CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Kalau pegi travel kengkadang kenapa boleh jadi mcm ni? anybody knows?

[Copy link]
Post time 10-10-2007 01:17 PM | Show all posts

Reply #20 WakDaeng's post

kalau kita dah beli return tiket pun diorg suspect ker kiter nak keje secara haram?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 04:42 PM | Show all posts

Reply #18 shahgti's post

left right centre , tak paham le????
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 04:14 PM | Show all posts
Saya x pasti betul ke x nk post benda ni kat sini ke x ...

Anyway, saya jadi bertambah-tambah risau nk travel memandangkan kes-kes tangkapan terhadap warga Msia yang berlarutan sejak akhir-akhir ni terutama kes 'teraniaya' kerana membawa dadah di dalam luggage.

Macam mana ye nak menambahkan keyakinan supaya menjadi lebih berwaspada dan berani semasa travelling nanti. Saya merancang nak ke Spain untuk seminggu dan kemudian 3 minggu di Turki (saya rasa saya pernah tulis pasal trip ni di thread lain) dan trip ke Turki saya akan berseorangan.Kemudian, parents saya pun dh jadi 'concerned' sbb kes-kes tu dan risau akan keselamatan saya sbb berjalan  seorang diri dan ini adalah kali pertama saya akan travel ke luar negara. Saya x mahu kalah dgn perasaan takut dan risau, trip ni adalah penting dlm hidup saya (dah lama saya berhajat dan telah pun menyimpan wang yg secukupnya). Tapi itulah perasaan saya skrg, penuh dgn teka-teki dan persoalan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 07:09 PM | Show all posts
The thing to remember when you travel overseas is have all your DOCUMENTATIONS ready. Tiket return, alamat hotel or tempat tinggal, phone no, credit card, bank statement, surat dari family member or friends yg korang nak melawat, duit, surat/bil alamat rumah di Malaysia and yg paling penting is a letter from your boss mengatakan yg you kerja kat situ and intend to balik Msia and kerja kat situ lepas habis bercuti..

Ni selalu terjadi sebab macam ramai yg cakap kat sini.. immigration officers suspect yg pelancong akan go in as legal tourists, pastu stay on jadi illegal.. ni antara masalah yg paling besar dorang hadapi.. and there are a number of nationality yg paling byk yg buat perangai cam ni.. and sadly Malaysians in one of the groups.

Jgn cakap pelancong, kami yg dah lama dok di UK pun still kena interrogate. Sebab tu bila Rock and family travel overseas, kami still bawak 1) a copy of bank statement, 2) letter from employer 3) mortgage (house loan) statements to prove that we have a home here 4) copy of hubby nye work permit. This is on top of the passport yg dah ada stamp yg cakap kami memang dah ada visa di sii..

Better be safe than sorry. Biar terlebih documents jgn terkurang.. And ambik semua contact details (if staying with friends and relatives) and be confident about your trip. Prepare itinerary.. and kalau pergi 2-3 org.. make sure everybody know the same things - kena brief everybody about your program.. jgn sorang cakap tak sure nak pi mana, yg lain cakap "but we have plan to go to A or B"

Kalau semua documentations cukup, insya allah takkan ada masalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 08:15 AM | Show all posts

Reply #23 amaryusof's post

Agreed dgn nasihat other forum members. Mesti ada dokumen yang lengkap. Dah pergi ke Spain and Turki, alhamdulillah Tuhan permudahkan perjalanan saya. Imigresen untuk kedua-dua negara ni OK, especially Turki sebab derang suka orang Malaysia (berdasarkan pengalaman saya la..). But sy ada experience semasa nak memasuki Greece from Turki. Masa tu naik night train. Saya disoal siasat jenuh gakla nak menjawab. Sampai train tu tergendala perjalanan lebih kurang setengah jam sebab saya . Tapi semua settle la lepas tu. From there, i can conclude that everytime passport control tu, u must:

1. Jangan gelabah, ni paling penting. Cakap dengan tenang and always smile to the immigration officer. Dont ever raise your voice to the officer. Senang cerita, buat macam u nak pergi interview session mintak keje. Layan jer apa yg officer tu nak. Like my Pakistani friend said (dia ni mmg sll kena interrogate ngan immigration officer), at the end of the day, bila officer ni mintak maaf mmg PRICELESS. Lagi satu, benda ni seems irrelevant, tapi kalau boleh masa kat immigration counter tu jangan beratur belakang orang yang xberapa pandai cakap english (kena guna sixth sense ). Sebab bila derang kena interrogate, kemungkinan kita kena pon tinggi gak and kita akan jadi nervous.

2. Emergency contact number. Ramai orang terlupa pasal ni, selalunya mereka hanya simpan nombor kengkawan/sedara tempat derang nak stay. But other than that, simpan address and telephone number of Malaysian Embassy bagi negara yg u nak pergi. Sebab i've few friends yg hadapi masalah dengan imigresen bila nak masuk sesebuah negara, tapi alhamdulillah settle lepas embassy tolong. Kalau u Maxis subscriber, bila global roaming, selalunya derang akan automatically sms-ed local embassies phone number.

2. Pastikan your bag is packed by urself. Trust nobody but urself. Don't ever bagi pertolongan untuk carry other people stuff even Malaysian/rakan semasa dalam perjalanan. Sebab saya naik train kan, so the officer siap check my backpack. Kalau masa nak bertolak dari Malaysia tu, kalau ada saudara kirim barang pon, pastikan u tengok sendiri barang tu. Kalau dalam bungkusan, mintak dia bukak.

3. Make sure u tahu jadual perjalanan. Especially u nak travel pergi banyak negara, mesti tahu entry/exit point and means of transport untuk setiap negara. Like me, setiap kali travel memang print jadual perjalanan day to day basis.

4. Dokumen mesti lengkap. Other forum members dah byk bg suggestion. Overall, dokumen yg u kena sediakan:
  - Proof of citizenship - passport. Kalau ditakdirkan passport hilang dlm perjalanan, go to Malaysian embassy and mintak travel document from them.
  - Visa - but in your case, spain and turkey xyah visa.
  - Means of transport - Valid and confirmed return airplane ticket, eurail pass, bus or train ticket etc.
  - Accommodation for the first few nights of your stay. Even atas flight lagi masa kena isi maklumat ni pada arrival card .
  - Proof of employment - kalau u student make sure bwk student card or letter from your organisation confirming your are a registered student.
  - Proof of sufficient fund to cover all expenses masa u travel - travellers cheque, recent bank statement, cash etc. Last time, the officer siap mintak my credit card.

Tu je tips from me. Hope it helps. Kalau u dah fully prepared, xder benda nak dirisaukan. Jangan paranoid sangat nanti nak travel pon tak fun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 08:42 AM | Show all posts

Reply #8 nadya08's post

  So classic.. Bak kata pepatah, lebih sudu dari kuah.

Kalau pergi 4 airport ni, kalau boleh elakkanla beratur kat kaunter yg immigration officernya:
1. UK especially Heathrow Airport - Indian
2. Amsterdam Schiphol Airport - Indonesian
3. Middle east (dubai, doha etc) - Filipino
4. Australia - Chinese, Vietnamese
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 05:52 PM | Show all posts
Ishhh... macam menakutkan je experience mamat 3 orang tu.  Usually mende ni jadik kt airport negara mana ek (selain NZ as mentioned in this thread)?

Such a hassle lah, if you have to basically bring 'your whole country' with you just to prove to them that you are not gonna try to migrate in their country (kalaula Malaysia's system seketat ini...)

I went to the usa in 2000 alone.  I was visiting my fiance (now ex hehehehe) and unlike some of the travellers who posted here, I brought nothing but my passport, visa and return ticket - and of course my luggage.  When I got to the immigration, the officer only asked me two things; the purpose of my visit and how I came to know my ex.  I told them that I used to study there.  THat was it, tak de pulak dia mintak tengok bank statement bagai..  So, when I read all of the postings here, rasa cam bertuahh sangat.. and bersyukur that my travel was smooth sailing.  Mungkin masa tu orang ramai ataupun mungkin gak I didn't appear suspicious at all - for one, my english is, alhamdulillah very proficient and very american, and even americans think that I speak english really well and I don't even sound asian/Malay, perhaps that helped a tad bit.

But, I think, for the next time, it would be very very beneficial if I would prepare more documents in case.   Tapi, I do hope that if I am travelling again, it would still be as smooth as or better than my last travel.

Thanks everyone for the great infos and tips.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 07:52 PM | Show all posts
Agreed with all ..

nak pergi travel kena buat study dulu .. tak leh main redah jek sbb kita nak gi negara orang, budaya berbeza .. from my experience, Cari.com forum is the best place to find info from experienced people .. even masa nak apply Visa ke US pun saya seek advice from this forum .. alhamdulillah, ada lebih confident sbb kita leh expect what's coming ..

so .. pesanan utk semua yg nak travel .. buat research dulu ye ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 10:31 AM | Show all posts
elo all,
very good tips.
satu mende yg akan menyebabkan aku terpikir bila nak gi travel negara omputih ni.
selamat ke utk org pakai tudung?
i mean, bila pakai tudung ni mestila moslem, skrg ni kan mcm islamophobic la apa la.
membuatkan aku rasa tak confident nak gi negara2 tu.
aku biasa gi overC pon country belah asia ni,cam jepun tu..
tp derang layan tourist sngt baik and very helpful.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 12:04 PM | Show all posts

Reply #27 nenekglamer's post

to my knowledge.. if ur applying for US visa and has previously been a student in US, usually the process senang sikit..

from my experience, i applied my US visa kat kl, tu pun after few emails to them, and the replies were fast. i apply dgn hanya membekal kan my canada visa and work permit. my reason was that i nak pindah sana, just in case i need to go to US and the advise from their office in kl mengatakan it would be easier for me to apply in country of origin. masa interview to cuak laa jugak coz i dont have a confirmed flight ticket.. coz masa tgh tunggu tu, 1 malay guy sudah kena reject.. kan kat situ.. semua org bule dgr.. nasib my interviewer tu ok.. dia tanya dulu student ke? coz dlm borang i letak yes.. then tanya mana n etc.. n finally dia tanya mana passport2 lama especially the one yg ada the old US visa.. jatuh jantung dgr.. mana laa nak ada yg lama2.. silap2 dah terbuang... dia kata in the requirement kena bawak.. aduh rasa nak nagis pun ada.. but alhamdullilah..dia kata tak per la.. next time must remember.. so i guess, the canadian visa saved me..

i do agree jugak that when u speak u have to be very confident.. and fluent english is a bonus.. knowing a little bit abt the country wld be icing on the cake..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 12:25 PM | Show all posts

Reply #26 bvsf06's post

ya betui..

if australia - avoid asian
if canada pun avoid asian - dorang nie usually over dari the locals
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 12:17 PM | Show all posts
actually i tak rasa masalah tudung nih problem
sbb imigresen mmg semua muka garang
mula2 mmg kita ingatkan sbb tudung
tapi masa i kat Heathrow, i ok jek
my friend yg india plak kena check teruk .. sbb dia terbawak laser pointer dalam bag (maklum la, kitorang nih trainer, so sentiasa ada laser pointer dalam bag) ..

jadi kesimpulannya, tak de masalah tudung as long as kita confident dan cukup segala document ..

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 03:10 PM | Show all posts

Reply #32 Pdah's post

ker UK memang  x der masalah tudung nih...
cuma takut x lepas ker US jer....

anyone yg pakai tudung...dan dah pegi US
baru2 nih...please comment...  maceh
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 08:01 PM | Show all posts

Reply #33 marisa_anuar's post

ada kawan aku gi US pakai tudung, tp dia pegi urusan keje. dia keje dgn satu multinational co. yg nak tau gi US utk vacation.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by nenekglamer at 3-2-2008 05:52 PM
I went to the usa in 2000 alone.  I was visiting my fiance (now ex hehehehe) and unlike some of the travellers who posted here, I brought nothing but my passport, visa and return ticket - and of course my luggage.  When I got to the immigration, the officer only asked me two things; the purpose of my visit and how I came to know my ex.  I told them that I used to study there.  THat was it, tak de pulak dia mintak tengok bank statement bagai..  So, when I read all of the postings here, rasa cam bertuahh sangat.. and bersyukur that my travel was smooth sailing.  Mungkin masa tu orang ramai ataupun mungkin gak I didn't appear suspicious at all - for one, my english is, alhamdulillah very proficient and very american, and even americans think that I speak english really well and I don't even sound asian/Malay, perhaps that helped a tad bit.


lagi satu, after 11/9/2001 yg jadi strict sgt ni... dulu2 tak la sampai mcm ni.


jgn buat muka takut2 or gabra tak pasal masa kena soal immigration... kesian kat org2 tua yg jarang travel...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by aiharanaoki at 25-2-2008 08:01 PM
ada kawan aku gi US pakai tudung, tp dia pegi urusan keje. dia keje dgn satu multinational co. yg nak tau gi US utk vacation.


aiseyyy.....aku rasa kat US rite now
dah ok kot...bab2 pakai tudung ni...hopefully
its true...anyway asben aku akan ke US x lama
lagi...and kalo everythin' is fine...insyaallah next
year ble larr aku pi sana plak...hope so...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 04:39 PM | Show all posts

Reply #36 marisa_anuar's post

marisa,
2nd April nih saya pegi ..
nanti saya bgtau camna ..

saya punya flight land kat Detroit ..
masa buat visa ari tuh, interviewer tuh kasik tips
dia kata Detroit nih straight sikit .. "so just be confident and make sure you bring all necessary documents"

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:18 PM | Show all posts

Reply #37 Pdah's post

pdah...bestnyer...x lama lagi kann....
ko pegi sana holiday ker.....
jelessss nyerrr...tp aku lak xcited lelebih...cewahh..:pompom: :pompom:


nanti ko dah balik sini...jgn lupa update erk...
x sabar aku nak dengar citer ko...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:20 PM | Show all posts
pdah...

opppsss....lupa plak...

BE CONFIDENT BEBEHHH....:victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 03:59 PM | Show all posts
sejauh mana kebenaran cerita mcm ni?   

di cedok dari thread asal.....
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1



Beringat ingat Kalau Ke Thailand


Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu
peringatan.

I would like to relate to you all an incidence.................. quite
recent, i.e. about two weeks ago...........

After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai
(saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin  went
to Bangkok with his wife and brother in-law.  Dia orang ni pun penat
juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin
dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.  Mereka membeli
chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.  Mereka
telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa
chocolate juga.  Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok
diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
brand yang sama.  My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1
karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar,
tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok
beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus
itu yang sangkanya diberi percuma.  My cousin terus mengambil sebungkus
rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti
dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.  Dengan
ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di
Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya
diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai
polis untuk didakwa.  My cousin offered to pay for the cigarettes kerana
salah faham beliau.  Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras
untuk membawanya ke balai polis.  Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang.  Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan
suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan.  Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar.  Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists
yang mendapat nasib yang sama.  Manakala isterinya menumpang di rumah
salah seorang kenalan mereka di Bangkok.  Bersama beliau di lock up itu
ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan
lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000
kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil
pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter.  Waktu mencari kaunter
pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus
ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut,  adik iparnya yang
menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.
My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka.  Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.  Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga.  Disamping
itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di
Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain.  Pihak polis Bangkok tidak
memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di
Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS
dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang
iparnya.  Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar
my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.  Beliau hanya ada RM11,000.
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju
dengan pembayaran sebanyak RM11,000.  Belum pun sempat my cousin keluar
dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang
tersebut sesama mereka dengan bangganya.  Mereka juga menunjukkan
wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing......... dan
mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang
diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya
berjumpa majestret melalui tingkap saja).  My cousin telah disuruh
mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the
RM11,000?  Tak disebut pun.............).  Nasib baik my cousin teringat
kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta
surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua
kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok.  My cousin meminta
mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau
dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan
oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua
tiket Air Asia telah habis terjual.  Yang ada cuma tiket MAS yang
ternyata lebih mahal.  Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang
banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS.  Yang
peliknya bila my cousin kata nak bayar  tunai tiket air asia, tiba-tiba
saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia................
(nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri
beliau sebagai 'Thief'!  Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di
bawa ke pesawat.  Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan
kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL
diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini
setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............ tapi yang peliknya
kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua?  Pihak kedutaan
kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin
supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand
dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara
tersebut kembali stabil.

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti
tidak mempercayainya...... macam cerita wayang saja....... tapi
percayalah..... memang ini kisah benar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076338 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list