|
Azharina, Datuk S bahagia
AZHARINA bersama suami.
TAK kisahlah penyanyi Azharina isteri yang ke berapa sekali pun, asalkan hidupnya bahagia dan rumah tangganya rukun damai. Suatu ketika dulu, memang sukar buat penyanyi kelahiran Sabah itu membuka mulut soal rumah tangganya, tetapi kini tidak lagi.
Nampaknya Azharina semakin terbuka bercerita perihal rumah tangganya, cuma masih ramai yang belum tahu siapa gerangan jejaka yang menyunting Azharina itu. Raja sendiri pun tak tahu dan tak pernah tengok wajah suaminya, cuma terbaca di akhbar mengenai pengakuan jujurnya. Baguslah Azharina, lambat laun masyarakat tahu juga, tak perlulah nak berselindung mengenai perkara baik.
Minggu lalu, Raja menerima kiriman e-mel gambar Azharina bersama suaminya yang bergelar Datuk S berusia 50-an. Tak perlulah Raja sebutkan nama penuhnya, rasanya di kalangan mereka yang terdekat dengan Azharina tentu tahu gerangan Datuk dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Raja harap Azharina dan Datuk S tak marah Raja siarkan gambar perkahwinan mereka yang dirakamkan di studio ini.
Azharina pernah mengakui mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang jauh lebih berusia banyak mengubah dirinya.
Dia bersyukur Tuhan menemukannya dengan seorang insan yang menerima dirinya seadanya. Perbezaan itu merapatkan lagi hubungan sekali gus mengingatkan dirinya supaya bertolak ansur dalam melayari kehidupan berumah tangga.
揟ujuh tahun kami berkawan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, justeru, saya reda apabila ditakdirkan saya bertemu jodoh dengannya. Sudah takdir untuk berkahwin dengan lelaki yang lebih jauh berusia, mana mungkin saya dapat menolaknya. Siapa saya untuk mempersoalkan takdir yang sudah tertulis?
揗emang jurang usia antara kami besar tetapi pengalamannya banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan, |
|