CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19070|Reply: 45

Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 6-4-2005 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Bercakap tentang Hulu Terengganu tidak sah kalau tidak disebut Tasik Kenyir. Tasik Kenyir merupakan empangan buatan manusia yang digunakan untuk menjana kausa elektrik. Ia mempunyai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan seluas 171,199 hektar.

Tasik Kenyir terletak dikawasan Barat daerah Hulu Terengganu iaitu 55KM dari Bandar Kuala Terengganu(melalui Jalan Sungai Tong) dan 30KM dari Pekan Kuala Berang. Pembinaan projek raksasa TNB ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan bermula dari tahun 1976 hingga 1985.

Kawasan Tasik Kenyir mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya adalah kemuncak bukit yang ditenggelami air. Keindahan ini lebih memukau dengan terjumpanya 14 air terjun disekitar kawasan tasik yang sesuai untuk mandi manda dan berkelah dihujung minggu. Diantara air terjun yang popular ialah Air Terjun Lasir, Aor Terjun Saok, Air Terjun Tembat, dan Air Terjun Pertam.

Kawasan Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi memancing utama di Malaysia. Pelbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya banyak terdapat dalam tasik ini. Diantaranya ialah ikan toman, sebarau, kaloi, kelah, lampamdan kelisa. Diantara kawasan memancing yang popular di Tasik Kenyir ialah disekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terenggan.
  
Pelbagai spesis flora dan fauna didapati hidup subur di Tasik Kenyir. Bagi pencinta alam tasik ini merupakan syurga buat mereka kerana ia merupakan safari alam semula jadi bagi pembiakan serangga, burung dan binatang liar. Gunung Gagau yang nerupakan puncak tertinggi di Tasik Kenyir amat sesuai untuk peminat sukan mendaki gunung. Gua Bewah dan Gua Taat pula merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah dari Muzium Negeri telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak.

Buat masa ini terdapat 11 pengusaha yang menyediakan kemudahan tempat penginapan dan kemudahan rekreasi sebagai satu pakej untuk para pelancong. Disamping itu terdapat juga satu tempat penginapan yang agak istimewa di Pulau Sah Besar yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri (Chalet Persekutuan). Bagi mereka yang suka kepada penginapan yang agak mewah bolehlah menginap di Tasik Kenyir Golf Resort yang terletak di Pengkalan Gawi.


[ Last edited by  chumpon at 2-12-2006 08:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2005 01:26 PM | Show all posts
Chumpon.. ni gambor2 pemandangan tasik kenyir yg aku gi.. dlm gambo tu semua bukan aku ler. aku ni the photographer..

Ni gambor waterfall yg kami dok mandi manda.. jauh gak nak gi waterfall nie.. dah tu byk pijat.. adoiitttttt


ni gambar tempat chalet yg we stay at... hehehehe.. we stayed at the floating one.. sambil tunggu mata lelap.. kami dok pancing ikan dari tingkap bilik kami.. hehheheeee.. yg satu lagi tu choice.. kalau tak mo tinggal kat floating nyer. leh tinggal kat atas land..tapi best yg kat floating.. to me laaaaa



ni gambor kawan gue.. joyce.. ni gambar pagi buta .. masa baru matahari naik... minah ni lum mandi lagi masa aku snap gambo dia nie.. heheheeheh


ok.. ni gambo aku... explore the land belakang the chalet kat darat tu.. belakang tu pemandangan tasik kenyir... nanti kalau ada masa gue tepek gambo pokok2 yg dlm air (entah apa ke nama pokok2 tu) sepanjang perjalanan kami nak gi ke chalet kami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 10:21 AM | Show all posts
Aku penah gak pegi Tasik Kenyir lama dulu, taun 2001 kalo tak silap.. duduk kat Tasik Kenyir Golf Resort.. best giler resort ni, nak masuk dlm from the lobby kena naik buggy gitu.. the chalets are superb, mengadap tasik kenyir.. tapi time tu kamera digital tak dak lagi so payah la aku nak tepek gambo.. malas nak scan la wehh.. nak mengorek album lagi 1 hal.. one of the days tu we all pegi melawat sekitar tasik & mandi kat air terjun nama apa tah, dah lupa.. ada pegi melawat kelong ikan sekali.. ishh byknya ikan.. geramnya rasa nak tangkap.. pemandangan pokok2 mati kat tasik tu memang cantik.. sapa2 tak penah pegi aku suggest korang pegi la.. sure tak menyesal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 03:14 PM | Show all posts
yep! saya pun dah pegi kat Tasik Kenyir in June 2000.

makan lauk ikan patin! sedap.....
Reply

Use magic Report

norm This user has been deleted
Post time 13-4-2005 10:04 AM | Show all posts
hmmm aku penah sampai tasik kenyir pd thn 1999 yg lepas . Dari jeti kenyir tu,  kita org naik bot selama 2 jam masuk kedalam utk sampai ke Sg Cacing.. pas tu bot man tu tinggalkan kita org kat saner dgn sebijik bot fiber ngan enjin sangkut utk kegunaan selama 3 hari.. pg fishing sbnrnya. isyyy best giler tpt tu, tak kacau langsung.. dapat pulak ikan kelah beberapa ekor .. pehhhh sedap betul. Apapon pengalaman paling best kat situ ialah bila sekawan gajah tutun ke tasik utk minum air ... kita org bila dgr jer bunyi gajah, abis semua bertempiaran lari termasuk yg tgh pakai towel jer ... rupa2nya gajah tu jarak lebih kurang 100m dari kita org...bunyi mcm dekat jer..... best ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 08:02 PM | Show all posts
my pleasure Pon..
aku lum scan lagi gambo pokok2 kat tasik tu. kalau aku ingat malam ni aku belek laaaa album2 buruk aku tu.. hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2005 05:17 PM | Show all posts




Lebuh raya merentasi Tasik Kenyir     --- terus ke Gua Musang - Cameron khabarnya...tp blum siap spnuhnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2005 06:54 PM | Show all posts
woo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2005 04:52 PM | Show all posts
Minat juga nak bercuti ke Tasik Kenyir nie...tapi terbantut lak bila aku nengok gambar2 yg engkorang scan tu...aku ngeri nengok hutan belantara kat belakang chalet tu...sure banyak binatang buas n serangga bagai, dah tu ada sekawan gajah lagii....ee takut aku!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 12:08 AM | Show all posts
syok kenangan kat tasik kenyir....segar & nyaman jer udara kat sana...rasa tak nak balik terasa bertapa tercemarnye kl ni bila dapat hirup udar segar kat tasik kenyir....paling best naik bot ronda satu tasik...singgah kat tempat ternak ikan...mmg nyaman segar & damai jer kat sana....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 02:39 PM | Show all posts
mahal tak chalet kat sana
mmg saya teringin sgt nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 12:21 AM | Show all posts
masa saya gi tu dalam 200++ gak la satu chalet tu...tp mmg cantik sgt mengadap ke tasik tu...dr veranda chalet tu nampak tasik...sejuk sungguh mata memandang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2005 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by azza1 at 9-8-2005 02:39 PM
mahal tak chalet kat sana
mmg saya teringin sgt nak pegi

chalet... tak pasti harganya... dlm 300 ++ kot

boleh klik sini  utk info
             ping achorage
             Kenyir lake Golf Resort

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2005 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by alovera at 5-8-2005 04:52 PM
Minat juga nak bercuti ke Tasik Kenyir nie...tapi terbantut lak bila aku nengok gambar2 yg engkorang scan tu...aku ngeri nengok hutan belantara kat belakang chalet tu...sure banyak binatang buas n  ...


ni kawasan kat tengah tasik tu...
kalau kat kenyir golf resort tu...mmg cool...nyaman jer... tak per tak payah naik bot... masih lagi kat tanah darat nin...keluar kereta masuk pintu resort ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 01:11 AM | Show all posts

Tasik Kenyir

Saya pergi tasik kenyir ni tahun 90an dulu.... menginap di Tasik Kenyir Golf Resort.... Best kat sini... pemandangan pun boleh tahan... banyak aktiviti boleh dilakukan di sini dari yang tak lasak hingga ke yang lasak... tapi semuanya mesra alam.... terasa macam duduk kat dalam hutan... tak de kereta... tak ada suasana bising... yang ada bunyi burung, cengkerik dan binatang2 kecil yang lain... Peluang di sini kami ambil dengan melihat air terjun yang terdapat disekeliling tasik ini dan memancing ikan... Dengarnya banyak ikan toman di sini... tapi masa kami memancing... tak sorangpun antara kami yang dapat menangkap ikan walaupun seekor.... peliknya banyak lubuk kami pergi.... semuanya tak dapat ikan... Balik ke resort kononnya nak mandi... aikkk air pulak tak de... masa tu rasa macam begang aje.... itu le percutian yang best dalam bengangggg....:agr:;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 12:00 PM | Show all posts
Keunikan pulau herba di Tasik Kenyir
Oleh Zulkofli Jamaludin dan Nurhayati Abllah


TASIK Kenyir di Hulu Terengganu bukan saja menawarkan percutian, tetapi gedung ilmu untuk menimba pengetahuan mengenai khazanah semula jadi serta keindahan flora dan fauna, termasuk herba yang kini terkenal dalam dunia perubatan.


KENYIR Lakeview Resort menyediakan kemudahan tempat tinggal
selesa kepada pengunjung.

Percutian pasti lebih bermakna sekiranya pengunjung turut mengenali dan menikmati rasa Cekur Manis, Mas Secotek, Kunyit, Gajah Taip, Hujan Panas dan Kacip Fatimah iaitu antara ribuan spesies tumbuhan herba yang diakui khasiatnya.

Walaupun mendapat saingan daripada perubatan moden, tumbuhan hutan itu tetap memiliki keistimewaan tersendiri yang sukar digugat terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Bagi menimba pengetahuan mengenai khasiat herba itu, pengunjung boleh bercuti di Tasik Kenyir yang mempunyai keunikan sendiri dan berkunjung ke pulau herba iaitu Pulau Sah Kecil.


ANTARA spesies tumbuhan
herba yang ditanam
di Pulau Sah Kecil.

Pelancong boleh bermalam di Kenyir Lakeview Resort (Lakeview) dan melawat pulau berkenaan yang kini dilihat sebagai pelengkap kepada lawatan pengunjung ke tasik terbesar buatan manusia itu.

Dengan keluasan kira-kira 15.84 hektar, Pulau Sah Kecil menempatkan kira-kira 106 spesies tumbuhan herba daripada lebih 25,500 jenis pokok. Tinjauan ke pulau itu baru-baru ini, mendapati tumbuhan itu dijaga dengan rapi, termasuk disediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas dan bilik penerangan untuk kemudahan pengunjung.

Kawasan yang dibuka sejak 2000 lalu, dijaga sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan dijadikan satu daripada destinasi pelancongan di Tasik Kenyir.

Pembantu Pertanian Taman Herba, Mat Jusoh Mat Amin, 44, berkata selain daripada mengekalkan tumbuhan herba itu, taman itu dikomersialkan untuk sektor pelancongan.

Katanya, masyarakat Melayu begitu berpegang kuat dengan pantang larang dan mementingkan kesihatan badan melalui rawatan berasaskan tumbuhan semula jadi.

"Mereka tidak berasa was-was menggunakan produk berasaskan tumbuhan tradisional kerana insya-Allah ia memberikan kesan mujarab untuk menyembuhkan penyakit jika individu mengambilnya dengan sukatan yang betul.

"Tetapi, perubahan zaman menyebabkan segelintir masyarakat mengambil kesempatan mengeksploitasi tumbuhan itu untuk melariskan produk jualan mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


PINTU gerbang ke Taman
Herba Pulau Sah Kecil
menggamit kedatangan pengunjung.

Beliau berkata, selain bebas daripada pencemaran, pengunjung turut berpeluang melihat sendiri tumbuhan termasuk diberikan penerangan terperinci mengenai khasiat serta habitat tumbuhan berkenaan.

Selain itu, apa yang lebih istimewa, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri air rebusan Tongkat Ali dan Mas Cotek yang disediakan secara tradisional menggunakan periuk tanah di pondok herba yang ditempatkan di kawasan itu.

Mat Jusoh berkata, pengunjung berpeluang mendapatkan akar kayu yang sudah diracik halus dan dibungkus untuk dibawa pulang.

"Bagi pengunjung yang berminat, mereka juga boleh membeli anak benih tumbuhan herba itu untuk ditanam di rumah masing-masing," katanya.

Bagi pengunjung yang ingin ke pulau herba itu, mereka boleh menginap di Lakeview yang menyediakan 130 chalet jenis deluxe, 12 bilik standard, tujuh suite eksekutif yang dibina di celah pokok supaya pengunjung dapat menikmati suasana redup dan nyaman.

Setiap bilik penginapan pula dilengkapi balkoni untuk membolehkan pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan semula jadi dan menghirup udara segar dari tasik buatan manusia itu.

Pengurus Residen Lakeview, Kong Tet Foh, berkata pihaknya menyediakan kemudahan spa bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pusat peranginan itu yang menjanjikan suasana tenang dan damai sekali gus memastikan keselesaan pengunjung sepanjang percutian.

"Selain spa di sebuah suite perdana yang diubahsuai, kita merancang menawarkan kemudahan spa di sebuah pulau khas bagi membolehkan pelanggan menikmati keindahan semula jadi," katanya.

Kong berkata, pengunjung Lakeview berpeluang melihat keindahan senibina bangunan yang dibuat daripada kayu cengal dan hampir keseluruhan bangunan menyisipkan binaan yang ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Terengganu, misalnya pembentukan bumbung diilhamkan daripada reka bentuk bahagian hadapan perahu panjang.

"Disebabkan seni ukiran cukup sinonim dengan kehidupan masyarakat itu, kepingan kayu berukir menjadi sebahagian hiasan di ruang legar utama bagi menyemarakkan ciri tradisionalnya.

"Penggunaan kayu juga tidak terhad kepada pembangunan semata-mata, tetapi diperluaskan sehingga kepada perabot di chalet.

"Reka bentuk dalaman chalet pula sederhana, tetapi menyerlah menerusi penggunaan perabot kayu dan kepingan berukir yang dilapisi cermin hijau di ambang pintu," katanya.

Fakta: Pulau Sah Kecil


Antara tumbuhan herba yang terdapat di pulau itu:

- Serada
- Gajah Taip
- Tujuh Duri
- Sawat Memberang
- Hujan Panas
- Cekor
- Jagus


Tumbuhan hidup:

- Tongkat Ali
- Misai Ali
- Janggut Ali
- Lapik Sanggul
- Kacip Fatimah
- Emas Secotek
- Jengal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2006 01:04 PM | Show all posts
Aku biasa ke Tasik Kenyir...tido dalam bot best sesangat...memancing ikan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 31-7-2005 05:17 PM



Gorgonz..
I think we went to the same place..
best kan tempat nie..
dari tingkap bilik pun dah leh memancing.. hehehehee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 02:21 PM | Show all posts
I've been to tasik kenyir last May 2006. ada kursus ala2 BTN. campsite atas pulau Gawi, but pegi tracking atas pulau Saok.yg pegi pulau Saok tu yg start trouble.hampir2 mati.really man, my whole life flashed before my eyes.
we went up to the Saok waterfall. aku n several of my other frens terpisah n sesat time tracking.( ntah kt mana la silapnye)yg x sesat ikut jln darat.yg sesat cam aku ni 'terikut' jln susur sungai. it was raining quite heavily.alih2 aku dengar ada org teriak "AIR!AIR!NAIK!NAIK!NAIK!' rupanye ada 'KEPALA AIR' tgh rushing down towards us, carrying with it kayu balak and all the whatnots. Sebijik mcm TSUNAMI!aku n yg lain2 bergayut kt akar kayu, tp bebudak yg dah ada atas tebing paksa kami lari mcm tak cukup tanah n deme yg heret kiteorang naik tebing.kaki aku sikit lagi nk kena sambar ngan arus kuat tahap dewa.bile aku tgk balik ke sungai...dah takde rupa sungai dh.td airnye cam biasa je...tetiba..mcm aku cakap "tsunami".

nasib baik aku idup lagi.
but that experience was damned priceless.eheh..

[ Last edited by  dracorlord at 10-7-2006 02:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 01:54 PM | Show all posts

All About Terengganu

Originally posted by mie_die at 25-7-2006 10:26 AM
ader satu hotel dkt ngan hospital besar KT..tapi lupa arr nama hotel tuh..kalu dari hospital tuh lebih kurang 500 meter jer..hotel ni kecik jer..tapi condition dia ok..ader swimming pool..but not r ...



Hotel tu namanya Primula, kalau kat marang boleh stay kat Sri Malaysia.. tapi Marang ke KT pun dekat je, stay hotel yang sama pun boleh..

[ Last edited by  periwinkle.. at 8-9-2006 12:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.100902 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list