CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38325|Reply: 306

KELATE DAH BANJIR! - ada gambar UNCLE K!

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2007 02:04 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BAHARU, 6 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hariini mengeluarkan amaran "peringkat merah" bagi Kelantan, Terengganu danutara Pahang kerana keadaan cuaca yang boleh menyebabkan banjir.

Amaran peringkat merah merujuk kepada ribut tropika atau taufandengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 KMsJ disertai hujansederhana menjadi lebat.

Keadaan itu dijangka bermula hari ini sehingga Jumaat dan bolehmenyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatanitu dalam satu kenyataan.

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagiperairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah.

  Keadaan itu dijangka berlaku sehingga Selasa ini.

Maklumat daripada laman web Jabatan Pengairan dan Saliran pulamenunjukkan bahawa paras air di lapan sungai utama di Kelantan masihberada di paras normal.

  -- BERNAMA

[ Last edited by  ctredzuan at 29-12-2007 01:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2007 02:19 PM | Show all posts
are umah aku kt phg ni direct ujan dr pg...menten jek
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:20 PM | Show all posts
uik....aku duk melaka ni pun dari ptg smlm ujan....   risau takut banjir last yr berulang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:21 PM | Show all posts
uiyo, suspen. jb pon asik ujan jer, ala2 takut banjir cam hari tu kat kota tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:24 PM | Show all posts
kat rawang ni pung hujan sejak pagi tadi.... hu hu nok banjir koooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2007 02:26 PM | Show all posts
Kat Johor dah 1000 mangsa dipindahkan. Kat Pantai Timur tak start lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2007 02:27 PM | Show all posts
kat sini pon hujan jer....:eek:

mula2 pagi tadi jer tak hujan:eek:
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 6-12-2007 02:26 PM
Kat Johor dah 1000 mangsa dipindahkan. Kat Pantai Timur tak start lagi

ye ke.............. sesiapa yang dok belah pantai timur tuh sila update.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2007 02:33 PM | Show all posts
Aiya..KL dr pagi tadi tak berenti ujan yer
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:34 PM | Show all posts
nowadays...banjir macam dah jadik fenomena biasa....apa nak jadik dah nih...dunia dah tua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2007 02:34 PM | Show all posts

Off topic

Johor Dilanda Banjir, Lebih 1,000 Orang Dipindahkan

JOHOR BAHARU, 6 Dis (Bernama) -- Hujan sejak semalam sehingga pagi ini menyebabkan 260 keluarga mengandungi 982 orang di sekitar Johor Baharu dan 53 orang daripada 13 keluarga di Kota Tinggi dipindahkan ke tempat selamat sehingga pagi ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Baharu Manayi Ibrahim berkata lapan pusat pemindahan sementara dibuka sejak 5petang semalam dan sehingga kini sebanyak 11 keluarga berada di Sekolah Tokong Kampung Sungai Tiram, 41 keluarga di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1, 18 keluarga di Balai Raya Kampung Pasir Puteh di Masai, tiga keluarga di Balai Raya Kampung Sungai Redan, Tiram, dan satu keluarga di Balai Raya Kampung Sungai Tengah.

Sebanyak 121 keluarga lagi ditempatkan di Sekolah Agama Datuk Abdul Rahman, Kampung Sentosa, Masai, 64 keluarga di Balai Raya Kampung Sentosa, Masai dan satu keluarga di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Kota Tinggi pula berkata dua pusat pemindahan kini dibuka di Kota Tinggi selepas lapan keluarga membabitkan 32 orang di Kampung Melati Putih, Kota Tinggi, dipindahkan ke Balai Raya Kampung Melati Putih malam tadi.

Petang semalam, lima keluarga membabitkan 21 orang termasuk seorang bayi perempuan di Kampung Sungai Berangan dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sungai Berangan.

Jabatan itu kini bersiap sedia membuka lebih banyak pusat pemindahan memandangkan cuaca sentiasa mendung.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:41 PM | Show all posts
aiyak, JB sudah kena evacuate ah? hopefully jangan sampai jadi cam yg dulu sudah, yg kota tinggi kena cutoff tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by Risma at 6-12-2007 02:31 PM

ye ke.............. sesiapa yang dok belah pantai timur tuh sila update.....

setakat maeya tahu..skarang ok lg ler....
tp memang suasana cam nak banjir dah...
hujan makin kerap .....angin lakkkk bertiup kencang....walaupun maeya duk kat pp....jauh dr pantai.....

pagi2 pun leh tgk pokok bergoyang ditiup angin
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:48 PM | Show all posts

Reply #1 nik2121's post

Yeayy... pesta kembali lagi!!!!



lamo doh dok main air di KB dgn mutur sambil melihat gadis2 menyinsing kain baju kurungnya sehingga menampakkan betis puteh bak bunting padi. dulu-dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:48 PM | Show all posts
aku kat opis skrg nie........ujan turun dari pagi tadi sampai lar nie x berhenti2 ......jgn KL banjir sudah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 02:52 PM | Show all posts
KL hujan dr pagi sampai laaa ni....2.50pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2007 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by candiew at 6-12-2007 02:48 PM
aku kat opis skrg nie........ujan turun dari pagi tadi sampai lar nie x berhenti2 ......jgn KL banjir sudah

ko jangan memain kat KL nih kalu hujan lebat 2 jam jah... boleh banjir laluh....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 03:36 PM | Show all posts
kat area ambo pung angin kuat .....
uje tu turun rintik2 sekali sekalo jah...

tapi male tadi hujan agak lebat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2007 04:38 PM | Show all posts
Turun sket jd jingga...

Amaran jingga hujan lebat di Pantai Timur
06-12-2007 03:48:46 PM

KOTA BAHARU:  Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat "peringkat jingga" bagi Kelantan dan Terengganu.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, hujan sekejap-sekejap yang sederhana dan kadangkala lebat, akan berlaku mulai hari ini sehingga Sabtu malam.

Peringkat jingga menunjukkan hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang, peringkat kuning berkemungkinan berlaku hujan monsun dalam tempoh 24-48 jam, dan peringkat merah menunjukkan ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.

Maklumat daripada laman web Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan bahawa paras air di lapan sungai utama di Kelantan masih berada di paras normal. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 08:20 PM | Show all posts
2 hari huje non stop....

err , kalu kelate banjir takdok hal ... siap jadi pesta lagi .. tp keno luar nun , kawe tgk rama dok ngomel , siap mitok duit gantirugi lagi dr gov...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073792 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list