CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pelitaHatiku

Bedah Secara Batin

  [Copy link]
Post time 11-6-2012 09:09 AM | Show all posts
Reply 80# rdzaccess


    alhamdulillah...kebolehan rdzaccess Allah swt perkenankan. Knp tak amal or practisekan lagi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 11:52 AM | Show all posts
Bila dia nak balik ,dia dah lupa dah. Dia jalan elok tegak jer. Lepas dia pergi naik kereta dalam se ...
rdzaccess Post at 11-6-2012 00:20


alhamdulillah rdza diberi kelebihan cenggitu patut dipraktikkan supaya leh dapat dimanafaatkan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 04:49 PM | Show all posts
rdzaccess

kat mana tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 12:45 PM | Show all posts
ada pernah terbaca dalam satu artikel -
seorang pakcik ni bawak sesorang dalam family dia berubat batin
so dalam 'dewan bedah tu' anak beranak dia yang lain semua nampak darah banyak keluar - ngeri sungguh
tapi pakcik tu just nampak 'doktor' tu cuma amik jari dia letak n cucuk2 pesakit
kemudian di ketahui pakcik itu pengamal ayat kursi
jadi jinn tak dapat tipu pandangan mata dia

berlawanan.

seorang makcik yang agak alim.yang mengikut saudaranya berubat batin di sebuah negeri
saudaranya yang lain. nampak darah mengalir sedikit. akan tetapi makcik itu nampak
darah banyak mengalir dan di jilat oleh mahluk2 hodoh.

jadi sejauh mana keberkesanan dan kebenaran bedah batin ni masih dalam persoalan.
nak tahu elok ke tidak kena lah sendiri yang merasa. dalam salah satu kisah2 nabi nabi
dinyatakan bahawa nabi junjungan kita itu bukanlah di bedah secara batin. ini kerana
hati baginda di bawak keluar dari badan dan di cuci dengan air zam zam (ini perkara fizikal)
dan kemudian di jahit semula. bahkan ada yang meriwayatkan (tak pasti siapa antara sahabat)
kalau tgk betul2 dada nabi. leh nampak kesan jahit.

bacaan lanjut di sini::
http://kembara-journey.blogspot. ... edahan-pertama.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 02:38 PM | Show all posts
cocoagirl posted on 31-8-2010 06:26 AM
salam semua..
aku mmg ada pengalaman bedah batin ni. masa umur 7 thn aku menghidap jantung berluban ...

Kalaulah cik koko ingat nama kg Trg tempat berubat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 03:42 PM | Show all posts
aku ingat lagi masa nak keluarga mertua aku sibuk nak bawak arwah abah mertua berubat cara batin ni...  aku tros call darussyiffa...  mintak pendapat...  dia kata : hati2...  cek btol2...  kebiasaannya guna perantara (jin)...

memang kita nak sembuh...  tapi jangan semata2 nak sembuh, kita abaikan cara penyembuhan tu...

seumpama : kita teringin sangat nak makan rambutan...  pastu kita jolok pokok rambutan jiran n makan n kenyang...  matlamat tercapai tapi cara tak btol...  atau, nak sangat rambutan...  mintak kawan bawak balik rambutan...  kawan plak pi amek kat umah jiran...  bawak balik n kita makan sampai kenyang...  matlamat tercapai tapi sumber rambutan tu tak bersih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2012 05:57 PM | Show all posts
Salam..

aku penah berubat secara bedah batin.. untuk buah pinggang aku. sepatutnya taon ni aku kene operate, tapi x jadi. so, doktor ospital hanya pantau aku 6 bulan sekali. dan aku berubat hanya bawak air mineral n sireh.. tempat aku berubat.. pakteh jeniang, kedah bomoh diraja.. mak aku pun bape kali buat.. alhamdulillah

mak aku de ketumbuhan. dia lagi la rajin berubat. penah pegi kat perak cuma bawak air n cendawan kuku harimau.. tu jew.. iklas ati bayar.. nak caya x caya.. tu kuasa allah.. sebab org yang mengubat pun akan kata.. dia tolong yang sembuhkan allah. jadi.. kita pk la.. hanya dengan izin allah.. so far.. rmai yang berubat suma ok.. kita kan tau ilmu allah ni luas.. makin kita belajar makin banyak yang kita xtau.. yang penting tradisional pegi, check doctor pun pegi.. compare kan la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 10:27 PM | Show all posts
cyberizal77 posted on 31-8-2010 05:39 AM
salam semua,

tak kisah lah ia benar atau palsu, yang penting ia sudah membantu ratusan manusia a ...

nama kampung nya - igt tak - sebab nak suggest kat kawan -
sebab saya google tak jumpa tempat tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 12:37 AM | Show all posts
kredit blog Rozaimy

Tiba di rumah anak yatim Ai-tam dlm jam 9.15 pagi, hospital buka jam 10.00 pag tetapi pendaftaran start jam 8.30 pagi. Daftar senang aje, tulis nama kat kertas yg disediakan. Kami dapat nombor 67 dan ke atas, sambil tunggu giliran tu, aku dan isteri pekena teh sarbat, nak makan roti canai dah habis la pulak. Mak, abang saudara and the geng semua pakat pi round pekan Telok Mas.

Tengah aku sedap hirup teh sarbat yg dah tak panas lagi tu, tiba ada org beri salam. Laa Ustaz Rahim dah mai. Dia duduk sebelah aku sambil order kopi 0. Rupanya beliau tak balik rumah malam tadi, tidur kat Hospital sebab pesakit ramai sangat semalam. Borak punya borak, tiba-tiba ustaz Rahim tanya kenapa aku tak nak jadi perawat. Alamak dia tahu la pulak.. ni yg malas jumpa otai-otai ni. Dia pun cerita 5 ciri yg perlu ada utk menjadi perawat. Aku cuma boleh recall dua aje, iaitu kawal nafsu dan ikhlas. 3 tahun lepas dia ada tanya juga benda yg sama, aku jawap nak kontrol nafsu tu yg payah... kena ingat, bila kita dah boleh buat bedah batin, pandangan mata kita dah boleh tembus baju pesakit, boleh nampak semua..... lepas tu baru tembus kulit dan nampak organ. Ada seorg perawat yg aku kenal, mula-mula dia boleh nampak tu, puas mata dia tengok.. tengah syok tengok awek-awek tanpa pakaian, tiba-tiba dia dibawa lari ke suatu alam lain, dia tengok manusia kena seksa, mungkin alam kubur kot. Rupanya sifu dia dah tahu anak murid dia ni sudah salah guna ilmu. Terus insaf.... Itu pentingnya berguru, sebab guru kena pantau anak muridnya. Kalau belajar melalui mimpi, sapa nak tegur maaa.

Ustaz Rahim sambung cerita, jadi perawat ni banyak dugaan antaranya adalah wanita. Ada pesakit 20 tahun yang sedang dirawat boleh offer nak jadi isteri. Siap suruh Ustaz cakap kat mak dia, mak dia mesti setuju, kata dia....., pernah ada pesakit yg bukan Islam, nak ajak Ustaz Rahim berzina, menitis air mata Ustaz Rahim masa tu. Aku pun jawap, "sama le kita ustaz". Sebab itu aku malas jumpa pesakit perempuan, nanti macam-macam hal boleh terjadi. Aku dah lah handsome, romantik pulak tu. Nanti lain yg aku rawat.....

Ustaz tu cerita, kat pusat rawatan ni, rawatan jantung dan tulang merupakan kepakaran mereka. "Mereka" he he he. Kat Hospital ni, hanya Ustaz Rahim seorang aje yg merawat dan seorang lagi cuma apperantice aje.
Memang aku akui, depa ni kalau kes jantung atau tulang/sendi memang pakar. So sapa yg sakit sendi atau tulang boleh le merawat kat Ustaz ni. InsyaAllah dlm 30 minit pasti kurang sakit atau langsung hilang sakit. Rawatan susulan kena le buat, ala macam kat hospital juga le. Jangan ingat, sekali rawat baik, akan terus baik. Kena le mai semula utk pemeriksaan semula.

Baru-baru ni Ustaz Rahim cerita dia kena marah dgn satu makcik tu. Puncanya kerana dia tukarkan jantung suami dia. Suami ni, umur dah 53 tahun, selalu benar masuk IJN, nak jalan pun tak larat sangat. Bila dia mai nak berubat, Ustaz Rahim dpt jantung berusia 30 tahun, serasi pulak tu, memandang jantung tu muda lagi dan kuat, maka terpaksa le tukar semua pembuluh darah utk memastikan pembuluh darah dpt terima tekanan yg tinggi. Ye laaa jantung muda maa. Alhamdulillah, lepas 30 minit, pak cik tu boleh jalan dgn sendirinya. HASILNYA - pak cik yg dulu tak larat nak jalan ni, dah boleh aktif macam org muda. Lepas tu korang agak apa terjadi?

BETUL!!!!!

6/2/2010 baru ni, Pakcik tu baru kahwin dgn budak umur 18 tahun. Isteri tua tanya kenapa nak kahwin dgn suami dia. Budak kata dia nak kahwin juga, dia dah cintan sama suami mak cik ni. Haru betul. Yg tak betul tu, suami ni boleh pi belasah mak cik ni. Ye la biasa la isteri bising bila nak tambah cawangan tetapi tak usahlah dipukul isteri tu. Makcik tu jumpa Ustaz Rahim dgn mata dan muka bengkak kena belasah dgn suami. Kita perawat cuma merawat apa yg kita mampu buat, kita tak sangka pulak perkara seperti ini akan terjadi.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:30 PM | Show all posts
pernah di ceritakan..breast cancer 1st stage..kakak angkat i..kalo xsalah dia buat kat johor..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 01:06 PM | Show all posts
Dalam resolulsi Pengubatan Islam Nusantara 2012 menyebut:

9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar daripada tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihir khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seolah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku.
"Geng2 darul" tak setuju bedah batin beb
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:39 AM | Show all posts
te_peng posted on 12-12-2012 02:38 PM
Kalaulah cik koko ingat nama kg Trg tempat berubat tu...

salam en. tepeng....
x igt dah tmpt tu. dah lama. nanti try tnya kat mak balik. actually masa mula tahu dpt sakit tu merata tmpt pergi berubat. bukan kat situ je. naluri seorg ibu kan. x bleh tgk anaknya sakit. pantang dgr ada tmpt berubat mesti pergi cari. mcm2 dah pg berubat smpai org yg sakit ni naik jemu. tp respek kat mak sbb x jemu2 berusaha. selain perubatn tradisional, hospital pun tetap pergi jgk dan slalu berdoa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:45 AM | Show all posts
Knape en. Tepeng tanya? En. Tepeng nak cuba ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:04 PM | Show all posts
cocoagirl posted on 18-12-2012 01:45 AM
Knape en. Tepeng tanya? En. Tepeng nak cuba ke?

Nak risik2 kalau bagus leh rekomen ke org yang memerlukan sebab saya duk Trg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:41 PM | Show all posts
Klu tarik batu karang keluar dr badan tu kategori bedah batin ker...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:02 PM | Show all posts
mjla posted on 18-12-2012 12:41 PM
Klu tarik batu karang keluar dr badan tu kategori bedah batin ker...

Tarik batu karang bukan bedah batin - dipanggil kaedah tarik secara ghaib. Terbahagi kepada beberapa isu:

1) Mungkin ada penipuan seperti silap mata, mata tertipu dengan ditunjukkan batu karang sudah keluar padahal masih ada. Nak elak selepas berubat kena pergi hospital cek.

2) Benar, tapi kaedah penggunaan boleh jadi berdamping dengan khadam ilmu. Atau kaedah betul2 atas semata-mata ilmu tanpa penggunaan jin dan trik silap mata.

3) Dan cara tarik mungkin guna telur, terus raup atas angin langsung ada batu dalam tapak tangan atau sebagainya.

Kalau nak cek betul kena tanya tukang rawat bagaimana cara ilmunya. Kita tak maulah seperti para ustaz yang duk pentas terus banned orang kita yang tolong rawat orang ramai dengan pelbagai kaedah semata-mata ilmu para ustaz tak sampai disangkanya semua sihir.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 06:40 PM | Show all posts
arwah ayah aku penah gak pegi dulu
tp dia pegi skali je
tk tau nak cakap btul ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 04:04 PM | Show all posts
kalau kecacatan kekal kan, bole juga ke bedah secara batin betulkan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 05:56 PM | Show all posts
aku pernah berubat dengan ustaz rahimi tapi bukan rezeki aku nak sembuh lagi. 2 kali aku jumpa beliau
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dengar ceramah.. sakit kita ni.. semua dari jin..termasuk sakit moden spt kanser.. darah tinggi dll.. so.. x pelik bedah batin ni guna jin juga.. ermmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.159427 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list