CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: highlander07

SELEPaS KIAMAT ADAKAH ALAM ZAHIR YG BARU??

[Copy link]
Post time 6-10-2007 11:42 PM | Show all posts

Reply #20 Blinky's post

apa tujuan Tuhan jika dia nak macam tu?

Saya maklum TUhan maha berkuasa lagi maha bijaksana, setiap sesuatu yang dicipta mempunyai tujuan dan berkaiitan dengan yang lain. Tuhan tidak akan membuat sesuatu perkara tanpa adanya tujuan. Adakah tujuanNya agar manusia itu berfikir akan kekuasaanNya yang meliputi segala2nya.... merealisasikan sifat2nya, menunjukkan kekuasaanNya yang tiada batasnya, tiada penghujungnya...

[ Last edited by  daun_jampi at 7-10-2007 12:56 AM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-10-2007 10:04 AM | Show all posts

Reply #21 daun_jampi's post

DIA pun dah katakan..

kalo habeh air laut pun dijadikan dakwat untuk menulis ilmu2 dia pun mmg x cukup g..

ilmu DIA yg kita ada skang neh pun umpama macam setitik dari air2 itu..

DIA nak kita berfikir ttg kejadian alam neh..

pikir ttg kekuasaan dia.. pk ttg ilmu dia..

nescaya kita akan memperoleh sesuatu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 10:28 PM | Show all posts

Ada..InsyaAllah

Originally posted by aizverus at 7-10-2007 04:26 PM
seandainya dunia kiamat dan tuhan cuba menunjuk2 kekuasaannya...sebenarnya dia tunjuk kat sapa...masa tu tiada lagi makhluk yg tinggal...

rahsia tuhan begitu besar...rahsia tuhan mesti link dg ...

Aiz..pendapat anda banyak benarnya..
Kiamat suatu kaum sama ada manusia atau kaum sebelumnya (81 kali sblm manusia) sebenarnya telah ditetapkan secara 憂ature擺/color]
Apabila 憂ature
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 10:42 AM | Show all posts

Reply #24 highlander07's post

hmm..

suma neh.. ada petunjuk akhir zaman..

di mana.. org mula mencari2 ttg kekuasaan-NYA...

bila dah jumpa.. org tu pun "tiada"
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 05:43 PM | Show all posts

Reply #24 highlander07's post

camne boleh muncul idea ttg kewujudan seramai 81 adam sblm ini?? dan juga ade adam lagi selepas in??

tuhan maha berkuasa dan teragung.. kalau takde satu mahkluk pun yg menyembah Dia, keagunggannya tak kan terjejas langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:30 PM | Show all posts

Reply #24 highlander07's post

yerp ada betullnya....bila cakap pasal hal nieh...dlm sains sendiri dalam rantai makanan, ada peringkat2 nyer...satu terganggu seluruh rantaian terganggu...pasal kehadiran adam dan hawa selepas ini..aku tak nak komen, sbb dlm al-quran...akhirat itu kekal abadi...dlm perjalanan nabi muhammad s.a.w ke sadratul muntaha.....diperlihatkan golongan yg bakal diseksa...mereka ini MANUSIA seperti kita.......BUKAN manusia yg bertanduk atau aneh fizikalnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2007 11:17 PM | Show all posts
maaf zahir dan batin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 9-10-2007 05:43 PM
camne boleh muncul idea ttg kewujudan seramai 81 adam sblm ini?? dan juga ade adam lagi selepas in??

tuhan maha berkuasa dan teragung.. kalau takde satu mahkluk pun yg menyembah Dia, keagungg ...

kesian kan kt org cam highlander ni, die igt sume pasal Tuhan bleh gune akal agaknyer....setiap yg terlintas dlm fikiran kite psl bnd ghaib ni
xsama lagsung dgn hakikat sbenar bnd2 ghaib tu..

get a life la....cr ilmu yg menjamin bangsa melayu yg dh di hujung tanduk ni..khayal jer lebih
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 29-10-2007 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 6-10-2007 05:37 AM Teori 4a) memanglah tepat..gambaran kiamat dlm al-quran semua menceritakan kiamat bumi sahaja!!..cth bintang2 berguguran..merujuk kpd objek langit spt meteor atau asteroid yg bergerak melanggar b ...

Tang ni aku sokong...mula-mula memang aku ingat bintang sebenar....tapi selepas aku tengok rancangan national geography kat astro baru aku faham...yang dimaksudkannya ialah "METEOR"....tu yang para saintis AMERIKA duk kalut buat kajian dan cuba cari penyelesaian bagaimana nak mengelakkan bumi ini dari KIAMAT iaitu mengelakkan bumi dari dilanggar oleh meteor dan asteroid.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 11:35 AM | Show all posts

Reply #30 tongkatali's post

hmm

kan ada depa dok bising ada astroid @ meteor ne nak langgar bumi..

maka akan jdlah macam citer smallville..

meteor shower..

huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 01:49 PM | Show all posts
Kiamat yang akan berlaku adalah kiamat total bagi dunia yang dihuni manusia.Dunia yang dihuni manusia bermaksud keseluruhan bumi dan planet serta bintang yang dapat dilihat oleh manusia.Ini secara jelas diterangkan didalam Al Quran dalam surah surah seperti Al Waqiah,

     Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Apabila berlaku hari kiamat itu.Tiada sesiapa pun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan(golongan yang ingkar)dan meninggikan(golongan yang taat).(ia berlaku)semasa bumi bergoncang dengan sebenar benar goncangan.Dan gunung-ganang dihancur leburkankan dengan selebur-leburnya.Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran.

  Diatas adalah sebagian terjemahan Suratul Al Waqiah.

Terdapat beberapa lagi surah yang menceritakan tentang hari Kiamat.Dihari Kiamat semua cahaya, baik mentari,bintang,bulan semuanya akan sirna.Hanya satu cahaya yang wujud menerangi orang-orang yang beriman iaitu cahaya atau nur Laailaahaillallah.Cahaya Matahari yang diceritakan di Padang Mahsyar bukanlah Matahari dunia.Bukankan Allah berkuasa mencipta sesuatu dengan hanya Lafaz Kunfayakun.Padang Mahsyar juga adalah satu ciptaan Allah yang khas bagi hari kebangkitan.Musnahnya dunia manusia adalah jelas dalam peristiwa orang-orang yang ingkar memohon supaya dikembalikan kedunia supaya dapat menebus kembali kesalahan mereka.Bagaimana mereka mahu kembali jika dunia mereka sudah hancur lebur.Malah wirid amalan yang baik juga sudah tiada kecuali ucapan ALHAMDULILLAH.
      Perlu juga diketahui oleh semua forumer bahawa bukan sahaja manusia yang binasa pada hari kiamat itu.Tetapi Para jin,para Iblis,malah para Malaikat pun mati.Yang terakhir merasai kematian adalah para penanggung Arsy.Selepas itu Allah yang Agung(dalam kitab berkenaan hari kiamat akan bertanya tentang kekuasaan dan kewujudan tetapi tiada jawapan kerana tiada yang wujud melainkan Allah yang Maha kekal)akan menghidupkan Israfil dan memerintah Saidina Israfil meniup sangkakala buat kali kedua bagi membangkitkan seluruh jiwa makhluk yang binasa dalam kiamat tersebut dan juga seluruh mereka yang meninggal dunia sebelum kiamat terjadi.Jadi persoalan samaada ada makhluk lain seperti manusia akan diwujudkan atau tidak selepas kiamat adalah berada dalam ilmu Allah dan kekuasaan serta Kehendak Allah.Cuma dapat disimpulkan dengan jelas bahawa jika Allah berkehendakkan itu terjadi dunia yang akan dihuni oleh new human itu bukanlah dunia yang telah dikiamatkan ini.Perlu juga diingatkan bahawa masa ribuan tahun bagi manusia hanya sekelip mata bagi Penguasa Agung  Malikul Mulk iaitu Allah S.W.T dan sebab itu wujud teori mesin masa bagi sesetengah golongan cendiakawan.

Wallahua'lam bissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 01:57 PM | Show all posts

Reply #31 selendangmerah's post

mungkin...lepas tu "superman" akan turun bersama dengan "meteor shower"...seronoknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 02:52 PM | Show all posts
Meh sini orang tanah tinggi 07, aku nak tanya hang...kalau ada 81 Adam, adakah ada 81 Muhammad? Meh sini jawab.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 03:37 PM | Show all posts

Reply #33 tongkatali's post

jaga2 ngan lex luthor..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 05:40 PM | Show all posts
Cuma dapat disimpulkan dengan jelas bahawa jika Allah berkehendakkan itu terjadi dunia yang akan dihuni oleh new human itu bukanlah dunia yang telah dikiamatkan ini.

Soalan : Mana tau ada dunia lain/ Siapa cerita? Mana rujukan? Pernha pergi ke dunia itu?   

Perlu juga diingatkan bahawa masa ribuan tahun bagi manusia hanya sekelip mata bagi Penguasa Agung  Malikul Mulk iaitu Allah S.W.T dan sebab itu wujud teori mesin masa bagi sesetengah golongan cendiakawan.

Soalan : Teori mesin masa? Masa pakai mesin ya dong? Mesinnya macam mana? Macam mesin tebu ya bung?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 07:56 PM | Show all posts

Reply #32 sayapghaib's post

Assalamualaikum..... sayapghaib,

Statement yg berinfo dr anda. Tahniah....

Nak tau komen anda utk post dr sy kat  ;-

//forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=225366&extra=page%3D2&page=5
post #119

Sekian Wassalam.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 29-10-2007 08:25 PM | Show all posts
Mendiang Lim Goh Tong juga merupakan salah sorang daripada higlander......
Buktinya, beliaulah perintis Genting Highlander.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 07:52 AM | Show all posts
kalau tak silap In... ia tersurat dalam kitab2 syiah...kewujudan kita entah yang keberapakali....bgitu juga dunia ini, hancur dan dipulihkan kembali oleh Allah... Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by abas8888 at 29-10-2007 05:40 PM
Cuma dapat disimpulkan dengan jelas bahawa jika Allah berkehendakkan itu terjadi dunia yang akan dihuni oleh new human itu bukanlah dunia yang telah dikiamatkan ini.

Soalan : Mana tau ada duni ...

Billa anda membaca sesuatu statemen cuba anda baca dengan fikiran yang terbuka.Baru anda dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan.Apa yang ingin saya sampaikan dalam tulisan tersebut ialah bagi menyangkal kewujudan fahaman bahawa kiamat yang berlaku itu bukan secara total.Persoalan kiamat adalah rukun Iman.Jadi bila kita berforum tentang ini kita kena menyatakan fakta-fakta yang sebenar seperti termaktub didalam Al Quran al Karim.Seperti yang termaktub didalam Surah Al Waqiah,Al Insyiqaq,Al Qaariah dan beberapa lagi surah yang menceritakan tentang keadaan kiamat tersebut.Didalam surah-surah tersebut diceritakan dunia dimusnahkan secara total.Seperti bila bintang berjatuhan,bila matahari dan bulan kehilangan cahaya dan bila bumi memuntahkan segala isinya.Perkara "dunia yang lain" yang saya nyatakan itu hanyalah  contoh bagi menyangkal fahaman bahawa manusia yang ada kini digantikan dengan manusia jenis lain di dunia yang sedia ada sekarang.Lagipun menidakkan kiamat itu berlaku seperti yang diterang dan diceritakan didalam Al Quran adalah sama seperti mengingkari rukun iman.Perlu juga diterangkan bahawa mengandaikan  akan diwujudkan dunia yang lain pula tidak melanggari akidah Islam sama seperti mempercayai wujudnya UFO atau Alien.Ia tidak menjejaskan akidah.Bab mesin masa tu adalah kepercayaan sesetengah saintis yang saya terangkan.bukan kepercayaan saya.saya cuma menerangkan wujud teori tersebut.Ia juga tidak menjejaskan akidah.Sama juga seperti andaian sesetengah ulama bahawa Kung fu Tze itu adalah salah seorang nabi atau ahli kitab yang benar bagi kaum dizamannya.Perkara itu tidak menjejaskan akidah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:27 AM | Show all posts
double post

[ Last edited by  sayapghaib at 30-10-2007 09:31 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.183112 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list