CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kes Dera & Abuse Anak - Latest: 2 Beradik Diseterika, Patah Kaki (p8)

[Copy link]
Post time 25-3-2008 12:15 PM | Show all posts

Reply #1 iklilshaza's post

mungkin betul kata survey, tahap mental orang Malaysia ni dah beralih ke satu tahap yang membimbangkan....    sedih pada anak2 yang x bersalah yang terpaksa menerima 'hukuman' yang x sepatutnya.....

Kementerian Wanita yang baru ni, kene buat pemantau akan kes camni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:17 PM | Show all posts
apsal baby tu kena dera, manusia skrg ni kalau tensen pilah tumbuk dinding,ker..

aku pun ader anak umur 1-6 ni,masa umur macam ni kena sabar ler bebanyak,

kalau x boleh sabar,jgn beranak:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #1 iklilshaza's post


kejam nk mampos...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:22 PM | Show all posts
jiran2 kene alert...
ada something tak kene je... jgn takut utk report ke polis
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:22 PM | Show all posts
kadang2 aku buatkan aku terpikir..mengapa Tuhan menciptakan mereka menjadi manusia..alangkah beruntungnya klu diciptakan sebagai lembu..ada kegunaannya untuk kita..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:23 PM | Show all posts
alamak jiran seblah umah aku kalo marah anak dia siap kuar segala setan, iblis, laknat, babi, bodo dsb

anak dia sebaya anak sulung aku 5 thn


kene repotin pulisi nggak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2008 12:24 PM | Show all posts
sy pun ada anak, tambah2 anak lelaki sy, nakal jugak tu.. tapi, pada usia ank yg br 3 tahun, sorang lg setahun 3 bulan, apa la derang faham, tau nak main je.. yang penting kena banyak sabar... kesian la pada anak2 yg kena dera hanya sbb mak bapak yg tension sampai tak boleh bersabar langsung!! kalau aku boleh sabar, napa org yg terbabit tak boleh? lebih baik tak payah hidup...:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by MelahJanda at 25-3-2008 12:23 PM
alamak jiran seblah umah aku kalo marah anak dia siap kuar segala setan, iblis, laknat, babi, bodo dsb

anak dia sebaya anak sulung aku 5 thn


kene repotin pulisi nggak?


dia dera tak anak dia? kalau dera memanjang, report je laa..kesian kat budak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:34 PM | Show all posts
apa nak jadi ngan masyarakat sekarng ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #8 MelahJanda's post

kalau kat US ke.. UK ke... kalau dera secara psycology cam tu pon wajib direport
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:36 PM | Show all posts
kesian sgt ngan baby  n kanak2 yg kena dera ni...bukannya diorg tahu mana yang betul atau tak. Kitalah org dewas ni kena didik bukan lepaskan geram ngan mereka. Bagi aku...mak bapa mcm ni baik tak payah beranak ler....senang duk sorg2 jer dlm hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:37 PM | Show all posts
anak ialah kurniaan Tuhan.kita haruslah mendidik mereka menjadi insan berminda kelas pertama dan bukannya mendera mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:40 PM | Show all posts
sedihnya bila baca berita cam nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 04:53 AM | Show all posts
Cucuk dubur dengan pemutar skru

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya dengan mencucuk pemutar skru yang dipanaskan ke dubur kanak-kanak lelaki itu sejak tiga bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata, lelaki berumur 24 tahun yang bertugas sebagai penyiasat persendirian itu ditahan pada 16 April lepas kerana disyaki mendera budak lelaki berusia sembilan tahun itu dan serta kakaknya yang berumur 11 tahun.

"Teman wanitanya, seorang janda berumur 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang tinggal serumah sejak tiga bulan lepas," katanya di sini semalam.

Ahmad Sofian berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

"Dia akan disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan mengikut Akta Kanak-kanak 2001," katanya. - Bernama

---------------------------------------------------------------------------------

kesiannya budak lelaki tu kecik lagi...
dan kakak dia pun kecil juga.. -

yang mak depa bagi bf duduk serumah tu.. ni lah
akibatnya juga.. - tu belum kawin lagi.. kalau dah kawin
ntah apa lagi yang akan jadi...

harap lelaki tu akan dihukum seberat-beratnya -- elok juga
kalau di sula - biar dia rasa sakitnya and then some more -
kerana mendera budak kecil sebegitu kejam --
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 08:29 AM | Show all posts

Cucuk dubur dengan pemutar skru

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya dengan mencucuk pemutar skru yang dipanaskan ke dubur kanak-kanak lelaki itu sejak tiga bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata, lelaki berumur 24 tahun yang bertugas sebagai penyiasat persendirian itu ditahan pada 16 April lepas kerana disyaki mendera budak lelaki berusia sembilan tahun itu dan serta kakaknya yang berumur 11 tahun.

"Teman wanitanya, seorang janda berumur 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang tinggal serumah sejak tiga bulan lepas," katanya di sini semalam.

Ahmad Sofian berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

"Dia akan disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan mengikut Akta Kanak-kanak 2001," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:21 AM | Show all posts

SCREWDRIVER LAGI & LEBIH KEJAM... tskk...

Lelaki disyaki dera anak tiri guna pemutar skru
Oleh Norhashimah Mohd Radzali dan Siti Nurazlinee Azmi - BERITA HARIAN

Penyelenggara komputer hadapi lima tuduhan turut cederakan isteri

KUALA LUMPUR: Seorang penyelenggara komputer yang disyaki mendera anak tirinya dengan menekap bahagian badan, termasuk punggung menggunakan pemutar skru yang panas dan melumur serbuk cili, lada hitam ke lukanya serta menjerut lehernya menggunakan rantai anjing menghadapi lima tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

R Richard Paul, 24, juga didakwa di Mahkamah Majistret bagi satu lagi tuduhan mencederakan isterinya yang dikahwini Februari lalu, menggunakan rotan.

Bagi tuduhan pertama di Mahkamah Sesyen, Paul didakwa mendera anak tirinya, V Hemend, 12, dengan memukulnya menggunakan tiga rotan dalam bilik di rumah No 4185, Jalan Udang Galah 1, Taman Sri Segambut di sini, jam 5.30 petang, 27 Mac lalu.

Dia juga didakwa mendera Hemend dengan memukulnya menggunakan rotan di bilik isterinya, S Maliga, 39, di rumah sama, jam 8 malam, 1 April lalu.

Bagi tuduhan ketiga, dia didakwa mendera mangsa dengan meletakkan pemutar skru yang panas pada kedua-dua punggung, sisi kiri dan kanan peha serta belakang badan mangsa di tempat sama, jam 7 malam, 9 April lalu.

Dia menghadapi tuduhan keempat, mendera Hemend dengan mencekik leher, menolak, menyembur sebotol air penyegar udara ke lukanya, memijak dada, menjerut dan mengikat lehernya menggunakan rantai anjing, melumurkan serbuk cili, kunyit, lada hitam dan garam pada luka mangsa di ruang tamu rumah itu pada 8 dan 9 April lalu.

Paul juga menghadapi tuduhan kelima mendera Hemend dengan memukulnya menggunakan rotan dan menolak mangsa di ruang tamu rumah itu, jam 10.30 malam, 10 April lalu.

Bagi setiap tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan kes dan mengarahkan Paul dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk pemerhatian selama sebulan.

Bapa tertuduh ketika diminta memberi maklumat mengenai Paul berkata, anaknya tidak menceritakan apa-apa perkara kepadanya dan hanya memaklumkan dia sudah berkahwin tiga hari selepas majlis perkahwinan.

“ Saya tidak tahu apa masalah dia. Saya hanya dimaklumkan polis supaya hadir ke balai polis kerana anak saya sudah ditahan kerana kes jenayah,” katanya.

Komathy seterusnya menyoal bapa tertuduh jika ada apa-apa yang tidak kena dengan anaknya.

Bapa tertuduh berkata: “ Perbuatannya (mendera) tidak betul dan sangat teruk, apa juga hukuman yang akan dijatuhkan, terpulanglah kepada mahkamah dan saya tidak mahu terbabit dengan perkara ini.”

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Paul menghadapi satu lagi tuduhan, iaitu mencederakan Maliga dengan memukul bahagian badan mangsa menggunakan rotan di rumah sama, jam 2 petang, 16 April lalu.

Ketika tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maimoonah Aid, dia hanya menganggukkan kepala tanda faham, bagaimanapun tiada pengakuan direkod.

Paul juga berkelakuan seolah-olah tidak siuman dan berkata, dia amat menyayangi isterinya dan tidak mahu berpisah dengannya.

--- GILA & SEMAKIN GILA... adoiiii kejam gilaaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #56 y0sh's post

kejam giler

cucuk balik screwdriver tu kt bontot dia..baru padan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:30 AM | Show all posts
kejam & sadis betul..
apa jadi dgn manusia skarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:47 AM | Show all posts

Reply #56 y0sh's post

kejam giler

cucuk balik screwdriver tu kt bontot dia..baru padan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:53 AM | Show all posts
isk....kejamnya!!!! buduh! :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 1.164307 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list