CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16758|Reply: 37

Mitos orang kenit cetus kekeliruan

[Copy link]
Post time 9-12-2007 08:34 PM | Show all posts |Read mode

MAKHLUK kenit sepanjang 7.2 sentimeter yang ditemui di Chile pada 2002.

Pengkaji belum berjaya sahkan spesies makhluk ditemui di Chile

BENARKAH orang kenit wujud? Persoalan itu sering difikirkan tatkalamendengar kisah makhluk berkenaan dalam cerita dongeng di merata dunia.

Orang kenit digambarkan sebagai makhluk seakan-akan manusiatetapi bersaiz amat kecil; mungkin sekecil semut atau sebesar tikustetapi yang nyata ia amat kecil berbanding manusia.         
     Mengikut kisah dongeng, orang kenit kerapmenyembunyikan diri daripada manusia kerana takut dicederakan ataumenjadi mangsa manusia yang berganda lebih besar daripada mereka.

Bagaimanapun, seperti juga persoalan sama ada wujud gergasi,teka-teki mengenai kewujudan orang kenit terus kekal misteri yang masihtidak dapat dipastikan kesahihannya.

Adakah ia sememangnya wujud sebagai satu daripada spesieshidupan misteri yang masih belum ditemui manusia atau sekadar makhlukkhayalan dalam kisah dongeng? Persoalan orang kenit nyata masihmembingungkan.


Ketika minda kebanyakan kita lebih menjurus memikirkan orang kenittidak wujud dan hanya kisah dongeng, satu penemuan menggemparkandilaporkan di Indonesia sekitar 1970-an.

Ketika melihat bentuk fizikal 'Jenglot' yang amat kecil,banyak pihak mula beranggapan itulah orang kenit yang seringdiceritakan sebelum ini. Lalu mereka mula yakin bahawa orang kenitsememangnya wujud dan buktinya adalah Jenglot.

Bagaimanapun saintis akhirnya membuktikan bahawa Jenglotbukanlah spesies hidupan tetapi lebih berupa 'patung' yang diperbuatdaripada cantuman bangkai haiwan.


JENGLOT dikatakan antara spesies makhluk kenit.

  Ia sekali gus mengubah tanggapan ramai pihak dan mereka kembali ragu untuk mengesahkan bahawa orang kenit itu wujud.                                Bagaimanapun, misteri berhubung makhluk itu kembali membingungkanapabila satu lagi bukti dikatakan ditemui di Chile pada Oktober 2002apabila seorang kanak-kanak dikatakan menemui spesies makhluk kenitketika bercuti bersama keluarganya di Concepcion iaitu sebuah bandar diSelatan negara itu.

Makhluk yang fizikalnya seakan manusia itu cuma sepanjang 7.2sentimeter dan memiliki kepala besar, dua tangan dengan kuku panjangserta dua kaki kecil.

Makhluk itu ditemui dalam semak oleh kanak-kanak berkenaan.Sebaik melihat makhluk kenit aneh berkenaan, kanak-kanak terbabitmemungut dan membalutnya dengan kertas sebelum dibawa pulang.

Kanak-kanak itu, Julio Carreno, mendakwa yang makhlukterbabit hidup selama lapan hari selepas ditemui. Selepas tempohberkenaan, akibat sebab tertentu, ia tidak lagi dapat membuka matanya.

Menyangka makhluk itu sakit, Julio dan keluarganya membawa orang kenititu berjumpa doktor haiwan untuk menjalani pemeriksaan. Akan tetapisebaik menunjukkan makhluk berkenaan kepada pengamal perubatan, doktoryang ditemui nyata tergamam kebingungan.

"Doktor hairan melihat makhluk ini; dia memberitahu kami yangmakhluk ini amat pelik dan dia tidak tahu apakah ia sebenarnya," kataJulio.

Tidak lama kemudian, makhluk itu mati. Bagaimanapun sesuatuyang pelik mula berlaku. Selepas beberapa hari tidak bernyawa, jasadmakhluk kenit itu mula mengering dengan cepat; ia terawet dengansendiri sehingga menjadi seakan mumia.

"Ia bertukar warna sejak kami menemuinya. Pada asalnya ialebih berwarna merah jambu tapi kini lebih gelap," kata kanak-kanak itulagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2007 08:34 PM | Show all posts
Penemuan spesies makhluk aneh itu dengan cepat mencetuskan kegemparandi kalangan masyarakat termasuk wartawan yang mengunjungi rumahkeluarga itu. Penyelidik turut datang untuk menjalankan kajian.

Di hadapan sekumpulan wartawan, Julio menunjukkan jasad mumiaorang kenit itu. Dia mula membuka peti rawatan kecemasan dan seketikakemudian, kelihatan jasad makhluk aneh yang terawet terletak di ataskapas, di dalamnya.

"Makhluk apakah ini?" mungkin persoalan itulah yang bermaindi minda mereka. Saiz kepala yang lebih besar daripada badanbenar-benar menarik tumpuan. Kuku jari makhluk itu pula kelihatan agakpanjang.

"Kuku itu seperti terus memanjang," kata-kata diucapkankanak-kanak itu semakin membingungkan. Mana mungkin kuku hidupan yangsudah mati boleh terus memanjang?

Hampir keseluruhan fizikal makhluk itu kelihatan terawetseperti mumia. Jasadnya juga kelihatan rapuh dan mudah berkecai jikadipegang menyebabkan orang kenit itu diletakkan di atas kapas di dalampeti rawatan kecemasan.

Ada yang beranggapan kanak-kanak itu sudah menjumpai orangkenit yang selama ini hanya disebut dalam mitos dan cerita dongeng.Pihak lain mendakwa makhluk yang ditemui Julio itu adalah makhlukasing.

Beberapa penyelidik turut melakukan pemerhatian bagimembongkar misteri di sebalik spesies hidupan misteri itu. Bagaimanapunselepas menjalankan pemerhatian, mereka berasa skeptikal bahawa makhlukitu adalah orang kenit, makhluk asing atau sejenis spesies hidupanmisteri yang masih belum ditemui di dunia ini.

Sebaliknya, pengkaji termasuk dari Universiti of Chileberanggapan makhluk itu mungkin fetus sejenis hidupan liar sepertikucing hutan.

Pengkaji dari Universiti of Sonto Tomas mengatakan ia adalahsejenis hidupan seakan tupai iaitu 'monito de monte' yang berasaldaripada spesies mamalia kecil yang tinggal di hutan hujan Valdivianserta kerap menyembunyikan diri pada waktu siang. Penyelidik lain pulaberpendapat bahawa makhluk itu adalah anak tikus kecil.

Bagaimanapun, pelbagai hujah daripada penyelidik itu hanyalahteori berasaskan pemerhatian luaran saja. Tiada kajian lanjut dilakukanmenyebabkan penyelidik gagal mengenalpasti spesies haiwan sebenarberhubung makhluk kenit itu.

Ia sekali gus meninggalkan persoalan sama ada jasad makhlukitu adalah anak haiwan liar seperti kucing hutan, monito de monte dantikus atau ia sememangnya orang kenit yang selama ini banyakdiceritakan dalam kisah dongeng, kekal sebagai misteri.

sumber: http://www.mendhak.com/paranormal/ufo

sumber: berita harian
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 11:51 PM | Show all posts
Makcik sebelah rumah aku dulu org panggil kak minah kenit..  lama x jmpa dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 12:17 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by john_denim at 9-12-2007 11:51 PM
Makcik sebelah rumah aku dulu org panggil kak minah kenit..  lama x jmpa dia..



hahahahaa...baek punya lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:18 AM | Show all posts
toyol ni spesis org kenit gak ke? aku pun x pasti la. tp yg pasti aku penah 2 kali jmpa toyol. Cite ni berlaku masa aku umur 13thn. Masa tu aku sampai kt umah dlm kol 5ptg. Family aku semua xde umah sbb dorang keje. Bila aku bukak je pintu nk masuk umah, terus aku nmpak toyol tu. Kaler ungu, kepala botak. tp x nmpak muka la. nmpak belakang badan dia. tinggi mcm budak umur 4thn. zup..zup.. terus lari. Aku terkejut giler masa tu. x jadi masuk umah.. terpaksa la aku tunggu mak ayah aku balik keje.
N then satu lagi kisah, masa tu umur aku 18thn, aku dok umah makcik aku.. kampung kt perak. masa tu ptg gak, x ingat la kol bape.. tgh sedap2 ngk tv, pakcik aku suruh aku ambik bantal kt bilik dia sbb dia nk baring nk ngk tv. masa aku masuk je bilik tu, adoi meremang bulu roma aku cite ni.. aku nmpak toyol tu tgh kira duit syiling kt atas katil pakcik aku.. duit2 kertas dh susun elok.. pelik aku pandai lak toyol ni susun duit..   pastu yg buat aku demam 3 hari bila toyol tu pandang aku.. terus lemah kaki aku.. pastu dia lari ikut dinding dan hilang. pergh.. aku terus jerit bagitau pakcik, bila pakcik dtg dia pun terkejut sebab ngk duit dia atas katil. aku cite la apa yg aku nmpak.. pakcik aku pun kecut gak.. hahha.
KLau cite ni xde kene mengena ngan org kenit.. sorry la bro!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2007 02:23 AM | Show all posts
aku penah nampak toyol gak, tapi nasib baik aku nampak dia, dia tak nampak aku.. berlegar2 kat ruang tamu, pening kut sebab kat dinding penuh dengan frame ayat2 Al-Quran.. laju giler dia lari, kepala besar, badan kecik dan pendek.. seram weh malam2 buta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:28 AM | Show all posts

Reply #7 kroit92's post

rugi ko x nmpak muka dia.. biar aku bgtau.. muka dia cam manusia gak.. ada mata, idung, telinga, mulut.. tp kaler dia yg buat kita takut nk ngk.. pastu muka dia cam org dh besar tp badan kecik. ish seram la lak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2007 02:31 AM | Show all posts

Reply #8 john_denim's post

dah ler tu, takut la~ malam2 ni dah ler aku sorang2 kat ruang tamu ni.. eeee!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:37 AM | Show all posts

Reply #9 kroit92's post

ko yg bukak thread ni pastu ko yg takut! klau x nk takut ko gi la join board hobbies n living 'animal lover'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2007 02:58 AM | Show all posts

Balas #10 john_denim\ catat

kalo siang aku berani lar, kalo malam aku berubah karakter..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 03:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 05:06 AM | Show all posts
jenglot ni bukan tipu ke.. tak silap aku saintis ukm kot.tah mane tah..tes buat dna..dornag jumpe dna perlabagi binatang dalam jenglot.. ade kere,ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 07:06 AM | Show all posts
yer la.. jenglot tu tipu..
diorang sambung2 anggota pelbagai jenis binatang..
lagi satu tips cara kalau nak jumpa toyol.. masa nak maghrib.. remang2 tu..
waktu gerimis.. korang cuba la g kat tmpt2 yg sunyi dan angker..

Selamat Mencuba!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2007 07:07 AM | Show all posts
hish, tak mo aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 08:24 AM | Show all posts
kat mane nak cari orang kenit arr...aku nak bela la sorang...wat kawan...mesti besh....cam men pondok2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2007 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by orens at 11-12-2007 08:24 AM
kat mane nak cari orang kenit arr...aku nak bela la sorang...wat kawan...mesti besh....cam men pondok2....


herm.. lokasinya juga satu misterii.. hanya oyen yang tau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by orens at 11-12-2007 08:24 AM
kat mane nak cari orang kenit arr...aku nak bela la sorang...wat kawan...mesti besh....cam men pondok2....

aaahh dulu masa kecik2 selalu berangan nak tangkap orang kenit,buat kawan..dulu bayangkan orang kenit nih siapa ada perkampungan..cam dalam fairy tale..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by nurmy01 at 11-12-2007 05:09 PM

aaahh dulu masa kecik2 selalu berangan nak tangkap orang kenit,buat kawan..dulu bayangkan orang kenit nih siapa ada perkampungan..cam dalam fairy tale..


sama la kita...mase tetecit pon dulu oyen suke berangan nak bela orang kenit....kalo oyen dapat orang kenit...oyen nak bela die dengan penuh kasih sayangg....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 11-12-2007 09:09 AM


herm.. lokasinya juga satu misterii.. hanya oyen yang tau..


oyen ade kawan2 yang kategori kenit gak...harumenit.....boyenit.....oranit...termasuklah kroinet....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.479162 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list