CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: naQi-tiRa

RELA ANAK DIBERHENTI - Bapa Bimbang Kes Dera Di Kem Sri Aman Berulang

[Copy link]
 Author| Post time 18-12-2007 09:53 AM | Show all posts

Reply #20 atira's post

boleh je.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 11:25 AM | Show all posts
Kelakornye... buat tatu, bleh tahan sakit. Ilangkan tatu, takleh tahan (gamaknya - sampai bapak pon komplen)
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:55 PM | Show all posts
aritu ade kuar dalam harian metro.. kecik je... sorang pegawai tentera buat report polis kena hempuk dengan fail dan kena tampar sebab lewat 5 minit... pegawai tu kata dia dah bg tau kat pegawai atas dia yg pangkat mejar yang dia cirit birit... hehehe.. lembik tul pegawai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2007 02:45 PM | Show all posts

Reply #23 yatthrash's post

kan disiplin tu...menepati masa kan mmg peraturan....
sendiri mau jawab la.....
sepatutnya hal macam ni tak payah kepoh2 lebih....
org skrg ni dah gile glamer gamaknye.....
hehehe...tapi kne hempuk ngan fail tu...err......
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 02:08 AM | Show all posts

Reply #4 shernaz's post

bukan setakat mangkuk hayun lagi....dua kali BANGANG pe
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 02:12 AM | Show all posts

Reply #23 yatthrash's post

mana peginya prosidur sedia ada....

sampai nak repot2....

kalau sakit pegi je 'report sick' then dapatkan attend C...kalau balik tak dapat attend C....kena tambah penampar lg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2007 08:18 AM | Show all posts
Rela anak diberhenti
Oleh Rahmat Othman

ALOR STAR: "Saya lebih bersedia menghadapi risiko anak diberhentikan daripada tentera daripada membenarkannya kembali bertugas kerana bimbang dia didera lebih teruk selepas membuat pendedahan."

Demikian kata Zainal Rashid Mohd Nor, 57, bapa kepada Khairil Azzuwan, 19, anggota tentera yang bertugas di Rejimen Ke-13 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak.

Difahamkan, Khairil Azzuwan dijangka kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama 45 hari termasuk cuti sakit selama 30 hari.

Zainal Rashid berkata, Khairil Azzuwan masih trauma dengan kejadian menimpanya selain bimbang pegawai dan anggota senior membalas dendam selepas kes penderaan itu disiarkan akhbar.


Menurutnya, lengan kanan anaknya pernah ditoreh bentuk segitiga oleh anggota perubatan bagi menghilangkan tatu kecil menyebabkannya pengsan dua kali kerana kesakitan amat sangat.


Katanya, akibat penderaan yang begitu teruk Khairil Azzuwan kini trauma dan tidak lagi berminat bertugas di kem berkenaan.

"Bekas torehan di lengan kanan anak saya itu belum sembuh sepenuhnya walaupun sudah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama lebih sebulan.

"Pada masa tertentu, ia bernanah dan berbau busuk," katanya yang berkunjung ke pejabat Harian Metro di sini, kelmarin.

Harian Metro pada September lalu melaporkan dua prebet, Zarul Fahmi Shamsuddin, 20, dan Khairil Azzuwan mendakwa didera fizikal dan mental termasuk dipaksa minum minyak pencuci senjata api selain turut diludah, dicemuh, ditumbuk dan dipijak pegawai tentera dan anggota senior.

Zainal Rashid mendakwa sudah beberapa kali berjumpa pegawai kanan Kementerian Pertahanan bagi memohon supaya anaknya ditukarkan ke kem tentera lain di Sememanjung, tetapi tidak mendapat jawapan menyakinkan.

Katanya, beberapa pegawai kanan ada memberi jaminan pertukaran itu, bagaimanapun dimaklumkan kes berkenaan masih dalam siasatan.



"Jika anak saya kembali bertugas di kem berkenaan samalah seperti membiarkannya memasuki kandang harimau dan saya tidak mahu kejadian buruk terjadi ke atasnya," katanya.

Sebelum ini, tiga saksi utama kes penderaan itu, Samian Ali, 20; Mohd Hafiz Othman, 20, dan Mohd Khiarul Nizam Ahmad, 23, turut menerima ugutan, cemuhan dan penderaan mental selepas kes penderaan dua rakannya disiarkan di akhbar.

Sementara itu, Bahagian Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan tidak dapat dihubungi kerana cuti hujung mingg
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 11:11 AM | Show all posts
sekarang pakai laser buat aper nak toreh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2007 11:14 AM | Show all posts
alaaa... kengkadang kuah lebih daripada nasik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 11:22 AM | Show all posts
Askar kita cam dah hilang hala tuju matlamat jadi askar kan? semua nak senang tanpa perlu merasa 'susah' ... ni satu perkembangan yang x sihat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 01:10 PM | Show all posts
Askar sekarang nie x samer mcm dulu. Dulu2 nye askar lagi teruk kenen rangging
diorang ok jer. setakat kenen pelempang dengan hempuk tue xde mende lah. tue sume dah sebati dengan diorang.

(pengalamam ayah mertuaku)
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 07:04 PM | Show all posts
budak baru manja sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 05:26 PM | Show all posts
bapa yang hanya membesarkan - besarkan cerita padahal anak dia yang setuju supaya dibuang tatu tu. Orang sekarang bila dah tak boleh nak jaga anak  dia sebab liar sangat suruh masuk askar bagi ada disiplin sikit. Tapi  anak bila masuk askar terus jadi hantu sebab rasa hidup dah glamor.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:17 AM | Show all posts
kesian bapak budak ni.. baik la kau suruh anak kau dok umah main masak-masak..  masuk soja pun tak gune.. diri sendirik pun tak leh jaga , lagi mau jaga negara.. itu lumbu jaga sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:25 PM | Show all posts
sapa suruh buat tatto kat badan...
padan ng muka....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.078196 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list