terdahulu, terdapat beberapa tanda malam Laytatul Qadr.
Nabi kita telah ditunjukkan malam Laylatul Qadr tetapi dijadikan terlupa, dan baginda menyarankan mencari di antara malam2 10 yang terakhir. Banyak Alim Ulama memberi ulasan yang berbeza tentang hari-hari tertentu yang spesifik, namun dalam 10 yang terakhir itu adalah disepakati
Jadi kita berusahalah lebih untuk 10 mlm terakhir tu... insha Allah satu darinya terdapat Laylatul Qadr... |
|
|
|
|
|
|
|
relaks...
tajuknya mengelirukan....nasib baik ada yg paham...
ok..sambung... |
|
|
|
|
|
|
| |
|