CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3471|Reply: 13

Bagaimana Teknik Menghafaz Yang Berkesan

[Copy link]
Post time 2-12-2007 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum,

Bagaimankah kaedah atau teknik yang paling sesuai untuk orang yang tak memahami bahasa arab untuk menghafaz beberapa surah Al-Quran.  Maksudnya bagi yang ingin menghafaz sendiri dirumah bersekali dengan memahami terjemahan ayat-ayat, atau kaedah untuk memahami perkatan-perkatan arab dalam Al-Quran.  Apakah teknik atau cara-cara yang paling mudah serta waktu yang sesuai untuk amali hafazan.

Kalau boleh dikongsi bersama kaedah yang terbaik, menjimatkan masa dan berkesan.

Terima kasih.  Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2007 11:46 AM | Show all posts
bagi saya kalau nak menghafaz Quran kita kena faham sedikit sebanyak bahasa arab
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 2-12-2007 11:21 AM
Assalammualaikum,

Bagaimankah kaedah atau teknik yang paling sesuai untuk orang yang tak memahami bahasa arab untuk menghafaz beberapa surah Al-Quran.  Maksudnya bagi yang ingin menghafaz send ...

pada saya, baca surah2 yg ingin dihafaz berulang2 kali.. insyaAllah, sedikit sebanyak kita akan mudah ingat sebab dah biasa sebut.. memahami bahasa arab hanyalah satu bonus untuk mudah menghafaz.. kalau nak lebih mudah.. hafal satu2 ayat sampai lancar.. pastru baru beralih ke ayat seterusnya..

cubalah, insyaAllah berkesan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 01:01 PM | Show all posts
pd sy..
bace surah yg nk hafaz tu at least once a day in at least a week..bg bacaan n tajwid sempurna br start menghafaz..
dgn amalan sll bc tue insyaAllah mudah dah lps tu nk hafaz..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 11:44 PM | Show all posts

Reply #1 kupia's post

cara yang In buat dulu...


1 - membaca selalu ayat/surah yg nkdihafal tu dgn menggunakan quran terjemahan

2 - masa drive psg mp3 surah bkenaan

secara tak langsung surah2 yg sering kita main/bacakan terserat diminda
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 01:02 PM | Show all posts
pernah dengar orang kata
lancarkan bacaan setiap ayat sebanyak 60 kali dan hafal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2007 01:58 PM | Show all posts
Saya juga agak sukar nak menghafal ayat-ayat alquran, terutama yang agak panjang sedikit.

Baru-baru ini ada seorang guru yang mengajar tafsir alquran memberitahu, dia kata disamping menghafal dengan cara membaca banyak kali, cuba baca surah yang nak dihafal tu setiap kali nak tidur diwaktu malam.  InsyaAllah katanya kita akan cepat ingat.

Sekarang sedang mencuba cara ni.  Belum nampak hasil lagi

[ Last edited by  haniman at 3-12-2007 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 03:05 PM | Show all posts
satu cara yg aku guna utk menghafaz ialah dgn membaca surah / ayat yg hendak kita hafaz berulang kali sehingga lancar dan fasih.. kemudian hafaz dan amalkan membaca ketika solat.. setiap ayat / surah yg dihafaz mesti diulang selalu kerana al-quran akan merajuk jika tidak diulang oleh penghafaz. maksud merajuk di sini, kita akan mudah lupa. aku dah pernah alami. 2 hari tak ulang hafazan, segala hafazan jadi mcm samar-samar je dlm ingatan.. jadi utk kekalkan hafazan, aku akan ulang hafazan secara muratal setiap lps subuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #1 kupia's post

kalau aku, aku buat sikit-sikit. Katakanlah aku nak hafal ayat surah al-an'aam ayat 103, aku akan rumikan dia macamni:

La tudrikuhul abshoru wahuwa yubrikul abshoro wahuwal latiful khabir.

Pastu aku taip dalam handphone dan simpan beserta dengan terjemahan. Bila aku lupa, aku akan rujuk balik dalam handphone.Lama-lama ingatlah, automatik ko akan ingat beserta terjemahan sekali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2007 05:32 PM | Show all posts
Terima kasih, kebanyakan tips yang diberi semua boleh dicuba.  Tengok individu jugakla ya cara yang paling sesuai untuk diri sendiri.

Aku rasa teknik cara mengulang-ulang satu satu ayat banyak kali yang paling berkesan, ada yang kata ulang baca sampai 30, 100 kali sampai 500 kali pun tak apa. Untuk tajwid dan lagu yang sesuai elok kena dengar CD dia ulang2 kali.

Ada juga yang kata pecah pecahkan satu ayat panjang tu jadi 2 atau 3 bahagian senang nak mengingat.  Pecahkan satu satu surah tu jadi beberapa bahagian untuk tujuan mengingat, atau pecahkan satu muka surat tu jadi beberapa bahagian.

banyak nak kena jaga, sebutan huruf tebal ke tipisnya, tajwidnya hukum-hukum hurufnya.  Dlulu-dulu kat masjid negara ada kuliah mengaji untuk orang dewasa sekarang ni tak taulah masjid mana yang ada?  Jadi kena guna masa dan cara sendiri di rumah.

Anyway terima kasih pada semua...  mungkin ada lagi tip yang lebih bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 06:06 PM | Show all posts
Saya baru jumpa teknik ini, alhamdulillah berkesan contohnya surah Al-Mulk, buka dahulu quran terjemahan bahasa melayu, fahamkan terjemahannya dan lekatkan dalam kepala contoh ayat 1:

1- Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

2- Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

3. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

4. Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

....sehingga ayat 15.

Step 1: Ikuti jalan ceritanya dengan menghayati maknanya secara lengkap dalam satu bab(satu ain), apakah isi cerita dalam bab tersebut secara rangka yang besar. Apabila kita terdengar sahaja surah Al-Mulk, kita akan terbayang tentang "pemerintahan", yakni Allah adalah pemerintah tunggal bagi sekalian alam. Itu secara rangka kasar.

Step kedua: Kita ambil beberapa ayat dan cari kuci kata ingatan:
Dalam ayat pertama kuncikata "Mulk" yakni pemerintahan.
Dalam ayat kedua, isi ayat "mati dan hidup untuk menguji siapa yang lebih baik" kuncikata "mauta wal hayata" maknanya "hidup dan mati".
Dalam ayat ketiga, "langit dan bumi", "perhatikan". Dalam bahasa arab "sama wa tiwal ard" yakni langit dan bumi.
alam ayat 4, "perhatikan sekali lagi". Dalam bahasa arab "basara" yakni "pandangan"
Step 3: lancarkan bacaan kemudian cuba fahamkan makna setiap ayat, sambil menghafal.

Contoh dibawah: Tulisan merah adalah kunci ingatan.

Dalam ayat 1 tadi kita ingat satu perkataan atau ceritanya yaitu "Tuhan yanguasai pemerintahan"
Dalam ayat kedua: "Menjadikan hidup dan mati, untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalnya"
Dalam ayat ketiga: "tujuh petala langit yang berlapis-lapis"...."dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"
Dalam ayat ke empat: " Pandang sekali lagi"
Dalam ayat kelima: "bintang-bintang yang menjadi alat pelempar syaitan-syaitan"


Begitulah seterusnya, dengan ini apabila kita faham ayat demi ayat atau, kita tahu juga maknanya dan cerita dalam ayat tersebut. Selepas itu bolehlah kita hafal dalam bahasa arab, dengan ini sambil anda baca kita tahu apa makna ayat tersebut. dengan ini insyaallah, cepat lekat dalam ingatan, kalau surah Al-Mulk kita boleh hafal ayat 1-15 dalam satu malam sahaja.


Selamat mencuba..








Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 12:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua, di sini aku sertakan teknik menghafal yang aku ambil dari web tahun lepas. sama2 amalkannya......

Sebelum menghafal

  • Mempunyai  azam dan minat untuk menghafal
  • Memilih  waktu yang sesuai untuk menghafal
  • Memilih  tempat yang sesuai untuk menghafal
  • Berada dalam  keadaan tenang
  • Kosongkan  fikiran sebelum menghafal
  • Pilih sebuah  jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain
  • Beristighfar,  membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal
  • Membaca ayat  164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
Teknik Menghafal  

A. Teknik "Chunking"
  

  • Memisah-misahkan  sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut  arahan guru.
  • Memisah-misahkan  selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
  • Memisah-misahkan  surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
  • Memisah-misahkan  juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan  sebagainya.
  • Memisah-misahkan  Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
  

  • Membaca  sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
  • Membaca ayat  yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke  ayat seterusnya.
  • Selepas  menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum  diteruskan bahagian yang kedua.
  • Selepas  menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
  • Sebelum  menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang  sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat  (Digunakan dalam kebayakkan sekolah tahfiz)

  • Menumpukan  penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
  • Pejamkan  mata dan cuba  melihatnya dengan minda.
  • Sekiranya  masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
  • Ulanglah  sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang  Teman  1.

  • Pilih  seorang teman yang sama minat.
  • Orang yang  pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
  • Orang yang  kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
  • Saling  menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset  

  • Pilih  seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi  surah-surah tertentu.
  • Sebelum mula  menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
  • Amati cara,  lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
  • Mula  menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
  • Sentiasa  mendengarkaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran  lagukerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara  
  • Rakamkan  bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan  hafalan yang betul.
  • Bagi  kanak-kanak,rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti olehbacaan  kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengarkembali rakaman  tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis  1.
  • Tulis  kembali mukasurat yang telah dihafal.
  • Kemudian  semak semula dengan mashaf.
  • Menulis  setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau  setiap surah dalam satu helai kertas.
  H. Teknik "Pointers" dan  "Keyword"  1.
  • Buat  beberapa kotak.
  • Setiap kotak  merupakan satu mukasurat.
  • Catit dalam  kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat  tersebut.
  • Merenung dan  membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
  I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur  
  • Membaca atau  menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
  • Semasa  melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan  posisi-nya di minda kita.
  • Dengar  kembalidari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuaisehingga  ayat yang telah dihafal. Cuba  bayangkan ayat-ayat yangdidengar dari kaset di minda kita.
  J. Teknik "Mindmaping"  
  • Bagi setiap  Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu'  tersebut dicabangnya.
  • Bagi setiap  surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
  • Bagi setiap  10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
  Mengekalkan Hafalan

  • Jauhi  maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
  • Banyak  berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika  belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
  • Kerjakan  solat hajat kepada Allah.
  • Kerjakan  solat Taqwiyatul hifz @ solat hifzi.
  • Menetapkan  kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan  sebagainya.
  • Membaca pada  waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
  • Jangan  membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
  • Menulis  setiap ayat yang mutashabih.


[ Last edited by  Yo-Ya at 4-12-2007 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2007 12:18 PM | Show all posts
Mak ai yo-ya panjangnya tapi tak apa boleh follow. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 12:44 PM | Show all posts
saya dah edit...senang sikit baca..... pilih kaedah yang mana paling serasi dengan saudara dan amlkan...insyaAllah. Kena ada keazaman yang tinggi........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.083494 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list