CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2008|Reply: 15

Berdusta Untuk Nabi Atau Berdusta Ke Atas Nabi?

[Copy link]
Post time 28-10-2007 10:38 AM | Show all posts |Read mode
BERDUSTA UNTUK NABI ATAU BERDUSTA KE ATAS NABI?

Kita sering mendengar ustaz-ustazah, penceramah-penceramah dan pakar-pakar motivasi menyelitkan hadis-hadis Rasulullah SAW dalam bicara mereka. Sehinggakan kita tidak lagi berasa pelik dengan riwayat-riwayat aneh yang disandarkan kepada Rasulullah SAW.

Bahkan kita juga tidak terkejut mendengar ada di kalangan penceramah yang mendakwa sewaktu Nabi Ayyub AS jatuh sakit, ulat yang lekat di tubuh baginda jatuh ke bumi, yang jatuh ke darat menjadi lebah penghasil madu, manakala yang jatuh ke laut pula menjadi gamat. Kemudian penceramah tadi mula mempromosikan produknya.

Bukankah ucapan-ucapan seperti ini sudah mesra dengan telinga kita?

Telinga kita cukup terpesona dengan kata-kata di televisyen, program motivasi dan kuliah di masjid, sekiranya kita beramal dengan amalan ini, Allah akan mengurniakan padanya 10 darjat. Jika diamalkan amalan yang itu, nescaya malaikat akan melindunginya.

Benarkah lisan Rasulullah SAW yang mulia itu menuturkan perkataan seperti ini?

Mereka lupa bahawa soal dosa dan pahala adalah hak Allah SWT. Mana mungkin kita mensabitkan pahala seperti itu.

Begitu juga dengan mudah, para pendakwah menjustifikasikan kata-kata 搈embasuh talam makan, adalah sama seperti membasuh Masjid Nabawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2007 10:43 AM | Show all posts
Kita sudah di asuh sejak dahulu untuk bertaklid buta....mendengar tanpa membantah.
Mengikut kata-kata tok guru..."maka ada pun  orang-orang yang banyak bertanya maka mereka akan mudah masuk neraka."
Reply

Use magic Report

capap This user has been deleted
Post time 28-10-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #1 goldraja's post

minta maaf sy tanya skit.. saudara penah bukak al quran n hadis atau tidak?, adakah saudara anti hadis? apabila mendengar kata2 penceramah, adakah saudara rujuk dgn penceramah tersebut dr mana kitab yg dia dpt? dari siapa penulisnya, dr siapa perawinya? bagaimana dgn sanadnya? boleh dipercayai atau tidak sanadnya, sahih atau daif hadisnya, semua itu boleh dirujuk sendiri.. spt saudara sembahyang, mengapa saudara ikut imam syafi'e.. walau saudara ikut mazhab 3 imam lain ttp boleh digunakan. sah atau tidak cuma allah yg tentukan. sbb itu kita melihat siapa imam tersebut, bagaimana perwatakannya semasa hidup, mursyid atau tidak semasa hayatnya, layak atau tidak layak bg dia utk berijtihad, adakah saudara tahu apa itu ijtihad? cuma ulama2 yg mursyid shj layak berijtihad. iaitu yg rapat hubungannya dgn allah, sama juga didunia ni, siapa rapat dgn pembesar2 boleh terlepas hukum dunia dan boleh hidup kaya raya, apa2 undang2 dan kata2 perdana menteri atau pembesar diangkat dan dijulang walaupun pembesar itu hanya cakap sekali, tp pengikutnya ckp beribu bahkan berjuta kali... serupalah perhubungan itu, cuma ulama2 hubungannya adalah dgn allah yg tidak dia dan kita nampak. mereka juga bersandarkan dr apa yg diturunkan rasulullah dan para sahabat. mereka tahu apa yg boleh dan apa yg tidak, mengapa saudara tidak bertanya terus kepada ustaz2 tersebut dr mana hadis dia dpt dan siapa perawi dan dr mana sanadnya. Sbb itu allah byk menyindir manusia dlm alquran berkenaan AFALA TA'AKILUN iaitu apakah kamu tidak berakal, jadi fikir2kan lah dan bertanya lah dgn ustaz2 tersebut secara terus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2007 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by capap at 28-10-2007 01:23 PM
minta maaf sy tanya skit.. saudara penah bukak al quran n hadis atau tidak?, adakah saudara anti hadis? apabila mendengar kata2 penceramah, adakah saudara rujuk dgn penceramah tersebut dr mana ki ...



adakah posting aku yg di atas itu menunjukkan aku ni seorang anti hadis?

adakah aku tahu apa itu ijtihad?

adakah semua ulama layak berijtihad?

saudara fahami dahulu mesej yg cuba aku sampaikan.. pastu kita diskusi..

aku malas nak taip pjg2 sbb org tak kan baca posting yg pjg berjela..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 10:26 AM | Show all posts
belajar jangan kepalang guru . . . . .  tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat . . . . . gunakan kemampuan aqal spenuhnya dan mohon taufik dariNya . . .  hari lebih ramai yang pandai menasihat daripada melaksanakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 10:43 AM | Show all posts
Dari Abu Said al-Khudri katanya Rasulullah SAW bersabda: 揓angan ditulis kata-kataku. Siapa yang menulis kata-kataku selain al-Quran, hendaklah dihapuskannya. Sampaikanlah ucapan-ucapanku, tidak mengapa. Tetapi barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2007 03:45 PM | Show all posts

Reply #1 goldraja's post

maybe saudara keliru antara haddis, ayat al quran, nasihat para ulamak, dan peribahasa arab kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by putrisakura at 29-10-2007 03:45 PM
maybe saudara keliru antara haddis, ayat al quran, nasihat para ulamak, dan peribahasa arab kot?


sekiranya aku keliru, mungkin di luar sana pun mesti ada yg keliru.. bila penceramah mula mengemukakan ayat dlm bahasa arab, secara automatik org awam akan anggap itu hadis. ini kerana penceramah tersebut ada mengatakan 'sabda Rasulullah' atau 'kata nabi' atau 'nabi berkata' atau 'nabi berpesan'. ini biasa kita dgr.. mungkin kejanggalan ini dpt dirasai oleh mereka yg memahami ilmu hadis.

pertanyaan aku.. al-ilmu bila amalin kal syajarah bila samarin (ilmu tanpa amal ibarat pohan tanpa buah). adakah ayat ini hadis? aku pernah dgr penceramah menyebut ayat ini sebagai hadis.

[ Last edited by  goldraja at 29-10-2007 08:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2007 06:16 PM | Show all posts
Pendustaan-pendustaan ke atas Rasulullah SAW pada hari ini berlaku secara berikut:

1. Menolak ajaran Islam sama ada secara total, separuh-separuh atau dengan cuba menmperkenalkan Islam 'baru' yang bertujuan merobohkan aspek-aspek terasnya.

2. Mentafsir ayat-ayat al-Quran dan Hadis untuk kepentingan peribadi atau kumpulan masing-masing.
(sila baca: disini disebut mentafsir bukan menterjemah. Dua perkara yang berlainan dan memerlukan kualiti ilmu yang berlainan)

3. Menolak sunnah secara total. Misalnya golongan anti-Hadis atau mungkin juga golongan yang tidak mengisytiharkan secara lisan tentang penolakannya terhadap Hadis, namun perbuatannya amat bertentangan dengan Hadis.

4. Meniru kelakuan ahli Qasas (tukang cerita) yang amat gemar mencipta 'hadis' palsu demi meraih rasa kagum pendengar dari kalangan khawas (orang awam) kepada ucapan-ucapannya. Hari ini, para penceramah, pakar motivasi dan pembimbing masyarakat amat mudah terjebak kepada kelakuan buruk ini. Mereka menisbahkan cerita-cerita pelik yang berjaya mereka temui, kepada Rasulullah SAW tetapi kemudiannya tanpa disedari mereka sedang melukis potret Rasulullah SAW kepada suatu watak khayalan, luar biasa dan lagenda, sehingga hilang sifat murni perkhabaran tentang Baginda SAW sebagai contoh teladan yang terbaik.

5. Mendakwa dengan sewenang-wenangnya bahawa pakaian begini adalah sunnah, cara duduk begitu adalah sunnah, zikir cara begini adalah sunnah, sedangkan semuanya didakwa tanpa sandaran asal usul dan dalil.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 06:42 PM | Show all posts
Pendustaan terhadap Rasul bukan hanya berlaku di masa ini tapi telah pun dilakukan sejak di awal zaman setelah kewafatan Rasulullah saaw. Dengan terciptanya hadis-hadis palsu maka digunakan untuk kepentingan politik golongan-golongan tertentu. Jika ada hadis mengatakan bahawa Hassan dan Hussein itu sebagai pemuda penghulu syurga maka terciptalah hadis mengatakan Abu Bakar pula sebagai Penghulu orang-orang tua di syurga....heheh!
Begitu juga hadis yang secara tak langsung menghina Rasulullah saaw yang banyak terdapat seperti dikatakan pernahlah Rasulullah saaw mengendong isteri di atas bahunya untuk melihat orang bermain muzik. Belum lagi cerita kononnya tentang kehebatan Rasulullah saaw dalam seks. Inilah yang kita selalu dok dengar tanpa sedari dan tak boleh pula mempertikaikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 07:35 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by goldraja at 29-10-2007 10:43 AM
Dari Abu Said al-Khudri katanya Rasulullah SAW bersabda: 揫b]Janganditulis kata-kataku. Siapa yang menulis kata-kataku selain al-Quran,hendaklah dihapuskannya. Sampaikanlah ucapan-ucapanku, tidak mengapa.Tetapi barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, makatersedialah baginya tempat duduk dari api neraka擺/quote]

Saudara menulis menggunakan hadith itu, dan adakah saudara telah mengkaji hadith tersebut apa maksud sebenarnya?

Sahih Bukhari:
Volume 1, Book 3, Number 113:     Narrated Abu Huraira:
     There is none among the companions of the Prophet who has narrated      more Hadiths than I except 'Abdallah bin Amr who used to      write them and I never did the same.


Sunan Abu-Dawud:
Book 25, Number 3639:
Narrated Abdullah ibn Amr ibn al-'As:
I used to write everything which I heard from the Apostle of Allah(peace_be_upon_him). I intended (by it) to memorise it. The Qurayshprohibited me saying: Do you write everything that you hear from himwhile the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) is a human being: hespeaks in anger and pleasure? So I stopped writing, and mentioned it tothe Apostle of Allah (peace_be_upon_him). He signalled with his fingerto him mouth and said: Write, by Him in Whose hand my soul lies, onlyright comes out from it.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 08:08 PM | Show all posts

Reply #11 mnm77's post

boleh saudara nyatakan apa yg tidak kena pada hadis tersebut?

jika saudara maksudkan ayat yg bergaris itu, perdebatan berhubung frasa hadis "jangan ditulis kata-kataku" telah pun selesai didebatkan oleh para ulama salaf dan tabiin. boleh rujuk Syarah Nawawi juzuk 5 muka surat 847.

aku menulis dgn hadis ini kerana ingin menyampaikan amaran keras Rasulullah SAW terhadap org yg berdusta ke atas baginda. boleh saje jika aku menulis 揃arangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:49 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by goldraja at 30-10-2007 08:08 PM
boleh saudara nyatakan apa yg tidak kena pada hadis tersebut?

jika saudara maksudkan ayat yg bergaris itu, perdebatan berhubung frasahadis "jangan ditulis kata-kataku" telah pun selesai didebatkan olehpara ulama salaf dan tabiin. boleh rujuk Syarah Nawawi juzuk 5 mukasurat 847.

[quote]Originally posted by goldraja at 29-10-2007 10:43 AM
Dari Abu Said al-Khudri katanya Rasulullah SAW bersabda: 揫b]Jangan ditulis kata-kataku.Siapa yang menulis kata-kataku selain al-Quran, hendaklah dihapuskannya.Sampaikanlah ucapan-ucapanku, tidak mengapa. Tetapi barangsiapa yangdengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempatduduk dari api neraka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 09:12 PM | Show all posts

Reply #13 mnm77's post

kita berlapang dada dlm membicarakan kebenaran ilmu kerana yang Maksum hanyalah seorang ialah tuan punya makam ini, bak kata Imam Malik, sambil menunjukkan tangannya ke arah makam Rasulullah SAW.

lantaran keterbatasan ilmu ini, aku cuma dpt nyatakan 1 rumusan sahaja iaitu menurut al-Qadhi, antara para sahabat salaf dan tabiin mmg terdapat perselisihan pendapat tentang penulisan hadis. Sebahagian tidak membolehkan dan sebahagian lagi membolehkan. ini berdasarkan alasan mereka iaitu dikhuatiri akan bercampur antara ayat al-quran yg ditulis oleh penulis wahyu, hadis qudsi dan ucapan2 Rasulullah saw. Tetapi ijmak ulama kaum muslimin membolehkannya. berdasarkan keputusan ijmak inilah maka wujud kitab2 hadis yg muktabar seperti sunan sittah. kitab2 ini dihasilkan 3 kurun selepas kewafatan Rasulullah SAW, setelah melepasi zaman tabiin.

maaf sekiranya terdapat kekurangan atau salah faham. kpd yg lebih arif, sila lah beri pandang atau pembetulan.
Reply

Use magic Report

capap This user has been deleted
Post time 31-10-2007 08:16 PM | Show all posts

Reply #14 goldraja's post

hmm.. hebat2 jugak korang ni sebenarnya... baiklah... saya ada nk tanya jugak, sila terangkan bagi sesiapa yg faham... rasulullah s.a.w. ada bersabda dan ada juga dlm shahih muslim dan selalu juga disebut2 oleh penceramah... iaitu aku tinggalkan padamu 2 perkara iaitu al-quran dan sunnahku.... selebihnya anda semua tahu, jadi disini sunnah yg disebut adalah hadis yg diriwayatkan oleh para tabiin, jd bagaimana kita yg hidup pd zaman sekarang ni nk dptkn sunnah yg disebut oleh rasulullah dan memastikan kebenaran dari sunnah tersebut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 06:18 PM | Show all posts

Reply #15 capap's post

ini ada sedikit panduan yg dpt aku berikan berdasarkan soalan saudara. sekiranya ada kekurangan, boleh lah tambah.

Bagaimana kita yg hidup pd zaman sekarang ni nak dapatkan sunnah yg disebut oleh Rasulullah SAW?

Terdapat byk kitab2 hadis yg boleh dijadikan sumber rujukan. Tak perlu tahu byk, cukup lah sekadar mengingati dan merujuk kpd 6 kitab hadis sahaja iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasai抏, Jami` at-Tarmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Abi Daud. Ini kitab hadis yg terulung yg digelar Ashabul Sunan atau Sunan Sittah.

Bagaimana memastikan kebenaran dari sunnah tersebut?

utk memastikan kebenaran sunnah yg disampaikan kpd kita, umat Islam terlebih dahulu perlu dididik dgn pemahaman asas ttg ilmu hadis. sekurang-kurangnya tahu membezakan hadis sahih, hasan, maudhu', dhaif dan mutawatir serta hukum beramal dengan hadis2 ini. sekurang-kurangnya umat Islam faham 5 istilah ini dahulu kerana ia adalah sesuatu yg umum. Dengan memahami ilmu hadis, kaedah ulama mengumpul dan menyaring hadis, maka umat Islam akan yakin dgn setiap hadis yg telah direkodkan dlm kitab hadis yg muktabar. sikap mempertikaikan hadis secara melulu dpt dielakkan.

Walau bagaimanapun, kita sedia maklum, tidak semua org mampu berbuat demikian. Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:

1. Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

2. Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .

3. Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara di atas sehinggalah telah jelas hujah tentang status hadis tersebut dan selamat utk disebarkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.327137 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list