Ini lagu lama tapi aku tak ingat siapa penyanyi dan tajuk lagu dia. Kalau ada sesiapa yang tahu sila maklumkan. Kalau ada MP3 lagi bagus.
Yang aku ingat ialah sebahagian dari liriknya sahaja.. iaitu
Mata bertentang mata
Diiring pula senyum-senyuman
Datang-datanglah sayang
Penawar rindu dikau seorang..
Sememangnya sudah suratan
Pandag pertama hati tertawan
Pilih memilih cari mencari
Tiada yang ada menawan hati
Tetapi kini dikau ku jumpa
Sekali pandang ku jatuh cinta..
Bila hati terpikat
Siang dan malam teringat-ingat
Wajah cantik berseri
Bertambah manis hari ke hari
Bila hati dah sayang
Tak sanggup diri bersendirian
Rindu bertambah rindu
Tidur tak lena bimbang selalu
Sememangnya sudah suratan
Pandang pertama hati tertawan
Pilih memilih cari mencari
Tiada yang ada menawan hati
Tetapi kini dikau ku jumpa
Sekali pandang ku jatuh cinta
Mata bertentang mata
Diiring pula senyum-senyuman
Datang datanglah sayang
Penawar rindu dikau seorang
Originally posted by drasmadi at 28-10-2007 10:51 AM
Ini lagu lama tapi aku tak ingat siapa penyanyi dan tajuk lagu dia. Kalau ada sesiapa yang tahu sila maklumkan. Kalau ada MP3 lagi bagus.
Yang aku ingat ialah sebahagian dari liriknya sahaja ...
x slh aku julie remy yg nyanyi lagu nie lagu thn 70an rsnya
dah ada tread ni, pakcik pun tumpang sama la...
masa raya ke 2 klu tak silap, ada astro (ria ke prima tak ingat), ada rancangan SEROJA. Host nya Nana Era. Masa 2 pakcik ternampak sikit, Salima AF4 nyanyi 1 lagu. Tertarik plak lagunya. Nak tahu lagu apa sbb lps dia nyanyi tak ade plak di bg tahu tajuk lagu apa. Pas 2 mawi pula nyanyi lagu Sesungguhnya.
Tak de la minat sgt dgn Salima ni tp lagu & susunan music nya sedap didengar. Ada sape boleh bg tahu tajuk & penyanyi ori nya?
Ps: masa dia tarik suara tu pak cik perasan ada mirip2 lagu aishah . tak pun OST sinetron indon...
Sheqal .
x-hasben raja emma & x-menantu yusni jaapa ( ni... ramai la nak nyambung cite ni... )
lupa plak tajuknya.
ada satu lagi lagu nya yg sama class dgn nya - tp wording dia taklah sesyahdu yg sherrina minat ni ( pak cik pong... )
Terima kasih lah sangat2...dah lama giler saya cari tajuk lagu tu. Pakcik tolong kasi nama penyanyi pun jadik lah...
Penyanyinya Sheqal dan lagunya bertajuk Zapin Rindu-Rinduan. Selongkar dalam Google cari MP3 tak jumpa mula2 tapi last2 ada le satu insan baik hati share lagu ni....dapat gak....thanks a lot, pakcik
ada satu lagu lama dulu tapi dah lupa sapa nyanyi dan tajuk lagunya..kalau x silap pasal masalah penderaan kanak2 dulu... kalau korang igt silalah bgtau ye....lirik dia lebih kurang begini....kalau dpt full lirik dia...
Buka mata dan lihatlah
insan kecil yg tak berdosa
dia disiksa tanpa rasa simpati
hanya melihat darah merah mengalir ke bumi
28/10/2007 yg lps pakcik ada buat satu post (#9) tanya 1 lagu. Tak de sorang pun respon... tak pe lah.. lagu tak popular @ klue yg diberikan tidak cukup.
Tp nak jadi cite 2 malam lepas, tertengok siri tv dilema wanita. Ada lagu promo nya... haahh... lagu tu la yang pakcik dengor ari tu.... terus lah pakcik menggoogle dgn nama "lagu tema dilema wanita " & muncul lah blog kat bwh ni...
since it was start here , pakcik rasa bila dah jumpa ni nak kongsi sini juga la.. lagu ni mmg sedap (its not the right word). Sesuai dengan mereka yang mengalami kemalangan jiwa mcm pakcik...:re: worth 2 wait 4 3 month. kat sini ada dua versi ; satu biasa punya satu lg unplug..
Setiap kali dengar lagu ni rasa nak nangis - seb baik pakcik ni jantan, jd pakcik tak la nangis......
cuma air mata je yg meleleh...
Originally posted by tyco78 at 17-12-2007 10:58 PM
ada satu lagu lama dulu tapi dah lupa sapa nyanyi dan tajuk lagunya..kalau x silap pasal masalah penderaan kanak2 dulu... kalau korang igt silalah bgtau ye....lirik dia lebih kurang begini....kal ...
Okid - Derita
Buka mata dan lihatlah
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman
Apakah salah mereka
menjadi mangsa yang terbiar
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi
Sengsara kan terasa
Di sepanjang hayatnya
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil itu merasa
Peritnya derita ditanggung jua
Mengapa dia disiksa
HIngga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka
Apa nasib mereka
Jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka
Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati