|
Post Last Edit by pnut at 7-12-2009 22:30
1800# dineyta
segan nak habaq...
tp tak sampai 2k, termasuk one set kat bilik tido tetamu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hihi ... nk nyibuk gak
di ruangan ku nan secoet
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Iman_Baby at 4-1-2010 12:03
Just nak kongsi dgn kawan2 artikel pasal kedai kami yg keluar di Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexv_html
Mungkin artikel ini dpt membantu kita mencari idea utk konsep english style...
Konsep sendiri
Oleh Hartini Mohd Nawi
| PERABOT dan hiasan dalaman walaupun kadangkala dianggap elemen kecil dalam seni dekorasi, ia mampu mencipta suatu kelainan jika bijak menyusun di kediaman. |
Bagi pemilik Iman Home Decor, Rosni Otho, keberanian pemilik kediaman menampilkan kelainan dekorasi dengan sentuhan kreativiti dapat memberi kelainan yang menarik.
"Setiap individu mempunyai kreativiti tersendiri dan tidak perlu terikut-ikut dengan konsep penataan di kediaman lain.
"Suasana yang cuba dicetuskan perlu praktikal, selesa dan sedap mata memandang, selain memberi keceriaan kepada penghuni," katanya.
Kebijaksanaan memilih perabot dan aksesori hiasan perlu disesuaikan dengan latar dinding untuk memberikan keseimbangan tatahias untuk segenap ruang.
Bagi memberi imej yang santai dan ringkas, susun atur perabot dan aksesori hiasan perlu diolah kemas serta teratur.
"Jangan malu memilih perabot atau aksesori yang murah asalkan ia sesuai dengan susun padan yang anda mahukan.
"Ruang santai perlu diberi wajah yang lebih sederhana untuk mewujudkan suasana tenang dan damai," katanya.
Ketika sibuk menyusun dan menentukan kedudukan aksesori di rumah, jangan lupa elemen cahaya terutama penggunaan lampu yang sesuai.
Bagi menzahirkan fungsi utama sesebuah ruang, pemilik perlu memikirkan kaedah yang praktikal dengan meletakkan lampu di tempat atau ruang perlu supaya sesuai dengan konsep dekorasi.
Pilih lampu yang sesuai bagi memastikan penggunaan warna dinding, kemasan lembut, perabot dan aksesori hiasan dapat ditampilkan dalam suasana lebih selesa.
Bagi bilik remaja lelaki, konsep santai dan sempurna paling menarik diketengahkan manakala bilik anak gadis, dicadangkan menggunakan tema gaya Inggeris.
Mengenai Iman Home Decor, ia menawarkan pelbagai perabot dan aksesori hiasan dalaman bergaya Inggeris.
"Tidak semestinya gaya Inggeris hanya berlatarkan bunga semata-mata kerana kreativiti memilih corak petak dengan pilihan rona harmoni tetap menarik perhatian.
"Sentuhan kreatif atau menghasilkan sendiri aksesori hiasan seperti alas meja, langsir dan sarung kerusi pastinya memberikan kepuasan paling bermakna," katanya.
Berada di Iman Home Decor, anda berpeluang mengambil idea yang diketengahkan untuk kediaman sendiri.
Anda yang berminat sila kunjungi Iman Home Decor di No 10, Jalan Suakasih 1/3, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor atau layari www.yourimanhomedecor.blogspot.com. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..menarik2 semuanya yg ader di kedai iman yerr..ribbon frame tu pakai kain elyza gak ke? harge? |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..menarik2 semuanya yg ader di kedai iman yerr..ribbon frame tu pakai kain elyza gak ke? harge?
sweetorkid Post at 3-1-2010 23:03
sweetorkid,
yg.. ribbon frame tu mmg pakai kain elyza.. infact most of our product mmg pakai kain Elyza sbb kami mmg dealer Elyza.
Dr bag, bakul sampah, wristlet, cushion cover - semua menggunakan kain elyza |
|
|
|
|
|
|
|
wahh iman, bestlah ade kedai sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
wahh iman, bestlah ade kedai sendiri
bspotgurl Post at 5-1-2010 09:07
bspotgurl,
alhamdullilah.. bersyukur dgn rezeki yg Allah beri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kepada peminat english style nak barang free boleh joint giveaway di blog saya. Ada 3 item sy beri free aje ...semua bergantung kepada nasib... ni barangnya...
Klik Sini untuk joint..
mana tahu nasib baik dapat benda tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
hai kawan kawan...adik adik...kenapa sepi je rumah kita ni..... Meriahkan lah balik, mari kita tepek gambar gambar berkonsepkan english ni.... Ni kak pah tepek , project terbaru kak pah... rak ni abang man (husband kak pah) yang buat.... teko, cawan dan pinggan tu campur aduk, vantage ada , kk punya product pun ada... Bercakap pasal vantage dan product dari KK Homedecor ni... memang nampak persamaan nya cuma cop kat belakang tu je yang dapat membezakannya...Hmmm terfikir pulak kak pah, tidak kah Vantage akan saman kerana kesamaan product tu...Hmmmm terfikir lagi, siapa copy siapa ya..... |
|
|
|
|
|
|
|
[] |
|
|
|
|
|
|
| |
|