CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2023|Reply: 12

~.:My Room: The Hidden Part of You :.~

[Copy link]
Post time 21-11-2007 10:47 AM | Show all posts |Read mode



WELCOME TO MY ROOM




"
Mirror, mirror upon the wall, Who is the fairest fair of all"



Want to know your personality? Or maybe ur beloved one....
Hurm.. gotcha.. i know u want to know about ur secret admires rite??

Come and read.. it will reveal something u don't know...






[ Last edited by  arriesya at 21-11-2007 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #1 arriesya's post

Errrkkkkkkk...cmne nak tanya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 10:50 AM | Show all posts
Semua nie adalah kajian yang dijalankan seluruh dunia.. dan dari buku psikologi lamer... percaya atau tidak terpulang... sekadar sikap dan perangai yang pelbagai... yang buruk jadikan sempadan..  yang elok kekalkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 10:52 AM | Show all posts

Tajul Muluk

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,
teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak
tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya
tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 10:53 AM | Show all posts
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 10:53 AM | Show all posts
hurm... Sya akan update info nie.. dari masa ke semasa.. u can tell us or u can just read and keep it secret...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2007 10:58 AM | Show all posts

Balas #6 arriesya\ catat

setelah kasturi amat-amati macam kena je kat kite..
pandai sya cari maklumat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 10:59 AM | Show all posts
he..he..he....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2007 11:08 AM | Show all posts

Personaliti

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalambentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untukkita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti ygterbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita denganpersekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalambidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi merekabertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlmhidup.
Merekabiasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian danseronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrksendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang  dengan org lain dlm mencapai keputusanberbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta danlain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) PersonalitiPendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah  yangdihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorangatau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual ataumencampuri hal orang lain


c) PersonalitiPerasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan denganperkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat


d) Personaliti Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijakmengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmutersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang samasepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain


e) Personalitipemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan


f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebihmudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apayg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain ataumenimbulkan konflik dengan orang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 11:43 AM | Show all posts
Hurmm.. ramai nak berahsia ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2007 09:55 AM | Show all posts
Ally Beck, seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri. Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan mereka sendiri iaitu:

1. Wanita Gemuk
Lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian kepada penghasilan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.

2. Wanita Bertubuh Sederhana
Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang suka menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai sikap tanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cuba sedaya upaya utk memuaskan perasaan pasangannya.

3.Wanita Kurus
Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.

4. Wanita Berbuah Dada Besar
Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz buah dada yang besar adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan kebebasan di dalam kehidupan.

5. Wanita Berbuah Dada Kecil
Lelaki yang memilih wanita berbuah dada kecil ialah lelaki yang cenderung kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan yang bernas.

6. Wanita Berpunggung Besar
Lelaki yang memilih wanita berpunggung besar adalah lelaki  yang mempunyai gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.

7. Wanita Berbetis Besar
Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suka menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan pasangan dengan baik. Selain itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.

8. Wanita Berbetis Kecil
Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering berusaha menarik perhatian orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2007 09:59 AM | Show all posts
Ketahui pasangan andamelalui TARIKH LAHIR ( BETUL  ATAUKEBETULAN)


1. Tarikh Lahir pada 1,9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun denganorang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh inimudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.
Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untukmemenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dialebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih relamemutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkandia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergauldenganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- burudalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis seringmengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidakterus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini.
Tapi jangan cubamempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasanganyang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modalutamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yangsusah  untuk di mengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4,& 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul danmudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalamsoal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan sukabertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagiuntuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lainkerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikapkeanak-anakkan.



5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalahseorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunyadipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapisayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta,berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.



6.Tarikh Lahir pada 6,14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalamsoal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yangdicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidakpernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.



7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengancara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalaupasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut& bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendahdiri yang terlalu menebal. Dia memerlukan  suasana yang seimbang baiksewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan  seharian.Kelemahan yang palingmenonjol ialah gugup dan selalu  dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalahseorang yang penjimat.  
Dalam urusan cinta, diaseorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10,16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namunbegitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cintadia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yangterlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orangyang paling jahat.



10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia  berharapsetiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya  dia sukaberdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering  membelanjakan wangnyauntuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan  sehari-hari dia adalahpasangan yang disegani kerana bakat  kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksanamembuatkan dia disegani dalam  pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalahpasangan yang sangat susah  untuk dipercayai.



11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Diatergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapisesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapisesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributanterutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuklebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namunbegitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22& 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai keranakebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buatteman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dialebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya padaorang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah diadiberi jolokan  seniman asmara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:18 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Bukang aku...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.079947 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list