CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67032|Reply: 533

Angkasawan Negara: Latest - Tonjolkan Sikap Luar Biasa Dlm Akademik: Faiz

[Copy link]
Post time 10-11-2007 08:58 PM | Show all posts |Read mode

dear forum members --
setelah mendapat nasihat dari SM beliau telah mencadangkan supaya
thread lama (2006) dikunci dan dibuat reference  -  
oleh itu - untuk thread angkasawan negara --
thread baru dibuka untuk perbincangan forum members semua ---

link utk thread lama - ada disini  sebagai reference kita --

http://forum3.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D2


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Angkasawan Dr Faiz tidak digalak nikah sebelum 2011
10-11-2007

SHAH ALAM:  Bakal angkasawan kedua negara Mej Dr Faiz Khaleed tidak digalakkan berkahwin sehingga misi penghantaran angkasawan kedua ke angkasa lepas pada 2011 selesai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis berkata ia bagi memastikan bakal angkasawan kedua itu dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap sesi latihan sebelum misi kedua itu dilaksanakan kelak.

"Saya takut bila beliau (Faiz) berkahwin beliau akan teringatkan isteri dan anak sehingga boleh menjejaskan latihannya terutama bila berada di angkasa lepas nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Sirim Bhd di sini hari ini.

Jamaludin bagaimanapun berkata saranan itu bukan paksaan dan terpulang kepada Faiz untuk mempertimbangkannya sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 34, baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada 2009.

Jamaludin berkata kerajaan akan terus menghantar Faiz menjalani latihan tidak lama lagi setelah menerima tawaran secara rasmi dari kerajaan Russia melalui Agensi Angkasa Persekutuan Russia (Roskosmos) mengenai kekosongan satu slot untuk menghantar angkasawan kedua negara ke angkasa lepas selewat-lewatnya pada 2011.


"Saya juga akan maklumkan kepada Nasa (Pentadbiran Aeronautikal dan Angkasa Kebangsaan) dan kami akan buat lawatan ke Nasa hujung tahun ini atau awal tahun depan bagi membincangkan rancangan untuk hantar Faiz menjalani latihan di Nasa.

"Oleh itu bila kita hantar calon angkasawan untuk jalani latihan kita kena hantar dua rakyat Malaysia dan insya Allah mulai tahun depan kami akan buat secepat mungkin pemilihan angkasawan yang ketiga," katanya.

Beliau berkata dua calon finalis angkasawan bagi misi pertama dahulu iaitu juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) Mohamed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera yang juga calon wanita tunggal, S. Vanajah, 35, akan cuba dimasukkan dalam saringan akhir pemilihan yang bakal ditentukan oleh pengurusan jawatankuasa panel pemilihan.

"Sama ada terpilih untuk masuk dalam saringan terakhir saya serah kepada budi bicara pengurusan jawatankuasa panel pemilihan yang dipengerusikan Tun Hanif Omar kerana mereka akan tentukan keadaan dan struktur pemilihan dengan kerjasama Russia dan Nasa," katanya.

Selain itu Jamaludin berkata pihaknya bercadang untuk menjadikan tarikh 10 Okt sebagai Hari Angkasawan sebagai memperingati tarikh Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas.

Jika perbincangan untuk membeli pesawat Soyuz TMA11 yang membawa angkasawan pertama itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya, ia akan dijadikan sebagai tugu bagi memperingati tarikh bersejarah itu.

"Kami akan bawa cadangan ini ke Kabinet dan jika diluluskan kami akan jadikan 10 Okt sebagai Hari Angkasawan iaitu hari yang bermakna kepada negara khususnya kepada generasi muda bagi menjadikan kejayaan Muszaphar sebagai pencetus semangat mereka untuk menuntut ilmu pengetahuan secara berterusan," katanya.


------------------------------------------------------------------------------------

susah juga nak jadi angkasawan ni -- kawin pun kena ada curfew juga --
tak boleh main main nak nikah bila2 masa walaupun katalah dah bersedia dan
mempunyai calon --

but then - dr faiz muda lagi  kalau setakat  2011 - not a biggie for him -
dan tahniah untuk beliau kerana telah diiktiraf sebagai cosmonaut


[ Last edited by  dexa at 5-4-2009 07:47 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2007 09:00 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

nanti kang lambat kawin kena panggil gay pulak....tapi bukan paksaan kan...kalau dak faiz nak kawin boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:02 PM | Show all posts
hummmm

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:02 PM | Show all posts

ni langgar hak asasi tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:03 PM | Show all posts
nak jadi angkasawan kena la sacrifice
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:33 PM | Show all posts
Aku rasa kawen lagi nikmat dari jadi angkasawan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2007 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 10-11-2007 09:33 PM
Aku rasa kawen lagi nikmat dari jadi angkasawan.


kahwin dengan nikah mana lagi nikmat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:49 PM | Show all posts
yeke ni...ala, kesian dr faiz.lmbt kawin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2007 09:50 PM | Show all posts
sorang lagik tertunggak bil air..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:51 PM | Show all posts
kalau mati sebelum 2011 sia2 jer kempunan takdapat kawin
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by gicks79 at 10-11-2007 09:50 PM
sorang lagik tertunggak bil air..

ayor dah naik kepala yop..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:30 PM | Show all posts
tak relevan la.. nape lak tak digalakkan.. tgk cam negara lain kawin ape.. macam yuri yg pi iss dgn sheikh tu dah kawin ape
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:33 PM | Show all posts

Balas #12 rbmy\ catat

tu arr pasal...orang m'sia jer ngengada lebih
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 10-11-2007 09:51 PM
kalau mati sebelum 2011 sia2 jer kempunan takdapat kawin


kau ni bercakap seolah2 nikmat kahwin ada kat dunia aja...sedar tak kehidupan kat akhirat tu yg kekal dan lagi nikmat...lebih nikmat dari apa yg ada dlm dunia ni....bidadari secantik siti nurhaliza pun ada kalaua ko nak kahwin.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:34 PM | Show all posts
tak digalakkan..bukan tak dibenarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by Leonarzi at 10-11-2007 10:33 PM


kau ni bercakap seolah2 nikmat kahwin ada kat dunia aja...sedar tak kehidupan kat akhirat tu yg kekal dan lagi nikmat...lebih nikmat dari apa yg ada dlm dunia ni....bidadari secantik siti nur ...

maksud ko..
jadi angkasawan tu dijamin masuk syurga ke hapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2007 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 10-11-2007 10:34 PM

maksud ko..
jadi angkasawan tu dijamin masuk syurga ke hapa?


bukan dijamin minah dol oi...., tp semua org boleh rebut peluang tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 10-11-2007 10:34 PM


jadi angkasawan tu dijamin masuk syurga ke hapa?
<--------

minah dol....soalan kau ni mangkuk hayun je....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by Leonarzi at 10-11-2007 10:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by Leonarzi at 10-11-2007 10:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.183502 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list