CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]
Post time 21-3-2009 03:23 PM | Show all posts

Reply #920 iman_kasih's post

itu la pasal.. kenapa cikgu-cikgi BI senyap je ekkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 07:31 PM | Show all posts

Balas #920 iman_kasih\ catat

sy mengawas spm.. senario yg sama kelihatan.. yg kelas hujung2 tu ketiduran... kalo x masok jap pas 20 minit kuar..

sbb sy mengajar sn, sy menyokong kefahaman konsep dan teori paling penting... kurangkan kekangan (especially kekangan bahasa) supaya proses pemahaman lebih mantap. dulu masa mengajar di sbp pon sy berdepan dgn masalah sama. skrg dah masuk sekolah harian lagi terasa. yg maju terus maju tp yg lemah terus keciciran.

apa guna dasarnya ppsmi tp nak kene guna dwibahasa? matlamat dasar nak mantapkan BI utk akses pengetahuan teknologi dgn lebih mudah, tp rasanya x perlu korbankan sn n math. menguasai BI, x perlu melalui penggunaan dlm sn n math. teori kekal sama, yg sentiasa berkembang adalah teknologi dan teknologi adalah berasaskan aplikasi konsep dan teori. jd pemahaman konsep dan teori paling penting utk memahami/menguasai/menghasilkan teknologi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 12:32 AM | Show all posts
March 23, 2009 16:52 PM
PPSMI Tidak Jamin Pelajar Menguasai Bahasa Inggeris Berkesan

KOTA BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar secara berkesan, menurut Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba.

Sebaliknya, beliau berkata, ia perlu dilakukan dengan cara yang lebih baik dan kerajaan tidak boleh melakukan pendekatan hanya melalui sistem sains dan matematik sahaja tetapi melalui penguasaan bahasa yang diajar khusus kepada anak-anak sesuai dengan keadaan setempat.

"Kalau kita tengok kepada beberapa negara maju di dunia seperti Jerman, Korea Selatan, Rusia, Perancis dan Jepun menggunakan bahasa sendiri dan berjaya juga," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama Seminar Pembangunan Modal Insan di sini, hari ini.

Beliau menolak pelaksanaan PPSMI boleh meningkatkan pembelajaran anak-anak dalam menguasai Bahasa Inggeris tetapi perlu dilakukan secara menyeluruh dengan mengutamakan bahasa Melayu.

"Pendekatan barat dalam menggunakan bahasa sendiri untuk menguasai negara asing, kesan jangka panjang dilakukan secara halus bagi menguasai negara terbabit," katanya.

"Setelah enam tahun pelaksanaan PPSMI diguna tetapi ia masih jauh dalam penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Prof Sidek berkata pemimpin negara perlu membawa pendekatan yang bijak tanpa memihak kepada mana-mana kaum dalam menentukan keamanan di negara ini terus kekal.

Beliau berkata masalah dalaman satu-satu kaum tidak sepatutnya dikaitkan dalam kancah masyarakat pelbagai kaum sebaliknya meletakkan kaum-kaum lain seperti kaum India dan Cina di tempat yang sesuai dengan kehendak Islam.

"Kita harus bijak dalam menguruskan, sebagai pimpinan negara perlu dilakukan dengan baik, kalau tidak baik kesannya bukan kepada negara malah pembangunan modal insan yang dirancang akan terbantut," katanya.

Prof Sidek berkata kerajaan perlu bijak dalam mengurus negara agar dilihat menepati kehendaki semua kaum di mana perlu berdasarkan kepada prinsip Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad.

"Mereka bukan sahaja pemimpin kepada orang Melayu di negara ini tetapi juga kepada kaum-kaum bukan Melayu yang mengamalkan agama lain," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 06:44 PM | Show all posts
hehe.. td pegawai kementerian berkatian ppsmi ada dtg memantau ke sekolah aku... dan seperti dia ucapkan...

dia mintak sungguh2 guru BI yang mengajar cara sebutan yang betul kepada budak2.. sbb itu bukan tugas guru math dan sains..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 10:11 PM | Show all posts
emm memang pelik la..kenapa bila tak setuju PPSMI, dikatakan mundur ke belakang...tak nak maju..tidak berfikiran terbuka? PPSMI bermaksud belajar maths n sains dalam bi...dan tidak setuju PPSMI bermaksud tidak setuju belajar mt n sn dalam bi...BUKANNYA tidak mahu belajar maths or sains or IT or apa2 ilmu teknologi....kenapa bila tidak mahu belajar dalam bi di katakan tidak berfikiran terbuka?

tidak belajar dalam bi beerti masih berpeluang mahir dlm maths n sains walaupun tidak mahir bi...seperti yg pernah saya katakan dulu, ada di kalangan pelajar terutama dari pantai timur yg mmg score subjek sains n maths tapi memang lemah subjek BI...cuba bayangkan kalau mereka ini belajar maths n sains dalam bi?agaknya,kalau mereka ini murid PPSMI, adakah

a) mereka akan mahir BI kerana mereka ini mahir sains n maths ?
b)atau terfikirkah kita, kalau mereka ini tidak mahir BI, bolehkah mereka ini mahir maths n sains in the first place ?

saya teringat komen seorang parent disini yg anaknya tersilap faham...soalan hendakkan fungsi iron tapi dia berikan jawapan sebagai label bahagian2 iron itu..so, definitely dia salah semua....so, kalau dalam bahasa melayu, agak agaknya adakah murid ini akan salah faham?

kita asyik memperkatakan bangsa kita akan mundur, tapi sedarkah kita yang sekolah cina langsung tak berminat dengan PPSMI ini?mereka selama ini tetap mengajar maths n sains dlm bahasa cina...dan bila soalan periksa dwibahasa, siap yang paling beruntung? orang cina sedikitpun tidak hairan untuk hantar anak mereka ke sek kebangsaan...mereka langsung tidak kisah dengan persaingan bahasa melayu....dan sekarang, bersaing dalam bahasa inggeris lagi la mereka tak hairan..kita jer yang beria-ia nak kejar bahasa inggeris....

ramai pelajar dahulu (yg bukan pelajar PPSMI) boleh jer further study ke oversea...hanya dengan kursus bi, bhs jerman, russia, jepun etc selama 6 bulan, mereka berjaya membawa pulang ijazah or even master/phD dalam bidang sains n maths..so dimana relevannya kepentingan PPSMI ini?

saya amat bersetuju dgn cadangan memperkasakan subjek bi itu sendiri....dari pemerhatian saya selama ini, guru bi hanya banyak memberi latihan kepada murid...jarang saya jumpa cikgu bi yg kreatif dengan pelbagai aktiviti....aktiviti biasa, beri latihan di papan hitam, murid salin, cikgu duduk sahaja...jarang ada drama, presentation or apa2 aktiviti yg menggalakkan murid bercakap.....kenapa perkara ini tidak dititik beratkan?kenapa maths n sains yang harus menjadi mangsa?

harap kementerian mengkaji secara adil dan telus...bukannya hanya menjaga kepentingan pihak tertentu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:36 PM | Show all posts

Balas #925 rizzii\ catat

fungsi iron... budak2 f3 ada lagi yg salahfaham iron=seterika...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2009 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by rizzii at 24-3-2009 22:11
saya amat bersetuju dgn cadangan memperkasakan subjek bi itu sendiri....dari pemerhatian saya selama ini, guru bi hanya banyak memberi latihan kepada murid...jarang saya jumpa cikgu bi yg kreatif dengan pelbagai aktiviti....aktiviti biasa, beri latihan di papan hitam, murid salin, cikgu duduk sahaja...jarang ada drama, presentation or apa2 aktiviti yg menggalakkan murid bercakap.....kenapa perkara ini tidak dititik beratkan?kenapa maths n sains yang harus menjadi mangsa?

...


jgn di lupa guru bi ckp bm lam kelas..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 05:18 PM | Show all posts
Menyampah betul aku dengan cikgu sains sorang ni, ye ye sungguh pertahankan PPSMI, padahal BI dia punyalah teruk, tunggang-langgang. Mengajar pakai CD je, sebutan BI dia hancur terus.
Rupa2nya,dia sayangkan elaun 5% yg dia dapat tu, ye la dia takde anak sekolah lagi. Tak payah fikir anak orang lain. Fikir kantung dia je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 05:33 PM | Show all posts

Balas #928 zara1512\ catat

cikgu mana lak nih... ngaja pakai cd ker.. cd tolong ngaja?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by halimi78 at 29-3-2009 17:33
cikgu mana lak nih... ngaja pakai cd ker.. cd tolong ngaja?


cd tolong ajar? ...heheheh ini ada kaitan dengan cikgu robot import dari Jepun...jangan risau..cikgu Robot GTO takkan claim 5% atau 10 %

apa pun, kalau saya ajar guna CD, biasanya saya ambil part penting sahaja. sebab selalunya meleret. so kalau siapa nak guna cd yang dibekalkan untuk PnP, sila tgk dulu dan pastikan apa yang anda perlu dan tidak perlu semasa pnp. bukan apa..masa pnp anda cuma paling banyak pun 3 waktu jer..tu pun nasib kalau dapat 3 waktu..takut tak cukup nak bincang, nak terang dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:19 PM | Show all posts

Balas #930 CharlieDale\ catat

"Mengajar pakai CD je.." tu yg rasa semacam tu.. kalo berbantukan cd ok la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:40 PM | Show all posts

Balas #931 halimi78\ catat

yang saya faham la...kalau mengajar pakai cd ni..jenis pasang cd..dia dok tekan jer...apa yang ada dalam cd tu..tu jer la yang dia dok sumbatkan dalam kepala murid..bila tanya faham...macam biasa la..faham.

saya jarang juga guna cd. kalau nak guna pun, saya lebih suka guna powerpoint. just is penting jer. banding cd yang dibekalkan..meleret...macam mengajar BI pula...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:45 PM | Show all posts

Balas #932 CharlieDale\ catat

tu la pasal... patut amik yg penting jer.. dah dok tekan2 jer memanjang... cd la yg ngajor..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 29-3-2009 18:40
macam mengajar BI pula......

tu la objektif ppsmi nye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 10:40 PM | Show all posts

Balas #934 ReksakseHuduh23\ catat

sabor jer...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 07:51 PM | Show all posts
cikgu2 math.. nk mntk tolong.. ape in house training yg sesuai utk cikgu2 math.. tulong2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 07:58 PM | Show all posts

Balas #936 ReksakseHuduh23\ catat

cadangan saya:
1.menanda kertas jawapan (terutama bahagian B) dan cara pemarkahan.
2. membuat soalan
3. membuat ABM (Alat bantu mengajar)
4. membuat permainan berasaskan matematik yang boleh diaplikasikan dalam kelas.
5. pnp dalam BI (dengan kerjasama cikgu BI) malah boleh dimasukkan sebagai aktiviti buddy support. kira 2 dalam 1.

itu jer yang aku terpikir kalau aku nak buat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 08:35 PM | Show all posts

Reply #937 CharlieDale's post

thanx.. ako mcm tertarik ngan no 3 & 4 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 08:52 PM | Show all posts

Balas #938 ReksakseHuduh23\ catat

sama-sama..

sekadar bantu-membantu. seharusnya masukkan sekali detail, berapa ramai peserta? berapa lama nak buat, sehari ka, sejam ka? boleh la fikir lagi..mana tau kot ada idea baru muncul. maklumla "cikgu 'Sejarah" ...mana boleh proses maklumat, just simpan maklumat" jer

p/s: anyway nak tunggu juga cadangan dari cikgu robot GTO dari Jepun...mesti idea depa lagi bernas
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 09:13 PM | Show all posts

Balas #939 CharlieDale\ catat

uiks... sempat lagi berp/s kan cikgu lobot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077976 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list