CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

Wanita Jepun di Malaya sebelum perang dunia ke2

[Copy link]
Post time 30-6-2010 06:57 PM | Show all posts
Reply 17# paler kembang


Melayu pantang pompuan oke saje, xpk pnjang ape la yg jepun tu nak sbenarnye khen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 11:21 PM | Show all posts
Orang Melayu Mudah bergaul dengan bangsa lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 05:48 PM | Show all posts
klo tgk gmbo lama yg atach kt page dpn ni, xdela lawo sgt. biasa2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 06:35 PM | Show all posts
benang ni mmg buat aku pikir blk psl asl usul nenek moyang aku...

aku mmg tau moyang aku belah ayh cina dr tanah bsr yg dtg berdagang..psl ayh aku mmg  ckp datuk dia xpandai sgt ckp melayu.tp yg herannye nenek aku ada ckp nenek dia ke ape org jepun..berniaga kt malaya..aku xpecaya laa psl ms tu jepun mn ddk tanah melayu lg..tmbah plk krturunn kami mmg berasal dan akar umbi dari keturunan raja siam yg diasingkan sbb sumpahan dl2..mn jmpa jepun ni plk..psl sedara2 aku still ada lg kt siam..so yg moyang aku ni spy ke...psl dlm 1920-30's dia blk jipun blk...lps tu datuk dia kawin dgn org melayu plk..kira wife br dia ni laa yg jg ank2 dia ngn ppuan jepun ni..

kalau betul laa aku ada drh jepun,camana datuk (ayh kpd mak aku) blh stuju bapak aku kawin ngn  mak aku psl dia dl pejuang kemerdekaan..heheh..tmbh plk,dia asl org acheh yg kuat ketuanan melayunya..yg tmbh aku pelik tu nenek aku belah mak plk wpun aku xtau dia melayu tulen muka ada mcm iras2 jpun klu tgk lm2..atau adakah nenek aku(belah mak) ni jgk ada kaitan dgn spy2 ni...hmmm...

kna buat kajian ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 02:03 AM | Show all posts
pelakon malaysia si arash mohamad pun nenek dia orang jepun, naper muka dia melayu pure...

nasib baik aku tahu asal usul aku ... mak dari arab, ayah dari thailand... jadi aku bukan melayu la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 02:31 AM | Show all posts
wowww...best betul baca asal usul jepun kat malaysia..
tq TT n Hang..ade gak manfaat bukak trid ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2010 10:19 PM | Show all posts
apa bestnya ada jepun kat Tanah Melayu...

lama lepas dia ada... kita kena jajah dengan jepun... ramai yang datang tu... spy... orang melayu tak perasan... dah perasan ( perasan best... sebab ramai bangsa luar suka tinggal kat Tanah Melayu...)  tak tau lepas tu kena bantai... sampai kecut telur...

macam sekarang ni ler... aku tengok ramai bangsa luar ada kat Malaysia ini... kita perasan best lagi... nak kena serang lagi ker kita ini... sejarah tak berulang lagi ker?...

ish!... sekarang ni kalau orang luar nak serang kita... berapa ramai dah tentera dia orang ada kat Malaysia... menyamar jadi orang bodoh jer... tapi... macam wanita jepun tu ler...

best....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 08:38 PM | Show all posts
apa bestnya ada jepun kat Tanah Melayu...

lama lepas dia ada... kita kena jajah dengan jepun... r ...
paduka.izra Post at 21-7-2010 22:19



    kerana ME LAYU mudah lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 10:12 AM | Show all posts
nnek nia lak org cina..parentz die komunis...bg nnek nia srh org lain jaga...ptt la plik dlu klt muk ...
zu_nia Post at 10-7-2009 10:20


Nia nak kate Nia pon lawa la eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:28 AM | Show all posts
pelakon malaysia si arash mohamad pun nenek dia orang jepun, naper muka dia melayu pure...

nasib  ...
totokreturn Post at 11-7-2010 01:03

Ko  boleh       cakap  arab  dgn  thai   tak ?   tutuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:40 AM | Show all posts
akan dtg
-keturunan afrika, bngla, vietnam dan myanmar akan trace nalik asal usul mereka smpai ke a ...
sekngucing Post at 23-4-2010 16:52


Skrg ramai terpinga-pinga..nape aku putih? ensem/cun? Adakah?...

Lagi 100 tahun akan dtg lak....nape kulit aku itam? rambut aku afro? adakah?...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:53 AM | Show all posts
Bila tengok kartun doraemon ada budak melayu perangai mcm nobita. Yang pompuan ada sikit - sikit perangai mak sinchan. Yang laki2 mcm perangai bapa sinchan pantang nampak pompuan Mungkin ni pun ada kaitan dgn jepun di Malaya.

Aku tengok satu lagi kartun jepun kalau tangkap gambar bertiga yg org tengah pendek umur. Org melayu pun ada mitos ni.

Lagi perkataan jurus <-----> jutsu, mungkin ada jepun yg ngajar ilmu mempertahankan diri.
antara peninggalan lain,

Selipar Jepun, peninggalan paling popular org jepun.
ayam jepun, ayam yg kepala togel.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:26 PM | Show all posts
Year 1891 ~ Total : 120 japanese people
Year 1901 ~ Total : 535 japanese people
Year 1911 ~ Total : 2,029 japanese people
Year 1921 ~ Total : 2,078 japanese people
Year 1931 ~ Total : 1,323 japanese people
Year 2008 ~ Total : 9,330 japanese people
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 06:18 PM | Show all posts
Karayuki-san: Derita gadis petani atau nelayan di Singapura


Oleh : Arief Yudhanto

7 Feb 2011


HUBUNGAN Jepun dengan Singapura (yang disebutnya Syonan atau cahaya dari selatan) sudah terbina lebih 120 tahun. Hari ini ada lebih 3,000 firma Jepun di Singapura. Sekitar 700 pula adalah pengilang.

Dalam buku Japan and Singapore in the World Economy (1999), Shimizu Hiroshi dan Hirakawa Hitoshi menyatakan bahawa hubungan ekonomi Jepun dengan Singapura ini sudah ada sejak tempoh Meiji (1868).

Dalam abad ke-19 itu, satu watak yang penting dalam membina hubungan kededua negara ini ialah karayuki-san. Karayuki-san ialah sebutan bagi gadis petani atau nelayan yang keluar dari Jepun untuk bekerja.

' Kara ' ertinya negara luar, ' yuki ' ertinya destinasi dan ' san ' ialah nama tambahan untuk menghormati seseorang.


Ramai karayuki-san itu sukar mendapat pekerjaan yang layak di Jepun dan mereka terpaksa bekerja apa jenis kerja di kawasan Singapura, Hawaii, Siberia, Australia, India atau Afrika.

Di negara-negara itu, kebanyakan karayuki-san bekerja sebagai pekerja seks komersial atau pelacur.

Beberapa gadis yang dikirim ke luar negara kadangkala tidak tahu jenis pekerjaan apa yang akan mereka lakukan. Namun agensi buruh sering kali menipu mereka dan menjadikan mereka pekerja seks. Oleh itu karayuki-san atau disebut juga nanyo yuki di Singapura, sama dengan pekerja seks.

Kerjaya karayuki-san memanglah bermasalah secara moraliti, namun kenyataannya merekalah pendatang terbesar asal Jepun di Singapura antara akhir abad ke-19 dengan awal abad ke-20.

Sejarah ini agaknya memang kelam, namun karayuki-san merupakah serpihan kisah nyata daripada mozek Singapura abad ke-19.

Seperti halnya negara-negara lain yang menghantar penduduknya ke luar negara sebagai pekerja, sebab utamanya ialah tekanan ekonomi di dalam negara.

Ketika bermula pemerintahan Meiji, pertanian dan teknologi Jepun meningkat. Seiring dengan peningkatan itu, angka kelahiran juga naik. Pada 1873 penduduk Jepun berjumlah 35.2 juta, dan menjadi 69.3 juta pada 1935.

Kilang dan firma yang ada di Jepun tidak mampu menampung ledakan penduduk itu. Selain itu, harga sewa tanah pertanian juga semakin mahal. Akibatnya jelas : pengangguran di mana-mana.

Penduduk Jepun ramai yang jatuh miskin. Untuk memenuhi keperluan hidup, mereka berhijrah ke luar Jepun untuk bekerja. Keluarga petani atau nelayan miskin, yang kebetulan mempunyai anak gadis, merelakan mereka bekerja di luar negara.

Gadis-gadis itu dijanjikan pekerjaan yang layak oleh pihak agensi, namun sering kali mereka ditipu dan dijadikan pekerja seks.

Pada 1880-an, sebahagian besar orang Jepun yang pergi ke Singapura ialah karayuki-san. Gadis-gadis itu berasal dari wilayah Nagasaki, Kumamoto, Yamaguchi, Fukuoka dan Saga.

Di Singapura, ada lebih 633 karayuki-san yang beroperasi di 109 rumah lacur.

Rumah lacur itu terletak di persimpangan antara Victoria Street dengan Rochor Road. Sebahagiannya berada di Sago Street, Malay Street, Malabar dan Hilam.

Ringkasnya, wilayah Singapura pada masa itu cukup terkenal dalam hal pelacuran.

Namun ini tidak lepas daripada dasar penjajah Inggeris di Singapura. Penguasa Inggeris mendatangkan karayuki-san dari Jepun untuk memenuhi keperluan seks para peniaga besar.

Mungkin ada anggapan bahawa karayuki-san itu serupa dengan geisha. Namun kededuanya cukup berbeza. Bezanya jika karayuki-san memang bekerja sebagai pekerja seks, geisha pula hanya menemani berbualbual, minum dan menghibur pelanggan dengan menari atau menyanyi.

Namun dalam perjalanannya, ramai juga geisha yang dipaksa melayani nafsu pelanggan, sehingga geisha juga melakukan profesi yang dilakukan karayuki-san. Oleh itu, makna geisya jadi bergeser mendekati karayuki-san iaitu menjadi pekerja seks.

Karayuki-san dengan profesinya yang mengundang bahas ini memang tidak bertahan lama di Singapura. Pada 1920 tekanan negara-negara lain dengan dasar moraliti membuat Konsulat Jeneral Jepun di Singapura menutup rumah lacur bagi karayuki-san.

Dasar Kerajaan Jepun itu memaksa karayuki-san pulang ke Jepun. Sekurang-kurangnya 40 peratus karayuki-san kembali ke Jepun, namun sebahagian lainnya menetap di Singapura atau pergi ke Malaysia.


Karayuki-san juga merupakan simbol tengkarah


Dalam undang-undang agama, amalan pelacuran yang dilakukan karayuki-san merupakan tindakan tidak bersusila. Namun dalam feminisme dan hak-hak asasi, karayuki-san merupakan simbol kegigihan.

Kisahnya yang pedih dan penuh kecaman itu mendorong seorang pengarah filem Jepun, Shohei Imamura (1926 - 2006), membuat sebuah filem, Karayuki-san: The Making of A Prostitute (1975).

Secara ekonomi penghantaran wang oleh karayuki-san ke Jepun sangat kecil. Namun serpihan sejarah karayuki-san yang mengandungi tengkarah itu membuka mata bahawa karayuki-san ialah satu instrumen pembuka hubungan Jepun dengan Singapura pada akhir abad ke-19.

Kisah pelacur Jepun ke Asia Tenggara turut diceritakan sasterawan besar Indonesia, Pramoedya Ananta Toer (1925-2006), dalam siri novelnya, Bumi Manusia.

Di Singapura, sebilangan karayuki-san dikuburkan di Japanese Cemetery.




Sources : http://cyberita.asia1.com.sg/




Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 02:58 PM | Show all posts
begitu lah kisahnya...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 01:20 AM | Show all posts
wah.. aku ni berketurunan naruto la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 10:05 AM | Show all posts
Reply 77# theobserver


Sila tunjukkan gambar sbg bukti, mekasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 07:01 AM | Show all posts
Skrg ramai terpinga-pinga..nape aku putih? ensem/cun? Adakah?...

Lagi 100 tahun akan dtg lak. ...
rurouni_khairul Post at 12-8-2010 10:40



    dah ada dalam family aku yg berambut kerinting, badan besar, kulit gelap dan berbibir tebal, sebab toksu aku kawin dengan orang mesir yg muka pure punya.   Anak2 cucu  muka semua ikut belah orang sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:51 AM | Show all posts
aku tertarik dengan link Samurai di Johor, http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1, sebab ceritakan secara detail bangsa jepun di johor ketika itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 10:33 AM | Show all posts
Sebenarnya, sedih juga kita baca kisah2 gadis Jepun yang dipaksa menjadi Karayuki-san ni. Menunjukkan pemerdagangan manusia terutama dari Jepun terutama gadis2 miskin dilacurkan di Asia Tenggara.

Ramai orang tak tahu kewujudan mereka ini .... sebab mereka pun semacam dilupakan sejarah. Ramai Karayuki-san tidak pulang ke tanahair mereka kerana malu dengan status mereka, & setelah banyak rumah pelacuran Jepun di serata Asia ditutup (dengan kerjasama kolonial & kedutaan Jepun - bagi menjaga prestij Empayar Meiji) pada awal 1930an, ramai di antara mereka berhijrah ke kawasan pedalaman & berkahwin dengan penduduk tempatan, terutama bangsa imigran China yang rata2 pelombong berbangsa China yang sukar mendapat jodoh perempuan Cina tempatan.

Yang berkahwin dengan Melayu pun ramai juga, tetapi bekas karayuki-san tidak akan menceritakan masa lampau mereka. Kerana itu sukar bagi sebahagian cucu/cicit berketurunan Jepun (mungkin nenek/moyang bekas karayuki tapi merahsiakannya) mencari susul galur keturunan Jepun mereka.

Ramai juga ibu bapa karayuki-san & saudara mara mereka enggan mencari mereka ini, kerana mungkin atas dasar maruah mereka.

Saya taklah menggalakkan bagi sesiapa yang memiliki nenek / moyang Jepun mereka bersangka buruk pada mereka, sebab mereka ini mangsa keadaan & eksploitasi pemerdagangan manusia. Trauma didagangkan di negara orang, pandangan hina oleh masyarakat sendiri di era Meiji, mereka ini terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan berasimilasi dengan masyarakat tempatan.

Maka bersangka baiklah dengan nenek moyang kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.156262 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list