CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
 Author| Post time 20-4-2008 11:05 PM | Show all posts
Penjajahan

Penjajahan British ke atas Terengganu merupakan satu peristiwa penuh intrik dalam sejarah Malaysia bermula dari lawatan Sweetenham dalam tahun1908. Terengganu merupakan negeri terakhir menerima Penasihat British  melalui kebijaksanaan politik pemerintah Terengganu khususnya Sultan Zainal Abidin II. Sejarah mencatitkan penolakan kerajaan Terengganu        kepada intipati Ketetapan Sulit  Inggeris-Siam 1887 yang menyerahkan Terengganu dari Siam kepada Inggeris. Kerajaan Terengganu berpegang kepada kedaulatannya dan menganggap penghantaran bunga emas ke Siam dari tahun 1781 hingga 1869 merupakan lambang persahabatan bukan penaungan. Hanya selepas 9  tahun daripada penerimaan wakil British dalam tahun1910 barulah Terengganu di bawah Sultan Muhammad dalam suasana yang agak pelik menandatangani perjanjian pada Mei 1919 di Singapura menerima Konsul British yang pertama iaitu J.L Humphrey. Begitupun penjajahan ini diwarnai oleh penentangan rakyat dan pentadbir terutama daripada golongan ulama yang berakhir dengan pengunduran Sultan Muhammad daripada takhta kerajaan pada 21 Mei 1920 dan Pemberontakan Tani
1928.  Kedegilan negeri ini menerima British mungkin antara penyebab Terengganu dibiarkan mundur walaupun ianya memberikan keuntungan ekonomi kepada Inggeris khususnya melalui bijih besi dan balak.
        
Pemberontakan Tani

Pemberontakan Tani dalam tahun1928 di Kuala Berang jarang sekali disebut dalam sejarah Terengganu moden. Namun ia merupakan satu peristiwa penting penentangan rakyat terhadap pentadbiran British di Terengganu. Dari aspek senibina ia mempunyai kepentingan khususnya tentang keujudan penempatan yang penting di kawasan-kawasan pemberontakan sebelum merdeka. Catitan Clifford [1961] menyebut " Lapuran Banci 1911 mencatat pada tahun itu lembah Terengganu berhampiran Air Terjun Jenagor diduduki 100,000 orang..." Jenagor adalah satu kawasan dalam Kuala Berang. Penempatan 100,000 penduduk bukanlah suatu penempatan yang kecil dan kemungkinan keujudan satu sistem perancangan mungkin tersedia.Ini berbeza dengan keadaan Kuala Berang yang tertinggal setelah kemasukan    British hinggalah selepas kemerdekaan dicapai. Secara peribadi saya berpendapat   kemunduran Kuala Berang berkait dengan balas dendam British ke atas kawasan-kawasan  yang memberontak - satu fenomena yang dapat dilihat dalam pembangunan daerah-daerah penentang lain juga.
        
Peranan British dalam pembangunan Terengganu
        
        Membuka bandar dibuat jalan
        dibetulkan segala pasar pengkalan
        dibangun ofis beramba-ambalan
        memberi kesenangan handai taulan
        
        Dibangun sekolah beberapa buahan
        di dalam Terengganu serta jajahan
        supaya bertambah ilmu pilihan
        tandalah raja menaruh kasihan
        
        
petikan daripada Syair Tawarikh Zainal Abidin oleh Tengku Dalam Kalsom
        


[ Last edited by  BeachBoys at 20-4-2008 11:10 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2008 11:33 PM | Show all posts

ASAL NAMA TERENGGANU

Nama Negeri Terengganu semenjak yang diketahui adalah kekal disebut sepertinamanya sekarang tidak berubah sebagaimana yang berlaku kepada NegeriPahang dari nama"Indera Pura" dan Singapura daripada nama "Temasik" danlain-lain negeri.

Menurutcerita yang dikatakan dapat didengar daripada Marhum Baginda (SultanUmar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnyapada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu,ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah UluTerengganu kerana memburu. Apabila angkatan itu sampai ke sungaiTerengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kataseorang di antara mereka; "Taring apakah?, jawab seorang lain " Taringanu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 11:35 PM | Show all posts
Satu cerita lagi mengatakan pada satu masa dahulu, satu rombangan dariKelantan ada belayar sampai di Kuala Sungai Taring Anu(KualaTerengganu).


Sesampainya mereka di waktu petang, hari pun sangatredup dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu adacahaya terang di awan-awan langit dipanggil orang " Ular Mayang" orangKelantan kata "Pelangi".


Mereka pun bertanya : Di sini orang panggil apa?
Jawab orang negeri ini: "Kami panggil ganu".
Kata mereka:"terang sungguh ganu di sini".
               
Apabila mereka itu balik ke Kelantan, mereka pun bercerita "Negerijiran kita bukan main terang ganu di sana serta diterangnya erti ganuitu.


Suatukemungkinan mengenai nama Terengganu terbit dari nama sungai "Terengantimbulnya pendapat ini, setelah penulis dan rombongan Persatuan SejarahCawangan Terengganu, membuat lawatan ke kawasan itu pada 5 hingga 11hb.Julai 1975 serta memerhati keadaan di sekelilingnya dan letak pecahansungai itu.

Muara sungai Terengan berpecah dua, sebelah kanan mudik menghala kesungai Kerabat dan di sebelah kirinya Kuala Terengan dan sungaiTerengganu. Terengan pada masa dahulu telah menjadi sebuah kampong diUlu Terengganu, jaraknya dari Kuala Terengganu Mati lebih kurang 24 kmatau 40 km dari Kuala Berang mengikut sungai.

Oleh kerana keadaan pecahan anak sungai sedemikian kemungkinan padazaman dahulu orang ada bertanya dengan soalan ini: hendak ke mana? KeTerengan卬u (sana) atau ke Terengan卬i (ini) bererti ke sungai Terenganatau ke sungai Kerbat.

Ataupun terbit dari sebutan panggilan atau pertanyaan daripenduduk-penduduk asli yang datang atau mengembara dari sebelah jalanUlu Pahang atau Ulu kelantan yang sampai ke pecahan Ulu Sungai Terenganitu, lalu mereka pun bertanya : Ke mana hendak pergi atau hendak tuju?Ke Terengan ni atau ke Terengan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 11:37 PM | Show all posts
Ada juga ahli sejarah yang berpendapat, pada zaman dahulu, Negeri Terengganu ini dikenali dengan nama "Tanah Merah".

Menurut cacatan sejarah, ada pelawat-pelawat Cina pada masa dahulumemberi nama Terengganu dengan "TING CHIA HSIA LU"(Teng Ka Ha Lo didalam bahasa Hokkein) dan TING KA HA LOU"dalam bahasa Kantonis. Dalampeta Wu Pei Chih, yang diperbuat di antara tahun 1511M, dan 1601M,berdasarkan kepada kenyataan yang diambil daripada pelayaran Cheng Hoke Tanah Melayu di kurun Masehi yang kelima belas ada menunjukkan PulauTinggol (di hadapan Dungun) dan beberapa buah pulau di negeriTerengganu dan Kelantan.Di dalam peta yang diperbuat oleh Linschotentahun 1623M, Negeri Terengganu disebut "Perengenaok". Peta ini adamenunjukkan nama capas (Pulau Kapas), Pulau Redang dan beberapa pulauyang bernama Fancian yang letaknya di tempat Pulau Perhentian sekarang.Meskipun Linschoten ada menunjukkan Calntao (Kelantan) dan Patani(Petani), Padram (Batu Pahat) Muar, tetapi tidak ada dimasukkannyaPahang atau Johor.

Di dalam syair jawa yang bernama"Negarakertagama" yang dikarang dalamtahun 1365 oleh Prapancha seorang sami ugama Buddha di Majapahit adamenyebutkan nama beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yangtertakluk kepada Majapahit, di antaranya ialah Terengganu, Dungun danPaka (kedua-dua yang akhir ini ialah daerah dalam Terengganu).Pengarang sejarah China yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalamtahun 1225M ada menyebut nama Terengganu dengan Tong Ya Nong dan KaiLan Tan (kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai TimurSemenanjung di bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang. Pelliottseorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebutbeberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itunama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi NegeriTerengganu.

Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil asalnya dariperkataan"Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah Berbukit', dannama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di Terengganupada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di sepanjangpantainya dari laut banyak berbukit.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kiratahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M)ejaannya "Terkanu".
Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO.Bilakah Terengganu digelar"Darul-Iman" tidaklah dapat penyusunmenentukan dengan sah, tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar(MarhumBaginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya "Darus-Salam".

Petikan : Sejarah Darul Iman
Oleh : Dato' Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (Misbaha)


[ Last edited by  BeachBoys at 20-4-2008 11:38 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 06:05 AM | Show all posts

UTUSAN TERENGGANU TIBA DI PULAU PINANG

Pada 30.07.1787, dua orang pembesar Terengganu telah tiba di Pulau Pinang dan bertemu dengan Francis Light. Pembesar-pembesar ini adalah utusan persahabatan Sultan Mansur Shah 1 Terengganu ke Pulau Pinang.

Utusan ini dihantar bertujuan mengadakan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan pihak Inggeris di Pulau Pinang. Ini berpunca dari suasana hubungan antara Siam dan Terengganu yang meruncing mulai tahun 1786.


Hubungan persahabatan antara Siam dan Terengganu yang bermula semenjak tahun 1781 apabila tentera Terengganu memberi bantuan kepada Siam untuk mengalahkan Ligor, mulai runcing apabila pihak Siam mengambil sikap untuk menguasai Terengganu dan menjadikan Terengganu sebagai jajahan takluknya. Hantaran Bunga Mas yang dihantar oleh Terengganu sebagai tanda persahabatan telah dianggap oleh    Siam sebagai tanda pengaruhnya ke atas Terengganu. Di samping itu pada tahun 1786 Siam telah menyerang dan mengalahkan Patani. Ini menjadikan Sultan Terengganu bertambah bimbang dengan keadaan ini.

Dalam tahun itu juga Kerajaan Siam dengan kerasnya telah mendesak Sultan Mansur Shah untuk datang mengadapnya di Bangkok sebagai tanda tunduk dan hormatnya kepada Siam.


Tindakan Siam ini telah menimbulkan rasa curiga Terengganu. Sultan Mansur Shah telah menghantar surat kepada Gabenor Jeneral Inggeris di India, Warren Hastings dan juga kepada Francis Light pada    bulan Februari 1787. Dan pada hari ini pula satu utusan Sultan Mansur Shah telah tiba di Pulau Pinang untuk mendapatkan sokongan Inggeris bagi menghadapi Siam serta mengendalikan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan pihak Inggeris.


Hasil rundingan itu, pihak Inggeris di Pulau Pinang telah menghantar pegawainya Lt. Blair ke Terengganu untuk membuat penyiasatan lanjut. Bagaimanapun hasil dari penyiasatan tersebut dan rundingan lanjut  antara Inggeris dan Terengganu, pihak Inggeris hanya bersetuju mengadakan hubungan perdagangan sahaja dan menolak permintaan untuk mengadakan ikatan persahabatan yang boleh membawa Inggeris turut bersama Terengganu dalam menghadapi Siam.

[ Last edited by  BeachBoys at 21-4-2008 06:07 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 06:10 AM | Show all posts

PENGISYTIHARAN TERENGGANU SEBAGAI NEGERI BERSIH YANG PERTAMA

Pada 22.06.1957, kawasan Air Jernih di daerah Kemasik Terengganu telah diisytiharkan sebagai kawasan putih. Upacara pengisytiharan itu telah dilakukan oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.   

Dengan pengisytiharan ini bererti Terengganu adalah negeri yang pertama bersih seluruhnya    di Persekutuan Tanah Melayu. Pengisytiharan ini juga turut menamatkan sekatan-sekatan darurat yang dikenakan selama 8 tahun di Air Jernih.
Air Jernih di daerah Kemasik merupakan kawasan yang ke 47    diisytiharkan bersih di Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertiga daripada penduduk Air Jernih adalah terdiri dari kaum Cina manakala yang lainnya adalah keturunan Melayu.   

Sungguhpun wujud perbezaan keturunan, tetapi sebagai rakyat yang taat setia dan cintakan tanahair, mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan untuk menghapuskan komunis yang mengancam keselamatan negeri. Hasilnya pada hari ini dalam tahun 1957,Terengganu telah berjaya diisytiharkan sebagai negeri pertama bersih seluruhnya di Persekutuan Tanah Melayu.

Kejayaan membersihkan seluruh Terengganu adalah satu kemenangan besar untuk rakyat Terengganu. Sultan Terengganu menyeru seluruh rakyat supaya meneruskan semangat kerjasama mereka di masa-masa akan datang demi menjamin keselamatan negara.

[ Last edited by  BeachBoys at 21-4-2008 06:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2008 06:12 AM | Show all posts

Pertama Kali Negeri Terengganu Menjalankan Banci Penduduk

Bancian penduduk sering dilakukan bagi menentukan jumlah penduduk sebenar. Bancian juga akan   memudahkan segala perancangan yang akan dijalankan di masa akan datang.

Dalam sejarah negeri Terengganu, bancian penduduk buat pertama kali telah diadakan pada 10 Mac 1911.  Daripada bancian yang dijalankan di dapati jumlah penduduknya seramai 154,073 orang dengan 149,379 adalah orang Melayu. Bakinya ialah bangsa lain termasuklah 10 orang Eropah.Dengan bancian yang dijalankan Kerajaan Negeri telah dapat mengenalpasti jumlah penduduk, kawasan padat dan taburan penduduk.Selain itu bilangan penduduk dari segi jantina dan umur juga telah dikenalpasti.

Usaha-usaha yang dijalankan bagi membanci penduduk ini menggambarkan Kerajaan Terengganu sudah pun mempunyai pandangan jauh dalam perancangan pembangunan penduduknya di masa akan datang.

[ Last edited by  BeachBoys at 21-4-2008 06:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 10:31 PM | Show all posts
betul lo, bapak saya selalu ckp gano dimakan laut. saya tanya apa itu gano, dia kata pelangi. tganu dulu2 orang panggil tringgano kan? jadi terengganu asal dari terang gano atau pelangi terang.
-bak kata mat saleh di hujung pelangi ada emas dan betul la di terengganu ada emas-emas hitam iaitu petroleum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 07:35 AM | Show all posts
ayoh deme org terengganu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #81 BeachBoys's post

dok la tapi ada sedara mara di besut sampai setiu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 07:06 AM | Show all posts

Reply #82 sekngucing's post

ooooooo....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:10 AM | Show all posts
Suka baca blog Awang Goneng
anak Ganu yang menetap di London (kalu tak salah)
memperkenalkan bahasa Ganu kat international level

http://kecek-kecek.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 07:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 08:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 08:06 AM | Show all posts

PITIH, PITIH, PITIH

Friday, December 03, 2004
  I "fall poor" (jatuh miskin) and of late my thoughts turned to money or the lack of it.

   When you do not have enough sex, you tend to be horny. Terengganu or Kelantan people would call you gelenya. Buaya, Kervin or Chief would call you ham sap.When you do not have enough money, the creditors would call you. Thosewho owe you money won't call or receive your call. People who gotthemselves in dire cash flow situations like me, if they are fromTerengganu would lament "Tadok pitih sekepeng habok!"


   I found out that pitih or pitis is not exclusive to Terengganu and Kelantan. I have read postings by Minang people using pitih to mean money. Kepeng is also money. In Bali, Kepeng is the name given to the old Chinese coins with square holes in the middle. Incidentally, the kepeng in Bali is also called pitjes which sounds a lot like pitis. I have also found out that kepeng is used in Maluku too. Isn't that where the late Broery came from?


   Letus delve into a bit of history and expand our brain a bit instead ofour butt. Prior to 1708, when the Terengganu Sultanate started, peopleof Terengganu engaged in barter trading. Goods and services wereexchanged for other goods or services. People from inland places likeKuala Berang boated downstream to where Kedai Payang is now with jagong, tebaka spe, pisang sala, susu masang, minyok sapi and other produce to exchange them for budu, kerpok ikang tambang, kerpok ikang parrang, callok(rhymes with 'bloke') and other products from the sea. Most of thetime, when the value of the goods or services were exchanged for goodsor services of equal value, the system worked. Problems rose when goodscould not be split up (or is it down) to match the goods or services tobe exchanged. You can not exchange part of a live cow for a tempayan of budu. Unless you are exchanging beef, the live cow would be of less value minus the tail or one foot.
   Thus, a common currency that can represent the value of the budu or many cows was needed.

   In 1708 or 1709 (historians were a bit blurred here so I am going by the Terengganu Museum pageand take 1708) the first Sultan of Terengganu, Sultan Zainal Abidin Iordered coins based on Johor coins to be minted. They were octagonalgold coins (the mah) and the kupang, made of tin. The sultan was related to the Johor sultan at that time and Johor had the kupang. Other than the song "Seringgit dua kupang", the word kupang got lost in Terengganu and probably usurped by kepeng.


   Around 1870 (should be the in the reignof Sultan Omar, the ninth sultan of Terengganu) the Chinese headmen orKapitans were also permitted to issue monetary tokens known as Jokoh,for use in their areas of jurisdiction and gambling houses. I cannotget pictures of the jokoh. Would they be like the tin jongkong which was also used as monetary token?


   So I can safely surmise that the original value of the first Terengganu gold coin was equal to 50 sen or kupang or kepeng. It stuck despite the ups and down of gold prices. Anything 50 sen in Terengganu is samah (se emas) and anything that is RM 1.50 sen is tiga amah. Strangely, no other increments of 50 sen like RM1 (se riyal) RM2 (2 riyal) or even RM2.50 (2 riyal setengah) are called dua amah, pat amah or lima amah respectively. Go figure.

     Bythe way, people in Terengganu and Kelantan are not in the leastconcerned whether the ringgit is going to be de-pegged, devalued orwhatever. We use riyal not ringgit, what.


http://bustamann.blogspot.com/2004/12/pitih-pitih-pitih.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 11:38 AM | Show all posts
huhuhuhh nampak  X je kat pic awal2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #87 BeachBoys's post

haha kelate n tganu mana guna ringgit2 ni, kita guna matawang arab saudi-riyal
-btw, baru kawe tau samah tu maksudnya se-emas
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:38 PM | Show all posts

Reply #90 sekngucing's post

tgokla kat sebelah peta kelantan lama ni, terengganu dipanggil tringanu dan besut adalah dilm wilayah tringanu yg sedia ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 10:42 PM | Show all posts

Reply #91 sekngucing's post

hok jalur kuning kat peta kelantan tu nape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.477197 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list