View: 11751|Reply: 21
|
Nikah hari Jumaat and dalam bulan Safar
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum sumer,
aku nak tanyer skit, betul ke nikah dalam bulan Safar x brape elok? kalo ye atau tak, leh x tolong sertakan dalilnyer n nape hukum die cam2?
lagi satu, ade x dalil kate lebih afdhal nikah hari jumaat? kalo kiter nikah hari lain camne? selain hari jumaat, ade x hari lain yg elok nikah? n ade x hari yg x elok nikah? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bulan safar bulan penyakit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 vimash's post
kirenyer mmg x elok la ek nikah dalam bulan safar? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 pooh83's post
Saya rasa tiada masalah nak kawin dalam bulan apa pun tapi Jumaat tu banyak kelebihannya. Pasal bulan Safar tu kata ada mudarat, banyak pendapat kata hanya adat yang diamalkan oleh orang Melayu. Insya Allah setiap hari itu ada kebaikkannya cuma Nabi suruh kita buat Solat Istikharah jika kita nak dapatkan petunjuk. Rasanya samalah kalau kita nak pilihan hari tu, buatlah solat istikharah tu supaya pilihan kita akan diberi petunjuk. Insya Allah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 vimash's post
sapa ckp bulan safar bulan penyakit.. takde dalil dlm masalah ni.. nak kawin, kawin je bila2 masa pun.. kepercayaan bahawa bulan safar bulan penyalit cuma serpihan dari kepercayaan lama masyarakat melayu yg karut marut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 oyster's post
oyster!!!
same la kiter...aku pun insyaAllah nikah 8/3/2008 jugak..tu yg konpius tu..
sbb 2 la kalo sesape ade dalil, leh x kemukakan...
tapi kalo boleh aku nak nikah hari jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
apa nih korang percaya pada khurafat ni..hentikanlah...x belajar hadis masa sekolah menengah ka...tu lah belajar utk exam ja..apa nak jadi dgn sistem pendidikan kita nih
Allah s.w.t. menegaskan dalam firma-Nya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11).
Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiada jangkitan dan tiada keburukan binatang terbang dan tiada kesialan bulan Safar dan larilah (jauhkan diri) daripada penyakit kusta seperti mana kamu melarikan diri dari seekor singa. (riwayat Bukhari) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saudara/i ku.. baca dgn teliti.
Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Catatan Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Safar.
1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.
2. Kebenaran berperang : Ianya dilaksanakan pada tahun kedua Hijrah, peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 慦udan |
|
|
|
|
|
|
|
HAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT TENTANG BULAN SAFAR DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 pooh83\ catat
Nikah jumaat memang elok........
ambil berkatt.
tp x tahu la pulak bulan syafar x leh nikha..
kalu sapa tau terangkan la...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 sumijelly's post
saudara/i.. Nabi saw pun nikah dlm bulan safar tau. baginda nikah dgn saidatina khadijah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 pooh83's post
weh.... hari/bulan smua tu x pnting sgt la. yg pnting. hari pernikahan ko tu. dipenuhi dgn amalan2 y berkat. dipenuhi dgn bacaan2 doa. smyg jemaah sesama.. xde unsur2 melalaikn dlm majlis.. tu dah ckup..
so kalau mjlis pernikahan tu betul2 mngikut cara yg dibenarkn dlm Islam.. sudah tentu allah boleh mmberkati korang berdua.. ko nikah tu jek dh dpt pahala besar tu.. ..
lgpun Islam agama y mudah diamalkn.. xde konkrit2 cam agama len. pntang larang y bukan2.. kalo ada tu smua khurafat jer..
eh xnak jmput ktorang ke? hehe
[ Last edited by kazaraf at 26-10-2007 07:17 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 oyster's post
Tahniah.. ucap awal-awal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 pooh83's post
Tak kisah pun nak nikah hari apa. cuma jumaat tu penghulu hari.. itu la kelebihannya... |
|
|
|
|
|
|
|
(Hadis riwayat Bukhari).
Bermaksud : " Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudaratan burung hantu, tiada bala bencana bulan Safar, dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa."
Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 51 :
Bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal." |
|
|
|
|
|
|
| |
|