CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 27-6-2008 10:42 PM | Show all posts

Muktamad

Kedah 0
KL 1


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 12:12 AM | Show all posts
dorg turunkn 2nd team ka..?
dok tgk shafizan on9 mespes elok ja....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 02:15 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 27-6-2008 10:42 PM
Kedah 0
KL 1




... alamak awat kalah pulak..ak rsa depa letih sangat jadual pack kot... jahanam fam:@:@:@:@:@...
xpa2 jangan patah semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 07:51 AM | Show all posts
Originally posted by CheQ at 28-6-2008 12:12 AM
dorg turunkn 2nd team ka..?
dok tgk shafizan on9 mespes elok ja....


2nd team apanya.....
team utama laaa... siap marlon pun turun gak 2nd half..
tah... letih sama kot... nie lepas game semalam... nak pi sabah plak...!
bodo punya fam
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 07:56 AM | Show all posts
Malam penuh kejutan


KUALA LUMPUR - Saingan Piala Malaysia penuh dengan kejutan, semalam apabila pasukan-pasukan pilihan tumpas tanpa diduga.

Paling mengejutkan membabitkan juara berganda, Kedah yang tewas tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur di gelanggang keramat mereka, Stadium Darul Aman dalam saingan Kumpulan B.

Stanley Bernard menjadi pemusnah juara Liga Super dan Piala FA itu menerusi jaringan pada minit ke-69.

Ternyata perlawanan malam tadi bukan milik Kedah. Walaupun menguasai permainan pada separuh masa kedua menerusi asakan bertali arus, serangan-serangan skuad Hijau Kuning sering kali tersasar atau diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur, Saiful Amar Sudar.

Turut kecundang ialah Selangor yang dibelasah Negeri Sembilan 0-3 juga di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam dalam saingan Kumpulan A.

Begitu juga dengan Terengganu yang tewas mengejut 1-2 kepada negeri jiran, Kelantan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.

Perak pula berpesta gol dengan membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0 di Stadium Perak dengan Carlos Caceres menyumbat tiga gol untuk pasukan itu.

Dua gol dalam masa dua minit di penghujung babak pertama pula membantu Perlis menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Sementara UPB-MyTeam bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 ke atas Johor PG di tempat lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 06:13 PM | Show all posts
hihihihihi...
bungkuih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2008 08:12 PM | Show all posts
FAM bangang.....
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 09:28 AM | Show all posts
relax2........... dorang letih tuh.... terbang sana sini.... aku langsung tak hilang keyakinan dgn dorang........ dorang dah try terbaik....  kalah pon bagus gak... jd motivasi bahawa dorang bila2 boleh kalah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 11:46 AM | Show all posts
a'ah maybe ni bole jadi satu motivasi bagi depa..yg penting jangan kita sapot depa time menang ja..menang kalah tetap team kita..sapot all the way bebeh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:51 AM | Show all posts

Victor berang dakwaan tak berasas terhadap Kedah

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
sukan@kosmo.com.my



"KAMI main bukan kerana wang tetapi untuk menang." Itu ketegasan yang disuarakan kapten, Victor Andrag selepas barisan Kedah didakwa sengaja mempamerkan aksi hambar pada saingan Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kuala Lumpur mencipta kejutan apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Kedah.

Tuduhan liar itu didakwa sengaja dilemparkan sesetengah pihak selepas mendapati skuad Kedah belum mendapat wang imbuhan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hasil kejayaan mereka menjuarai Piala FA lalu.

Menurut Victor, tuduhan tidak berasas itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang ingin mensabotaj kejayaan skuad Kenari sebelum ini.

"Masalah wang imbuhan itu sebenarnya tidak timbul kerana kami ketika ini lebih fokus kepada saingan Piala Malaysia.

"Kekalahan kami pada perlawanan lalu berpunca daripada keletihan setiap pemain setelah terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang terlalu padat," jelas Victor.

Katanya lagi, wang hasil kejayaan Kedah menjuarai Piala FA baru-baru ini sebenarnya belum disalurkan lagi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada KFA.

"Atas dasar itu, tidak munasabah jika di tuding jari kepada kerajaan negeri Kedah yang mengendalikan KFA," katanya.

Sementara itu, pengendali Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah memberitahu, dia turut kecewa dengan sikap pihak yang bertanggungjawab terhadap dakwaan tersebut.

"Sebelum tuduhan dilemparkan kepada sesiapapun perkara berkenaan sepatutnya disiasat terlebih dahulu kerana dalam hal imbuhan Piala FA, sebenarnya kami belum mendapat wang tersebut daripada FAM.

"Jangan jadikan kekalahan yang berpunca daripada kelesuan pemain untuk mengaibkan pasukan ini.

"Sepatutnya soalan wang Piala FA itu diajukan kepada FAM, kerana wang tersebut ada pada mereka," ujar Azraai kesal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 12:09 PM | Show all posts
pada pendapat aku, kekalahan kedah memang ditunggu2 oleh media utk menghentam skuad kedah. banyak faktor atau ada agenda tersendri dari media yg mungkin utk mensabotaj pasukan kedah. dlm buletin utama siap kata prestasi merudum, takkan la kalah sekali dah merudum dah kot.......

bagi aku wartawan yg buat liputan tuh ada agenda tersendiri mungkin,

1) time nih la nak hentam kerajaan kedah utk menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran utk menguruskan wang, maklum la time nih isu balak tgh panas......

2) cuba sabotaj skuad kedah, dgn harapan menggangu tumpuan pemain. aku percaya para pemain pun tak tau apa2, dan sekiranya dibiarkan persoalan itu tertanya2 di pikiran pemain, ianya akan memberi kesan langsung keatas prestasi pasukan. secara tak langsung mengharapkan pemain tuh blah dari skuad kedah musim depan (nilah peluang depa nak pancing pemain tuh).

buat para wartawan tuh, sebelum nak buat report tuh, selidik lah betul2, kalau tak betul dah jadik fitnah, kalau ada agenda lain memang dasar yahudi laknat, sama ja ngan wartawan cnn......
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 01:43 PM | Show all posts
kedah dah dilebal terlalu kuat utk tim2 kat mesia nih.... kalah sekali 1-0 jer pon dah dikira merudum.... hebatnya tim kedah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 05:24 PM | Show all posts

Reply #1533 hantamal's post

cudnt agree more..

sepak mula rehat sebulan..
pahtu men tak mau2..

camna la player2 nak perform..

**takpe..
mlm ni Kedah vs Sabah

semoga kenari mampu terbang tinggi

[ Last edited by  tulip.purple at 30-6-2008 05:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:50 AM | Show all posts
seri je...

Kedah seri, Selangor kalah lagi

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah gagal memanfaatkan kelebihan berdepan sembilan pemain Sabah apabila hanya mampu seri 3-3 ke atas pasukan tercorot Kumpulan B itu pada saingan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Likas, semalam.

Bagaimanapun nasib lebih buruk diterima oleh naib juara Piala FA, Selangor apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut, tumpas 2-5 kepada Kelantan dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Sultan Mohamed IV.

Kuala Lumpur pula mengalami 'mimpi ngeri' apabila bukan saja terlepas kedudukan pendahulu Kumpulan B, malah dibelasah 7-0 oleh Polis di Stadium KLFA, Cheras.

Kedah mengharungi 23 minit terakhir berdepan sembilan pemain selepas Hishammuddin Othman dan Tragic Dalibor dilayangkan kad merah pada minit ke-67.

Namun, tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Bobby Gonzalez pada minit ke-18 tetapi berjaya disamakan oleh Mohd. Khyril Muhymeen pada minit ke-37.

Beberapa minit sebelum tamat babak pertama, David Njoku meletakkan Sabah mendahului 2-1, namun lima minit selepas separuh kedua bermula, Khyril sekali lagi menyamakan kedudukan.

Kedah mendahului buat kali pertama menerusi Marlon Alex James di minit ke-71, namun Sabah hanya memerlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Wong Sai Kong.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Faruzzahar Ali menjaringkan hatrik untuk membantu Johor FC menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang.

Sementara itu Negeri Sembilan mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan A selepas menundukkan Sarawak 2-1 di Stadium Sarawak.

Dalam satu lagi perlawanan, Melaka gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Terengganu di Stadium Hang Jebat.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=su_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:52 AM | Show all posts
hadeh.... kesian lak aku kat dorang.... letih, tekanan tinggi....

tp aku yakin dorang len menang piala mesia
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:53 AM | Show all posts
apasal dorang buat isnin ngan jumaat lak bola nih....... pasal apa tak buat sabtu... kompen la takde siaran langsung.... sapa yg cerdik sangat nih... slangor bungkus trus sbb letih.... kedah bernasib baik dlm kumpulan yg tak banyak tim yg power....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #1541 rambutan's post

tak pa bulan nih masyuk 500k..........ada semangat sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:54 AM | Show all posts
aiyo....
seri ja....
letih la tu kot....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:16 AM | Show all posts
prestasi tgh turun neh..

xpa2 hampa buleh aku yakin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:49 AM | Show all posts

Reply #1545 cak!'s post

baguih hg no....penyokong yg baguih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.306090 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list