CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]
Post time 31-3-2008 01:31 PM | Show all posts
aku menyokong dari mula lagi, sains maths dlm bm untuk budak2 sekolah.  Bagi mantap dulu basic dia, pastu baru boleh nak buat apa saja.  

aku dulu belajar sains maths dalam bm, ok je masuk u kat oversea, takde hilang pedoman pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 10:23 PM | Show all posts
...seelok2nya subjek bahasa inggerislah yg perlu diperkasakan..kalo bole jumlah waktu pembelajarannya seminggu perlu ditambah...subjek English for S&T yg diperkenalkan utk menengah atas juga sudah cukup baik. jangan mengorbankan bahasa dan jatidiri bangsa... jika dasar ini terus dikekalkan terutamanya dalam subjek penting ini..tidak hairan bahasa melayu akan pupus di sekolah kecuali untuk subjek bahasa melayu itu sendiri..kerana sudah ada suara2 yg mencadangkan agar subjek geografi dan sejarah juga sepatutnya diajar dalam bahasa inggeris...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:33 AM | Show all posts

Reply #182 dainy's post

Betul, dainy perkasakan B.I. tetapi mantapkan lagi B.M. Biar kedua-duanya seimbang. Biar rakyat Malaysia boleh berbangga mereka boleh bertutur dan menguasai kedua2 bahasa ini dengan baik.  Kalau betul ada suara2 yg. mencadangkan nak ajar m/p. lain juga dlm. B.I., orang2 ni memang tak fikir panjang.

Bab kepupusan bahasa memang menakutkan dan amat memalukan. Setiap hari berapa bahasa di dunia ini yg. pupus? Ini menyedihkan. Kita tak mahu bangsa Melayu di negara ini tak tahu berbahasa Melayu. Malu,malu!

Pengalaman saya di Thailand membuatkan saya berfikir betapa pentingnya kita menjaga bahasa dan adat budaya serta seni tradisi kita turun-temurun. Orang Melayu di kawasan pantai barat Thailand tidak lagi boleh berbahasa Melayu.

Hanya di Satun,ramai  masih boleh B.M. tapi di wilayah  lain hampir pupus. Yg. boleh cakap sikit2 pun orang tua yg. dah nak meninggal 2,3 hari lagi, tu pun banyak perkataan derang lupa. Dan lagi menyedihkan mereka tak panggil diri mereka sebagai Melayu. Mereka panggil Thai Islam.

Ah, orang Jepun tak bercakap B.I. pun boleh maju sejak berzaman. Kita ni yg. dikejar tak dapat yg. dikendong berciciran. Cakap Melayu berterabur, cakap Inggeris lagilah....payah nak faham... buat malu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 10:33 AM | Show all posts

Reply #183 belanga's post

..memang sebetulnya kita mesti menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua agar kita dapat berinteraksi dengan ramai orang khususbya dengan mereka yg tidak menguasai bahasa melayu... walaupun begitu setiap rakyat malaysia mesti terlebih dahulu mahir dengan dengan bahasa kebangsaan kita. amat memalukan kerana masih ada rakyat malaysia yg mengaku tidak boleh berbahasa melayu.

memang kita kagum dengan rakyat jiran yg amat berbangga dengan bahasa ibunda mereka.. brunei contohnya...yg serumpun dengan kita dan bahasa kebangsaannya juga bahasa melayu amat menitikberatkan soal bahasa. di mana-mana terdapat papan tanda yg menyeru rakyatnya menggunakan bahasa melayu. Yg paling menarik mereka mnggunakan tulisan jawi dan rumi di mana-mana premis dan di kebanyakan papan-papan tanda.

bahasa tidak akan menghalang kemajuan sesebuah negara sebaliknya ia adalah lambang ketamadunan sesebuah bangsa dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 03:48 PM | Show all posts
Pelik benar orang kita ni. Yg. mengaku tak boleh berhasa Melayu ni bangsa apa Dainy? Zaman sekarang ni kita pergi sekolah kebangsaan tentulah semua generasi sekarang boleh berbahasa Melayu kan, kecuali yang bersekolah di luar negera sedari kecil.

Ini lagi satu aku rasa cukup pelik. Kenapa di bank, kedai2 di shopping centre dan hotel kita dilayan dalam B.I? Aku tak marah orang nak cakap bahasa apa pun, tapi aku hairan sebab kita di Malaysia dan aku orang Malaysia dan Melayu. Layanlah aku dalam bahasa Melayu. Kalau yg. melayan tu tak reti Melayu aku tak kisah sangat. Tapi ni derang tu orang Malaysia.Kalau kat mall besar kat KL tu mungkin mereka boleh beri alasan yg. mereka tak pasti aku ni orang Malaysia ke orang luar. Tapi ini di bandar kecil aku nih atau kat Penang tu. Berapa kerat pelanggan antarabangsa?


Hospital swasta pun macam tu. Tiap kali aku talipon, kerani jawab dalam B.I. Aku boleh tau yg jawab tu Melayu, pelat sakan. Apahal ni? Bila aku ke kaunter pun, layan dalam B.I juga. Menyampah aku. Kadang aku meluat ,aku jawab dlm B.M dan lepas tu cakap kuat2 sikit dengan anak dalam B.I tanpa pelat Melayu langsung.Biar dia dengar. Khianat juga aku kengkadang. Yg. duk bangga sangat  sampai terlampau bahasa orang tu apa hal. Kita pun ada bahasa juga.

Kat Sungai Petani pekan kecik ni berapa ramailah sangat orang luar tak reti Melayu? Indon, Bangla banyak la...tu pun derang cakap Melayu. Aku rasa lebih baik layan terus dalam B.M, kalau orang tu tak reti Melayu baru lah cakap Inggeris. Entahlah, kalau orang nak kata aku kolot, katalah, aku lebih suka dilayan dalam bahasa kebangsaan di negaraku Malaysia.

Kalau orang tanya aku dalam B.I kekadang aku jawab dalam B.I. Ikut mood, kadang datang syeh menyampah , aku  jawab dalam B.M. Biasanya aku menyampah sangat puak2 Melayu dan China yg dok layan aku dalam B.I. ni. I have nothing against English, I just can't stand it when people think that Malay Language is 'low'. Tak dak standard konon kalau cakap Melayu.
Aku perasan, kalau kita cakap Melayu layanan tu lain sikit. Korang perasan tak?

[ Last edited by  belanga at 6-4-2008 03:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 04:12 PM | Show all posts
Aku teringat satu insiden beberapa tahun yg. lalu. Ini out of topic sikit tapi nak cerita juga. Aku berjalan dengan saudara di Penang Road. Kami pakai baju kurung , Singgah di kedai barang antik. Ada beberapa pasang kebaya nyonya (bukan antik) memang cantik. Aku tanya harga dalam B.M. dia buat layan tak layan dan kata ,'Ini mahal lo.." Aku tanya lagi, "ya la...berapa?" Dia tak datang dekat aku pun, dengan kasar, dia jawab," Banyak mahal lah" Aku pun naik hot la juga, terus ajak sedara keluar.

Selang setahun, aku ke kedai yg. sama ( tak perasan pada mulanya) bersama suami dan anak2. Wah, layanan first class, siap buka baju2 yg. dalam plastic hidang depan mata aku. Suruh aku pakai, tepuk2 belakang aku, cakap aku cantik, bajupun cantik sesuai untuk aku. Kepala hotak dia!

Aku perasan nyonya yg sama dulu tapi suami aku dah suka baju tu, dan dia dah malas nak cari di tempat lain, sebab dah separuh hari kami ronda cari baju sesuai untuk aku pakai  makan kenduri. Beli aje, Rm500. Aku tak akan pergi lagi kedai tu. Baju tu pun pakai sekali tu saja. Kenapa layanan baik? Sebab dia ingat kami ni high class la kut, cakap Inggeris dan aku pakai baju moden bawa suami orang putih. Celaka punya manusia! Pilih bulu nak berbaik sesama manusia.

Memanglah B.I ni bawa banyak kelebihan, tetapi bilakah orang kita nak sedar yg. kita juga ada bahasa sendiri dan angkatlah sikit bahasa kebangsaaan kita tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2008 11:47 PM | Show all posts
kenapa la kerajaan wat bahasa inggeris dlm math dan science...bukan pe susah bagi murid2 dan jua cikgu yg hendak mengajar...bila tukar balik jadi bahasa melayu mungkin murid2 akan mengalami kecelaruan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 05:30 PM | Show all posts

Reply #185 belanga's post

Wahh..panjang ceritanya cerita卬i mmg dah tahap kritikal geram dengan mereka yg meremehkan bahasa kebangsaan kita ni..
Mmg betul ckp belanga layanan pd kita berbeza di sesetgh tmpt kalo kita guna BM atau BI. Kalau di premis perniagaan, kat hotel, kat bank atau kat mana yang kita adalah pelanggan, sepatutnya dia org menggunakan bahasa yg pelanggan mereka selesa gunakan. Takkan la pelanggan yg tak bole nak bertutur BI tergeliat lidahnya semata-mata nak menjawab dalam BI. Sepatutnya mereka lah yg mesti memahirkan diri dan mesti sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dengan pelanggan dalam BM.. kalau kita ada pilihan, memang kita boleh tolak ketepi mereka yang bodoh sombong ni. Bahasa Melayu pun tak reti匓aik dibuang negeri.. atau buang kat kutub Utara/Selatan tu. Biar mereka hidup dengan BI tu kat sana nun..

Memang sapa-sapa pun pun mengakui pentingnya menguasai bahasa inggeris卋ukan bhs inggeris jer卻elagi ada bahasa utama kat dunia ni, memanglah kita patut cuba menguasainya. Tetapi sebelum itu..kuasailah bahasa kebangsaan kita dulu. Ini mengaku rakyat Malaysia tapi langsung tak mencerminkan diri tu berbangsa Malaysia. Kita nak salahkan siapa?

Tapi aku sebenarnya kagum dengan generasi baru ni..terutama yang berbangsa cina dan India. Kebanyakannya boleh berkomunikasi dengan elok dalam bahasa melayu tanpa pelat..tp generasi ni mungkin akan terpinggir bila lahir pula generasi seterusnya.  Aku takut nanti, generasi yang lahir selepas dasar bahasa inggeris itu didewa-dewakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 06:54 PM | Show all posts
Kerajaan nilai semula penggunaan BI dalam subjek Sains dan Matematik

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan penilaian mengenai pencapaian pelajar yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik untuk menentukan sejauh mana pendekatan itu berjaya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, keputusan sama ada pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris akan ditentukan kemudian bergantung kepada tahap pencapaian pelajar menguasai bahasa antarabangsa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 07:28 AM | Show all posts

Reply #189 dexa's post

...tu berita lama kan dexa..! apa yg kita nampak skrg ia semakin hebat...ada cerita dr kawan2 tu kalo betul la,  sesetgh sekolah tu (mungkin atas arahan ppd )...yg pntadbirnya memandai sendiri..guru math/sn yg tidak mahir atau tidak mnguasai bahasa inggeris akan disuruh mngajar subjek lain walaupun bpglmn luas dlm subjek2 tersebut..semata2 kerana BI dan insentif bg subjek tersebut..pglmn dan opsyen dinafikan..betul2 mnganiayai guru2...kesian betulla dgn mereka tu...walau apa pun sudah termaktub dlm peraturan sekolah 'the boss is always right'...terpaksa mngikut perintah dan diperintah...zalim betul

[ Last edited by  dainy at 16-4-2008 07:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 09:02 PM | Show all posts
Tanyalah mana-mana guru, jika mereka diberikan pilihan utk mengajar dalam BM atatanpa elaun atau BI tapi dapat elaun...rasanya ramai yang akan pilih untuk ajar dalam BM.

bagi saya, pelajaran yang baik adalah pelajaran yang mudah disampaikan. kalau dah ajar dalam BI tapi kat rumah cakap BM (mean bukan bahasa utama, hanya setakat 2 3 jam sahaja di sekolah sehari) apa yang mudahnya. yang kita kesiankan murid kelas hujung. dah la 3m pun masih kurang menguasai, BM pun masih tercari-cari nak buat ayat karangan inikan pula nak jawab sc dalam BI? yang saya nampak, jawapan memang penuh tapi setakat salin soalan. dan saya pernah jumpa, murid jawab dalam BM. jawapan memang betul tapi sebab kita nak murid jawab dalam BI. terpaksalah jawapan tidak diterima. tak ke kesian?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 09:43 PM | Show all posts
kat sekolah min belajar sn dan math dalam bahasa inggeris, bila min cuba jawab kertas tahun tahun tahun tahun lepas [dalam version BM] rasa pelik yang teramat sangat..

*markah BI min meningkat tetapi markah BM pula yang menurun
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 07:05 AM | Show all posts
saya salah seorang guru yang mengajar kelas depan bagi tahun 6...

mmg pada awal-awal bulan mengajar dalam BI.. tp kemudian tersedar.. kalu terus mengajar dalam BI dan kemudian terpaksa translate kepada BM lak.. jadi lambat sangat untuk habiskan silibus.. tak mungkin dpt habiskan silibus sebelum UPSR kalu ikutkan cara begitu...

sekolah saya sekolah kampung.. walaupun kelas depan.. tp math kalu sampai bab penyelesaian masalah.. diorg jadi cam blur.. kemudian saya tgk asas math diorg tak kukuh...

kemudian lepas berbincang dgn guru-guru lain.. so ajar terus dlm BM.. cuma terms-terms dia je kekalkan dalam BI.. nampak ada sedikit kemajuan.. sbb bagi murid tahun 6. mereka dibenarkan sama ada nak jawab dalam BM atau BI...

bayangkan.. tak pernah lagi terjadi. matematik jadi subjek kritikal di banyak sekolah.. biasanya subjek BI je yg jadi subjek kritikal.. ni dah jangkit kepada math lak...

saya lihat salah satu kelemahan pelajar kerana mereka takde asas yg kukuh dalam matapelajaran math.. belajar dah 5 tahun.. betul.. tp kekadang mereka di ajar untuk menghafal dan bukan untuk memahami subjek itu sendiri.. kemudian guru-guru sebelum ini tak sempat nak habiskan silibus...

entahla.. mmg ada org kata dalam forum ni.. ala.. kan bagus belajar math and sc dalam bi.. dpt pertingkatkan lagi BI.. nanti masuk Universiti kena gak belajar dalam BI... tp mereka tak sedar.. di sekolah sepatutnya guru-guru kena tanamkan minat kepada student mereka dalam math n sc.. kena kukuhkan pengetahuan asas mereka..

masa masuk Universiti.. adalah student yg terpilih je... dah student yang lemah BI camne nak belajar math n sc.. kekadang kesian aku tgk..

kena kuasaia 2 subjek pada satu masa.. masa menagjar math tu.. cikgu pada masa yg sama kena ajar BI.. susah tu...

kemudian kerajaan buat test untuk guru-guru subjek math n sc.. hasilnya ramai yang tak lulus dgn cemerlang.. dah camne nak lulus dgn cemerlang.. sbb soalan dia lebih kepada grammar.. dan bukannya subjek itu sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 03:51 PM | Show all posts
2008/04/19
Maths, Science review lauded


KUALA LUMPUR: The National Union of Malaysia Muslim Students (PKPIM) yesterday welcomed the government's assurance that it will review the teaching of Mathematics and Science in English after an assessment of the performance of students.

[table=200][/table]PKPIM vice-president Khairul Anwar Shazali said language as a teaching medium was an important tool in the learning process.

Khairul, however, hoped that any review based on the students' performance would be conducted in a transparent manner, without concealing shortcomings and weak-nesses.

"The well-being of the stu-dents must be the priority and they should not be made experimental tools or lab rats," he said in a statement.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said on Tuesday that the government needed to ascertain the students' level of English comprehension and proficiency.
Najib said a decison on the matter might be concluded by the end of the year.

PKPIM said while the students' performance was an important indicator of how the approach was faring, it was not the only one to rely on.

He said how rural students were coping with the language and whether teachers and students had a good grasp were other important indicators that must be taken into account.

PKPIM also felt that the two subjects must not be used as a tool to improve the command of the English language among students.

"They already have English Language for that," he said.

He added that PKPIM wanted the medium for teaching the two sub-jects be reverted to Bahasa Malay-sia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 07:54 PM | Show all posts
aq pown x tau,better Melayu kowt...   aq x kisah ...tp waktu kat U nnti,sume belajar dlm Eng kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 12:46 PM | Show all posts
kat u nanti kne rajin bw kamus elektronik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2008 02:42 PM | Show all posts
student u nie pemalu nak bawa kamus... jatuh standard lah katakan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 05:53 PM | Show all posts

Reply #197 anisotropy's post

nak jatuh ape plak ??? Melayu je biase cam tu .. kat skewl aq Cina rajin bwk bende ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 08:11 PM | Show all posts
peringkat universiti tak pe guna english kerana memang pelajar itu yang memilih bidang berkenaan... kalau sekolah rendah, kita perlu pupuk mereka minat sains dan maths.....  bobo belaja sek rendah dan menengah dalam BM, then masuk uia, tak de pong masalah........

yang penting pupuk minat....... kalu tak, gara-gara bahasa, mereka telah meletak jurang atau tembok untuk lebih menguasai sains dan maths........... padahal mereka minat subjek dua ni............
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 31-3-2008 01:31 PM
aku menyokong dari mula lagi, sains maths dlm bm untuk budak2 sekolah.  Bagi mantap dulu basic dia, pastu baru boleh nak buat apa saja.  

aku dulu belajar sains maths dalam bm, ok je masuk u k ...


yg tukar kuri ke bi tula yg ilang pedoman.. agaknye la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.287588 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list