CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NAGAmerah

Projek Serbuan Subuh (The Great Dawn Raid Sept 1981)

[Copy link]
Post time 25-3-2013 01:24 PM | Show all posts
bangcak posted on 24-3-2013 08:43 PM
mmg normal wira2 negara dpt nama busuk bila tak menyebelahi talibarut british.

bila mat indera se ...

org benci mat indera bukan sebab dia talibarut... tapi sebab dia bunuh melayu dan bakar anak isteri orang hidup2.

cai tak blajar sejarah ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 01:25 PM | Show all posts
bangcak posted on 24-3-2013 08:43 PM
mmg normal wira2 negara dpt nama busuk bila tak menyebelahi talibarut british.

bila mat indera se ...

anyway.. list kan orang gagap yang genious??? x de kan???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 03:44 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 23-3-2013 09:05 PM
Sebab Banyak Jual Harta PKNS sampai padang bola lejen2 bola dulu nak dijual....

Dengar citer juga MB gagap nak jual Taman Botani Shah Alam atas alasan kawasan sekeliling bernilai tinggi dan Sultan Selangor hadiahkan pada kerajaan negeri so suke hati kerajaan negeri nak buat ape...masalahnya Sultan Selangor hadiahkan tanah tuh untuk conserve jadik Taman Botani, bukan untuk si MB gagap nie kayakan diri dan kroni2 die dengan projek perumahan mewah! Inikah mastermind sebenar di sebalik The Great Dawn Raid Sept 1981?????? Ptuih!!!

P.S: Bil air umah aku kena bayar da...dulu janji nak bagi FREE! Ooo lupe, manifesto bukan janji
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:56 AM | Show all posts
Sebenarnya bukan Khalid atau Dr. M yang bawa balik Guthrie. Dua2 player, tapi bukan mastermind.

Kalau ikut journal/kajian Dr. Shakila dari UM dan Nicholas White yg ada di Cambridge, London, mastermind Dawn Raid ialah Dato Ismail Ali ( pengerusi PNB, dan bekas gabenor Bank Negara).

Boleh rujuk : http://www.jomjalan.com.my/blog/ ... -raid-guthrie-1981/

p/s Tengku Razaleigh masa tu Menteri Kewangan. So logiknya dia tau jugak. Tapi claim yg Ghafar Baba pun menyumbang, no komen, sbb dia tak fasih bahasa Inggeris sedangkn serangan ini sgt teknikal (sbb kajian yg dibuat sebelum serangan ialah pada undang2 London Stock Exchange). Last edited by lelaiskandar on 8-4-2013 12:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 03:56 PM | Show all posts

PROJEK SERANGAN WAKTU SUBUH/ DAWNING REID PROJECT SEPTEMBER 1981

Slam sejahtera...

saja nak share sejarah ni.. momod kalau dah ada.. jangan maro yer.. ambo cuba carik thread pasal ni tapi x jumpa..

ni kisah  Syarikat Sime Darby....

Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.


Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.


Margeret Thatcher


Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya
mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

dari utusan online..

KUALA LUMPUR 21 April...

Projek serbuanwaktu subuh yang merintis kejayaan Malaysia membawa balik syarikatperladangan negara KumpulanGuthrie Bhd. (Guthrie) dari London merupakan projek kerajaan yang dimulakan sejak pemerintahan TunAbdul Razak lagi.



KetuaEksekutif dan Pengurus Besar PermodalanNasional Berhad ( PNB )yang pertama, Tan SriMohd. Desa Pachi berkata,
usaha membawa balik Guthrie,
yang sebelum itu dikenali sebagai GuthrieCorporation PLC
diserahkan kepada PNB iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak
untuk membawa kembali semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di BursaSaham London termasukGuthrie.

Sambil mengimbas sejarah kejayaan negara membawa balik syarikat perladangan terkemuka di dunia itu,
beliauberkata, percubaan kali pertama membawa balik Guthrie
gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal.

Bagaimanapun,usaha kedua setahun selepas itu yang dirangka dengan lebih sistematik telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila kerajaan berjaya membawa kembali Guthrie
di bawah kawalan rakyatMalaysia. Melalui usaha yang dirancang rapi selama setahun selepas percubaan pertama gagal, PNB berjaya menguasai Guthrie Coproration PLC pada 8September1981 menerusi projek yang kemudiannya dikenali sebagai "dawnraid atau serangan menjelang subuh", katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd.Desa mengulas dakwaan bekas Ketua Eksekutif PNB
TanSri Khalid Ibrahim bahawa beliau adalah
orang yang bertanggungjawab mengusahakan
proses membawa kembali Guthrie.
Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya kecil Dewan UndanganNegeri kawasan Ijok
pada 28 April ini merupakan Ketua Eksekutif PNB yang kedua.

Mohd. Desa berkata, PNB terlibat secara langsung merangka strategi untuk membawa balik Guthrie pada masa itu.
Menurut Mohd.Desa,selepas setahun beliau dilantik oleh kerajaan
sebagai KetuaEksekutif dan Pengurus Besar pertama PNB pada 1979,
beliau maklum mengenai ura-ura membawa balik Guthrie.

Mengulas lebih lanjut mengenai serbuan waktu subuh atau Dawn raid tu, beliau berkata,sebelum itu secara kebetulan kerajaan telah pun menguasai sebahagian Sime Darby.
Katanya,atas arahan kerajaan, Sime Darby kemudian melantik RotchildMerchantBank untuk menjadi penasihat kepada PNB dan Sime Darby dalam usaha mengambilalih Guthrie.

Malangnya, percubaan pertama itu gagal kerana harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal, katanya.
Mohd.Desa berkata, usaha itu kemudian terhenti seketika kerana mengikut undang-undang pelaburan di Britain, usaha seumpama itu hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu.

Berikutan itu, Gabenor BankNegara Malaysia (BNM) kedua,
Tun Ismail Mohamed Ali dan Rotchild merangka strategi
dengan mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan diBritain.
Katanya, setahun selepas itu, setelah merancang dengan teliti, negara akhirnya bersedia untuk meneruskan projek tersebut.

Saya masih ingat lagi apabila Tun Ismail memanggil saya dipejabatnya memaklumkan bahawa seorang pegawai Rotchild,
Jock Armitage akan datang ke Kuala Lumpur dari London
untuk menemui saya menerangkan tentang projek dawn raid.
Saya sempat bertanyakan kepada Tun Ismail apakah itu dawn raid?,
tetapi tidak dijawab oleh Tun Ismail selain menyatakan bahawa
Armitage akan menjelaskan kepada saya kelak dalam pertemuan itu nanti, katanya.

Mohd. Desa berkata, setelah mendapat maklumat lanjut mengenai projek dawn raid, dan menerima arahan Tun Ismail supaya PNB meneruskan usaha itu, beliau telah mengarahkan Khalid yang pada masa itu pengurus pelaburan PNB untuk memantau usaha membawa balik Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham
serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.

Hasil perancangan yang teliti dan strategi yang betul,
PNB akhirnya berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC daripada
Bursa Saham London pada 8 September, 1981,

Katanya, kejayaan itu merupakan kenangan yang sangat manis bagi PNB dan rakyat Malaysia.


credit to: akim125.blogspot.com



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 04:57 PM | Show all posts
Mmg dah ada pun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2013 05:18 PM | Show all posts
Good info..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 10:05 PM | Show all posts
naik keatas................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2013 10:18 PM | Show all posts
Hahaha. London Stock Exchange kena serbu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:03 AM | Show all posts
ambo cuba carik thread pasal ni tapi x jumpa
"Dawn Raid" ko sebut "Dawning Reid". Patut la cari tak jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 01:24 AM | Show all posts
thanks 4 sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 08:45 AM | Show all posts
alphawolf posted on 15-5-2013 04:57 PM
Mmg dah ada pun....

yer ke momod.. ish ish.. mm.. patut la x jumpa mungkin ejaan nya salah kot.. kihkih oh my english... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:05 AM | Show all posts
NIce info.... cuba cerita pulak pasai dasar pandang ke timur dan buy british last....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:22 AM | Show all posts
~merge dgn thread sedia ada~
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:30 PM | Show all posts
halimi78 posted on 16-5-2013 10:22 AM
~merge dgn thread sedia ada~

merge kan ajer aku punya search machine x berapa nak efektif kot.. masih mabuk pru rasa nya hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:31 PM | Show all posts
mielong posted on 16-5-2013 09:05 AM
NIce info.... cuba cerita pulak pasai dasar pandang ke timur dan buy british last....

bestkan Tun M Last edited by orgkpg on 16-5-2013 12:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 02:36 PM | Show all posts
menarik...baru ku tau citer ini
rasenye, tun ismail la mastermind nye kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 04:52 PM | Show all posts
aku lupa dah nak letak pic camana kikiki Last edited by orgkpg on 16-5-2013 04:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 04:15 PM | Show all posts
telah pun diupdate dengan penulisan yang lebih meyakinkan di page 1 bersumberkan blog http://www.jomjalan.com.my/blog/ ... -raid-guthrie-1981/ Oleh: Lela Iskandar Suhaimi mohon sama-sama membaca kisah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 05:12 PM | Show all posts
takdak orang nak buat filem ka? drama ka? dokumentari ka? kisah ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.835868 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list