CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: migdal_bavel

Ibrani עברית Hebrew

[Copy link]
Post time 25-8-2010 07:41 PM | Show all posts
ha sempoi gak, leh boh istilah pasai alat2 semayang ngan sinagog
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 09:56 PM | Show all posts
la shanah tovah tikatevu = utk tahun yg baik smg tertulislah hangpa (utknya)
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 12:07 PM | Show all posts
therad mendop, apa pashai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 08:52 PM | Show all posts
Salam alaikum/shalom aleikhem

haha saya pun dh lama tak jengok kat sini... meh belajar sedikit perkataan ibrani yg sempat dihafal...

1. Tepu'ach - epal (singular)
2. Tepu'achim - epal-epal (plural)

Selamat belajar dan hafal ya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 12:36 PM | Show all posts
Boker Tov ya achi?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:16 PM | Show all posts
Salam semua, Migdal telah memberikan ucapan-ucapan lazim yang mudah dalam bahasa Ibrani, (boleh baca pada post2 yang awal ya). Di sini saya akan menggunakan huruf2 Ibrani pada perkataan2 tersebut.

1. Shalom - שָלוֹם ,empat huruf iaitu  שָ - shin (sh)     ל - lamed (L)    וֹ - vav (V)   ם -  mem sofit (M)
   
a.  שָ  sebutan hurufnya adalah "shin" dan titik qamatz dibawahnya mewakili vokal "A". Oleh itu huruf    שָ  disebut sebagai "SHA"
. ("SH" + "A" = "SHA")

b.   ל  sebutan hurufnya adalah "lamed", oleh kerana ia tidak mempunyai titik atau nequdot (vokal) maka ianya hanya mewakili huruf "L".

c.  וֹ   sebutan hurufnya adalah "vav". Namun jika ia menjadi cholem vav iaitu bertitik di atas huruf, secara outomatik ia menjadi vokal "O". Maka bunyi huruf ini ialah "O" bukannya "VO"

d. ם   sebutan hurufnya adalah "mem", ianya mewakili huruf "M"


Diringkaskan seperti di bawah:

a.  שָ  - sha


b. ל   - l


c.  וֹ   - o


d.  ם   - m

sekarang huruf ibrani ini boleh dibaca dengan huruf latin iaitu "shalom" di mana perkataan ini bermaksud sejahtera atau damai. Shalom dan salam (ucapan Arab) adalah kata akar yang sama iaitu sejahtera.

selamat belajar,  להתראות םחר - Lehitra'ot machar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2010 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by ultrakasino at 15-11-2010 11:43

שלום כולם Shalom kullam (Hai semua)

Hari ini kita tambah lagi beberapa perkataan bagi menambah pengetahuan kita terhadap pembelajaran bahasa Ibrani. Saya mulakan dengan perkataan "siapa nama awak? untuk lelaki.

1.


מָה שִםך
- Ma shimcha? bermaksud siapa nama awak untuk lelaki (maskulin)

a.  מָ   huruf ini disebut sebagai "mem" dan mewakili huruf M, dan dilihat mempunyai titik qamatz di bawah. Maksudnya mewakili vokal "a". Maka huruf ini di sebut sebagai "ma".

b.  ה  huruf ini disebut sebagai "hey" dan mewakili huruf H, Namun huruf    "hey" pada perkataan ini adalah silent/mati dan ia mewakili huruf H

Diringkaskan seperti di bawah:

a.  מָ  - ma

b. ה   - h

Jadi perkataan tersebut membawa sebutan "mah".


sekarang pada perkataan kedua iaitu

a.
שִ    mewakili huruf "sh". Kita lihat mempunyai titik di bawah huruf dikenali sebagai Chireq iaitu mewakili vokal "i". Maka sebutan bunyi untuk huruf ini ialah "shi"

b.  
ם   disebut sebagai mem. Oleh kerana tidak ada tambahan vokal/nequdot dan mewakili huruf "m".

c.
ך    disebut sebagai Kaf sofit. sebutannya adalah ka atau cha

Oleh itu perkataan ini boleh disebut sebagai "shimcha"


מָה שִםך - Ma shimcha? - siapa nama awak?

untuk menjawap pula

שמי - shimi.... - nama saya....


Contoh perbualan:

David:  שלום - (Shalom) = Hello, hai

Daud:  
שלום  - (shalom) = hello, hai

David:
מה שםר - (Ma shimcha?) = Siapa nama awak?

Daud: שםי לָוִד - (shimi David) = Nama saya David.


Selamat belajar semua...

להתראות םחר



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 06:44 PM | Show all posts
Shalom..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2010 09:36 AM | Show all posts
Salam semua
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by ultrakasino at 5-11-2010 10:07

Kita sambung sesi pembelajaran pada hari ini

Perkataan bagi selamat pagi atau  בּוֹקֶר טוֹב   iaitu Boker tov.

1. Huruf bagi   בּ     adalah Bet di mana mewakili huruf b.

2. Huruf bagi    וֹ      adalah konsonon Vav namun mempunyai titik atas menunjukkan ianya menjadi vokal o. Maka huruf ini mewakili huruf o.

3. Huruf bagi   קֶ    adalah kaf dan mewakili huruf k namun mempunya titik/nequdot di bawah iaitu mewakili huruf vokal e. Maka di baca "ke".


4.  Huruf bagi   ר    adalah resh atau mewakili huruf r.

Secara ringkasnya:

1.  בּ    - b
2.   וֹ      - o
3.    קֶ     - ke
4.     ר      - r

Jadi ianya Boker

Seterusnya   טוֹב    atau Tov

1. Huruf    ט      adalah Tet dan mewakili huruf t.
2. Huruf   וֹ    adalah Vav namun bertitik atas makanya ianya mewakili huruf viokal o.
2. Huruf   ב   adalah vet, dan mewakili huruf V.

Maka perkataan tersebut boleh dibacasebagai BOKER TOV atau selamat pagi.

Selamat belajar
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 05:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by ultrakasino at 11-11-2010 17:27

Reply 208# Wolflare

שלום מה שלוםח
אני בסדר ואתה
אתה והב מסבר עברית
הההההההה....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:23 AM | Show all posts
shalom,

boi na'azov


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 06:53 PM | Show all posts
motzeh yeled.... ani hi'shaer ne'eman?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 07:16 PM | Show all posts
mehane mehane mehane huhu...

http://www.youtube.com/watch?v=ErUEA0HYFEo
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 10:05 PM | Show all posts
shalom'aleichem!

aku cuba dapatkan new words untuk semua. mari kita kongsi lagi. aku pon boleh dapat sama, hehehe... aku benci baca ivri ada vowel, susah ah. ivri tulisan rumi pon mcm best gak

barbeque - mangal/manjal (mem, nun, gimmel, lamed)
bangku - safsal (samech, peh, samech, lamed)
jembatan - gesher/jesr (gimmel, shin, resh)
bangunan - bin'yan (beth, nun, yod, nun sofit)
bus - otobus (alep, vaw, tet, beth, vaw, samech)
hentian bus - tachannat otobus (tav, chet, nun, tav - alep, vaw, tet, beth, vaw, samech)
kereta - mechonit (mem, kaph, vaw, nun, ya, tav)
awan - 'anannim ('ayin, nun, nun, yod, mem sofit)
lintas pejalan kaki -  ma'avar chatsayah (mem, 'ayin, beth, resh - chet, tzadi, yod, he)
pagar - gader (gimmel, daleth, resh)
rumput - deshe (daleth, shim, alep)
tanah - karka' (qop, resh, qop, 'ayin)
pokok korma - dekel (daleth, qop, lamed)
tempat letak kereta - migrash chanaya (mem, gimmel, resh, shim - chet, nun, yod, he)
jalan, laluan - sh'vil (shim, beth, yod, lamed)
taman permainan - gan sha'ashu'im (gimmel, nun - shim, 'ayin, shim, vaw, 'ayin, mem sofit)
kolam - brecha/birka (beth, resh, kaph, he)
jalan - k'bish (kaph, beth, yod, shim)
bumbung - gag (gimmel, gimmel)
bayang - tzel (tzadi, lamed)
tempat bertedoh - tzrif (tzadi, resh, yod, pe sofit)
salji - sheleg (shim, lamed, gimmel)
tayar - tzmig (tzadi, mem, yod, gimmel)
lampu isyarat - ramzor (resh, mem, zayin, vaw, resh)
pokok - 'etz ('ayin, tzadi sofit)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 10:34 PM | Show all posts
shalomaleichem!

khas untuk kawan2 yakni nanats, ultrakasino, COB dan lain2 tentang shofar. haku tahu hangpa pong tahu, saja syoq2 wat hiburan sambilan dok tengah berileks sambil minum kopi sambil gatal tangan taip. kat belah bod bodo sebelah nun dok sibuk cakap pasal artikel harian metroseks ka kalu x silap pasi menatang ni gak. tapi aku x rasa info pasal itu berguna di sana. elok hang mai tepet sini COB oiiii. buleh gak orang yang nak belajaq baca.

apakah itu menatang shofar?

shofar digunakan dalam upacara keagamaan orang Yahudi dan Israel. biasanya diperbuat drpd tanduk kambin biri-biri. shofar ditiup untuk dapatkan bunyi yang kuat lebih kurang macam trompet yang ringkas. zaman2 biblikal dolu, shofar ditiup untuk mengumumkan bulan baru dan permulaan perayaan. kemudian digunakan juga bagi mengisyaratkan perang. zaman2 moden ni, shofar cuma digunakan dalam upacara keugamaan dan perayaan keagamaan macam di Rosh Ha-shanah (Tahun Baru), n Yom Kibbur (hari bertobat) yang seminggu berikutnya lepas tahun baru.  

cara nak tiup shofar?

ada dua cara atau not tiupan shofar. yang pertamanya adalah not rendah n kedua not tinggi. nak dapat not rendah, longgarkan sikit mulut daripada muncung shofar, nak dapat not tinggi rapatkan mulut dgn muncong shofar. nampak mcm mudah tapi kena ada kemahiran la jugak menurut kata orang yang nama Cohen Alistair. ni jangan dok ingat info mai daripada aku lak, aku pon rujukan kat orang lain gak. aku xmboh klaim apa2, okkeis. it's only for fun n for frens.

bila nak tiup shofar?

masa hari rosh hashanah la, hari itu jugak dikenali sbg hari tiupan shofar atau yom trouwah. rabbai akan tiup shofar kpd orang dgn macam2 kod bunyi.

ada satu not nama takiah. takiah ni adalah not atau harkat panjang dan dihujung dia tinggi sikit.

pastu ada shevarim, ada tiga not. tiap2 not ada satu kenaikan harkat yg panjang.   

kemudian ada trouwah. trouwah dimainkan dengan 9 not yang pantas2. tiap2 satu not tu ada kenaikan bunyi ketiga, not yang terakhir akan sikit panjang.

tiupan yang terakhir nama dia tekiah gedolah. not dia kena panjang sepanjang mana yang mampu sampai semput baru bleh berenti.   

kawan kita midal xmboh masuk dah. jd jgn dok harap la dia masuk. dia takot lashon harah (fitnah, benda lagho). nak ikot aku xmboh masuk gak, tp aku xthu nak park mana benda2 yg aku dah taip. aku nak wat jurnal belajaq bahasa untuk kawan2 hak len serta diri sniri la tp aku kena taip mcm2 bahasa dolu termasuk BM jd ada banyak versi, simpan dlm file kompter takot ilang tu haku tepek banyak2 tempat. haku memintak mahap la menyemak di sini. lenkali aku cuba develop cara yg x yah masuk dalam forum mana2 pom. aku rindu sembang dgn kawan2 mcm nanat, cob, smua, TQ... heppy Hanukkah, nanti kita tepek kad khas kat kawan2 kita saja!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2010 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by ultrakasino at 28-11-2010 23:29

Shalom/salam

Good info Genot, Terima kasih atas infonya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 06:15 PM | Show all posts
nice info.shalom
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 10:37 PM | Show all posts
Shalom!

Chanukah Shmeach, Selamat Hari Hanukkah semua!!!




Pada 1 Disember ni akan bermula perayaan Hanukkah. Yang aku tahu hari Hanukkah orang nyalakan Menorah sembilan cabang dan juga ada hidangan macam Sufganiyoth. Ejaan Chanukah ikut ejaan Tiberian Hebrew adalah chet, nun, kap, he. Kalu ejaan modern mesti tambah vaw sebelum he. Aku tak tahu ke mana laut dah thread pasal perayaan Hanukkah di board semasa yang tahun lepas punya bila kita berbual dengan cob, nanat, dan midal. ada banyak informasi berguna di situ, walau bagaimanapun aku malas hendak masuk di sana. aku cuba ingat2 lupa taip semula benda yang diingati dan dibaca dari artikel.

Hanukkah dirayakan selama lapan hari. Ia untuk memperingati semula haikal kedua di jerusalem disucikan semasa abad ke-2 M selepas ia dikotori oleh raja Syria, Antiochus IV Epiphanes. Hanukkah juga memperingati keajaiban bekas minyak lampu.

Pada masa itu, terjadinya pemberontakan Maqavim. Ejaan dia adalah mem, qof, beth, yod, mem sofit. Maqavim adalah tentera kerajaan Yahuda (Israel) yang ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang dihimpit oleh kerajaan Ptolemic dengan punca kuasa di Mesir dan empayar Seleucid yang beribukota di Syria. Dalam zaman itu, kehidupan orang Yahudi mula dipengaruhi pengaruh luaran utamanya pengaruh Yunani. Setengah orang Yahudi utamanya yang kelas atasan mula meninggalkan syariat dan ikut cara hidup Yunani. Mereka mula tak hiraukan lagi tanda-tanda "khatan," tinggalkan perjanjian suci, dan menyertai permainan sukan Olimpik Yunani.

Menurut Talmud, pada hari penyucian semula kemudian diikuti oleh kejayaan puak Maqavim atas empayar Seleucid, hanya ada cukup-cukup aja minyak zaitun untuk menyalakan api keabadian di haikal selama sehari. Tapi keajaiban berlaku apabila minyak tu bertahan selama lapan hari, selama hari2 yang diambil untuk memerah, menyediakan, dan menyucikan minyak zaitun segar tu.

Hari Hanukkah disebut juga dengan 1 Maqavim dan 2 Maqavim. Yang pertamanya menyatakan "untuk lapan hari ia dirayakan untuk memperingati semula altar. Kemudian Yahuda dan saudara2nya serta seluruh jemaah Israel mengisytiharkan hari2 untuk peringatan semula, mesti dilaksanakan setiap tahun, selama lapan hari (1 Maq. 4:56-59). Menurut 2 Maqavim, "orang Yahudi merayakan lapan hari dengan ceria sebagaimana perayaan Sukkoth."

Peristiwa syahid oleh Hannah dan tujuh orang anak laki2nya juga dikaitkan dengan Hanukkah. Menurut kisah Talmud, dan 2 Maqavim, seorang wanita Yahudi namanya Hannah dan anaknya tujuh orang semuanya kena seksa dan dihukum bunuh dengan Antiochus sebab tidak mahu memakan babi kerana takut melanggar undang2 syariat agama.

Dalam sumber Mishnah, undang2 dan adat berkenaan Hanukkah memang tak ada (Bikkurim 1:6, Rosh Hashanah 1:3, Megilah 3:6, Bava Kama 6:6). Menurut pandangan Rav Nissim Gaon dalam ha-Kdamah Le-Mafteach ha-Talmud, maklumat tentang perayaan ni dah biasa sangat dalam masyarakat sampai Mishna rasa tak perlu nak diterangkan lagi. Reuvein Margolies memberi pandangan bahawa Mishnah diedit semula masa zaman pemberontakan Bar Kochbah kerana pengarangnya rasa akan memberikan ancaman jika sebut pasal perayaan yang berkaitan dengan pemberontakan yang terbaru terhadap pentadbir asing, hal ni untuk menjaga keselamatan orang awam daripada diganggu oleh orang Roma.

Yang dalam Talmud, Gemara dalam Shabbat 21 memberi tumpuan kepada lilin Shabbat dan beralih kepada lilin Hanukkah. Katanya lepas askar raja Antiochus IV dihalau keluar dari haikal, golongan Maqavim sedar yang hampir semua minyak zaitun untuk upacara sembahyang dah digunakan untuk upacara sembahan dewa kafir serta dah jadi najis. Hanya satu bekas aja yang selamat dan masih bertutup. Mereka gunakan bekas minyak tu dan ajaibnya bekas tu tahan dibakar selama lapan hari.

Dalam Talmud ada 3 pilihan untuk nyalakan api untuk upacara ibadat. pertama undang2 agama kata perlu hanya satu lampu aja dinyalakan bagi setiap malam sampai lapan malam bagi satu rumah. kedua kata, boleh nyalakan satu lilin untuk setiap ahli keluarga selama lapan malam bagi setiap rumah. yang afdhal nya ialah membanyakkan bilangan lampu bagi setiap malam sampai malam ke lapan.  

Kecuali dalam saat bahaya aja, lampu boleh diletakkan di luar rumah macam depan pintu berlawanan dengan arah Mezuzah, atau di tingkap menghala ke jalan. Rashi dalam satu nota iaitu Shabbat 21b kata, tujuan buat begitu adalah untuk mengisytiharkan pada masyarakat tentang keajaiban yang dah berlaku masa peristiwa penyucian dan operasi semula upcara ibadat di haikal kedua.

Ini secara ringkasnya lah, kalau nak wat novel sila tambahkan lagi apa yang kurang kalau rajin. Boh boh (cukop2) lah paham sikit2. Supaya kita paham apa sebab perayaan Hanukkah dirayakan. Adik2 yang melalui SPM dan peperiksaan dalam bulan ini selamat menempuhi peperiksaan. Aku x leh bayang waktu peperiksaan sekolah mcm mana. Dah bertahun tinggalkan skolah, hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:07 PM | Show all posts
wah banyak dpt ilmu ttg perayaan kaum yahudi ini. selamat menyambut Hanukah pada yang menyambutnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.367278 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list