CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pelitaHatiku

Bedah Secara Batin

  [Copy link]
Post time 31-8-2010 06:26 AM | Show all posts
salam semua..
aku mmg ada pengalaman bedah batin ni. masa umur 7 thn aku menghidap jantung berlubang. setiap bulan kena pegi hospital. selalu ponteng sekolah. mak aku ni sgt susah ati. macam2 dia buat. selain ubat moden dia usaha secara tradisional. merata ceruk kampung dia pegi. aku masih igt lagi mak aku bawa aku berubat kat satu kampung (tak ingat nama kampung) di trg. aku tgk ramai betul org yg pegi berubat kat situ. org yg mengubat tu dah tua. dia berubat di ruang tamu. dia tak minta duit pun tapi kalu nak bagi biar ikhlas dan bawak air kosong. dia bedah aku guna jari kelingking. aku ni menahan rasa geli je. pastu dia baca doa. gosok2 bdn aku ngan kain putih pastu dah siap(igt2 lupa).
alhamdulillah...sekarang aku dah sihat. tapi aku yakin ini semua kerana kuasa Allah. aku tak pasti disebabkan bedah batin ni yg buat aku sihat sebab macam2 ubat  tradisional yg aku dah hadapi. bedah batin tu kira salah satu ubat tradisional yg aku pernah lalui la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 01:54 PM | Show all posts
ok, ini pengalaman kawan baik bapak aku.. dia disahkan kanser..tapi tak ingat kanser jenis ape.. since adik ipar dia specialist gak kat hospital swasta, so tahula perkembangan kanser tu samada dah melarat atau masih dikawal. So, diaorg pergi indon.. buat perbedahan batin. Balik sini Alhamdulillah gi check kat hospital the cancer jadi stagnant, means dah tak merebak (kanser ni teruk kalau dia merebak).. adik ipar dia of coz tak percaya.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:28 AM | Show all posts
pembedahan cara batin ni xboleh disisi islam..tgk wanita hari ini hari tu..dan pernah ajukan pertanyaan ni pada ustaz..sebab mggunakan perantaran org 3..dan kbiasaan org k3 yg dgunakan adalah jin.silap org melayu ni kdg2 dgr org baca alquran je terus ckp perubatan islam..tp xtahu ape yg dbaca..kalo ayat yg dbaca tu tungang tbalik pun kita xtahu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:48 AM | Show all posts
salam, aku bangga dengan teknologi Islam yg begitu canggih ( ilmu Allah jua) . memang benarlah kenapa ramai ahli ahli tasauf dibunuh dibakar dan ditanam hidup2 kerana PIHAK yg tidak mahu terima kekurangan diri kerana TIDAk dikurnia anugerah dan kebolehan MEMBANTU org lain. MUNGKIN kata dorang nih hanya para Rasul je bole ada mukjizat..!! Dorang tak tau beza amalan dan ilmu,ini hak Allah dan urusan Allah dgn hambanye yg Dia kehendaki.. mungkin pada dorang ni ilmu kedoktoran yg dibawa dari BARAT nih lebih patut dipercayai dr ilmu para solihin yg mendapat anugerah. Dah banyak penerangan tentang perkara yg ghaib malah Rasululah sendiri di bedah dgn cara ghaib dan mengapa Rasulullah diperintah Allah dibedah ghaib kenapa Allah tak perintah je Rasulullah jumpa doktor...?? kalo bole buat mcm tuh, aku rasa ramai yg nak pegi jumpa doktor nak buang daging hitam iblis tu..! kenapa tak bole buang dgn cara bedah moden ni..?? SEBAB DAGINGNYE GHAIB..! selebihnye... Wallahhualam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:14 AM | Show all posts
Reply 59# cyberizal77

Yerp...... Aku duduk Teluk Mas. Kat depan Henry Gurney tue. Mmg betul apa yg saudara katakan. Ceritanie mmg selalu didengar laa. Tapi aku tak pernah laaa cuba. Aku pun lupa nama ustaz yg buat rawatan nie. Tapi uncle aku pernah try laaa rawatan nie. Kaki dier patah. So, bawak laaa pegi hospital besar Melaka. Doctor masukan besi kat kaki dia. So, atas nasehat kawan2 dia , dia dapatkan rawatan di sana. Mengikut cerita, mmg sentiasa penuh jer tempat nie. Mmg sampai tgh mlm laaa kalo tunggu.

So far mengikut uncle aku kalo pihak hospital/doctor tak buat apa2 lagi (tak operate) cuma baru buat diagnosis. Cepat skit laaa nak baik. Kalo dah dibedah susah skitlaa. Tapi alhamdulillah dia dah sembuh.

Just for sharing laaa ek.

Tak jauh dari pekan Umbai area sebelah Pusat Kesihatan tue. Ada seorang pakcik nie boleh mengurut kita tanpa rasa sakit. Aku pernah ada experince dengan pakcik tue. Masa jumpa die, die akan tanya sakit apa, kat mana....sambil tangan dia urut2kan daun kelapa. Sangat minima dia sentuh tempat yang kita sakit. Kebetulan aku "slip disc" (tulang belakang lari skit). So, tanpa aku btau kat dia selepas dia sentuh belakang aku dia tahu bahagian mana yang sakit. Lepas tue dia tanya nama penuh dan alamat tempat tido mlm nie. Sambil bagi air penawar(mineral water bawak sendiri or beli dari dia). So, malam masa tidur ada "org" dtg urutkan kita. First night tue sampai terjaga laaa aku sebab rasa orang rentap kaki aku. Tapi tak laaa sakit sangat. So, esok aku pergi lagi rumah pakcik tue (selalu kena ulang 3 kali). Dia tanya ada tak rasa orang dtg ngurut mlm tadi. Aku btau ada, rasa tersentap. So, mlm berikutnya aku tak rasa sangat. Alhamdulillah lepas 3 kali aku dak ok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:35 AM | Show all posts
bagus pengalaman tu.. aku pon pernah ada kawan xcident motor pastu doktor nak potong kaki dia sebab da patah dan hancur.. dia pegi berurut kat negeri sembilan mlm tu gak kluarga dia bwk sebab info cakap kalo doktor da usik nt dia tak bole tolong... so,mlm tu pegi sana urut.. Alhamdulillah sekarang jgn kata jalan, main bola sepak pon bole... semuanya kuasa Allah...! kalo yg kata syirik tu bagi aku kalo percaya doktor swoh potong kaki tu lagi syirik..!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply 66# tunggulbatu


    nih tukang urut patah kat beranang/ sungai jai tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:47 AM | Show all posts
Reply 65# mertzxx

Abah aku ader citer gak pasal urut daun kelapa dengan pakcik ni sbb dia kan kije kat sek henry gurney tuh...tapi tak takut ke bila malam2 ader orang dtang time tengah tido pastu dia urut2kan?seram aja..dah lah aku duk 1 org ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 11:58 AM | Show all posts
Reply  tunggulbatu


    nih tukang urut patah kat beranang/ sungai jai tu ke?
kenesep Post at 24-2-2011 11:46



    ha'ah... membe aku pon asal sana gak... tp aku pon da lama tak jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 69# tunggulbatu


    ic... aku pernah pegi beberapa kali, last masa bawak arwah mak aku patah tangan...

    tapi org tua tu pun dah meninggal dunia...


    dan  khabarnya anak dia yang ganti.. tapi aku tak pasti sebab selepas kematian orang tua tu aku tak pernah pegi lagi...
    lupa lak sapa nama dia....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:10 PM | Show all posts
kdang2 aku kesian kat perawat yg ada kebolehan macam ni.. sebab dr org yg bole merawat patah2 ni sendri yg cakap..dorang akan amik kesakitan org tu... kesian... semata2 nak tolong orang... yg cerita nih membe aku sendiri yg  ada anugerah ni... dia kat muar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:15 PM | Show all posts
Reply 71# tunggulbatu


    la ye ke....  tatau plak aku dorang yg amik kesakitan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:23 PM | Show all posts
membe aku citer.. memang ler dia swoh ko balik pastu nak alamat tempat tidur.. mlm tu nanti dia wat hajat dulu.. pastu dia baca lah doa dia nak urut org tu.. tp yg dapat sakit tu dia la.. salah satu sebabnye kata dia, tanak org tu ditambah lagi sakit yg sedia ada... kadang2 dia kata bini dia pon kesian tgk dia tahan sakit.. tp nak wat camne.. da tugas dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:15 AM | Show all posts
bedah batin nieh arwah abah aku kata adalah cbg ilmu yang 'salah', dan tak berapa putih...sekian terima kasih
tp kalau nak cuba, cubalah, tp dapatkan nasihat doktor perubatan dulu......
aku amik fenomena macam nieh....
sorg ibu yg nak bersalin...
bidan byk kepakarannya..
tp kalau tulang pinggul ibu kecik...
bidan tak boleh setelkan, sbb itu 'fizikal'..
jd, doktor perubatan bolehlah membedah secara 'fizikal'..
tp aku pernah nampak, tp ini bukan bedah batin..
kaedah menepuk-nepuk luka yang besar bg memberentikan darah....
ilmu nieh mmg ada..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 12:00 PM | Show all posts
alamak...yer ker
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:57 AM | Show all posts
baru balik dari Darul Aitam, Telok Mas, Melaka. perawat dipanggil Ustaz Rahimi. tapi yang merawat tadi anak lelaki dia, ustaz Rahimi pergi Indonesia.

mula2 tengok rasa pelik jugak tapi taklah sampai berkerut dahi sebab dah baca kisah rawatan batin ni dalam blog sebelum sampai sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 12:46 PM | Show all posts
My brother buat pembedahan batin di Melaka(nama tempat rahsia). dia sakit belikat  so dia buat untuk betulkan urat dia terseliuh/tersepit ditulang belakang - mengikut kata perawat tu. Pembedahan di buat bulan Jan dulu iaitu sebelum Chinese new year.

Mengikut kata my brother, sebelum dibedah, perawat tu ada sapu sejenis cecair kat belakang dia dan dia adalah rasa semacam ditoreh. Pastu adalah darah sikit-sikit. Selepas urat dia di'free'kan, perawat tadi pun tutup balik belahan tadi dengan palster. tak silap dlm masa 3 hari luka dia dah baik dan boleh buang plaster. Sakit belakang my brother pun hilanglah selepas pembedahan tadi. My brother siap recomendkan kepada my mother utk bedah lutu dia yang sakit but my mum takut.

pastu I dah tak dengar apa-apalah complain dr my bro sehinggalah last 2 weeks. Mula-mula dia demam dan rasa sakit belakang. Bila check dr, ada bisul ditempat yang dia operate dulu. Semakin hari semakin besar bisul tu dan semakin sakit dan mengeras. so last week my bro kena admitted hospital utk dibedah bisul tadi. Selama 4 hari dia kena stay dan bekas bisul dia tadi agak dalam dan besar. Ngeri tenguk.
kesimpulannya, we conclude that operation dia yang earlier tu tidak berjaya, ada infections dan menyebabkan jadi bisul. so kena berhati-hati bila nak buat operation secara bathin. Kena take risk my my bro.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:12 AM | Show all posts

Bedah Secara Batin

Aku sekali buat bedah batih ni. Tu jer lah sekali sbb aku tak belajar, kawan aku ,dia jalan bongkok bongkok. Bila aku tanya dia kata sakit pinggang dah lama. Kemudian secara spontan aku cakap buat bedah batin. Dan dia setuju pulak.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:16 AM | Show all posts

Bedah Secara Batin

Dia baring kendian aku amik al Quran buka satu surah ( aku dah lupa) kendian suruh dia meniarap. Aku guna jari telunjuk, tekapkan kat pinggang dia dan lurutkan dari sebelah ke sebelah sambil baca ayat ayat Quran tu,


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:20 AM | Show all posts

Bedah Secara Batin

Bila dia nak balik ,dia dah lupa dah. Dia jalan elok tegak jer. Lepas dia pergi naik kereta dalam setengah jam ,dia datng balik. Katanya pinggang dah tak sakit lagi. Dah okay. Jadi aku memang percaya tentang perkara ni. Mukjizat dari al Quran. Alhamdulillah...tapi tu lah yang first dan yang last..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.496121 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list