CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
Post time 19-5-2009 11:36 PM | Show all posts

Balas #232 BahamRambang\ catat

turun bandar plok!! mu beli mende ke aku kat bandung bru ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 12:02 AM | Show all posts

Balas #233 pppieee\ catat

adelah.. sikit2.. marilah turun bador.. heheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:26 AM | Show all posts
bakpe ambe xleh tgk gambo
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 05:36 PM | Show all posts
Diaspora Terengganu

Etnik Terengganu pada zaman dahulu kala merupakan bangsa pedagang.Mereka berdagang ke Siam, Singapura,Kuching, Kalimantan dan juga Riau.

Saya akan memberi fokus kepada perdagangan antara Terengganu denganSingapura. Ini kerana terdapat banyak bukti yang menyokong pandanganini. Sepanjang pesisiran Pantai Timur Semenanjung terdapat banyakpenempatan etnik Terengganu. Contohnya di Beserah, Tanjung Lumpur,KualaPahang, Nenasi, Kuala Rompin, Mersing dan hinggalah ke Sedili.Pedagangini berulang alik dengan menggunakan Perahu Besar Terengganu yang masihboleh dilihat di Muzium Terengganu.

Saya yang bekerja di Kuala Rompin pernah bertemu dengan generasi keduadan ketiga keturunan Terengganu yang tinggal di Tanjung Lumpur, KualaPahang,Kuala Rompin dan juga Mersing. Mereka ini masih lagi dapatbertutur dalam dialek Terengganu malah dapat memberitahu denganterperinci tempat asal nenek moyang mereka di Terengganu. Ada seorangguru dari Kuala Pontian di Kuala Rompin yang memberitahu yang keturunanbeliau merupakan pedagang yang berulang alik ke Singapura. Sampai satumasa,dia membuka penempatan di Kuala Pontian. Guru ini yangketurunannya yang berasal dari Kg. Pulau Rusa di Kuala Terengganu masihlagi dapat bertutur dialek Terengganu dengan baik. Di Bandar Lama KualaRompin terdapat beberapa jalan yang dinamakan sempena nama pulau diTerengganu seperti Jalan Perhentian,Jalan Lang Tengah, Jalan Lang Kiri.

Namun, saya berpendapat bahawa dialek Terengganu di Kuala Rompin akanhilang kerana kebanyakan generasi ketiga tidak lagi bertutur denganTerengganu. Tambahan pula tiada persatuan atau badan yang berusahauntuk mengekalkan warisan Terengganu di sini. Tempat-tempat yang lainseperti di Mersing ataupun Sedili tidak pula saya ketahui. Di Mersing,ramai etnik Terengganu yang terlibat dalam perusahaan keropok lekor.

Di Singapura, ada satu jalan yang dinamakan Marang Road. Nama Marangdiberikan kerana terdapat satu kubur yang mana pada batu nesannyatertulis yang si mati itu berasal dari Marang. Di Kuching pula terdapatKg. Terengganu yang mana penduduknya berasal dari Terengganu yangmenetap di sana keranaberdagang kain songket pada zaman sebelummerdeka. Di Kalimantan,terdapat tempat bernama Dungun sempena namatempat asal penduduk Dungun yang berpindah ke sana untuk berdagang danjuga berdakwah. Di Riau,terdapat tempat bernama Maras sempena namaKuala Maras di KualaTerengganu yang mana ada penduduknya pergiberdagang dan berdakwah disana dan terus menetap di sana.

Namun begitu, penghijrahan etnikTerengganu sekarang tidak serancakdahulu. Diaspora seperti yang saya ceritakan di atas merupakan merekayang berhijrah sebelum zaman merdeka lagi. Nampak seperti semangatmengembara, berdagang dan berdakwah semakin hilang dalam generasi baruTerengganu. Semoga etnik Terengganudapat menguatkan semula semangatmengembara dalam diri tanpa mengenal erti ombak yang mengganas dilautan. Semoga dapat menyumbang kepada ketamadunan Melayu Islam sepertiyang telah dilakukan oleh nenek moyang Terengganu zaman dahulu.

http://langsanah.blogspot.com/2009/01/diaspora-terengganu.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 07:39 PM | Show all posts
kat singapura pun ada nama kelantan lane
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 12:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-10-2009 13:36

XXXXXXXXXXXXXX
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2009 02:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:30 PM | Show all posts
Nama tempat lama yang dicatatkan dalam sejarah negara China         
Terengganu
            Deng Ya Nong                              (D. Song)
                         Ding Jia Lu                              (Dinasti Yuan)
                         Ding Jia Lu                              (Dinasti Ming)         
Pulau Perhentian
            Ji Long Dao                              (Dinasti Sui)         
Pulau Redang
            San jiao Yu                              (Dinasti Song)         
Pulau Tenggul
            Dou Yu                              (Dinasti Ming)         
Dungun
            Kuo Du Kun                              (Dinasti Han)         
Paka
            Po Jia                              (Dinasti Ming)         
Kemaman
            Gou Li                              (Dinasti Sui)         
Kuala Berang
            Fo Luo An                              (D.Song - Yuan)         
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 12:38 PM | Show all posts


Terengganu menerima Islam dari Benua Cina, lebih awal daripada Melaka.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:40 PM | Show all posts


Batu bersurat yang ditemui di Terengganu, menyatakan piagam yang menuliskan hukum-hakam. Bukti pemerintahan bertamadun bermula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:41 PM | Show all posts


Jumpaan kajian arkeolog. Rangka manusia ditemui di gua di Kenyir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:43 PM | Show all posts


Ada beratus manuskrip lama. Setiap satunya dapat dijadikan bahan kajian untuk sarjana dan kedoktoran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 01:52 PM | Show all posts
sejok bile plok thread aku ni duk kat atah ni?....mekasih la mod yang berkenaan.ambe baru sedor tadi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 11:09 PM | Show all posts
ilang oh gambo page 1?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 01:54 PM | Show all posts
topic yang sangat bagus
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 09:23 PM | Show all posts
best gok ada gmbr nie..leh tau psl ganu..=)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 11:45 PM | Show all posts
Reply 256# yuichiro

dok banyok la sumber penceritaan bagi negeri terengganu disebabkan beberapa faktor.antaranya dasar tutup pintu yang diamalkan oleh kerajaan terengganu sebelum tahun 1708M....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:07 PM | Show all posts
Orang Terengganu pula jauh berbezadaripada orang Pahang. Paling utama, mereka sukakan keamanan dankeharmonian. Kegiatan dan minat mereka ialah kepada perniagaan danperdagangan. Apa yang mereka mahu ialah kebenaran dan kebebasan untukmencari rezeki tanpa diganggu. Namun demikian, mereka tidak menunjukkansikap taksub dan taat setia membabi buta seperti yang ditunjukkan olehorang Pahang, yang akhirnya (iaitu orang Pahang) terpaksa menanggungbermacam kerenah, helah dan juga bencana dari Raja dan kerabat Dirajamereka sendiri. Bagi Clifford, orang Terengganu hanya berminat untukbelajar, berdagang dan bertukang. Sejak kecil lagi dia dibesarkan dalamsuasana buku, duit dan tawar menawar perniagaan dan perdagangan.Dikatakan dia tahu memuji dan mengangkat tinggi nilai dan mutubarang-barang yang hendak dijualnya dan menawar atau menurunkan hargabarangan yang hendak dibelinya sebaik sahaja dia pandai bercakap. OrangTerengganu dilahirkan dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Dia bolehdan sanggup berbohong semasa berniaga, tanpa segan dan silu ataupunmalu sehingga mereka terkenal ataupun dikenali sebagai pembohong yangpaling terkenal di Tanah Melayu.

Sekiranya seorang kanak-kanak Pahangdibesarkan dalam suasana perang atau khabar angin tentang peperangan,dan dia pula akan bercita-cita apabila besar nanti mahu menjadi seorangpahlawan terbilang, tetapi berlainan pula dengan kanak-kanakTerengganu. Walaupun lelaki Terengganu memakai senjata tetapi diakurang tangkas menggunakan senjata tersebut. Keris yang dipakai hanyasebagai pelengkap pakaian lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku keranamasyarakat Terengganu memberi sanjungan yang lebih dan memandang tinggimereka yang berpendidikan atau yang mempunyai kemahiran-kemahiran yangtertentu. Jelasnya orang Terengganu memuliakan mereka yang berpelajarandan berilmu sama ada yang menguntungkan mereka di dunia mahupunakhirat. Bagi Clifford, orang lelaki Terengganu dibesarkan sebagaipengecut tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. PandanganClifford ini mungkin tidak adil kerana mencintai keamanan dan tidaksuka bergaduh bukanlah sifat orang yang pengecut. Sebaliknya iamenggambarkan seseorang yang ingin tinggal di dalam sebuah masyarakatyang madani.

Walau bagaimanapun prestasi dan imejorang Melayu Terengganu adalah lebih baik dari orang Melayu lain, bukansahaja di Pantai Timur tetapi juga di Semenanjung Tanah Melayu.Umumnya, seseorang anak Terengganu itu telah tamat membaca Koransebelum akil baligh lagi. Pada masa yang sama mereka juga tahu menulisdan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganu adalah masyarakat yangmementingkan ilmu. Namun demikian, orang Terengganu lebih terkenalkerana kemahiran mereka dalam bidang kraftangan. Hasil tangan sepertibarangan tembaga, senjata dan juga pertukangan kayu mereka adalah yangterbaik, tercantik dan terhalus di kalangan orang Melayu di SemenanjungTanah Melayu. Begitu juga dengan hasil tenunan kain dan songket mereka.Mereka juga dikatakan pandai membuat barang-barang tiruan, contohnya,serban yang diekspot setiap tahun ke Mekah dan dijual di sana sebagaibarangan tempatan yang dihasilkan oleh Arab Saudi sendiri. Dari segipakaian, pakaian orang Terengganu jauh berbeza dari orang Pahang. Kitaboleh kenal orang Terengganu sebelum dia membuka mulutnya. Walaubagaimanapun Clifford tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya.Namun begitu, sekiranya kita hendak buat andaian mungkin pakaian orangTerengganu itu lebih kemas sesuai dengan kerja mereka sebagai peniagadan pedagang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:08 PM | Show all posts
Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasaryang dibuka pada waktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yangistimewa dalam masyarakat Melayu. Apabila melalui istana danperkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung sama sekali.Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaianserba kuning. Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh.Dia bertanya, mengapa tidak dilarang burung terbang di atas istana,atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijat menggigit raja dansebagainya. Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapanmadat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapijuga raja. Sepatutnya raja menjadi contoh, teladan dan role model untukrakyat tetapi di Pahang dan Terengganu sebaliknya berlaku. Golonganraja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa,bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlakmulia bagaimanakah pula dengan rakyat biasa? Orang yang menjadi penagihmadat jarang mementingkan kebersihan dirinya. Pakaian mereka kotor danberdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidak dibasuh. Bajumereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidakbersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepanjang hari.Jalan-jalan dan lorong-lorong di sekitar pekan didapati kotor dan penuhdengan sampah sarap. Jalan dan lorong tersebut juga sering becak.Perkampungan dan rumah mereka congkah-mangkih, iaitu tidak tersusun dantidak sama. Masing-masing penghuni membina rumah ikut suka hati. Adarumah yang membelakangi jalan ada yang mengiring jalan dan terdapatjuga lorong-lorong yang sempit yang hanya muat untuk seorang lalusahaja. Rumah dipagar tetapi pagar yang dibina bengkang-bengkok. Ataprumah pula dipasang tinggi. Keliling rumah kotor dan di bawah rumahterdapat banyak sampah sarap. Di bawah rumah dapur pula terdapatkelimbahan. Kebanyakan rumah terdapat banyak sabut yang diperun padawaktu malam untuk menghalau nyamuk. Di kawasan kampung ditanam banyakpokok kelapa. Pada tiap-tiap kampung terdapat sebuah madrasah. Di pasarterdapat ramai peniaga barang-barang makanan tetapi kesemua merekaperempuan. Barangan makanan yang dijual adalah penganan, cucur, pisangrebus, keladi rebus, penganan talan dan sebagainya. Terdapat perbezaandi antara rumah orang kaya dengan orang miskin. Rumah orang kaya dibuatdari batu dan bangunan rumah adalah seperti rumah orang Cina. Rumahtersebut diberi tembok tetapi dinding tembok penuh dengan kesan ludahsirih dan juga lumut. Di Terengganu juga banyak ditanam pokok limauyang dijual di pasar. Lembu, kambing dan biri-biri murah harganya.Harga seekor kambing seringgit. Walaupun daging murah orang ramai tidaksuka memakannya. Sebaliknya mereka lebih suka makan makanan yangbusuk-busuk seperti tempoyak, pekasam, petai, jering, ulam dansebagainya. Di Terengganu juga tiada tempat atau sekolah orang mengajarBahasa Melayu tetapi terdapat 6/7 buah rumah tempat kanak-kanak belajarmengaji. Abdullah menceritakan juga tentang dialek Terengganu di manaperkataan yang berakhir dengan n dibunyikan ng. Contohnya, ikan =ikang, tuan = tuang, bulan = bulang, makan = makang dll. Walaubagaimanapun apabila mereka menyurat betul pula ejaannya. DiTerengganu, raja dan hamba raja bermaharajalela. Setiap orang dikatakanada 4-5 campak buang (lembing?), sebilah keris dan sebilah chenangkas(pedang panjang). Mereka tidak bekerja kecuali memikul senjta-senjataini ke hulu ke hilir. Orang lelakinya malas tetapi orang perempuannyarajin-rajin terutamanya di dalam bidang perniagaan. Di Terengganu jugarakyat takut hendak mengumpulkan harta atau menghasilkan lebihan takutnanti diminta atau dirampas atau dirompak oleh golongan raja. Abdullahrisau sekiranya kaum ibu yang bekerja dan berniaga, anak-anak di rumahakan terbiar dan tidak terurus pakaian dan makan minum mereka. Apa yangakan jadi pada generasi akan datang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.078030 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list