CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BingkaUbi

mainan tido atau satu peringatan?

[Copy link]
 Author| Post time 6-12-2007 05:47 PM | Show all posts

Reply #40 putratropika's post

oittt, aku bkn nak cari bini la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2007 05:49 PM | Show all posts
aku nak citer..........hari aku bukak thread ni, mlm tuh aku tido sejam jekkk....kul 4am aku tido, kul 5am aku dah sedar....so, x sempat la nak mimpi......pastu selasa malam rabu aku terus x tido langsung......malam tadi aku tido, sib la x mimpi lagi.......dan aku harap mlm ni pung aku x diganggu mimpi yg sama......
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 06:05 PM | Show all posts

Reply #41 BingkaUbi's post

kalau ko naklaaa...muka dia pun sweet jek...ala..jadik la pakcik aku ubi..aku tengok ko pun macam bagusss jek...boleh laaaa...nak..??nak..??naaaaaaaaakkk?? aku serious nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2007 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by putratropika at 6-12-2007 06:05 PM
kalau ko naklaaa...muka dia pun sweet jek...ala..jadik la pakcik aku ubi..aku tengok ko pun macam bagusss jek...boleh laaaa...nak..??nak..??naaaaaaaaakkk?? aku serious nih...






x pe la....mekasih yaaa
aku suker avatar ko tuhhh.......aku amik yekkkkk...aku bg ni kat ko....



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 11:14 PM | Show all posts

Reply #44 BingkaUbi's post

uik...!!!siap pakai towel yang tak tahan tuuuuuhhhhhh....!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2007 03:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2007 10:32 PM | Show all posts

Reply #46 BingkaUbi's post

amcam..?dah balik sediakala ker...?ada mimpi lagi..?anak2 sihat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2007 11:28 PM | Show all posts
memula aku baca thread ni...suspen. (pasal misteri mimpi si bingka nih)..pehtu sedey & kesian..  (pasal bingka baru kematian isteri).. tetiba.. jd lawak lak..(psal ada plakk yg nak menjodohkan bingka dgn makcik dia)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2007 01:23 AM | Show all posts
Bingka kata dalam forum ni pun ada banyak, pilih aja yang mana sesuai, bina masjid tak salah... tanya anak ko dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 01:55 PM | Show all posts
ader ker patut dari citer pasal late wife you sampai nak cari new wife for you.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 06:48 PM | Show all posts
thanks u all........aku????   next week aku update lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:40 AM | Show all posts
tafsir(?) mimpi ada dlm Islam.. rujuklah ulamak...
kadang2 mimpi tu dgr mcm bodoh, tp punya maksud yg mendalam.

sbagai contoh, ada seorang ulamak yg berulang bermimpi berbogel dalam kandang kuda(?).. dia pon hairan gile la. bila dia dengar je ada org pndai tafsir mimpi, dia pon suruh khadam dia g tanya. nk tanya sdiri malu. maka pergilah khadam ni. sudah tnye je, tukang tafsir tu suruh dia panggel org yg sebenar bermimpi tu. khadam tu chuak gile la. psl camne org tu bleh tau?? dia pon bgtau kt tuan dia. tuan dia suruh g lagi skali. jawapan dia still sama.. last2, ulamak td pon g la dkat tukang tafsir tu. rupa2nya, mimpi tu menandakan dia dh diangkat darjat di sisi Allah. ulamak tu pon tanya tukang tu. camne die bleh tau bkn khadam tu yg mimpi. maka tukang tafsir tu jawab, khadam tu fasiq, xkan bleh mimpi mcm tu.

wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:45 AM | Show all posts
Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :
1. Perkara yang dicita-cita pada siang harimaka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakittenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junubkerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yangzalim.

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yangmenggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannyakepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah iamengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itutidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:46 AM | Show all posts
Mimpi
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lenahingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunyamerupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Buktikebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

揝esungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akanmasuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:46 AM | Show all posts
Menarik Minat
Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaanyang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan mudamahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman.  Manusiakeseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucingdan sebagainya.  Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak,kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itujuga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umatmanusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu  juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaanmentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukangtakbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya.  Dan sejakitu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi merekaterutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar.  Setiap mimpiyang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi.  Keranaitu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraanyang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:46 AM | Show all posts
Campur Aduk
Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yangdicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkankegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai.  Oleh itu untukmenghindarkan manusia dari kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbirmimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yangmeramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuranBani Israil, tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalanitu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yangsimbolik.
Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengantamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam dizaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialahMuhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).
Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal,terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic)kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang solehsupaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahuiurusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi.Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu.  Menurut merekatugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-anganyang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau denganlain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapatdipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggangpelarian dari masalah-masalah hidup.  Mereka menolak mimpi mempunyai tugasmeramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan hubunganmimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpiitu adalah suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol danlambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidakbersifat standard dan universal.  Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itutelah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibatdieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerahkelompok dungu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2007 09:46 AM | Show all posts
Adab Selepas Mimpi
Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyaktempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis iniRasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi,iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allahswt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepadamereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akanbetul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkanmaka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkanmimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia.  Dan seterusnya janganpanjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyaikuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)

Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang burukitu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:47 AM | Show all posts
Mimpi Benar
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambilsebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu.  Adayang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membacasuratkhabar di ruang tamu.  Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedangberada di ruang tamu, membaca suratkhabar.  Mimpi sebegini digelar 'mimpisemasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in thecurrent time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku.  Initerjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan.  Keranaitulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil,atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yanglain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bilabermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat ataumakhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpitercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan.  Mimpi yang disebut dalamSurah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.
Mimpi Lagha
Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpilagha atau lalai.  Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelumtidur (Is_haque).  Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupundusta.  Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalahsalah satu daripada dua keadaan :
1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipuoleh syaitan.
2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiransendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkinakan bermimpi sedemikian (Is_haque).  Juga termasuk mainan syaitan.
Bimbingan
Inilah satu bimbingan yang amat praktis untuk menghindarkanmanusia dari diganggu oleh mimpi-mimpi yang menyusahkannya.  Apa yang perlukepada mereka ialah hadapi kenyataan hidup sehari-hari dan serahkan masa depanitu kepada Allah swt.  Jangan biarkan diri mereka dirunsingkan olehmimpi-mimpi karut atau dipermainkan oleh tukang-tukang takbir mimpi yang cubameraba-raba dalam alam ghaib.
Wassalam
Shamsul Kamal bin Main
Rujukan adalah dari pelbagai sumber yang sahih dan nyata. Boleh diberi kalau diminta.  Harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:47 AM | Show all posts
Dengan izin tuan moderator budiman. Saya bukanlah pakar atauahli dalam bidang tadbir mimpi. Namun izinkan saya berkongsi pengetahuan dengansahabat yang bertanya dan juga mungkin dengan sahabat yang lain. Diharap sisipanini sedikit sebanyak dapat membantu, insya-Allah.
Mimpi Melihat Kematian
Miimpi yang mendapat tahu yang umurnya tidak panjang atau akanmati tidak lama lagi selalunya dipanggil mimpi kematian. Mimpi kematian terpecahkepada banyak jenis dan bahagiannya.  Renungkanlah agar kita sama-samadapat menjadikannya satu iktibar di masa hadapan, insyaallah.
Umar bin Subaih al-Sa'id berkata: "Saya bermimpi melihatAbdul Aziz bin Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkotayang diperbuat daripada berlian. Lalu saya tanya: "Abu Muhammad, bagaimanaperasaanmu tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana?  "Diaberkata: "Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah swt. kepadaku."
  1. Penafsiran dan Penyesuaian
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalahpenyesalan daripada perkara yang sangat besar.  Sesiapa yang melihatseolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosakemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah swt. yang bermaksud:Mereka berkata: "Ya Tuhan kami,Engkau telah mematikan kami dua kali dan  menghidupkan kami dua kali, lalukami mengakui dosa-dosa kami.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 09:47 AM | Show all posts
  2. Memandikan mayat
Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayatmemandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepasdari dukacita dan bertambah hartanya.  Jika mayat itu dimandikan olehseseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yangbanyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau jugadimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yangberbuat dosa.
Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, makadia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencariorang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepadadoa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya.Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudahmati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi simayat.
  3. Melihat kafan
Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zinatetapi tidak mengendahkannya.  Sesiapa yang melihat seolah-olah diadibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baikdalam agamanya.Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayatdiertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihandiertikan sebagai jauhnya daripada taubat.
Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenalmenghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatusebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendiriandi satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.
  4. Melihat keranda mayat
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya.  Sesiapa yang bermimpidimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya,bererti dia akan dipenjara.Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnyamenangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau diamelihat mereka memuji dan mendoakannya.  Kalau dia melihat mereka tidakmenangis dan tidak memujinya tidak baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list