CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chumpon

Tasik Kenyir

[Copy link]
 Author| Post time 2-12-2007 10:30 PM | Show all posts
Split.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 02:01 PM | Show all posts
aku org trg.. laa ni duk kat kl ..aku pernah gi dlm thn 2000(co. trip tunang aku).. besttt woooo seronok memang bleh cari ketenangan... one day bila anak2 aku dah besar skit nak wabak dia org skali gi ..... cantik ... pastu siapa nak kedamaian bleh lah pie ke sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 09:02 PM | Show all posts
Dun teringin sangat nak pergi tapi masih belum berkesempatan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 09:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 12:43 PM | Show all posts
kat sini beh tak korang?
http://www.lakekenyir.com/
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 08:48 AM | Show all posts
Tenggelam di dasar tasik
Pokok mati yang tegak berdiri di tengah-tengah Tasik Kenyir mencetuskan keindahan yang dianggap misteri sejak 30 tahun lalu.


PEMANDANGAN pokok mati membentuk karakter Tasik Kenyir yang unik.

Kalau anda rajin membuka mana-mana album atau laman web yang menyelit kisah kembara di tasik buatan terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir di Terengganu, pokok-pokok mati yang tenggelam menjadi elemen utama menghiasi gambar yang dirakam.

"Susah nak cari pokok mati di tempat lain. Ia sudah menjadi identiti Tasik Kenyir," mungkin merupakan jawapan lazim pengunjung untuk soalan tentang rakaman foto pokok mati setiap kali berkunjung ke sini.

Bagaimanapun dari sudut pandangan jurugambar profesional, tasik yang terbentuk hasil pembinaan Empangan Sultan Mahmud ini menawarkan kelebihan yang berbeza.

"Pokok mati memberi lapisan pada sekeping gambar. Dengan pencahayaan daripada matahari sebagai latar, kewujudan pokok mati dapat memberi lebih karakter.


TASIK Kenyir juga kaya dengan spesies fauna.

"Disebabkan itu kebanyakan jurugambar akan menunggu 'detik emas' iaitu semasa langit berubah warna kepada jingga, terutamanya pada waktu matahari terbenam atau terbit, untuk mengambil gambar ini," ujar Presiden Kelab Komuniti Digital Fotopages Malaysia (FMDC), Abd. Rashid Md Yusop.

Abd. Rashid berkunjung ke tasik itu baru-baru ini bersama 12 lagi ahli FMDC. Menurut jurutera bio ini, pokok mati di situ berbeza berbanding yang sering ditemui di muara sungai.

"Di Tasik Kenyir pemandangan pokok matinya masih dilatari elemen air sedangkan di muara sungai, bahagian belakangnya rapat dengan tumbuhan hidup.

"Lebih menarik jika di puncak pokok mati itu ada burung hinggap atau di antaranya ada bot laju melintas. Suntikan unsur kemanusiaan seperti itu dapat memberi kelainan dan lebih nilai," kata Abd. Rashid.

Malah untuk mendapatkan gambar yang terbaik, mereka akan mendapatkan bacaan awal cuaca sebelum ke situ.
Tasik Kenyir yang dibina antara tahun 1978 dan 1985 sememangnya sangat besar.

RUMAH bot bagaikan bersatu dengan alam terutama semasa ia melintasi sekelompok pokok mati.

Sebanyak 340 buah pulau terbentuk selepas empangan ini dipenuhi 23 juta meter padu air, meliputi kawasan seluas 38,000 hektar.

Terdapat 30 batang anak sungai yang mengalir ke dalamnya, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 spesies ikan yang terkenal. Itulah sebabnya tasik ini ibarat syurga bagi kaki pancing.

Selain ikan, Tasik Kenyir juga dikelilingi hutan tropika dengan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan-tumbuhan dan 300 spesies kulat. Ini ditambah pula dengan kehadiran 800 spesies rama-rama berwarna-warni, 370 spesies orkid, 1,000 spesies burung dan 200 spesies haiwan lain.

Namun di sebalik semua itu, pokok mati kekal sebagai satu keindahan misteri Tasik Kenyir. Jika disaksikan ketika remang senja atau dalam samar cahaya bulan pada waktu malam, boleh meremang bulu tengkuk dibuatnya.

Pokok mati ini dapat ditemui di hampir 40 peratus kawasan tasik terutama di sepanjang sungai yang dalam.
Fenomena yang terjadi akibat air sungai yang naik melimpah ke kawasan hutan berikutan pembinaan empangan ini meninggalkan batang cengal, merbau, meranti serta beberapa spesies balak lain, berceracak tanpa daun, memberikan pemandangan yang unik dan tersendiri.


BURUNG-BURUNG bersarang di dahan yang telah kering.

Menurut sumber, ketinggian pokok mati ini ialah antara 60 hingga 80 meter, manakala kawasan paling dalam di tasik ini boleh mencecah 145 meter. Ini bermakna terdapat banyak lagi balak mati yang ada di bawah permukaan air.

Selain menyimpan unsur seni, pokok mati turut memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem alam semula jadi.

Kewujudannya menjadi tempat pembiakan terbaik untuk ikan kerana alga yang tumbuh pada batang dan dahan-dahannya berguna sebagai sumber makanan ikan.

Malah hasil kajian dan pemerhatian Jabatan Perikanan menemui spesies ikan seperti lampam sungai, lalang, parang, kawang, terbul dan sebarau yang 'bersarang' di sekitar kawasan pokok mati tersebut.

Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Mukhtar Che Ali, bagaimanapun memberitahu bilangan pokok mati di Tasik Kenyir semakin berkurangan.

"Aktiviti pembalakan air mula dibenarkan pada penghujung tahun lepas. Disebabkan itu orang ramai akan mendapati pokok mati semakin berkurangan di sini.
"Tetapi langkah ini hanyalah satu alternatif untuk mengurangkan masalah pokok mati yang tumbang dan tunggul tidak bernilai," jelasnya.

KALAU ingin memancing, cubalah lemparkan mata kail di lubuk ikan berhampiran tunggul kayu.

Beliau menambah, langkah pembersihan pokok-pokok mati yang sudah tumbang dan hanyut yang diambil sebelum ini ialah dengan melupuskannya melalui pembakaran atau menghanyutkannya ke tebing tasik dan dibiarkan mereput secara semula jadi.

Disebabkan kawasan tadahan air seluas kira-kira 260 kilometer persegi ini menjadi tumpuan pelancong hampir sepanjang tahun, maka laluan airnya perlu dipastikan selamat, sama ada semasa air pasang mahupun surut.

"Langkah ini perlu untuk memastikan laluan air utama di sini tidak membahayakan bot yang lalu-lalang," ujar Mukhtar.

Untuk menebang perdu pokok yang berada jauh di dalam air ini, peralatan pembalakan robotik berteknologi tinggi dari Kanada dijangka digunakan. Alat itu dikatakan berkesan serta mesra alam.

"Menggunakan alat ini, pokok mati dapat ditebang dan dihanyutkan menggunakan teknik khas tanpa merosakkan alam sekitar.

"Pembalakan robotik, yang menyamai pembalakan air ini menggunakan kamera sonar dan bawah air untuk mengenal pasti pokok-pokok mati.

"Gambar yang dirakam kemudiannya dipaparkan pada sebuah skrin melalui sistem satelit untuk diputuskan pokok yang akan ditebang tanpa menyebabkan sebarang kerosakan terhadap pokok mati yang lain," kata sumber kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2008 12:31 AM | Show all posts
good reporting..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:58 PM | Show all posts

Reply #27 halimunSER's post

thanks  mate!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 07:59 PM | Show all posts
Tasik 340 pulau
Oleh Alias Mohamed




TASIK Kenyir selain menjadi kawasan tadahan air utama di Semenanjung, kian popular sebagai lokasi pelancongan an tarabangsa.

TASIK Kenyir selain menjadi kawasan tadahan air utama di Semenanjung, kian popular sebagai lokasi pelancongan an tarabangsa.

Namanya semakin kukuh sejajar dengan penganjuran pel bagai acara sukan lasak dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2008.

Banjaran pergunungan dan lebih 340 pulau yang 憌ujud
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 12:21 PM | Show all posts
selain dari drive ke sana....ada cara lain lagi tak...
naik flight ke...tapi kalau naik flight agak2 berapa ek?  ada sesapa yg tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #30 Arwen's post

arwen...kalau naik flight pun rasa turun KT, pas tu kena drive gak nk ke TK ni..tempat ni kt Hulu T'ganu....agak jauh jugak perjalanan....

aku sampai tempat ni dh lama....pas balik camping dr Pulau Kapas rasanya...singgah TK ngan Sekayu....2 tempat ni kira dekat2 la..
tempat ni mmg best kpd sapa yg suka nature.

dan baru2 ni Panorama ada tunjuk pasal TK ni....eee....mmmg best la...main2 ngan ikan kelah yg jinak tu..bole pegang2..usap2.. tgk ikan tu cam nak masuk baju ANita tu je...

dan ikan kelah ni rega dia mak aiii.....1 kilo RM1000 ..terkejut haku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 24-7-2008 12:47 PM
arwen...kalau naik flight pun rasa turun KT, pas tu kena drive gak nk ke TK ni..tempat ni kt Hulu T'ganu....agak jauh jugak perjalanan....

aku sampai tempat ni dh lama....pas balik camping dr  ...


thank mas...
yer....jauh ek...susah jugak kalau tak nak drive ke sana....
ingat kot ada executive coach ke apa ke.....
dah check dgn MAS tadi utk 3 orang ada la dlm RM1k ++ belum campur teksi lagi ek....perghhhhh
byk nak kena fikir lagi nih....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 11:09 AM | Show all posts
teringin nk main2 dgn ikan kt tasik kenyir cenggini...



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 20-8-2008 11:09 AM
teringin nk main2 dgn ikan kt tasik kenyir cenggini...



http://www.hmetro.com.my/Thursday/Santai/20080814114012/mainpix


mcm kat pulau la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 08:07 AM | Show all posts

Reply #34 sayang_papa's post

mcm, tp x sama....kt situ air tawar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 24-7-2008 12:21 PM
selain dari drive ke sana....ada cara lain lagi tak...
naik flight ke...tapi kalau naik flight agak2 berapa ek?  ada sesapa yg tau tak?



ada direct bas..Tasik Kenyir Ekspress..naik kat Hentian Putra then turun betul2 depan resort(if i'm not mistaken)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 11:01 PM | Show all posts
..honey pi tasik kenyir bulan julai 2008 aritu..wat produk update kat terengganu..kat kenyir duk kat Lake Kenyir Resort & Spa...mmg cantik sgt resort ni..bilik besar then dari balkoni leh nmpk tasik..

kat sana pi trekking..tgk kolam ternakan ikan kelah..actually bkn kolam sangkar tau..depa ternak dlm sungai..but amazing coz ikan2 ni xlari la plak..bkn ader sangkar@pnghalang pon..then lawat Herbal Island...mandi kat air terjun Lasir..best+sejuk sgt..

sper yg xpnah pi Tasik Kenyir...u should have an experience there...nti honey tepek pic...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 11:06 PM | Show all posts


Lake Kenyir Resort & Spa - superior room rm380++








view tasik dr balkoni..


swimming pool


lobby
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 11:07 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 05:53 PM | Show all posts
..honey pi tasik kenyir bulan julai 2008 aritu..wat produk update kat terengganu..kat kenyir duk kat ...
honey_madu2 Post at 18-12-2008 23:01



wah minatnya nak tengok ikan2 tu, dekat ke dengan resort?  

Saya bercadang nak ke tasik kenyir tak lama lagi.  Kalau duduk 2 hari satu malam, apa aktiviti/tempat yg wajib dilawati?  Yg saya selalu baca kat internet Air terjun Lasir dan memancing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.422221 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list