CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sump81

[NFO]Adat Perkahwinan Orang N9 [risik, tunang, nikah etc]

[Copy link]
Post time 26-11-2007 06:38 PM | Show all posts
just nak share pengalaman Hani masa merisik dulu





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 06:39 PM | Show all posts
yang ni pula cincin yang diberi semasa bertunang

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 06:40 PM | Show all posts
then, ketika masjlis hantar belanja dan menetapkan tarikh kawen






hani cuma balas ngan buah-buahan dan makanan saja

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 06:41 PM | Show all posts
itulah pengalaman dan majlis sepanjang merisik, bertunang, hantar belanja dan kawen

memang meriah dan bermakna.

p/s: photobucket baru ok so tengah syok paste gambar nak share ngan u all
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 09:57 AM | Show all posts

Reply #24 kuchenta_81's post

akak pun tengah ligat memikirkan gubahan hantaran tuk
anak sedara nak kahwin bulan 8 nanti InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by arasham at 27-11-2007 09:57 AM
akak pun tengah ligat memikirkan gubahan hantaran tuk
anak sedara nak kahwin bulan 8 nanti InsyaAllah...



Wah, akak mesti kreatif nih
Hani dulu pun buat sendiri juga maklum takde kakak. makcik pun bukan minat ngan mende2 nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2009 02:19 PM | Show all posts
ADAT ISTIADAT NIKAH KAHWIN MENGIKUT ADAT PERPATIH, NEGERI SEMBILAN

Istiadat Meminang

Sebelum istiadat meminang diadakan terlebih dahulu pihak laki-laki hendaklah menghantar keluarga perempuannya kerumah si gadis bagi menentukan gadis itu belum dipinang orang dan dilirik adakah cacat cidanya,setelah dirisik tidak ada cacat cidanya dan sebagainya, maka inilah yang dinamakan :-

Risik yang berlandaskan gendang yang berkecapi andai ramanya maknanya perempuan tadi hendaklah menunjukan kebijaksanaan merisik.

Cincin Bertanya :

Ibu bapa laki-laki hendaklah membawa sebentuk cincin kepada pihak ibu bapa gadis tadi dan menceritakan hasrat kedatangannya itu.Biasanya pihak perempuan akan memberi tempoh 1 ke 2,3 ke4, 4 ke 5, 5 ke 6, 6 ke 7, iaitu dalam masa 7 hari. Jika cincin tadi tidak dikembalikan dalam tempoh tersebut bermakna cincin bertanya diterima. Maka inilah yang dinamakan cincin bertanya.

Cincin Meminang atau Mengembar Cincin

Cincin tadi akan ditunjukkan dalam satu upacara kecil kepada saudara mara perempuan yang dekat dan satu upacara lagi akan diadakan dinamakan mengembang cincin.Selepas itu barulah menyusul pertunangan dan pihak laki-laki akan meletakkan sebentuk cincin yang ada.

Atucara Meminang :

Pihak perempuan dan pihak laki-laki sama-sama mengumpulkan empat menda dan orang semenda, tujuan :-

-pihak laki-laki menghantar
-pihak perempuan menerima

Buapak atau empat menda pihak laki-laki akan menyuruh ornag semendanya menghantar cincin meminang kerumah siperempuan.Apabila rombongan laki-laki sampai kerumah siperempuan, maka iapun mulalah bercakap yang mana pihak perempuan tadi ditunggui oleh Datuk Lembaga,buapak dan empat mendanya.Biasanya diantara dua pihak ini iaitu laki-laki akan bergurindam,berpantun, dan berseloka mengikut kepintaran masing-masing.Setelah cincin diletak pada cincin yang ada maka terjalinlah tali pertunangan antara dua pihak dan kata pengiringnya :-


Cincin sebentuk tanda tanya
Cincin 2 bentuk asa sekata
Asa sekata dibalikkan
Tak asa sekata cincin dibalikan
Asa sekata cincin dikat
Janji dibuat dimuliakan
Dalam janji digaduhkan
Sampai janji ditepati
Ialah laki-laki diluncur
Ialah perempuan diganda
Sawan,gila,luar janji,(batal segala perjanjian,buat pertunangan semual digandakan semuanya)
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 02:22 PM | Show all posts
Adat Dalam Perkahwinan       

Sebelum Melangsungkan Perkahwinan :

Sebelum istiadat perkahwinan dilansungkan pihak laki-laki dan perempuan sama mengumpulkan buapak,empat menda dan orang semenda bagi membincangkan perkara-perkara tersebut :-

Menentukan setakat mana besar atau kecil majlis itu hendak di buat
Menentukan tarkh hendak dibuat
Adakah Penyembelihan dilakukan

Atucara Majlis Berdiri Adat (Adat Penuh)

Buapak membreitahu tuan rumah untuk menyediakan perkara adat :-

a)      Tabir melindungi seluruh serambi dan pangkal serambi.
b)      Tabir langit-langit
c)      Tilam dan bantal dihujung dan dipangkal serambi dalam induk rumah
d)      Kain sampaian tiga
e)      Palut tiang tiga
f)       Tudung saji lima-Datuk Lembaga, Buapak, Imam, Mak Andam dan Waris.
g)      Dulang tingi untuk Penghulu,tilam pandak,langit kuning.
h)      Tepak sirih meminang bertutup lima.
i)       Dulang tingi-piring hendaklah se,macam
j)       Kalau Toh Puan hadir tambah dulang tinggi dan tilam pandak

Malam Berinai

a)      Biasanya malam berinai inilah dilansungkan majlis ijab dan kabul.Pihak perempuan hendaklah menghantar tukang jemput,tukang jemput itu hendaklah terdiri dari semenda yang telah diarahkan oleh bupak atau datuk lembaga dengan dibekalkan tepak sirih dan dengan perkataan – saya diarahkan oleh Datuk Lembaga saya bagi menjemput pengantin dengan prangnya beserta dengan adatnya,maka inilah perkataan yang disampaikan oleh orang semenda pihak perempuan kepada Lembaga atau buapak Pihak laki-laki, maka rombongan pengantin laki-laki berserta adatnya dibawa bersama.

b)      Apabila pengantin laki-laki sampai dirumah pengantin perempuan maka disambut naik dengn dibasuhkan kaki oleh orang seenda perempuan yang mana air bras kunyit telah disediakan dipertengahan tangganaik dan pengantin terus dibawa naik dan didudukkan ditempat diatas tilam yang telah sediakan.

c)      Orang semenda atau tukang jemput tadi balik menyerahkan tepak sirih kepada Datuk Lembaga pihak Laki-Laki jika ada.Maka disinilah biasanya berlakulah perbualan panjang,gurindam,berbalas gurindam,pantun berbalas pantun.

Pihak laki-laki bolehlah menyerahkan adat dan maskahwin

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dipohon cempaka
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat dengan pusaka.

Pihak perempuan sebelum menerima adat membalas pantun tadi :

Perempuan – Buah pauh buah delima
                    Anak sembilang di dalam dulang
                    Sebelum adat dapat diterima
                    Terlebih dahulu saya nak bilang

Laki-laki –      Anak sembilang didalam dulang
                     Semut mengurung sianak lebah
                     Jika terlebih diharap pulang
                     Jika terkurang harap ditambah

Begitulah seterusnya dan adat pun diterima – adat ini berupa wang :-

Waris – adatnya                 $ 104.00

Waris – daerah adatnya      $ 100.00

Anak buah lembaga adatnya   $ 80.00

Setelah adap diterima maka pihak laki-laki biasanya 'empat menda' berkata

Kain pelikat baru dibeli
Mari disimpan didalam peti
Kalau adat sudah berisi
Pulangkan balik tanda kami

Maka cincin tanya dikembalikan dan pihak pengantin laki-laki meminta Majlis nikah dijalankan. Buapak atau Lembaga pihak perempuan mengarahkan imam dan pegawai yang lain supaya ijab kabul dijalankan-disini terdapat juga pihak laki-laki mesti membayar kepada imam :-
$ 30.00 dinamakan upah nikah terkandung didalam duit rejister dan masjid
$ 20.00 mas kahwin
$ 15.00 Upah jemput
$ 10.00 (tuan rumah kena bayar) untuk buapak.

Majlis Berarak :

Setelah akad nikah dijalankan dan selesai, pengantin dibawa turun berarak samada diarak dengan kompang dan lain setakat mana hajat ibu bapa perempuan,setelah diarak pengantin dibawa balik dan didudukkan sementara dihujung halaman.Majlis ini diakhiri dengan pencak silat dengan pukulan kompang yang bergema.

Majlis berinai

Pengantin dibawa naik dan didudukkan sementara diluar serambi menunggu tukang jemput untuk dibawa masuk.Disini satu peristiwa lucu berlaku yang mana tukang jemput tadi salah seorang daripadanya menunggu didalam dan seorang naik bawa pengantin laki-laki masuk.Mereka bertolak-tolak sehingga yang menunggu didalam mendapat upah.

Apabila pengantin telah masuk dan bersanding maka majlis berinai dijalankan :-
1.      Bersuap-suapan
2.      Berinai

Tarian piring biasanya ditarikan sebagai hiburan tetamu.
Istiadat Menyembah
Setelah selesai istiadat berinai, pengantin diberi makan.
Apabila selesai makan,istiadat menyembah Datuk Lembaga,Buapak dan Empat Menda yang kodin bagi memperkenalkan keluarga yang kodin kepada pengantin laki-laki.

Istiadat Menyalang

Istiadat Menyalang ini pihak perempuan pergi kerumah laki-laki dengan membawa pulut panggang ayam-yang dinamakan boko atau wajik sebanyak mana yang ditentukan oleh pengantin laki-laki, upacara sama seperti istiadat menyembah.Ini adalah tindak balas diantara dua pihak.

Lain-lain hal
  
a)      Berjulang, berarak, berkompang dan pencak silat adalah mengikut hajat tuan rumah dan kemampuan.
b)      Adat waris dengan anak buah lembaga berbeza :-

Waris adatnya                         -      $ 104.00
Waris daerah Adatnya              -      $ 100.00
Anak buah lembaga adatnya     -      $   80.00
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2009 02:23 PM | Show all posts
Adat Perpatih -> Perkahwinan yang dilarang       

Seperti yang kita maklum adat Perpatih itu, jurai keturunannya mengikut nasab sebelah ibu. Anggota dalam suku itu, hubungannya amat rapat dan akrab: bak kata perbilangan :

Sesusun bak sirih,
Serumpun bak serai,
Seikat bak lembing,
Sekucung bak nasi,
Malu seorang,
Malu semua.

Dipercayai bahawa angoota-anggota yang sama dalam suku ini berasal daripada satu moyang. Mereka dianggap seperti adik beradik dan anak beranak. Di sinilah timbulnya larangan atau sekatan berkahwin dalam suku yang sama atau berkahwin di luar suku eksogami.

Adat juga menyatakan bahawa sekiranya berkahwin dalam suku yang sama keluarga itu tidak akan berkembang atau membesar.

Perbilangan adat :

Kok menghubung nak panjang,
Kok menyebar nak lebar

Dilihat pada perspektif agama juga tidak digalakkan berkahwin dengan ahli keluarga terdekat. Pasangan tersebut akan melahirkan zuriat yang fizikalnya lemah dan mindanya tidak cerdas.

Hal ini disebut ;

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi syarak.

Adat dan syarak sandar menyandar,
Bak aur dengan tebing

Syarak berkata,
Adat memakai

Syarak mendaki,
Adat menurun

Kuat adat tak gaduh Syarak,
Kuat syarak tak gaduh adat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 04:08 PM | Show all posts
walllaaaa .. tu dehh ... berjelo kalau boto2 nk ikut adat pepatih nihh ... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 04:14 PM | Show all posts
poning palo den
bilo baco

haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 08:21 PM | Show all posts
Syd posted on 30-6-2009 02:23 PM
Adat Perpatih -> Perkahwinan yang dilarang        

Seperti yang kita maklum adat Perpatih itu, jurai ket ...

as slm, maaf yo mencolah.. tp xdo pun jupo dalil either dlm al quran @ hadith ckp xdigallakkan kawin mo sepupu ateh sbb
anak cacat, yg ado pun cumo hadith galakkan kawin dgn org luar ateh sobab utk luehkan hubungan silaturrahim jo..

apo pun.. Allah knows best!!.. wallahu alam...
Last edited by Slav on 28-10-2012 08:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 02:04 AM | Show all posts
selama ni tak pernah tau kenduri kalau ikut adat kena ada buapak segala, sampai la abang sedara aku kawen aritu kat tampin. kat semban tak penah dengar pun?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.104571 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list