View: 6456|Reply: 12
|
hukum melukis gmbr org..
[Copy link]
|
|
sorry mod kalo thread ni da ade..and please mergekan..
sy nk ty kpd pakar hukum-hakam kat MM..
ape hukumnye melukis potret??
ape pulak hukumnye melukis pic org(kartun)..
utk makluman..hobi sy melukis..sy suke sgt melukis kartun2 time bosan2..
potret pon sy boleh lukis..tp x ler jd sgt ..ade gak la rupe..
sblm ni sy penah terbc hadis psl lukisan nie..xboleh..tp kurang pasti kesahihannye..
sy penah juga dgr kalo lukis xcukup sifat masih boleh..tp masih kurang phm ape maksudnye cukup sifat tue..
sy penah jugak dgr..kalo lukis potret..tp xmenganjunginye..masih boleh..
so camne plak pandangn forumers kat MM?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
habis tu kalau tangkap gambar ? |
|
|
|
|
|
|
|
lukis la gmbr spongebob n patrick je!hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
ZUNAR yg melukis dlm harakah tu masuk neraka tak? yg membenarkan dia melukis dlm harakah tu masuk neraka tak? |
|
|
|
|
|
|
|
err..sy tersalah bod ke nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
dosa ke tak ? aku pun konfius |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam
Soalan:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali
Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.
Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:
1.Bagaimanakah kedudukan melukis potret dan objek bernyawa dalam hukum Islam.
2.Adakah ciri sesuatu potret yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut?
3.Apakah kedudukan membingkaikan gambar fotografi objek hidup (manusia dan haiwan contohnya), lalu digantung di dinding rumah mahupun pejabat?
Sekian.
Ratapan keampunan kepadaNYA Yang Maha Pengampun atas segala kejahilan.
JAWAPAN.
Muqaddimah
Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:
إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahanَ
Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.
Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?
Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam
1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.
Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.
2. Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.
Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam
Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.
Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan ------------------------------------------
Jawapan Kepada Soalan Yang Ditujukan
Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang
Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.
Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.
Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.
Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.
Berdasarkan jawapan di atas jelaslah kepada kita bahawa:
Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.
Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:
الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.
Penutup.
Perbincangan berkaitan dengan hukum gambar adalah satu perbincangan yang akan memperlihatkan perbezaan pandangan para ulama dalam menentukan hukum. Walaupun ada hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa melukis adalah haram, tetapi para ulama berselisih pandangan dalam memahami hadith-hadith tersebut sehingga menyebabkan pandangan yang pelbagai dalam masalah hukum melukis.
Kita sebagai orang Islam wajib untuk menghormati perselisihan pandangan ini dengan tidak memaksa umat Islam yang lain memilih hanya satu pandangan daripada pandangan-pandangan yang pelbagai. Ini kerana setiap pandangan mempunyai sandaran dan hujah ilmu yang diceduk daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan dalil-dalil feqh yang lain.
Kita juga tidak boleh mencemuh pandangan sebahagian para fuqaha sekiranya pandangan mereka tidak sama dengan pandangan mazhab yang kita pegangi.
Perbezaan pandangan para fuqaha adalah rahmat buat umat Islam. Semoga perbezaan pandangan dalam masalah khilafiyyah tidak akan membawa kepada perpecahan umat Islam.
Wallahu A'lam.
Rujukan utama adalah Mausu`ah Fiqhiyyah Quwaitiyyah. Untuk melihat teks asal Mausuah Fiqhiyyah Quwaitiyyah dalam bahasa Arab, sila download.
المستدرك على الصحيحين
iaitu gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna yang sekiranya objek tersebut hidup, dia akan mampu untuk terus hidup. Contohnya gambar seorang manusia yang cukup dengan kepala dan badan. Bukankah sekiranya seseorang itu hanya dilahirkan dengan mempunyai kepala dan badan, dia masih mampu untuk hidup? Namun sekiranya gambar yang dilukis hanyalah gambar kepala sahaja atau gambar manusia tanpa kepala, maka hukum gambar seperti ini adalah diharuskan tanpa ada sebarang hukum makruh. Hukum makruh di sisi Mazhab Al-Imam Malik hanyalah sekiranya gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dunkin^donuts at 18-12-2007 02:12 PM
habis tu kalau tangkap gambar ?
mungkin ini boleh dijadikan panduan
Hukum Gambar Fotografi
Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan. Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup aurat adalah diharamkan.
Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.
Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding
|
|
|
|
|
|
|
|
ulama2 seolah tak berapa amik pot bab hukum melukis gambar & simpan teddy bear dlm rumah ni sebab seolah2 ianya tak membw mudarat, tapi ulama lebih fokus kpd isu2 yg menyentuh kemaslahatan umat spt zakat, kepimpinan dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
pendikan hadis
Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala
dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah,
maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan
akan menyatakan bahawa
tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan.
maknanya boleh lah tu.
|
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks 4d valueable info. |
|
|
|
|
|
|
| |
|