CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89711|Reply: 532

Azharina kahwin Datuk Syukri dah 2 tahun

[Copy link]
Post time 24-12-2007 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Azharina akhirnya dedah kisah cinta dengan Datuk S!
24-12-2007 03:52:29 PM                                                        
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ                                                                          

SEBELUM
ini penyanyi bersuara lantang Azharina Azhar, 22 langsung tidak mengetahui yang beliau menghidap penyakit Apendiks. Setelah berasa sakit yang teramat dibahagian perut pada dua minggu lalu,penyanyi yang lebih mesra dengan nama Nina ini membuat pembedahan apendiks yang telah pecah atas saranan doktor di KPMC Pusat PerubatanPuchong Sdn. Bhd.
Azharina baru lepas menjalani pembedahan apendiks (Foto The Star)
"Semasa saya sedang buat pemulihan pejabat Top 3 Production Sdn. Bhd. di Bandar Puteri, saya rasa kejang diperut. Sakit tu makin bertambah dan sepupu saya cakap yang saya mungkin mengalami apendiks."Selepas tu kami ke hospital dan doktor kata apendiks saya dah pecah. Sebelum saya buat pembedahan pada hari tu, saya sempat lagi minta kebenaran dengan doktor untuk pergi membeli-belah dan saya kembali ke hospital untuk buat pembedahan pada jam empat petang.
"Pada jam lapan lebih, saya dah berada di rumah dan waktu tu saya terus ke pejabat lalu menyambung kerja di pejabat tanpa teringat yang saya baru selesai menjalani pembedahan di perut sebab tak rasa sakit sangat masa tu.
"Selepas tu baru sepupu saya tegur dan tanya samada saya ok atau tidak. Tetapi lama-lama tu mula rasa sakit. Tetapi ia tak terlalu sakit mungkin sebab saya amalkan minum ginseng dan pati ikan haruan. Hari ni pun sebenarnya ada rasa sakit sikit tapi itu tak menghalang saya untuk menyanyi," ujarNina ketika ditemui di majlis ulangtahun kelima Rafflesia baru-baru ini di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur.
Kata Nina, beliau sanggup datang ke majlis tersebut atas undangan rakan baiknya, Bill Bora yang juga pengacara majlis pada malam itu.
Kedatangan Nina pada malam itu juga merungkai kisah perkahwinannya dengan seorang 'Datuk' yang dirahsiakan sebelum ini atas sebab tertentu.
"Memang sebelum ini Nina dah kahwin sejak dua tahun lalu. Nina terpaksa rahsiakan
Azharina kongsi cerita cintanya bersama Datuk Syukri
sebab tak mahu kecilkan hati madu saya. "Kami kenal sejak enam tahun lalu di Kuala Lumpur melalui adik angkat kepada mak angkatnya.
"Sebelum ini saya memang tak tahu yang dia seorang ahli politik dan peguam. Dia menyamar jadi pemandu lori dan saya pula cakap tak bekerja.
"Selepas tu dia dapat nombor telefon saya melalui adiknya dan menghantar mesej yang ingin berjumpa dengan saya.
"Pada mulanya saya 'jual mahal' tetapi dia tetap tunggu untuk berjumpa saya selama dua jam.
"Sebab kesiankan dia, saya jumpa juga dan kami mula berkawan. Selepas tiga tahun baru saya tahu yang dia adalah seorang 'Datuk' melalui akhbar yang mengatakan dia menang kes," kata Nina yang bergelar isteri kepada Datuk Syukri Hj. Mohamad.
Bagi Nina, sikap ikhlas, lebih tua dan mempunyai 'grey hair' membuatkan beliau tertarik dengan lelaki yang berasal dari Kelantan itu.
"Sebabsaya suka melihat warna rambut pelakon Richard Gere dan ahli politik Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah," ulas penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi dan Seandainya ini.
Menyentuh tentang anak, wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini akui teringin menimang cahayamata namun mereka belum dikurniakan rezeki.
"Lagipun kami jarang menghabiskan masa bersama. Saya ni seorang yang cepat bosan dan memang tak boleh jika terlalu kerap berjumpa.
"Banyak masasaya dihabiskan dengan kerja sebab saya seorang yang suka bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kualiti yang boleh memuaskan hati," terang Nina yang lebih senang membuat kerja di pejabat dengan usahanya sendiri walaupun mempunyai lapan orang staf yang boleh membantunya.

[ Last edited by  fahmein at 24-12-2007 04:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 04:39 PM | Show all posts
mmmmmm....alasan yg dah basiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:41 PM | Show all posts
ptuihhhhhh......:@

aku cukup pantang manusia yg suke menipu.....bodoh pianggg....:@



nk jage hati madu kunun....klu nk jaga hati madu,lu x kawen la ngan datuk tuh...

ntahhapehapentah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:41 PM | Show all posts
Pompuan ni bila aku nengok ajer..rasa nak teros muntah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:43 PM | Show all posts
yo lah sobab grey hair.. ramai gak pakcik lain yg ado grey hair..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:44 PM | Show all posts
aaaa......menipu lagikkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2007 04:45 PM | Show all posts
tak berseri muka die dlm gambar nie.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:48 PM | Show all posts
pandai nyerrr dia simpan rahsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 04:48 PM | Show all posts
dah jodoh ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:48 PM | Show all posts
PENIPU!!ada ker lepas 3 tahun baru tahu identiti suami?kalau suami dia tu org gile ker, pembunuh ker.. tak ker naya jer kawen macam tuh tanpa usul periksa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:49 PM | Show all posts
bagus la tu... Dah terus terang
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:50 PM | Show all posts
kan dah kata dah...dah kawen ropenyer!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:51 PM | Show all posts
sorok2 pun ... keDAPATAN jugak akhirnya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:52 PM | Show all posts
sabooorrrr jer la pompuan nie..
nie la org pggl pbohong tegar, ari tu siap sumpah bagai...
cam aper jer, teruskan la usaha bckp bhg yer..
biar takder saper dah yg pcaye ckp2 artis kat  msia nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:52 PM | Show all posts
dia ni ke yg kat chit chat azwana...tak ngaku dia dah kawen..sampai sumpah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by fahmein at 24-12-2007 04:37 PM
"Semasa saya sedang buat pemulihan pejabat Top 3 Production Sdn. Bhd.di Bandar Puteri, saya rasa kejang diperut. Sakit tu makin bertambahdan sepupu saya cakap yang saya mungkin mengalami apendiks."Selepas tukami ke hospital dan doktor kata apendiks saya dah pecah. Sebelum sayabuat pembedahan pada hari tu, saya sempat lagi minta kebenaran dengandoktor untuk pergi membeli-belah dan saya kembali ke hospital untukbuat pembedahan pada jam empat petang.


ape motif dier citer tang dier gi shopping? sengal ke minah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:55 PM | Show all posts
ha????
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:56 PM | Show all posts
bukan minah spore ker dia neh
erk..dato tu rabun gamaknya..muahahahahah
ops sorry yerk azharina
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 04:57 PM | Show all posts
ada gambar datok tu ke? hensem ke? cute?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.081782 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list