CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kes Dera & Abuse Anak - Latest: 2 Beradik Diseterika, Patah Kaki (p8)

[Copy link]
Post time 29-4-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #2 a791231ana's post

aku tengok kat aprtment yg dekat sungai buloh tu kipas siling dia rendah jugak.  kalau timang anak gerenti kena punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 10:18 AM | Show all posts
tak juga, ada sestgh umah jenis siling rendah ni mmg bahaya pakai kipas siling.
adeeh sakitnya ngeri beb
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:18 AM | Show all posts
30 jahitan tu.... koyak kening bdk tu, agak2 jd cam kening ziana zin tak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #8 white_orkid's post

qadak & qadar.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:28 AM | Show all posts
ni rasanya kes ke2 me dengar.
dulu dalam 5-7 tahun lepas ada 1 kes, kat SJMC.
bapak dia timang jugak, kena libas dgn kipas. terkopek kulit kat ubun-ubun baby tu.
BABY tau... tak sampai setahun...

tak tak masuk kes bapak timbang anak atas kepala dia, then anak berdesup jatuh kepala cecah lantai dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:31 AM | Show all posts
kat pandan tu , ipar aku ada sewa sana...rumah dia mmg siling rendah
sangat, rasa terperap laaa rumah mcm tuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2008 10:31 AM | Show all posts
cian budak tu... kalau dah tau kipas siling rendah pi lambung budak tu wat pe...
30 jahitan tu.... lambung2 ni bukan baik sgt... otak bergegar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:35 AM | Show all posts
ya Allah... seram nye baca....
jadikanlah teladan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 01:34 AM | Show all posts
Polis ambil keterangan pengasuh bayi
KOSMO


Muhamad Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU - Pihak polis telah mengambil keterangan seorang wanita yang menjaga seorang bayi 10 bulan yang cedera terkena kipas siling di Kampung Butut, Kuala Berang 21 April lalu.

Jurucakap polis memberitahu, keterangan daripada pengasuh yang mempunyai dua orang anak berkenaan, adalah penting bagi mengetahui kebenaran dakwaannya.

Katanya, ini berikutan laporan polis yang dibuat oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiga hari selepas kejadian itu.

"Dalam pada itu, bagi tujuan siasatan, dua buah kipas siling di rumah pengasuhnya di kampung berkenaan turut diambil oleh pihak polis.

"Siasatan masih dijalankan berhubung kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Muhamad Luqman Hakim, 10 bulan nyaris buta apabila seluruh kening kirinya dilibas oleh kipas siling ketika di rumah pengasuhnya 21 April lalu.

Bagaimanapun, pihak hospital yang merawat bayi berkenaan beranggapan ada unsur penderaan lalu membuat laporan polis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 06:41 AM | Show all posts
Kanak-kanak lapan tahun didera ibu tiri
UTUSAN MALAYSIA

KUALA TERENGGANU 6 Mei - Seorang wanita berusia 30-an ditahan kerana dipercayai mendera anak tirinya berusia lapan tahun di Chukai, Kemaman semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Pemangku Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, kejadian itu mula disedari oleh guru yang melihat lebam di badan kanak-kanak tersebut.

Beliau berkata, guru berkenaan kemudian bertindak menyoal kanak-kanak tersebut dan mangsa memberitahu dia sering dipukul.

"Guru berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

"Ekoran laporan tersebut, mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan kanak-kanak itu mempunyai kesan lama dan baru di badan dan kepalanya.

"Terdapat kesan luka akibat terkena seterika panas di tangannya dan kesan cubit di belakang dan kepala selain dipukul dengan alat sangkut baju," ujarnya.

Abdullah Sani memberitahu, suspek yang berusia 30-an menyerah diri semalam dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

"Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

---

seterika panas? penyangkut baju?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:02 AM | Show all posts
pening baca pasal budak2 kena pukul melampau2 nihh....
kesian btl....kita yg baca nih pun cah pening...apatah lg budak yg kena tuh...mcmanelah perasaan diaorg dgn menahan kesakitan dipukul tuh....dah tahan sakit kena pukul...if luka..menahan bisa luka plk..
aduhhhhhhh....pening..pening...
knape manusia jadik setan nihh....xde perikemanusiaan...mesti ade something wrong pd pendera nihh...

kenapa child abuse nih happen....
1. Stress...Pressures from money problems, everyday frustrations, illness or heavy responsibilities...byk masalah yg dihadapi..
2. drugs or arak...parents/ pengasuh yg ada masalah nih mmg dah buta sbb benda2 nih may reduce inhibitions and tolerance levels so that parents may be more likely to lash out
3. A painful childhood...Adults who were mistreated as children may...mcm continue the pattern of abuse with their own children.
4. Inexperience with children or unrealistic expectations...If parents don't know what to expect from children, they may expect too much. Besides lacking the parenting skills necessary to raise a child, the parents may have no models of successful family relationships from which to learn...
5. ibubapa yg x matang...Very young, insecure parents often can't understand their child's behavior and needs...tambah2 if dpt anak nakal, x duk diam..lglah bengang..maka berlakulah perkara2 yg x diingini keatas anak tuh..
6. Isolation...keluarga tuh terasing dr org ramai...without friends or relatives nearby, parents can feel overwhelmed by the demands of raising a child...

The longer child abuse continues, the more serious it becomes, the more serious is the injury to the child and the more difficult it is to stop....gerammmnyeeeee....

ya allah ya tuhanku, jadikanlah kami ibubapa yg baik kepada anak2 kami...aminnnn...

[ Last edited by  umarmursyid at 8-5-2008 09:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by kenari2101 at 29-4-2008 10:02 AM
KUALA TERENGGANU - Pengasuh mendakwa bayinya cedera terkena kipas siling tetapi pihak hospital pula beranggapan ada unsur penderaan sehingga mereka mengambil inisiatif membuat laporan polis.

I ...


yg nih rasenyee malang x berbau....x sedar terlambung tinggi...sbb kdg2 kan kita ayun buai anak laju2 supaya dia cepat reda menangis tuh...
if dera...perkara tuh berterusan...mesti ibubapa baby tuh sedar blk je ade lebam...nih pengasuh tuh x sengaja nih...kemalangan...maybe cuai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 7-5-2008 06:41 AM
Kanak-kanak lapan tahun didera ibu tiri
UTUSAN MALAYSIA

KUALA TERENGGANU 6 Mei - Seorang wanita berusia 30-an ditahan kerana dipercayai mendera anak tirinya berusia lapan tahun di Chukai, Kem ...


yg nih baru dera....jahat punye mak tiri....geram tul....
ade jiran kt kg den..dia ade 2 anak tiri...kesian...penderaan mental....maybe x blh nak buat penderaan fizikal pasal budak2 tuh dah remaja...dah blh melawan...nih penderaan mental pun masalah besar jgk....hingga menyebabkan anak tiri sulung (lelaki) x pandai belajar...malas p skolah...berkawan ngan budak2 jahat.....
den tgk budak tuh cam tuh...den pujuk adik den suruh buat kawan ngan budak tuh....n sentiasa nasihat kt dia supaya jadik elok etc lah....last2 dia baik n jadik anak angkat mak den...thn lps meninggal sbb talasemia....tp yg terkilan sbb x sempat mak den nak ajak dia duk sekali kt umah baru....sbb sediakan bilik utk dia..kesian..duk ngan mak tiri pun x senang hati jgk....sedih...Allah swt lbh menyayangi arwah...al-fatihah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 07:32 AM | Show all posts
Budak didera ibu tiri


KANAK-kanak yang dipercayai menjadi mangsa
dera dimasukkan ke HKT, Johor semalam.


KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal bersama ibu tirinya dipercayai menjadi mangsa dera apabila kemaluannya disahkan mengalami kecederaan serius oleh Pusat Kesihatan Sungai Rengit baru-baru ini.


Masalah kanak-kanak berusia tujuh tahun itu disedari gurunya yang mencurigai pergerakannya ketika menghadiri sesi persekolahan lalu membawanya ke pusat kesihatan.

Disebabkan kecederaan pada kemaluannya yang serius, maka petugas perubatan merujuk mangsa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) Rabu lalu untuk rawatan lanjut yang kemudiannya melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan awal mendapati murid tahun satu itu mengalami kecederaan di kemaluan, tepi kening kanan, bibir dan kesan pukulan di tapak kaki.

Siasatan juga mendapati terdapat juga kesan calar akibat dipukul dengan objek tumpul berkali-kali pada tangan kanan dan kesan lama calar pada bahagian tangan dan kaki.

Sehubungan itu, polis telah mengambil keterangan dari beberapa pihak termasuk ahli keluarganya bagi membantu siasatan selain menahan ibu tiri kanak-kanak tersebut.

Jelas Osman, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali.

Bapa kanak-kanak itu difahamkan seorang duda berusia 32 tahun sebelum dengan suspek berusia 25 tahun.

Bapa mangsa yang ditemui menemani anaknya di HKT enggan mengulas lanjut dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berwajib.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

tu ibu tiri  tak guna.. yang tak ada belas kasihan pada anak yatim...
kalau nakal macamana pun anak tu (dah nama pun budak what do you
expect..) tak perlu sampai pukul cederakan budak tu..  saya harap biar
hukuman yang setimpal.. biar orang lain pun beringat yang anak2 tu amanah
kita kena jaga baik2..bukan dipukul dera..

*teringat cerita ratapan anak tiri...  lagu dalam film tu best -
- ibu tiri hanya cinta kepada ayahku saja..
(tapi kalau sayang kat ayah tu .. anak tu kena sayang lebih juga..)
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 03:23 AM | Show all posts
Bayi 5 bulan mati dipercayai direndam ibu
UTUSAN MALAYSIA

SIK 22 Mei - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan ditemui mati dipercayai dilemaskan di dalam besen mengandungi air oleh ibunya yang mempunyai masalah mental di Kampung Charuk Padang, dekat sini, pagi ini.

Chong Yong Peng, ditemui mati oleh jiran wanita terbabit kira-kira pukul 9 pagi.

Semasa kejadian berlaku, bapa mangsa dikatakan tidak berada di rumah kerana bekerja di Butterworth, Pulau Pinang.


Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Zaidong Mustaffa berkata, polis menerima panggilan daripada jiran mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 9 pagi.

"Kejadian ini disedari oleh salah seorang jiran yang kebetulan mengunjungi wanita berkenaan untuk menghantar makanan.

" Ibu kepada mangsa tersebut dikatakan mengalami tekanan perasaan dan dia tidak dapat menguruskan diri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zaidong, apabila masuk ke dalam rumah, jiran berusia 40-an itu ternampak satu bungkusan yang diletakkan di atas meja.

"Setelah diperiksa, jiran itu mendapati bungkusan yang dibalut dengan kain batik itu ialah bayi kepada wanita tersebut.


" Bayi tersebut dikesan tidak bernyawa lagi dan dipercayai mati beberapa jam sebelum itu,'' katanya.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati, ibu kepada mangsa dan ahli keluarganya lain mempunyai masalah mental.

"Kita tidak menolak kemungkinan dia menghadapi masalah tekanan perasaan sebelum bertindak mencederakan anaknya itu,'' jelasnya.

Tambah beliau, wanita tersebut tinggal di kampung itu bersama seorang lagi anak lelakinya berusia dua tahun sementara suaminya Chong Kok Meng, 36, jarang balik ke rumah kerana bekerja.

" Polis telah menahan wanita berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan. Sementara mayat bayinya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk dibedah siasat,'' jelasnya.

Zaidong berkata, polis belum dapat mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memandangkan laporan bedah siasat belum diperoleh.

---

huwaaaaa!!! mak dia kerooooooo!!!
siannya budak tu.. adessss kejamm gilaaaa!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2008 03:45 AM | Show all posts
Ibu sawan rendam anak
Oleh OTHMAN YAHAYA


SALAH seorang ahli keluarga memangku mayat mangsa
di Unit Forensik Hospital Daerah Sik semalam



SIK - Seorang ibu yang dipercayai mengalami sawan bertindak merendam bayi lelakinya berusia lima bulan dalam besen berisi air ketika memandikan bayinya itu di rumahnya di Kampung Charok Padang di sini semalam.

Bayi malang itu berusia 5 bulan itu kemudian dibungkus oleh ibunya, seorang suri rumah, 32, dengan sehelai kain batik dan diletakkan di atas meja di ruang tamu rumahnya.

Kejadian itu disedari oleh jiran tetangga selepas tidak terdengar suara tangisan bayi seperti kebiasaan pada waktu pagi.

Seorang jiran yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dia merasakan ada sesuatu yang menimpa ke atas bayi tersebut pergi ke rumah tersebut.

Sebaik sahaja masuk, dia terkejut melihat bayi tersebut dibungkus dengan kain batik yang diletakkan di atas meja manakala ibunya berada di sisi bayinya yang sudah tidak bernyawa itu.


"Wanita itu duduk seperti tidak ada apa yang berlaku ke atas bayinya.

"Bayi tersebut disukai jiran tetangga malah saya selalu mendukungnya," katanya.


SEORANG penduduk menunjukkan besen
yang dipercayai digunakan seorang suri rumah
untuk memandikan anaknya semalam.



Dia menambah, semasa kejadian, suami wanita itu tiada di rumah kerana bekerja di Butterworth, Pulau Pinang.

Suaminya yang terkejut dengan apa yang berlaku terus menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Zaidong Mustaffa berkata, polis menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai kematian bayi lelaki itu 9.20 pagi semalam.

Katanya, sepasukan pegawai polis kemudian bergegas ke rumah itu dan menemui seorang bayi lelaki telah mati di atas meja dalam rumah tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati terdapat keraguan terhadap kematian bayi tersebut dan ibunya ditahan untuk siasatan lanjut.

"Ketika disoal siasat, ibu bayi itu mendakwa telah merendam bayinya itu di dalam besen berisi air sewaktu memandikannya," katanya.

Zaidong berkata, mayat bayi lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat manakala ibunya pula ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kami difahamkan pasangan suami isteri ini mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun dan mereka sering bertengkar sebelum ini.

Dalam pada itu, bapa bayi tersebut yang ditemui di rumahnya sebaik tiba dari Butterworth berkata, dia sememangnya ingin bekerja di kampung seperti yang diminta isterinya tetapi perlu mengumpul wang terlebih dahulu.

"Saya pulang setiap minggu ke rumah kerana selain rindukan anak, saya juga perlu mengawasi isteri saya kerana saya tahu jika dia mengalami sesuatu masalah, dia akan bertindak di luar kawalan.


"Isteri saya mengidap penyakit sawan sejak kecil dan perlu makan ubat penenang setiap masa untuk mengawal dirinya," ujarnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

pada saya bapa itu juga bertanggungjawab.. dah la dia tahu
isteri dia ada epilepsy.. kenapa benarkan jaga baby tu dan
lagi pula tinggalkan saban minggu .. just didnt make sense -
orang yang epileptic ni.. mana boleh predict --

dan now berlaku begini yang jadi mangsa bayi yang tak bersalah..
emak dia.. tak sedar apa pun masa perkara tu terjadi -given
masa tu dia kena sawan tu... -- so, now what..?  what a tragedy -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 04:01 AM | Show all posts
kalo macam saya ni yg jaga 2 org anak bawah 3 tahun dah sgt2 mencabar kesabaran.. apatah lagi ibu2 yg ada masalah sawan, tekanan perasaan, mental dan mcm2 yg terpaksa jaga anak mereka sendirian..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 12:47 PM | Show all posts
Kami difahamkan pasangan suami isteri ini mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun dan mereka sering bertengkar sebelum ini.


mmg tertekan si isteri tu..dah laki pun seminggu sekali balik...ditambah pulak ngan penyakit dia sendiri...siannya nasib baby tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 12:56 PM | Show all posts
bagi kat aku pun takpe, biau aku bele...........kesian
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:02 PM | Show all posts
kalau baca kes2 dera kanank2 dan bayi ni, hati aku jadi amat2 sensetif bercampur marah dgn org yg mendera.. aku cuba bayangkan aku ditempat kanak2 terbabit, rasa ngeri!! mcmana la nasib budak2 tu.. ini baru kes yg disiar dlm akhbar, belum kes yg lain2 yg kita tak tahu...

Aku pun pernah masuk campur dlm keluarga jiran pasal pukul anak. Sampai satu tahap suruh anak makan tahi sendiri sbbnya anak terberak dalam seluar. Dia bukak seluar anak dia, humban muka anak dia kat tahi tu...kejadian depan mata aku, apa lagi, terus aku tarik budak tu masuk umah aku. Bapak dia tengking aku, marah aku..aku tak peduli, lantak lah apa nk jadi. Terus aku call mak budak tu. La ni dh bercerai pun dan budak tu duk dgn mak dia. Bapak keja polis, tapi byk mkn 'duit bawah meja'.. tu jadi setan agaknya..:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.199836 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list