CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5899|Reply: 6

Main Teri ubat pesakit angin

[Copy link]
Post time 27-11-2007 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Oleh Shaidah Shafie


GERAKAN Tok Puteri diiringi dengan alunan muzik tradisional.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2007 09:41 PM | Show all posts
Dimulai dengan baca doa dan gerakan yang diiringi tiupan serunai, pukulan rebab, gendang

MAIN Teri di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, memberi gambaran sebenar upacara rawatan semangat dan kejiwaan yang digunakan dalam masyarakat Melayu Kelantan-Pattani.

Lebih mengujakan, upacara pada malam terbabit khalayak diajak ke tengah ruang rawatan oleh Tok Puteri (Che Mohd Zailani Che Moh) sebagai melengkapkan sebahagian daripada fasa perubatan bagi memulihkan pesakit yang dipercayai diganggu pelbagai jenis angin jahat.



Main Puteri anjuran Teater Elit itu menampilkan pesakit yang ingin menerima rawatan dan acara dimulai dengan Baca Kenduri yang menampilkan Tok Puteri mempersiapkan diri sambil membaca doa tertentu.

Gerakan tokoh itu diiringi tiupan serunai dan pukulan rebab, gendang ibu, gendang anak, gedombak ibu, gedombak anak, tetawak dan canang, sebelum bertih dan beras kunyit ditabur ke empat penjuru ruang.

Persembahan Main Teri yang lebih dikenali sebagai Main Puteri oleh sebahagian besar masyarakat, tidak memerlukan manuskrip kerana dialog diucapkan Tok Puteri dan Tok Mindok, berdasarkan jenis angin yang ada pada pesakit dan diucapkan dengan fasih oleh kedua-dua pendukung terbabit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 09:41 PM | Show all posts
GERAK tari Tok Puteri berubah daripada satu persembahan ke persembahan lain mengikut angin pesakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 09:42 PM | Show all posts
Bagaimanapun, Tok Mindok (Abdul Wahab Othman) mempunyai ucap tetap, iaitu "...ya benar sekali...." yang diucap berulang kali sebagai tanda memahami cerita Tok Puteri berkaitan masalah angin pesakit dan Tok Puteri akan menjelmakan angin pesakit menerusi luahan watak.

Antara unsur angin yang dibangkitkan dalam upacara rawatan itu ialah Angin Raja Dua Belas iaitu Sulung, Bimbaran Empat, Pahlawan Empat, Sertan Empat, Megat Empat, Cik Siti Putih Nakhoda Anjung, Mamud Kuning Hayun Manis Hitam Ayun Baka, Anak Dewa Di Gunung dan Awang Pengasuh.

Perlakuan di bawah sedar Tok Puteri memperlihatkan ragam manusia berjalan tempang, bersuara sengau, bermasalah dengan anak menantu dan berperwatakan pendekar selain dialog berubah-ubah mengikut watak yang dibawa Tok Puteri dalam gaya pengucapan puisi tradisional dialek Kelantan-Pattani yang menarik.

Bagaimanapun, fasa terakhir rawatan sengaja diselitkan sedikit unsur hiburan oleh Tok Puteri apabila beliau meminta kebenaran daripada Tok Mindok agar memainkan lagu joget dan irama Hindustan bagi menimbulkan suasana ceria kepada khalayak yang mula tertanya-tanya bagaimanakah penyudah rawatan berkenaan.

Pengarah Main Teri, Wan Omar Wan Ahamed atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS, berkata persembahan itu boleh dilakukan lebih daripada satu malam dan ia bergantung kepada jiwa dalaman pesakit dalam memberi tindak balas untuk bangun dan bergerak mengikut alunan muzik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 09:43 PM | Show all posts
Sajer je copied n pasted...  buat arkib
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 10:13 PM | Show all posts
Tok Puteri @ Tok Teri biasanya akan  berada dalam keadaan di bawah sedar ataupun dipanggil "lupa", apabila sedang melakukan acara ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2008 08:50 AM | Show all posts
Interesting. Pertengahan tahun lepas saya berpeluang melihat orang buat wayang kulit dicampur Main Petri berjamu di Kelantan 5 km dari sempadan Siam. Upacara berjalan 3 malam, main sampai ke pagi. Anak2 kami tidur dalam kereta. Subuh baru balik ke hotel. Letih betul.

Tapi menarik dan rasa pelik sebab zaman sekarang  pun orang masih amalkan perkara ini. Saya pun tumpang sekaki gentel tepung beras buat bentuk ikan dll untuk diletakkan di atas anchak. Sesaja ler tolong sebab nak sembang dengan perempuan2 yg sibuk menggentel tu.
Ditakdirkan, tok dalang/tok Teri(dia pengamal kedua2 perkara ini) yg. berjamu tadi ni meninggal seminggu selepas upacara itu. Seram o...sewaktu dia jamu, tepuk telor ayam ke mulut patung2 tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.385705 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list