CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 8-7-2008 11:21 AM | Show all posts
Azraai risau nasib dua tonggak
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

NADA gembira jelas terbayang di wajah jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah sebaik saja merangkul tiga mata penuh ke atas Polis, malam kelmarin.

Namun pada masa sama beliau ternyata sukar menyembunyikan kerisauan ke atas nasib Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Badrol Bakhtiar.

揝udahlah mengharungi jadual perlawanan padat kemudian mereka berdua ini dipanggil melapor diri bersama skuad kebangsaan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 02:04 PM | Show all posts

Reply #1587 tulip.purple's post

cuti lama tuh......... boleh balik tidoq puaih2...... coach pun dah bagi cuti 2 hari
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 10:39 PM | Show all posts

Reply #1585 bushido_ump's post

aku tgk sportcenter tadi....
banyak kedah monopoli.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 07:50 AM | Show all posts
KFA minta FAM bayar segeraALOR STAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membayar segera wang kejuaraan Liga Super dan Piala FA yang digondol Sang Kenari musim ini, lapor SHARIZA ABDULLAH.
Presidennya, Azizan Abdul Razak berkata, sehingga kini KFA masih menanti FAM menyelesaikan bayaran berkenaan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kemenangan selaku juara Liga Super yang dirangkul kira-kira dua bulan lalu.
Menurut beliau, kelewatan pembayaran oleh badan induk bola sepak negara itu menyulitkan rancangan untuk menguatkan skuad Hijau Kuning tatkala pasukan berkenaan masih berjuang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
"Kami akan hantar surat kepada FAM meminta menyegerakan pembayaran kedua-dua wang kemenangan kerana ia penting untuk pembinaan pasukan. Saya harap mereka hantar cepatlah," katanya ketika ditemui pemberita di Kolej Universiti Insaniah di sini, semalam.
Skuad bola sepak Kedah muncul juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut selain mengekalkan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 22 Jun lalu.
Dalam hal ini, menurut Azizan, penerimaan wang kemenangan tersebut pada masa sekarang mampu menjadi penyuntik semangat para pemain yang dibelenggu masalah keletihan akibat penyusunan jadual perlawanan yang terlalu ketat.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak menjejaskan semangat juang pasukan Hijau Kuning untuk menunjukkan prestasi baik dalam saingan Piala Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah memberitahu, meskipun wang kemenangan belum diterima namun pembayaran gaji kepada para pemain berjalan seperti biasa.
Sementara itu, dalam perkembangan saingan Piala Malaysia, ketua jurulatih skuad Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah lega apabila anak buahnya mempunyai sedikit 'ruang' untuk berehat apabila perlawanan menentang Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan.
Penangguhan itu, katanya, memberi peluang kepada para pemain yang dilanda keletihan ekoran jadual perlawanan yang ketat untuk cergas semula menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur Sabtu ini.
Namun, katanya, persediaan Hijau Kuning sedikit terjejas dengan ketiadaan dua tonggak mudanya iaitu Khyril Muhymeen dan Badrol Bakhtiar yang dipanggil mewakili skuad kebangsaan selain masalah kecederaan Victor Andrag dan Rony Harun
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 10:03 AM | Show all posts
lega haih..menang no..

ni sbb jadual padat sgt la ni..:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 10:03 AM | Show all posts
lega haih..menang no..

ni sbb jadual padat sgt la ni..:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 11:18 AM | Show all posts
Nape FAM bayaq lambat??? Sbb Kedah tukaq pemerintah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 12:22 PM | Show all posts

Reply #1591 liyanur's post

FAM ada yg cepat ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by liyanur at 10-7-2008 11:18 AM
Nape FAM bayaq lambat??? Sbb Kedah tukaq pemerintah ka?



biasa la, cam bank jugak....... time nak duit cepat jer, kalau nak bagi duit jenuh menunggu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 07:26 PM | Show all posts
ini malam..

Kedah vs Kuala Lumpur..

way to go kenari!!
any prediction??
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 02:50 AM | Show all posts
yeay~

menang.. 2-1 <--opsss tesilap , patut 4-1

tp polis n johorfc pun menang gak

[ Last edited by  tulip.purple at 14-7-2008 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 11:05 AM | Show all posts
2 la...
polis johor fc pun menang....
depa now dah 14 point kan??
kedah baru 12 kan??
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by tulip.purple at 13-7-2008 02:50 AM
yeay~

menang.. 2-1

tp polis n johorfc pun menang gak


4-1 ka 2-1 ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 08:58 AM | Show all posts

Reply #1597 mieb_dien's post

ampun..
silap..

tak pasan

udah betulkan..
permisi ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 07:59 AM | Show all posts
mlm nih lwn sabah..... wahai org2 kedah.... penuhkanlah darulaman.................
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 09:02 AM | Show all posts

Reply #1599 rambutan's post

konfem penuh nya..

lama org kedah x turun darulaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 01:03 PM | Show all posts
Selangor 'bersorak' gara-gara NS hilang mataKUALA LUMPUR - Negeri Sembilan yang sedang berusaha memburu tempat ke suku akhir Piala Malaysia tersentak apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak memotong tiga mata daripada kemenangan mereka ke atas Selangor pada 27 Jun lepas.
"Keputusan diambil setelah mendapati Negeri Sembilan bersalah apabila tidak menurunkan pemain bawah 21 tahun selama 90 minit perlawanan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh FAM," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh ketika di hubungi, semalam.
Che Mat berkata, pada perlawanan itu, Negeri Sembilan telah menukar seorang pemain bawah 21 tahunnya dengan seorang pemain import yang menyaksikan mereka menang 3-0 ketika menentang Selangor di Shah Alam.
"Setelah bermesyuarat dan meneliti perkara ini, kami membuat keputusan memberikan kemenangan kepada Selangor dengan keputusan 3-0," katanya.
Keputusan ini membolehkan Selangor mendahului kumpulan A dengan 16 mata, manakala Negeri Sembilan di tangga keempat dengan 10 mata dengan masing-masing berbaki tiga dan dua perlawanan lagi.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir bersama satu pasukan tempat ketiga terbaik antara kumpulan A dan C.
Mengenai insiden pergaduhan dua pemain Selangor dengan penyokong mereka di Negeri Sembilan selepas perlawanan, Sabtu lepas Che Mat berkata, pegawai perlawanan tidak melaporkan perkara itu kepada jawatankuasanya.
"Jika ada laporan daripada mana-mana pihak, kita akan menyiasat perkara itu dari setiap aspek sebelum tindakan sewajarnya diambil oleh FAM," katanya.
Sementara itu, Che Mat yang juga Naib Presiden FAM berkata, satu seminar akan diadakan pada 21 dan 22 Julai ini bagi membincangkan sebarang masalah yang timbul di kalangan persatuan-persatuan negeri.
"Seminar ini akan menjadi medan kepada persatuan-persatuan negeri untuk berbincang dan menyatakan masalah mereka kepada FAM seperti format liga tempatan, kewangan, penajaan dan sebagainya," katanya.
Che Mat berkata, daripada situ barulah FAM akan memahami dengan lebih jelas masalah persatuan-persatuan negeri dan bagi merangka pelan tindakan sewajarnya pada musim depan.
- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm


****
antara kumpulan A dan C tu maksudnya A, B dan C ke atau memang A dan C je
kalau A dan C sj, mana justification yg derang ikut ni..

tak paham sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 04:15 PM | Show all posts
terbaru di current issues...

Dato' Ahmad Basri meninggal dunia. Takziah.


Baru terima call dari Kedah yang memaklumkan Bapa Pembangunan Bolasepak Kedah, Dato' Ahmad Basri Akil meninggal dunia sekejap tadi.

Takziah diucapkan. Negara kehilangan seorang tokoh yang bukan sahaja menabur bakti untuk kemajuan bolasepak Kedah tapi juga seorang yang begitu ingin melihat kemajuan bolasepak Malaysia.

Al-Fatihah.

http://forum6.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 04:25 PM | Show all posts
heart attack dgr crita
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 04:36 PM | Show all posts
AL-FATIHAH

Beliau ni byk jasa dlm pembangunan bolasepak especially utk negeri Kedah. Beliau juga berani bersuara menegur FAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.113779 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list