CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

[merged] ALL NISSAN LATIO..

[Copy link]
Post time 25-3-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #40 mix_chinese's post

da tnye nabil..
dia jwb "lu pikir la sendiri"..
    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 12:04 AM | Show all posts
cun jugak Latio Impul nihh



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:20 AM | Show all posts
ye2..mmg cun..awek tepi latio tu lagi cun..

2 hari lepas ada sebijik latio impul ni test drive kat ganu.. kebetulan jumpe aku..apa lagi.. aku cucuk la montot dia.. mamat test drive tu try tekan.. aku remain kat montot dia ehehhe..pastu brenti kat trapik lite.. aku duk tepi..aku angkat thumbs up la.. not on d power..but body..bagi aku nice bodykit by impul lar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:42 PM | Show all posts
Latio garang

Oleh Mohd Razlan Salleh



LANGKAH pengedar kenderaan Nissan di negara ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membawa masuk model Latio talaan khas daripada Impul dijangka mendapat sambutan hangat golongan muda yang mahu memiliki kenderaan yang lebih berkuasa.


LANGKAH pengedar kenderaan Nissan di negara ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membawa masuk model Latio talaan khas daripada Impul dijangka mendapat sambutan hangat golongan muda yang mahu memiliki kenderaan yang lebih berkuasa.

Nissan Latio yang menerima sentuhan Impul bukan sahaja lebih mantap dengan rim berjejari 17 inci yang ringan, malah penambahan 憇kirting
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 11:29 PM | Show all posts
lawanya edisi impul..tp mahalaa..baik ambik caldina....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 02:38 PM | Show all posts
skrg nissan ade bwt promo..
sy beli latio sport biasa tp ble ltak impul kit
kne tambah rm1500 je
sblm ni kalo nk additional nismo kit kne tmbah rm1250
so kire bebaloi la
cume xde la sport rim dgn absorber ape bende tah
just skirting n spoiler je
ok la tuu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2008 03:31 PM | Show all posts

Reply #46 lins's post

lins...
dah keluar ke latio u??
kalau u nak tukar rim mmg kena tukar absorber tu...
latio sport boleh di manual kan transmisinya...
tu yg berminat sgt ni...
pepehal selamat berlatio....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:13 AM | Show all posts

Reply #47 hemoih2's post

insyaallah ari ni (30/5 kuar..
pas keje karang ble g amik
xsabaa2 ni
dok kt opis pn gelisah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 12:33 PM | Show all posts
kete da seminggu kuar
alhamdulillah..best sgt
enjin smooth n silent
interior luas n body sporty (chewah lebih2 lak)
minyak sblm naik harga full tank = RM97
skrg da naik harga = RM150 :@  :@  :@
mampus   
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 01:09 PM | Show all posts
Latio Impul beri kepuasan maksimum
Oleh Mohd Razlan Salleh



IMPUL adalah nama yang cukup gah dan dikenali di kalangan peminat kenderaan berkuasa tinggi terutama bagi mereka yang menggunakan jentera keluaran Nissan.

IMPUL adalah nama yang cukup gah dan dikenali di kalangan peminat kenderaan berkuasa tinggi terutama bagi mereka yang menggunakan jentera keluaran Nissan.

Pengenalan model Latio talaan Impul dibawa masuk Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), baru-baru ini se memangnya dinantikan penggemar kenderaan yang sentiasa mahukan sebuah kereta yang ditala badan profesional bagi menjamin mutu yang tinggi.

Pengalaman memandu uji Nissan Latio 1.6ST-M sedan memang pengalaman yang dapat tidak dilupakan. Manakan tidak, hampir setiap mata memandang jentera terbaru edaran ETCM setiap kali memintas beberapa kenderaan yang diubah suai pemiliknya.

Walaupun Latio sedan kelihatan sedikit kompak, sentuhan daripada syarikat talaan terkenal Jepun itu membuatkannya nampak lebih tegap dan gagah.

Latio Impul hanya memainkan peranan pada sudut luaran saja dan tidak termasuk talaan terhadap enjin. Latio Impul masih menggunakan enjin sama iaitu 1.6L DOHC 16 injap.

Walaupun tidak ditala Impul, keupayaan asal enjin Nissan tidak perlu dipertikaikan lagi dengan daya tork yang me ngagumkan selain terasa ringan apabila pedal dipijak.

Berbalik kepada bahagian luaran, Latio Impul dihasilkan dengan beberapa ciri sport menggunakan barangan Impul tulen untuk beberapa komponennya.

Antaranya, set rim aloi berjejari 17 inci Impul NS GTII berharga RM4,800 setiap set yang hanya seberat 6.48 kilogram (kg) tetapi tahan lasak.

Ada dua warna rim ditawarkan iaitu emas dan perak. Bagaimanapun, rim berwarna perak kurang menyerlah dan hanya ditawarkan berdasarkan permintaan.

Teknologi Impul Aerokit menyerlahkan penampilan di namik Latio dengan padanan set jeriji depan baru, spoiler dan skirt sisi yang menjadi mercu kecemerlangan Impul dalam mempertingkatkan prestasi kenderaan keluaran Nissan.

Bagi memberikan lebih ciri dan karakter sport, sistem suspensi turut diberi perhatian apabila Impul membekalkan set lengkap suspensi untuk versi ini.

Ini menjadikan Latio Impul lebih rendah dan berjaya mengurangkan daya tujahan angin melalui pusat graviti yang lebih rendah.

Peredam bunyi daripada 'Blast II' menjadi perkara terakhir yang dibekalkan Impul untuk kereta ini dan ngaumannya tidak terlalu kuat tetapi memadai dengan imej sporty yang dibawanya.

Penggunaan ekzos berkenaan sedikit sebanyak membaiki respons enjin kepada yang lebih baik.

Ini kerana, bagi pasaran Jepun, Latio Impul 1.5L dilengkapi dengan kit Supercharger supaya lebih berkuasa.

Walaupun begitu, Latio Impul memberikan kepuasan pe manduan yang maksimum dengan kendalian yang lebih mantap disebabkan keadaan kereta yang lebih rendah (di rendahkan 25 milimeter berbanding asal) serta penggunaan rim yang lebih lebar.

Apa yang pasti, Latio Impul lebih stabil dan tegap ketika melalui jalan berselekoh selain dibantu sistem suspensi yang sedikit keras.

Bagaimanapun, hentakan pasti terasa apabila melalui jalan tidak rata dan perkara berkenaan adalah lumrah bagi sebuah jentera yang menggunakan suspensi sport ala perlumbaan.

Kesimpulannya, dengan harga RM94,386.00 termasuk in surans, Latio Sport sememangnya menjadi idaman setiap lelaki bujang selain keluasan ruang dalamannya pula cukup sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga.

SPESIFIKASI

Nissan Latio Impul 1.6ST-M

Enjin: 1.6 DOHC 16 injap dengan CVTC

Kuasa maksimum: 109hp @ 6,000rpm

Tork maksimum: 153Nm @ 4,400rpm

Transmisi: Manual lima kelajuan

Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, Beg Udara SRS

Harga: RM94,386 (termasuk insurans)

Tayar yang dicadangkan: Dunlop Formula D 01 205/45R17 84V
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:38 AM | Show all posts
:pompom:  :pompom:  :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 08:12 AM | Show all posts
Jentera talaan Impul


Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Kini legasi talaan Impul diteruskan untuk model keluaran Nissan Latio. Tampak sporty dan kemas, anda hanya perlu menambah RM10,500 berbanding harga asal sebuah Latio.



GRIL radiator bahagian depan berbentuk segi tiga tampak kemas.




BAGI Nissan, pengubahsuaian atau talaan jentera jenama itu yang membuatkannya lebih menyerlah berbanding model lain di pasaran. Impul dan Nismo adalah dua nama yang tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan Nissan.

Atas alasan itu jugalah, tidak hairan jika pemilik Nissan cukup berbangga jika jentera mereka mempunyai konotasi dengan dua nama besar tersebut, walaupun aksesori yang dipasang itu kadangkala diragui ketulenannya.

Nama Nismo sebenarnya timbul daripada divisyen Nissan Motorsport yang bertanggungjawab dalam aspek sukan bermotor (Formula Nippon, 24 Hours of Le Mans, 24 Hours of Daytona, Super GT) dan produk talaan seliaan Nissan Motor Company.

Nismo dilihat cukup berjaya dalam menghasilkan pelbagai produk selepas pasaran berprestasi tinggi termasuklah sistem suspensi, talaan enjin, serta alat ganti aerodinamik seperti spoilers, diffusers dan rim aloi.

Produk Nismo ini boleh dilihat pada kebanyakan model Nissan. Model SUV X-Trail, selain jentera sport iaitu Nissan Skyline dan Fairlady sekali gus membuatkan jenama ini semakin eksklusif.



LATIO Impul didatangkan dengan tayar 17 inci.

Biarpun tidak segah Nismo, Impul yang diasaskan oleh seorang pelumba terkemuka Jepun, Kazuyoshi Hoshino tidak terkecuali dalam memberi sumbangan besar bagi menyemarakkan model keluaran Nissan. Antara model popular yang mendapat sentuhan Impul ialah Nissan March.

Kini, legasi talaan Impul terhadap model keluaran Nissan diteruskan pada model sedan dan hatchback terbarunya iaitu Latio. Dilancar pada pertengahan tahun 2008, model yang dikenali sebagai Impul Latio ini tampil dengan penambahan lebih segar dan maskulin.

Sesi pandu uji model Impul Latio Sport berwarna putih (brilliant white) selama beberapa hari memberi peluang kepada penulis untuk menilai sendiri kelebihan dan kekurangan yang ada padanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa penampilan Impul Latio Sport ini jauh lebih mengujakan. Aerokit ciptaan Impul boleh dilihat pada bumper depan dan belakang, gril radiator, skirt sisi dan wing spoiler.

Harus diakui bahawa wajah asal Latio Sport ini berubah agak drastik. Bahagian hadapannya kelihatan lebih lebar dengan kehadiran bumper yang lengkap bersama lampu kabus.



WING spoiler ini bukan sekadar perhiasan tetapi dibina atas asas aerodinamik kenderaan.

Cuma, penulis kurang gemar dengan rekaan gril radiator yang seakan berbentuk segi tiga dan tajam itu, ia kelihatan seperti boleh dibuat di mana-mana bengkel di Bandar Sunway.

Bahagian belakang Latio Impul nampak cukup kemas. Spoiler yang terletak di bahagian atas direka sepadannya. Bumper belakangnya pula menempatkan hujung ekzos yang rekaannya seperti ia dipasang dengan air diffuser.

Selain aerokit, model ini dilengkapi dengan empat komponen utama. Antaranya ialah peredam ekzos Impul Blast II. Ia dihasil menggunakan besi tahan karat berwarna krom dengan logo Impul diembos di atasnya.

Ia bukan sahaja memberikan tindak balas lebih baik dengan enjin, malah menyediakan ritma enjin yang pasti menjengah ke dalam kabin setiap kali pedal minyak ditekan keras.

Nadi Impul Latio Sport masih mengekalkan unit enjin bersesaran 1.6 liter, sama seperti model Latio Sport sedia ada. Walaupun dikatakan menerima talaan, namun prestasinya dirasakan tidak jauh berbeza.

Dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan, prestasi keseluruhan Impul Latio Sport masih memuaskan, walaupun penulis sering beranggapan enjin 1.8 liter mungkin boleh menjadi taruhan lebih baik.



IMPUL nampaknya berjaya membuatkan model Latio Sport ini menjadi lebih eksklusif.

Penampilan model edisi terhad ini disempurnakan dengan kehadiran rim aloi Team Impul NS GT2 berwarna emas. Rim dengan diameter 17 inci ini hanya seberat 6.48 kilogram.

Tidak sekadar memenuhi kepuasan visual, rim ini sedaya upaya dibangunkan bagi mengoptimumkan tahap kawalan pemanduan menerusi rasa rigiditi stereng dan cengkaman di atas jalan raya.

Rim yang turut ditawarkan dengan warna perak ini disalut menggunakan tayar Dunlop dari siri Formula D 01. Jika dibeli secara berasingan, tayar ini berharga RM350 setiap satu, tidak termasuk kos balancing dan alignment.

Tidak sah rasanya jika bercakap tentang jenama talaan andai tidak menyentuh tentang sistem suspensinya. Maka, jentera ini dipasang dengan sistem suspensi Impul Sports.

Direka selaku sistem suspensi berprestasi tinggi, ia meliputi penyerap hentakan dan pegas gegelung yang dibina khas untuk kenderaan yang direndahkan. Terasa agak keras, penumpang pasti merasa sedikit kurang selesa ketika ia melalui jalan tidak rata dan berlubang.

Namun, suspensi ini cukup cemerlang dalam menyediakan kestabilan pemanduan, terutamanya ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. Jarang sekali kereta ini mengalami masalah oversteer, sekali gus membuatkan sesiapa pun yang memandunya berasa lebih yakin.

Sewaktu pelancaran Impul Latio, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, pihaknya menetapkan sasaran jualan varian terbaru itu antara 100 hingga 200 unit sebulan.

Pelancaran itu juga menandakan bermulanya kerjasama antara ETCM dan Hoshino Impul Co Ltd yang berpengkalan di Jepun dalam menyediakan alat ganti berprestasi tinggi kepada ETCM.



IMPUL Latio Sport dengan\ spoiler\ yang sepadan
dengan reka bentuknya yang \sporty\.



Bagi model Latio talaan Impul, hanya empat warna ditawarkan iaitu putih, hitam, kelabu dan perak. Harganya? Anda perlu menambah sebanyak RM10,500 berbanding harga asal sebuah Latio bagi mendapatkan semua kelebihan ini.

Pemilik Latio sedia ada boleh membeli aksesori Impul ini secara berasingan.

Bagi model yang dipandu uji ini, anda boleh memperolehnya pada harga sekitar RM105,000. Ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).




yg aku suka latio nihhh  mmg ruang depan dier luas... ada sorang ex gf aku pakey latio... tapi bukan yg terbaru nih... wokeyyy keter dier aper...!! :victory:   pet peeve aku pasai latio nih... rendah sangat... tu ajer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:09 PM | Show all posts
so far dah setahun aku pakai latio, it is a nice car indeed for the price range rm80k-rm100k
way better than vios or city regardless what other people said
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #53 tag_f1's post

agreed

:pompom:  :pompom:  :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 03:36 PM | Show all posts

Reply #54 lins's post



nanti next year tag pun nak pasang impul bodykit tu, cun banget...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 03:59 PM | Show all posts

Reply #55 tag_f1's post

tag punye kete kaler pe?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 06:13 PM | Show all posts

Reply #56 lins's post

kaler macam posting amazed #50, twilight gray   tapi putih pun cun gak...

lins punya kaler per?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 10:48 PM | Show all posts
ok la keter ni...even body nmpk besa utk yg sporty tu tp tak rasa berat pon...pick up pon ok
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 10:06 AM | Show all posts
aku tak pernah drive pun keta ni..... nak beli tak mampu.... tak mampu dari segi pratikaliti... keta yg agak kecil bagi aku yg perut boroi ini....

bagi aku, ini model compact sedan yg terbaik di pasaran mesia.... pernah gi showroom mengusar ini keta, tapi tak test drive pun, sebab kena paksa TD siplis.... hi hi..

kalu aku ada 5 juta, akan aku beli keta ini utk 3rd car...

bagi anak aku ronda ronda ejas awek kat teluk cempedak...

this car beat vios at any cost.... tapi tang harga....berpeluh seh...


keta cun... untuk driver yg cun cun belaka...

p/s: kereta cun atau tidak adalah subjektif.... pendapat manusia berbeza... ada org kata pak we kita huduh... tapi kita tengok pak we kita cun mcm fernando tores....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:49 PM | Show all posts

Reply #58 te_clone's post

pickup memang mantap, tag selalu test kat traffic light

handling leh tahan ada sedikit persamaan dengan keta conti,
tag penah drive Peuguot 407 (latest model 2008) kepunyaan abang tag,
handling Pug 407 tu memang very precise dan mantap, handling latio ada mirip2 Pug 407 tu
walaupun tak 100% sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.389236 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list