CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kurikulum Subject Sejarah Di Sekolah : Update - Akan Diajar Di Sekolah Rendah

[Copy link]
 Author| Post time 12-6-2008 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by arrnita at 11-6-2008 12:38 AM
dexa u dulu study kat um ka...??coz sy pun pernah ambil topic ni kat u. heheh saja nak tau.



saya study kat canada -
di manitoba 4 years degree
then sambung kat univ of victoria -

tak tahu pula course tu ada offer di um -
kalau ada bagus juga eh -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 05:11 PM | Show all posts
haku belajar sejarah masa form 6..mcm nak mengong ngapal satu2 fakta, tp mmg sejarah malaysia agak boooriiiiiiiiiiinnnnnnnnggggggggggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2008 07:55 PM | Show all posts
Originally posted by terrace at 13-6-2008 05:11 PM
haku belajar sejarah masa form 6..mcm nak mengong ngapal satu2 fakta, tp mmg sejarah malaysia agak boooriiiiiiiiiiinnnnnnnnggggggggggggg


belajar sejarah camana  ye masa form 6 -
boleh summarize kan tak -

saya belajar sejarah  melaka dan sejarah dunia
masa sekolah rendah

dan more sejarah malaysia - mostly politic malaysia
(malayan union  etc -  masa junior high)

didnt take up history in my high school
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:28 PM | Show all posts
Sejarah mmg patut terus diajar demi mengekalkan pengetahuan tentang khazanah negara
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:14 AM | Show all posts
Salah satu masalah dgn matapelajaran ini di Malaysia ialah kerana ia punya "tahap kebosanan" yg tinggi. Pelajar kurang berminat dgn matapelajaran ini.
Terlalu banyak menghafal fakta dan sukatan pelajaran yg terlalu banyak. Disamping itu ia terlalu berorientasikan peperiksaan. Bayangkan pelajar belajar itu dan ini tetapi akhirnya tidak memahami apa-apa.....
sedih  guru buat kerja sia-sia selama 5 tahun  ....   
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #24 bacteria82's post

betul..cuma perlu kurangkan info tentang politik malaysia..sangat boring!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2008 06:14 PM | Show all posts

saya bukannya apa ---  tapi pada saya kalau sejarah malaysia ni
budak2 primary school tu  terlalu muda  nak belajar -

pelajaran pasal sejarah malaysia ni elok disematkan pada yang
after SPM sebenarnya --   ada saya pergi seminar kat UM hari tu
cerita pasal benda ni -- prof tu bagi suggestion macam ni juga -

biar dah mature sikit dan tahu nak value negara dan understand
more about history -

tu pendapat aje -
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 11:32 PM | Show all posts
camner depa nak buka satru lagi subjek sejarah sebagai satu lagi subjek di sekolah rendah sedangkan subjek kajian Tempatan itu adalah gabungan sejarah dan geografi. bagi sayaa sepatutnya mata pelajaran kajian tempatan itu diangkat dan dimurnikan lagi malah jadikan mata  pelajaran wajib UPSR.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 02:00 PM | Show all posts
elok lah, budak2 skng terutamanya bukan melayu x tau asal usul Malaysia nih. tapi orang melayu moden pon apa kurangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 10:53 AM | Show all posts
agak2nye if jd diajar..
spe yg kne eh..?
cekgu kajian tempatan ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:53 PM | Show all posts

Reply #30 gurl_link's post

comfirm la....abis tu subjek kajian tempatan nak campak mana? atau ia dipecahkan dengan sebahagian jadi subjek sejarah namun yang ada elemengeografi nak serap ke mana? sivik? moral? PJK? BM? BI?

sebab tu saya fikir, buat apa nak buat subjek sejarah lagi sedangkan Kajian tempatan tu adalah sejarah+geografi. dah elok dah..cuma perlu dimurnikan lagi dan wajar dijadikan matapelajaran wajib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 30-11-2008 12:53 PM
comfirm la....abis tu subjek kajian tempatan nak campak mana? atau ia dipecahkan dengan sebahagian jadi subjek sejarah namun yang ada elemengeografi nak serap ke mana? sivik? moral? PJK? BM? BI?  ...



saya sangatlah tak setuju ada subject sejarah especially nak belajar
sejarah malaysia or pembentukan malaysia etc.. - untuk primary school ni -

kajian tempatan tu sendiri -- mengkaji sesuatu tempat secara basic
dari segi sejarah  plus geographical area juga --  bagi basic begitu
pun rasanya dah berpatutan -
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 11:11 AM | Show all posts
dalam subjek Kajian Tempatan itu sendiri telah lengkap segalanya...dari bermulanya Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini. cuma ia digabungkan dengan subjek geografi. jadi mengapa perlu wujud satu lagi subjek Sejarah? adakah ia juga akan diajar dari tahap 1 (kalau tak salah dari  darjah 3) sedangkan Kajian tempatan ini pun sudah cukup bagus pengisiannya dan sesuai dengan tahap 2 darjah 4-6. cuma yang tinggal ialah, apabila ia bukan subjek wajib peperiksaan utama (UPSR) maka ia sering diabaikan.

dan mungkin ramai yang tidak tahu di mana subjek Kajian Tempatan ini adalah antara subjek yang menerapkan penggunaan buku skrap sebagai satu cara penilaiannya berbanding matapelajaran lain yang lebih utamakan peperiksaan bertulis. sedangkan saya belajar sejarah di sekolah menengah dahulu (dan anda semua pun sama jer....tak tau la kot cikgu hangpa semua ada buat) pun belajar lebih kepada hafal. cuma subjek geografi sahaja yang ada buat buku skrap.tapi tak tau la kalau silibus sejarah utk sekolah rendah ni macam mana...apa pun saya lebih suka Kajian Tempatan di sekolah rendah..masuk sekolah menengah baru lah belajar sejarah dan geografi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 07:52 AM | Show all posts

Reply #33 CharlieDale's post

charlie...

my sister - dia ni ketua panitia KT kat sekolah dia

last nite kami pergi dinner - dia cakap yang now ada
subject SIVIK pulak.. dan sebahagian dari KT topics
pindah ke SIVIK -

pandangan saya -
saya rasa tak perlu berbuat demikian
dah la  ajar KT - one hour / week
ajar SIVIK - one hour / week

apa yang budak2 tu nak faham -
lagi pula.. kenapa divide begitu --

saya kadang2 tak faham gov't structure
tentang  subjects ni -

apa kata charlie dalam hal demikitan -

btw - my sister ajar BM actually -  KT tu another
option subject

sekolah dia pecah record UPSR tahun ni
kelas A dia  all 43 dapat A dalam BM both penulisan
dan pemahaman -

kelas B dia  - 41 out of 43 students dapat
A dalam BM both penulisan dan pemahaman -

dan sorang budak kelas C - dapat 5 A juga

45 orang dapat 5A - kira bagus sangat untuk sekolah
tu yang bukan pun sekolah bandar - kira macam suburb
aje --


saja nak share story --
happy betul my sister - dapat hadiah macam2 dari
mak bapa budak2 tu - saya suka aje tengok -
lagi pula dia memang seorang guru yang sangat lah
bagus... walaupun dia hanya start career guru
sebagai guru sandaran selama 10 tahun -

anyway --  nak tahu juga pandangan cikgu
tentang  KT dan Sivik tu ye -
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:26 AM | Show all posts
pada pendapat sy tak perlulah diajar subjek sejarah kepada bebudak sek ren ni..
kerana subjek kajian tempatan dah ada briefly pasal sejarah n geografi

if history is to be taught in primary school..
then how about kajian tempatan itself??
this means that kajian tempatan will be discarded and replaced by history and geography??

this will also cause too time consuming..
larat ke bebudak tu nak stay kat sekolah lelama??
and if sejarah still to be taught..
i think that it shouldn't be compulsory in UPSR..
lets just it be an early pendedahan tentang sejarah,
thats all..tq.:victory:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by <i>dexa</i> at 3-12-2008 07:52 AM y sister - dia ni ketua panitia KT kat sekolah dia

last nite kami pergi dinner - dia cakap yang now ada
subject SIVIK pulak.. dan sebahagian dari KT topics
pindah ke SIVIK -

pandangan saya -
saya rasa tak perlu berbuat demikian
dah la  ajar KT - one hour / week
ajar SIVIK - one hour / week

apa yang budak2 tu nak faham -
lagi pula.. kenapa divide begitu --

saya kadang2 tak faham gov't structure
tentang  subjects ni -

apa kata charlie dalam hal demikitan -pindah ke SIVIK
...


Sivik baru je diperkenalkan kembali, iaitu pada tahun 2005.Manakala Kajian Tempatan telah diperkenalkan dalam tahun 1994. rasanya dulu-dulu pun dah ada subjek ni, era 60-an 70-an kot. yang saya ingat, tak banyak sangat elemen sivik dalam KT. antaranya ialah keluarga (mengenali keluarga sendiri, asas, kembangan, hubungan kekeluargaan) tapi masih ada yang masih kekal dalam KT. maksud saya ia turut diajar dalam KT dan Sivik. antaranya kebudayaan dan warisan, sistem kerajaan malaysia, tokoh-tokoh.kini kedua-dua subjek ini diletakkan dibawah kurikulum kajian sosiol.

utk Kajian tempatan, lebih kepada pembelajaran mengenai orang dan tempat dengan erti kata lain lebih kepada sejarah dan geografi. manakala sivik dan kewarganegaraan lebih tertumpu kepada memberikan kesedaran kepada murid mengenai hak ,tanggungjawab dan peranan dalam masyarakat dan negara.

dan utk sivik ni, ia dilaksanakan projek setidak tidaknya 10 jam setahun dan laporan perlu disediakan dan dilaksanakan di luar waktu persekolahan. antaranya buat borchure, keceriaan sekolah.jadi setakat 1 jam dalam kelas, lebih kepada teori dan pelaksanaannya dilaksanakan secara amali.

begitu juga dengan kajian tempatan, walaupun sudah dikurangkan waktunya hanya kepada 1 jam, tetapi penilaiannya dilaksanakan secara dokumen iaitu melalui penghasilan buku skrap selain ujian bertulis.

jadi, secara amnya, saya tiada masalah dengan adanya subjek sivik dan kewarganegaraan walaupun ada sukatan yang ditarik daripada Kajian Tempatan dan ada yang sama dengan sukatan kajian tempatan tetapi matlamat pnpnya adalah sedikit berbeza namun berkaitan dengan KT.Tetapi ia tidak sama dengan mewujudkan subjek sejarah utk sekolah rendah yang secara tidak langsung kelihatan bertindih dengan kajian tempatan yang sukatannya merupakan gabungan sejarah dan geografi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2008 11:03 PM | Show all posts

Reply #36 CharlieDale's post

Sivik baru je diperkenalkan kembali, iaitu pada tahun 2005.Manakala Kajian Tempatan telah diperkenalkan dalam tahun 1994. rasanya dulu-dulu pun dah ada subjek ni, era 60-an 70-an kot. yang saya ingat, tak banyak sangat elemen sivik dalam KT. antaranya ialah keluarga (mengenali keluarga sendiri, asas, kembangan, hubungan kekeluargaan) tapi masih ada yang masih kekal dalam KT. maksud saya ia turut diajar dalam KT dan Sivik. antaranya kebudayaan dan warisan, sistem kerajaan malaysia, tokoh-tokoh.kini kedua-dua subjek ini diletakkan dibawah kurikulum kajian sosiol.



tak salah ada KT.. tapi kalau buat dua2 ni hanya untuk ambil some of the
topics from KT dimasukkan pada sivik - saya tengok dari POV murid2 tu sendiri -
memang peruntukan 1 hour/week - for each of that subjects -

apa kesannya - apa yang depa belajar kalau split begitu -
kena ada 2 guru untuk ajar  subjects tu juga -



utk Kajian tempatan, lebih kepada pembelajaran mengenai orang dan tempat dengan erti kata lain lebih kepada sejarah dan geografi. manakala sivik dan kewarganegaraan lebih tertumpu kepada memberikan kesedaran kepada murid mengenai hak ,tanggungjawab dan peranan dalam masyarakat dan negara.


funny - my nephew punya buku KT banyak pula tentang kewarganegaraan.. tu untuk KT grade 4 -
so.. untuk sivik pula letak nilai2 murni etc.. seperti belajar moral -

saya still rasa - untuk KT - boleh combine this kind of things
instead bagi subject yang lebih membina untuk students -


dan utk sivik ni, ia dilaksanakan projek setidak tidaknya 10 jam setahun dan laporan perlu disediakan dan dilaksanakan di luar waktu persekolahan. antaranya buat borchure, keceriaan sekolah.jadi setakat 1 jam dalam kelas, lebih kepada teori dan pelaksanaannya dilaksanakan secara amali.

begitu juga dengan kajian tempatan, walaupun sudah dikurangkan waktunya hanya kepada 1 jam, tetapi penilaiannya dilaksanakan secara dokumen iaitu melalui penghasilan buku skrap selain ujian bertulis.


saya tak yakin ada guru2 yang rasa pembahagian ni satu yang dapat membentuk murid tu sendiri -
kita bukan nak focus more to teach the 'subject' to students
tapi pada pandangan saya focus more to teach the 'students' -
sebab kalau nak teach subjects - mak pak depa pun boleh teach
in fact - depa boleh baca sendiri dan teach subject tu sendiri
tapi ... kalau teach students - KT ni jadi sesuatu yang more valuable -

jadi, secara amnya, saya tiada masalah dengan adanya subjek sivik dan kewarganegaraan walaupun ada sukatan yang ditarik daripada Kajian Tempatan dan ada yang sama dengan sukatan kajian tempatan tetapi matlamat pnpnya adalah sedikit berbeza namun berkaitan dengan KT.Tetapi ia tidak sama dengan mewujudkan subjek sejarah utk sekolah rendah yang secara tidak langsung kelihatan bertindih dengan kajian tempatan yang sukatannya merupakan gabungan sejarah dan geografi.



and that's why saya rasa - no need to have both subjects when one is enough
to combine both -

and i vouch for more interesting subject  such as - yoga in class -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:34 PM | Show all posts

Reply #37 dexa's post

funny - my nephew punya buku KT banyak pula tentang kewarganegaraan.. tu untuk KT grade 4
so.. untuk sivik pula letak nilai2 murni etc.. seperti belajar moral
saya still rasa - untuk KT - boleh combine this kind of things
instead bagi subject yang lebih membina untuk students -


sivik dan moral walaupun macam sama tetapi pendidikan moral adalah alternatif subjek kepada non muslim bagi jadual mata pelajaran pendidikan agama islam. ramai yang confuse antara sivik dengan pendidikan moral.

ada topik dalam sivik yang tak sesuai utk digabungkan dalam KT. jadi ia memang tidak boleh digabungkan.sebagai contoh utk tema sayangi diri,yang lebih kepada menghuraikan mengenai perkembangan diri disamping mengenal hak sebagai kanak-kanak.
lagipun, kalau semua sumbat dalam KT (sivik, sejarah,geo), makin banyak la silibus KT dan jadi lebih padat.
tak salah ada KT.. tapi kalau buat dua2 ni hanya untuk ambil some of the
topics from KT dimasukkan pada sivik - saya tengok dari POV murid2 tu sendiri
memang peruntukan 1 hour/week - for each of that subjects

apa kesannya - apa yang depa belajar kalau split begitu
kena ada 2 guru untuk ajar牋subjects tu juga


seperti yang saya maklumkan, ada sebahagian sahaja yang diambil dari KT dan ada yang diulang. dan utk sivik, depa ada projek at least 10 jam diluar waktu pnp jadi 1 jam dalam kelas cukup utk perbincangan dan sebagainya.tapi kalau berjam-jam sehari pun sivik diajar tapi tak da input pun tak guna juga.
mungkin sivik dan KT boleh dipanjangkan tapi kena panjangkan la waktu persekolahan

2 guru atau 1 guru bagi kedua-dua subjek tiada bezanya yang penting penyampaian dan pelaksanaan pnp yang berkesan. namun saya rasa ia akan diajar oleh seorang guru sahaja sebab kini di IPG, kedua-dua subjek ini diletakkan dibawah kursus kajian sosiol.
saya tak yakin ada guru2 yang rasa pembahagian ni satu yang dapat membentuk murid tu sendiri
kita bukan nak focus more to teach the 'subject' to students
tapi pada pandangan saya focus more to teach the 'students'
sebab kalau nak teach subjects - mak pak depa pun boleh teach
in fact - depa boleh baca sendiri dan teach subject tu sendiri
tapi ... kalau teach students - KT ni jadi sesuatu yang more valuable -


kalau dah yang mengajar tak yakin..memang tak ke mana la benda tu.cuba yang mengajar tu bersungguh, laksanakan program yang 10 jam, kalau boleh biar murid yang handle sendiri, guru hanya pemerhati/fasilitator. saya yakin ia dapat berikan sedikit sebanyak impak kepada diri murid.
macam KT pun saya tgk ramai yang ambil jalan mudah. murid sekadar photostat untuk buat skrap book dan hantar. bagi saya tiada maknanya. sebab lebih kurang牋jer dengan konsep burung belatuk. tapi yang ni lagi teruk...just buat utk siap akhirnya lahir la mahasiswa yang jenis hafal dan  buat asgmnt plagiat bulat-bulat.
memang sivik ni boleh diajar oleh parent,dan sepatutnya begitu. kesedaran sivik itu semuanya patut bermula dari rumah tapi macam ada hamba Allah tu kata, kalau dah parent dok semua terkejar kejar nak cari duit nak tampung keluarga, akhirnya sivik yang sepatutnya dari rumah tak kesampaian. sampai ke sekolah kosong. nak hormat orang yang lebih tua atau cikgu pun tak tahu dan lebih teruk kalau yang wajib macam solat pun terbabit sama.maka semuanya kini umpama mengharapkan apa yang disekolah sahaja.
and that's why saya rasa - no need to have both subjects when one is enough
to combine both -
and i vouch for more interesting subject牋such as - yoga in class -

subjek era 60-an 70-an牋sivik ada, sejarah pun ada (masa tu tawarikh) ...mengapa tidak digabungkan? kemudian kedua-duanya hilang dari jadual waktu dan kini kembali semula.apapun bagi saya, KT dan sivik nampak sama tapi ada bezanya.
dan anda sendiri cadangkan satu subjek lain yang menarik seperti yoga sedangkan ia boleh diserap dalam PJK? sedangkan matlamatnya lebih kurang sama sahaja tetapi mengapa yoga?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 05:55 AM | Show all posts

Reply #38 CharlieDale's post

yoga yang saya sebut tu sebagai contoh -
dan kenapa lain? sebab pjk tu lain yoga tu lain -
pjk - mereka boleh bermain games - soccer, netball
latih untuk dash, road run -
yoga more kepada spritiual dan inner strength
as i said - it is just an example not necessary a must -

perhaps every teacher pandang pelajaran KT and sivik ni lain -
obviously in my sister's school - pandangan depa lain dengan
charlie -  maybe objective sama.. tapi... penerimaan tentang
subject tu - tak semua setuju with each other -
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #39 dexa's post

that why la..lain padang lain belalang....

apa yang saya perhatikan dan pengalaman, KT dan sivik ada perbezaan berbanding kalau subjek sejarah dengan KT. saya tak pasti macam mana KT dan sivik dilaksanakan di sekolah kakak anda, tetapi kalau perhati baik-baik akan nampak perbezaan dari segi PnP. ini kerana setahu saya dalam KT tiada 10 jam projek luar macam sivik.

tapi sama ada Kt atau sivik, yang penting adalah guru yang mengajarnya. kalau ajar pun macam tak nak, anggap KT dan sivik hanya tempelan. memang tak ke mana walaupun letaklah jadual Kt dan sivik tu dari awal pagi sampai ke balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.218355 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list