CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]
Post time 21-12-2008 02:26 PM | Show all posts

Balas #806 ReksakseHuduh23\ catat

Ho3x itu satu persoalan yang menarik. samalah juga mcm guru dari afrika atau pun jamica yang dtg ke malaysia dan ajar bi dlm loghat mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2008 10:55 PM | Show all posts
nk kasik bdk2 pandai bi.. cr la cikgu yg btol2 bertauliah ngaja bi.. skang mcm tangkap muat je sape2 ngaja bi.. skang cikgu math n sains sah2 kena ngaja bi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:14 AM | Show all posts
betul tu sebab aku yang opsyen sains id IPG automatik minor adalah BI. terpaksala belajar english sungguh2x wlalhal mengajar subjek bahasa la paling susah dan mencabar, tak kira bi ka, bm ka, bc ka or tamil ka, coz tatabahasa musti betul. bab2x mcm ni i lemah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:15 AM | Show all posts
sedihnya kan, nasib anak bangsa & nasib bangsa kita ditentukan oleh pihak2 yang berkepentingan sendiri sahaja....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:50 PM | Show all posts
Saman kerajaan jika terus laksana PPSMI

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my


KOTA BHARU – “Kami akan ambil tindakan undang-undang.”
Itu tegas Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang tidak menolak kemungkinan berbuat demikian terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.


Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.


“Langkah itu mungkin sebagai tanda kemuncak kepada kekecewaan kalangan cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu kerana desakan supaya PPSMI tidak diteruskan sebelum ini tidak mendapat maklum balas yang sepatutnya daripada kerajaan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Melayu di sini semalam.


Ismail berkata, natijah daripada sikap kerajaan sendiri yang tidak menghormati dan mempercayai kesucian Perlembagaan Persekutuan telah menyebabkan pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk memperlekehkan ketuanan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:57 AM | Show all posts

update -

PPSMI: 31 Dis. tarikh akhir

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan memutuskan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.


Ketua II Gapena, Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, gabungan itu mahu kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaran boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2008 08:52 AM | Show all posts

another view -

Jawapan terhadap isu PPSMI
Ali Bukhari Amir

Tajuk: Maths and Science in English

I am not protesting, I happen to think that its good that we exposed our children to the international language. Bukanlah kalau anak-anak kita belajar and master dalam speaking English, mereka akan lupa bercakap Bahasa Melayu. The many people who protested are those whom do not master the language and felt threatens somehow.


Hamba Allah


Jawapan kepada Cik / Puan

Terima kasih di atas kejujuran Cik / Puan mengirim pandangan ini. Sebagai maklumbalas awal, saya ingin nyatakan bahawa jika kita berminat melatih anak-anak kita supaya lancar berbahasa Inggeris atas alasan BI adalah bahasa antarabangsa, maka kita boleh hantar anak-anak ke British Council atau mana-mana peperiksaan yang akan mencetak sijil-sijil A-Level yang diiktiraf antarabangsa. Sijil-sijil itu mungkin lebih bermakna kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Soalan yang perlu kita jawab dengan jujur sejujur-jujurnya, adakah menjadi harapan bagi kesemua 23 juta rakyat negara ini untuk menjadikan anak-anak mereka dapat menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dengan tujuan mudah mendapatkan pekerjaan? Ini kerana, alasan itulah yang kerap kita dengar dahulu, iaitu kurang mahir berbahasa Inggeris adalah antara punca kenapa pelajar-pelajar kita sukar mendapatkan pekerjaan.

Ada kecenderungan bagi sesetengah ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Arab atau sekolah agama untuk menguasai bahasa Arab. Dan, hal itu bukanlah dengan tujuan berdagang dengan bangsa Arab, atau berniaga minyak dengan kerajaan Arab Saudi sebagai negara pengeluar minyak.

Tidak pernah ada dalam fikiran ibu bapa yang mahu anak-anaknya berbahasa Arab supaya pada Jun setiap tahun, anak-anak mereka boleh meraih pendapatan lumayan semasa 'Arab Season', iaitu musim di mana bangsa-bangsa Arab dari Timur Tengah bercuti di Malaysia.

Kata orang, sesiapa yang boleh berbahasa Arab dengan Arab-arab dari Timur Tengah ini, memang mereka boleh buat duit. Tetapi, hakikatnya tidak begitu. Orang Melayu kita belajar bahasa Arab kerana ia adalah bahasa al-Quran, iaitu bahasa untuk seseorang Muslim itu dapat memahami perintah Tuhan ke atas dirinya. Kita pun tak mahu bahasa Arab menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Tun Dr Mahathir telah buat kesilapan paling besar pada akhir-akhir pemerintahannya. Tiada pun teori yang menyebutkan bahawa kaedah mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan anak-anak akan berjaya menguasai BI dengan baik.

Hatta, Tun Dr Mahathir pun pernah mengalami kegagalan demi kegagalan dalam pengajiannya ketika belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dahulu. Ketika itu, hampir kesemua matapelajarannya diajar di dalam bahasa Inggeris. Mengapakah Tun Dr Mahathir tidak mengambil iktibar dalam hal ini?

Apabila Tun Dr Mahathir dan para pejuang bahasa bersetuju menubuhkan UKM untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, kita mendapati ramai doktor, teknorat, jurutera yang berjaya mendapatkan ijazah tanpa sebarang sebarang masalah pun.

Malah, tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka juga baik. Angkasawan Dr Syekh Muzaffar berjaya dilahirkan melalui pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Dan, beliau juga tiada masalah berbahasa Inggeris. Dr Syekh Muzaffar adalah salah satu hujah kuat yang menunjukkan bahawa amalan pengajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Melayu selama ini tiada masalah langsung.

Isu ancaman

Berhubung pandangan cik / puan bahawa ramai pihak yang memprotes PPSMI itu sebenarnya tidak pandai berbahasa Inggeris dan berasa terancam dengan dasar PPSMI, maka ada baiknya dilihat semula watak-watak seperti Dr Shaharir Md Zain yang kajiannya menerusi bahasa Melayu telah diterima di peringkat dunia. Beliau juga boleh menulis dan berbahasa Inggeris. Tetapi, beliau juga antara yang kedepan dalam hal membantah dasar PPSMI ini.

Dalam suatu wawancara, beliau berkata bahawa pihaknya boleh menunjukkan bukti-bukti; ada pelajar Barat yang telah pun mempelajari bahasa Melayu kerana mereka mahu memahami tesis-tesis pelajar UKM yang ditulis di dalam bahasa Melayu.

Maka, sebab itulah beliau pernah menyebutkan di dalam sebuah kongres bahawa bahasa Melayu ini sebenarnya hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk mencapai darjat sebagai bahasa ilmu di peringkat dunia sehinggalah pihak pemerintah telah datang lalu merosakkan kemurnian bahasa dan mencalarkan segala harapan pejuang bahasa itu.

Akhir kata, terima kasih kerana menghubungi kami. Kami menyanjung tinggi dan malah memandang hormat kejujuran puan di dalam menyuarakan pandangan itu. Maaf jika ada keterlanjuran kata. Segala yang baik daripada Allah, yang buruk terbit daripada sikap parti pemerintah yang telah bertindak kejam dan zalim melalui pelaksanaan dasar PPSMI itu.

http://bmppsmi.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:52 PM | Show all posts
Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu saman, perhimpunan 15 Februari

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tetap mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika meneruskan dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu badan tersebut menjelaskan, 31 Disember ini bukan bukan tarikh akhir sebenar yang diberikan kepada kerajaan berhubung pendiriannya.


Ketua 1 Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, tarikh 31 Disember bukanlah tarikh akhir badan meneruskan perancangannya menggunakan perundangan sebagai langkah susulan.

"Kita masih berbincang dengan teman-teman dari bidang perundangan mengenai cara yang bagaimana boleh kita gunakan untuk selesaikan isu ini.


"Kita juga masih tunggu keputusan kerajaan sama ada teruskan atau tidak dasar ini, tapi jika mereka teruskan maka kita akan tetap akan ambil tindakan undang-undang," katanya kepada mStar Online.

Selasa lalu, Ketua 2 Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menegaskan Gapena tidak berganjak dengan ketetapannya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajaranya jika Kementerian Pelajaran meneruskan dasar itu yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu.


Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Malaysia.

Ismail menjelaskan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena hari ini akan turut membincangkan mengenai tindakan susulan mereka bagi menangani isu ini.


Ismail turut menjelaskan bahawa Gapena masih belum berpuas hati dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan mempertimbangkan mengenai pelaksanaan dasar tersebut.

"Kenyataan menteri itu masih belum memuaskan kerana kami mewakili budayawan Melayu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.


"Kalau hampir semua budayawan di negara ini keberatan dengan dasar ini, maka sudah pasti ada sesuatu yang kami dikuatiri," katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan menimbangkan pandangan golongan budayawan yang mahukan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Malaysia.


Ditanya mengenai perancangan susulan Gapena jika kerajaan menagguhkan untuk keputusan mengenai perkara ini, beliau berkata, gabungan itu juga sedang merangka untuk mengadakan satu perhimpunan khas bagi menyuarakan bantahan.

"Kita rancang untuk adakan satu perhimpunan pada 15 Februari depan.


"Pilihan tarikh berkenaan adalah simbolik kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.


Bagaimanapun jelasnya perkara itu masih berada dalam peringkat perbincangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 10:50 AM | Show all posts

update -

Usah cabar pelaksanaan Sains, Matematik dalam BI
Oleh Amin Ridzuan Ishak dan S Anand Kumar


Rakyat perlu beri peluang kepada Menteri Pelajaran buat keputusan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak supaya tidak lagi mencabar atau terus memberi tekanan berhubung masa depan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI kerana ia membabitkan masa depan pelajar serta murid di negara ini.

Katanya, kementerian sedang meneliti terperinci setiap pandangan yang dikemukakan pelbagai pihak berhubung dasar berkenaan dan tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa kerana kerana ia membabitkan masa depan generasi muda.

"Kita perlu memberi ruang kepada beliau (Hishammuddin) untuk membuat keputusan berhubung PPSMI. Memang kita menghormati pandangan semua pihak ber-hubung PPSMI tetapi jangan sampai terus menekan kementerian mengenai isu ini," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Semalam, 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara yang mendakwa membentuk Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia mendakwa sebulat suara menolak pelaksanaan PPSMI pada peringkat sekolah rendah.

Sebelum itu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang jika kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI.

Alimuddin berkata, calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 dibenar menjawab soalan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bercampur-campur menggunakan dua bahasa itu.

Beliau berkata, mereka adalah kohort kelima yang mengikuti program PPSMI daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga yang dimulakan di sekolah menengah bermula 2003 dan bukannya kohort yang mengikuti PPSMI sejak Tahun Satu.

Alimuddin berkata, kementerian memandang serius kenyataan mendakwa semua guru di negara ini membantah PPSMI kerana ia mungkin tidak tepat kerana ada guru memberi pandangan berbeza mengenai dasar berkenaan dalam Persidangan Meja Bulat Mengenai PPSMI.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut membidas keputusan majlis itu.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata pihaknya menganggap kenyataan Pengerusi majlis berkenaan, Jemale Paiman berhubung itu PPSMI sebagai tidak sah kerana persatuan terbabit tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Macam mana kenyataan seumpama itu boleh dikatakan sah kalau persatuan itu tidak berdaftar. Kalau berdaftar, sudah tentu mereka ada bangunan pejabat dan kakitangan sendiri seperti NUTP.

"Kami juga mempertikaikan mengenai bagaimana maklum balas daripada 350,000 guru di seluruh negara boleh diperoleh sedangkan mereka langsung tidak mempunyai sebarang kepakaran dari segi tenaga kerja untuk berbuat demikian," katanya. - bh -
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 09:46 PM | Show all posts
kononnya untuk menukar PPSMI perlu kajian menyeluruh, teliti, terprinci tetapi menghairankan semasa menukar sistem sedia ada kpd PPSM 6 tahun dahulu tak de pulak kajian menyeluruh, terprinci, teliti.....

Kalau betuk kerajaan jujur kenapa mesti mempertahankan suatu kesilapan yang telah dilakukan 6 tahun dulu?...

atau ini bukan dianggap kesilapan?...memang hakikatnya prestasi 2009 meningkat dan kebetulan sistem PPSMI terpakai ....tetapi adakah sistem sebelum PPSMI kalau atau seandainya terpakai, prestasi juga sama meningkat atau lebih baik lagi....maka persoalan nya ialah...perbandingan yang dibuat oleh kem pelajaran nyata berat sebelah tidak adil dan tidak jujur...

pembeljaran dan pemahaman subjek  M and Sc boleh dilakukan dlm bahasa apa sekalipun...malah bahasa isyarat sekalipun.....kalau tujuan Kem Pelajaran ialah memperkasa BI maka subjek BI yang harus diperkasa....sedih kerana Menteri Pelajaran tidak nampak perkara yang nyata dan jelas ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:34 AM | Show all posts
setau den, zaman mak bapak den dulu, kalau org tu malay medium or drpd malay skul nak masuk english skul, ada remove class setahun... n then most of them masuk english skul after that biasanya dah boleh cope la.. ye la.. kalau cakap english tak paham satu apa mcm ayam dgn itik, dont expect the student bole jawab soklan science n maths in english plak kan.... do we have any plan for such transition year or intensive english introduction semester untuk student2 ni? mcm takder jer...  tak kisah la kena start masuk sekolah setahun or 6 bulan awal... perkayakan dulu english language skills tu, baru la boleh belajar dlm english untuk subject lain....  kena be realistic, tak bole tgk in the eyes of org2 bandar yg mostly mmg drpd kecik dah terdedah kpd english language.  

kalau dulu bodoh english jer, sekarang ni bodoh maths , science n english

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:52 PM | Show all posts
bila ramai ilmuan yg mahu subjek English di perkasa, subjek Math and Science ditukar balik ke BM, menteri pelajaran (melalui Dato' Alimudin) kata para ilmuan itu emosional? mungkin beliau tidak sedar emosi ialah soal kedua soal pertama ialah hakikat bahawa sesuatu ilmu itu mesti difahami, dan pemahaman dlm BM itu setaraf dengan pemahaman dlm apa bahasa sekali pun, yang penting pemahamannya bukan bahasa, bahasa Malaysia sebelum PPSMI sudah hampir sempurna dengan kosa kata dan pemakaian istilah yang telah terkumpul sejak sekian lama, ilmuan tersohor memperolehi ilmu dalam bahasa bahasa ibunda mereka spt Jarman, korea, Jepun, China, Arab, Perancis, yang kemudian dialihbahasakan ke Bahasa Inggeris....kesimpulannya adakah bahasa Inggeris itu sahaja bahasa ilmu yang lain bukan,,,,lihat jauh ke depan bukan 2 km ke depan sahaja tetapi lebih jauh dari itu........
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 03:09 PM | Show all posts
of course, it is good that we exposed our children to the international language.

I agree with this statement but what kind of exposure do you expect?....thinking that the teaching of Science and Mathematic in English can really expose children to  the international language is a  big big mistake ...

think again...isn't it logical that to be good in that language you need to master the language. the written and spoken English can be mastered by strengthening the English subject itself. and when you are already good at that...you will master anything,,,,anything from knowledge to technology, from skill to creativity and to the practical of even creating a new dimension of that language.....

"Bukanlah kalau anak-anak kita belajar and master dalam speaking English, mereka akan lupa bercakap Bahasa Melayu". Ha ha ha....ayat ini adalah satu sentimen yg terlalu cetek akal....This is not the reason why people want the teaching of S and M to be in BM

"The many people who protested are those whom do not master the language and felt threatens somehow". This is another short sighted statement made by an equally short sighted person.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 11:17 PM | Show all posts
jadi...

siapa yang dah dapat keputusan ujian profisiensi BI bagi cikgu Sc maths 2008? dia macam MUET juga. sampai band 5.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 05:06 PM | Show all posts
MUET sampai band 6 bukan 5
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 06:20 PM | Show all posts
aku dah dpt.. dpt 3.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 09:35 PM | Show all posts
sekolah rizzii majoriti dapat 2..beberapa orang dapat 3....apa agaknya tindakan selepas ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 07:03 PM | Show all posts

Balas #835 coniferous\ catat

Sorry...silap...ingat sama sebab ujian ni pun dijalankan dengan cara yang lebih kurang sama macam MUET.

anyway sekolah saya pun hanya 4 orang jer dapat 4. ramai yang dapat 2 dan 3 kebanyakan mereka adalah guru senior yang memang berpendidikan aliran BM. yang dapat 4 ni pun kira muda-muda la lagi. Alhamdulillah, saya band 4.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:57 PM | Show all posts

Balas #838 CharlieDale\ catat

x amik pon....   thn lps bln 7 br msk skolah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 05:32 PM | Show all posts
alhamdulillah dapat 4 walaupun bukan 5.. effect dia.. KP BI suruh ajar BI form 5 thn ni   myschool 2 org jer dpt 4..yg len 3 n 2

[ Last edited by  fiyass at 12-1-2009 07:53 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.092979 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list