CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceghost2005

Issue: Penggunaan/Kemalangan Jalanraya- Update: Pengguna Ganas Ancam Nyawa Uols!

[Copy link]
Post time 30-4-2008 11:45 PM | Show all posts

gembala kambing yang risk kan kambing depa dan motorists -



SEKUMPULAN biri-biri berkeliaran di bulatan Bukit Kemuning, Klang boleh
menimbul masalah kepada pengguna jalan raya. Pihak berkuasa tempatan
perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemilik ternakan itu yang tidak
mematuhi peraturan dengan membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan awam.




kalau biarkan kambing2 ni berkeliaran memang akan mengundang kemalangan-
kenapa la pemilik kambing ni biarkan aje kambing merata2 kat jalanraya
dan tempat awak.. bukan saja kambing2 tu akan poo poo dan banyak la
najis depa yang bulat2 tu kat jalan.. pencemaran bau .. yang paling haru
ianya boleh membawa kepada kemalangan bila motorist nak mengelak
dari melanggar kambing2 ni - bukan tu saje...  malah nanti ada pulak
pemandu yang pandu macam kambing.. dan melanggar  kambing2 ni -
kesian pada mereka -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 04:34 AM | Show all posts
Vios terbang, lapan cedera
Oleh NAZATUL SHIMA RAZALI


BEGINILAH keadaan kereta Toyota Vios yang terbalik selepas terlibat
dalam kemalangan di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town semalam


GEORGE TOWN - Bagaikan adegan dalam filem.

Begitu aksi stunt sebuah kereta Toyota Vios yang 'terbang' hampir 10 meter dipercayai hilang kawalan akibat memandu secara berbahaya di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini pukul 1.30 pagi semalam.


Akibatnya lapan mangsa cedera membabitkan lima remaja berusia 18 tahun yang menaiki kereta selain dua penunggang motosikal dan seorang pekerja Telekom Malaysia (TM).

Menurut seorang saksi, Abdul Ghani Mahmud, 40-an, kereta tersebut yang dinaiki lima remaja dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh sebuah motosikal di hadapannya.


----------------------------------------------------------------------------------------------

tak berapa suka nak post pasal kemalangan jalanraya - sebab hari2 pun
banyak cerita ni... - tapi saje nak beritahu - tak yah naik kapal terbang dah
terbang dengan kereta aje sekarang ni...  jenis orang yang tak tahu nak
patuhi undang2 jalanraya - bahayakan diri tu satu - tak apa lah kalau nak mati
biar sendiri - tapi dah libatkan orang lain.. now - since semuanya cedera -
kena revoke lah harapnya driving license remaja from hell tu -  dia ingat jalan
kat malaysia macam cerita fast and furious -
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:12 PM | Show all posts
09 Mei, 2008

Pameran Bergerak Tingkat Kesedaran Isu Keselamatan Jalan Raya

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menganjurkan pameran bergerak keselamatan jalan raya di sembilan negeri mulai hari ini sehingga hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Kiat berkata pameran yang bermula di sini, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang isu keselamatan jalan raya.

"Lapan negeri lain yang terbabit ialah Johor, Pahang, Terengganu, Melaka, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak," katanya ketika merasmikan pameran bergerak itu dan Program Wawasan Sifar Kematian Jalan Raya di sini, hari Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Seri Lajim Ukin. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Shamsudin Osman, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi.

Mengenai pemilihan Putrajaya sebagai kawasan rintis bagi pelaksanaan Program Wawasan Sifar Kematian Jalan Raya, Ong berkata pemilihan itu dibuat bertepatan dengan statusnya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan sebagai tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

"Wawasan ini mampu dicapai melalui sokongan, kerjasama dan penglibatan masyarakat setempat dalam pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan mengubah amalan pengguna jalan raya di Putrajaya, seterusnya mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya ke tahap minima," kata Ong.

Putrajaya mencatatkan 795 kemalangan dengan tujuh kematian pada 2006, namun meningkat kepada 954 kemalangan dengan lima kematian pada tahun lalu, manakala 250 kemalangan dengan empat kes kematian dicatatkan tahun ini sehingga Mac, kata Ong.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------

saya dengar tentang program ni pagi tadi.. dan rasa kerjasama masyarakat
dan motorist amat penting kalau nak tuju kepada wawasan sifar kematian
dalam kemalangan di malaysia ni -
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:53 PM | Show all posts

Reply #42 dexa's post

Inilah akibatnya bawa kereta guna kepala lutut serta ikut hawa nafsu & bukannya guna otak melalui akal fikiran yg waras    
Tak pasal2 orang lain terlibat sama menjadi korban nahas j/raya akibat sikap manusia yg x bertamadun di jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by devil_advocate at 9/11/07 07:49 PM
Buckle up

Wearing a safety belt can spell the difference between life and death, in the event of a crash.


http://thestar.com.my/archives/2007/9/12/lifeliving/f_16safetybelt.jpg

The us ...


seat belt tak kurangkan kemalangan (which is the topic). kurangkan kadar kematian di jalan raya, yes.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 02:27 PM | Show all posts
Majikan diminta pecat kakitangan guna telefon bimbit ketika memandu
BERITA HARIAN

PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini menyarankan syarikat swasta mengambil tindakan tata tertib termasuk memecat kakitangan mereka yang didapati bersalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini.

---

sesuai ke saranan ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2008 06:46 PM | Show all posts
Jawatan Dipecat Jika Guna Telefon Sambil Memandu
BERNAMA - 16 Mei, 2008 18:26 PM

PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Berfikirlah dua kali sebelum menggunakan telefon bimbit tanpa kit bebas tangan semasa memandu kerana perbuatan itu bukan sahaja boleh menyebabkan anda disaman tetapi juga dibuang kerja.

Ya, anda boleh dipecat kerana melakukan kesalahan itu sekiranya anda seorang kakitangan Unilever (Malaysia) Holding Sdn Bhd.

Pengarah Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat syarikat berkenaan, Nik Mustapha Nik Mohamed berkata peraturan itu telahpun wujud sejak tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk mendidik kakitangannya mengenai keselamatan jalan raya.

"Keselamatan jalan raya adalah aspek yang penting dalam perniagaan kami memandangkan kakitangan kami di lapangan sering melakukan perjalanan terutamanya untuk tujuan jualan, pemasaran dan pengedaran produk.

"Jadi, tiada kompromi dalam keselamatan jalan raya bagi syarikat kami," katanya kepada pemberita tanpa menjelaskan kaedah yang digunakan oleh syarikat berkenaan untuk memantau kakitangannya yang melakukan kesalahan itu.

Ditanya sama ada terdapat kakitangan yang telahpun dipecat setakat ini kerana kesalahan itu, beliau berkata: "Tidak, mungkin mereka takut kehilangan kerja."

Terdahulu, Nik Mustapha menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Automotive Centre of Excellence (ACE) yang akan mengendalikan kursus latihan defensif untuk kakitangan Unilever.

ACE diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Scott Gibson manakala Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh menyaksikan upacara itu yang diadakan di pejabat JKJR di sini.

Nik Mustapha berkata kakitangannya yang ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol semasa bertugas juga akan menghadapi hukuman serupa.

" Dalam kes membabitkan majlis anjuran syarikat dengan minuman beralkohol dihidangkan kepada kakitangan bukan Islam, syarikat akan menyediakan pengangkutan untuk mereka," katanya.

Suret mengalu-alukan inisiatif keselamatan jalan raya yang diambil oleh Unilever dan berharap lebih banyak syarikat akan menuruti jejak syarikat itu, sambil menambah Malaysian Oxygen Berhad, Lafarge Malayan Cement Berhad, Petronas, Shell, Mobil dan Caltex sudahpun melaksanakan inisiatif yang sama.

Beliau berkata CEO perlu memikul sepenuh tanggungjawab bagi menggalakkan budaya keselamatan jalan raya dalam organisasi masing-masing sebagai keutamaan mereka, termasuk daripada aspek pengurusan kenderaan, pengurusan pemandu serta pengurusan risiko dan perjalanan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 07:41 PM | Show all posts

Reply #47 Jiman's post

majikan yang tak pakai driver pun - guna hp juga ---
actually  - guna handsfree pun boleh accident
sebab tak ada focus -

sedangkan memang tak guna hp - boleh mengurangkan
kemalangan jalanraya -

kalau pemandu tak sedar tentang keselamatan tu
depa still akan guna juga -

threaten tentang majikan akan sack kalau employee
guna hp -  saya rasa tak berkesan mana pun -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 09:39 PM | Show all posts
Kecuaian Manusia Punca Kemalangan Kenderaan Berat Di Lebuh Raya, Kata PLUS
BERNAMA - 20 Mei, 2008 15:31 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Punca utama kemalangan kenderaan berat di Lebuhraya Utara-Selatan adalah kerana sikap cuai pemandu termasuk mengantuk, memandu terlalu laju serta hilang kawalan ke atas kenderaan.

Kajian Jabatan Keselamatan Trafik syarikat Plus Expressways Berhad (PLUS) mendapati 38 peratus kemalangan kenderaan berat berpunca daripada pemandu mengantuk, 33.4 peratus kerana memandu terlalu laju dan 14 peratus kerana pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan mereka.

Pengarah Urusan PLUS Noorizah Abdul Hamid berkata hanya 13.5 peratus kemalangan berpunca daripada masalah teknikal seperti kegagalan brek dan tayar pecah atau pancit.

Selain itu, kes kemalangan membabitkan kenderaan berat di Lebuhraya Utara-Selatan juga mencatat peningkatan, dengan sebanyak 1,134 kes dilaporkan pada tahun lepas, iaitu meningkat 11 kes berbanding 1,123 kes pada tahun 2006, katanya kepada pemberita selepas perasmian kempen dan seminar "Hormati Had Anda" di sini hari Selasa.

Ke arah itu, katanya PLUS telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kemalangan termasuk menggalakkan pemandu berhenti rehat di kawasan rehat, menaik taraf kawasan yang sering berlaku kemalangan dan menambah papan tanda amaran.

Seminar sehari anjuran PLUS dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diadakan khusus untuk mendedahkan kepada pemandu serta operator kenderaan berat mengenai keselamatan ketika memandu di lebuh raya dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh.

"Seminar ini adalah platform terbaik bagi kami untuk mendidik kumpulan sasar tentang teknik-teknik pemanduan yang selamat serta menanamkan kesedaran di kalangan mereka tentang perlunya menghormati kemampuan fizikal mereka dan kenderaan yang mereka pandu," kata Noorizah.

---

tapi yelah kan.. naik taraf kawasan atau jalan pun takde guna kalau peel pemandu still gitu gak
tambah papan tanda amaran pun takde guna kalau pemandu taknak patuhi
kecuali masalah teknikal & pemandu lain : hampir semuanya berpunca dari pemandu tu sendiri
maybe polis/jpj perlu buat something dlm hal ni kalau pemandu2 sendiri dah mcm degil tahap tepu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 03:51 PM | Show all posts
Pahang road deaths worrying



KUANTAN: The authorities are worried over the ever increasing number of accidents, including fatal ones, on the state's roads.
Pahang Housing, Basic Facilities and Transport Committee chairman Datuk Mohd Soffi Abdul Razak said 13,224 accidents were recorded in the state last year, with 464 deaths. In 2006, 13,896 accidents with 444 deaths were reported.

Mohd Soffi said 5,075 accidents were recorded in the first four months of this year.

Speaking to reporters after the launch of the statewide road safety campaign and exhibition here yesterday, he said most of the accident victims were women.

To reduce the number of road accidents and deaths, Mohd Soffi suggested that the need for road safety be included in prayers at functions and mosques.
The three-day campaign-cum-exhibition at the Kuantan Parade ends tomorrow.




yg kat merapoh lipis tu yg paling mengerikan...selalu aku baca accident kat situ.. banyak betol
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 04:19 PM | Show all posts

Reply #1 niceghost2005's post

Harap pagar, pagar makan padi,
harap polis trafik, depa makan "duit kopi".

Begitulah senario kat Malaysia, polis trafik adalah punya kemalangan meningkat, sebab penguatkuasaan yang banyak melibatkan rasuah/duit suapan pengguna jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 07:54 PM | Show all posts

Kemalangan ngeri di Puchong [ *tiada pics daging atau cebisan ]



More gambar dan ceritera di http://protonmania.com/index.php?topic=30587
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 07:57 PM | Show all posts
Inalilliahiwainnailaihiraji'un
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:00 PM | Show all posts
Ya Allah, teruk betul kemalangan itu

Berdasarkan kepada laman web yg ko bagi, penunggang moto tulah yg menjadi mangsa kan?? Kesian betul...


p/s: Apa khabar Kak Santeira ,sihat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:00 PM | Show all posts
awat bangsat sgt driver yg langgar org tu? tak reti nak berhenti kaa?! :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:02 PM | Show all posts

Reply #4 Acong's post

Sebab itu sebagai penunggang moto aku cukup takut dgr berita2 macam nih

Seriau sungguh walaupun kita ikut segala peraturan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 08:04 PM | Show all posts
tetiap pagi gi kerja guna jln neh.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:04 PM | Show all posts

Reply #3 Neraka Bulan's post

Sihat, hati ada sikit sedey tapi. Thanks for your concern. What about you?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:05 PM | Show all posts

Reply #7 Santeira's post

Sihat tapi sibuk sgt

Dgr cite camtu jadi takut nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #8 Neraka Bulan's post

Tu lah, bawak motor hati2. Kat trafik light tu tgk la side mirrors, perhati kenderaan belakang betul2. Keadaan sekarang tak boleh leka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071961 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list