CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23092|Reply: 194

Ijtihad Saidina Ali r.a tentang Arasy

[Copy link]
Post time 31-12-2007 08:15 PM | Show all posts |Read mode
saiyidina ali r.a berkata: SESUNGGUHNYA ALLAH MENCIPTA ARASY UNTUK MENAMPAKKAN KEKUASAAN NYA BUKAN UNTUK MENJADI TEMPAT BAGI ZAT NYA. (RIWAYAT ABU MANSUR AL BAGHDADI DLM AL FARQ BAYNAL FIRAQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 31-12-2007 08:15 PM
saiyidina ali r.a berkata: SESUNGGUHNYA ALLAH MENCIPTA ARASY UNTUK MENAMPAKKAN KEKUASAAN NYA BUKAN UNTUK MENJADI TEMPAT BAGI ZAT NYA. (RIWAYAT ABU MANSUR AL BAGHDADI DLM AL FARQ BAYNAL FIRAQ.

kepada puak-puak wahabi mujassim meh baca apa yang sahabat nabi kata tentang arasy kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 10:45 PM | Show all posts
AKIDAH ISLAM

INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 11:02 PM | Show all posts
LAISA KAMITHLIHI SYAI' - TIADA SESUATU APAPUN YG MENYERUPAI ALLAH (asy syura: 11)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 11:04 PM | Show all posts

Dialah yang menciptakan langit dan bumi Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan- pasangan (bagi binatang-binatang itu) dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Dzatnya, sifat-sifatNya, dan Pentadbiran) Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


[ Last edited by  anak_pejuang at 31-12-2007 11:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 02:19 AM | Show all posts
apa pandangan mufti Asri (yg dilabel wahabi) tentang Allah wujud tidak bertempat ini? any specific quote from mufti Asri? youtube ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2008 10:03 AM | Show all posts
seboleh-bolehnya, aku nak mengelak dari berbicara tentang aqidah sbb topik ini memerlukan pemahaman dan ilmu yg mendalam bagi membolehkan kita menerangkan dgn jelas kpd org lain.. kalau setakat buat posting 3-4 ayat, tepek hadis sekerat-sekerat, tak cukup utk berhujah ttg aqidah..

satu soalan aku kpd anak_pejuang, dan aku tuntut penjelasan.. (byk dah soalan aku tujukan kpd dia ni, tp byk juga yg tidak dijawab dgn jelas)..

soalan aku.. APA JAWAPAN ASWJ BAGI PERSOALAN DI MANA ALLAH?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2008 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 1-1-2008 10:03 AM
seboleh-bolehnya, aku nak mengelak dari berbicara tentang aqidah sbb topik ini memerlukan pemahaman dan ilmu yg mendalam bagi membolehkan kita menerangkan dgn jelas kpd org lain.. kalau setakat b ...

AKIDAH ISLAM

INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA...
Tuhan tidak memerlukan tempat kerana tempat itu ciptaannya.. kalau memerlukan tempat bermakna dia lemah... Maha suci Tuhan ia dari semuanya... ia sediakala...


[ Last edited by  anak_pejuang at 1-1-2008 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 1-1-2008 10:11 AM

INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA...
Tuhantidak memerlukan tempat kerana tempat itu ciptaannya.. kalau memerlukantempat bermakna dia lemah... Maha suci Tuhan ia dari semuanya... ia sediakala...


kalau begitu, apa penjelasan ko terhadap hadis berikut?

Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iatu Mu'awiyah :

Ertinya : "Baginda bertanya kepadanya : "Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : "Diatas langit. Baginda bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?". Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah". Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. kerana sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".

Hadis sahih. Dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadis, diantaranya :

Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwattho juz 3 halaman 5-6).
Imam Muslim (2/70-71)
Imam Abu Dawud (No. 930-931)
Imam Nasa'i (3/13-14)
Imam Ahmad (5/447, 448-449)
Imam Daarimi (91/353-354)
Ath-Thayaalis dalam Musnadnya (No. 1105)
Imam Ibnul Jaaruddi Kitabnya "Al-Muntaqa" (No. 212)
Imam Baihaqy diKitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250)
Imam Ibnu Khuzaimah -Imam kpd para Imam- dalam Kitabnya "Tauhid" (hal. 121-122)
Imam Ibnu Abi' Aashim dalam Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadis besar Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
Imam Utsman bin Sa'id Ad-Daarimi dalam Kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyyah" (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
Imam Al-Laalikaidi Kitabnya "As-Sunnah " (No. 652).

Jangan pulak kata imam-imam yg meriwayatkan hadis ini sebagai wahabi!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2008 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 1-1-2008 10:27 AM


kalau begitu, apa penjelasan ko terhadap hadis berikut?

Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keim ...


jangan ambil pemahaman maksud zahir untuk hadis ini...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 31-12-2007 10:45 PM

AKIDAH ISLAM


INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA  




benar ke ini hadis riwayat muslim?? ini satu pembohongan yg paling besar..

kata-kata ini merupakan iktiqad kaum Jahmiyyah dan Mu'tazilah dan yang sefahaman dengan mereka, iaitu dari kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy'ary.. INI ADALAH KATA-KATA IMAM ABUL HASAN ALI BIN ISMAIL AL-ASY'ARY.. BUKAN HADIS RIWAYAT MUSLIM..

anak_pejuang, jika ko benar, aku tuntut penjelasan utk statement ko yg aku qoute ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 1-1-2008 10:43 AM


jangan ambil pemahaman maksud zahir untuk hadis ini...


jgn cuba nak putar lagi.. mana yg dikatakan maksud zahir? hadis ini jelas.. takde double meaning pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 1-1-2008 10:47 AM


jgn cuba nak putar lagi.. mana yg dikatakan maksud zahir? hadis ini jelas.. takde double meaning pun..



klo macam tuh... haku nak tanya balik pada mu...
gik jumpa si sammy vellu lepas tuh tanya kat die... di manakah Tuhan???
lalu die pon tunjukkan tangannya kat langit....
dengan perbuatanya sebegini nak tanya pada mu...
adakah si sammy  vellu itu beriman???

[ Last edited by  anak_pejuang at 1-1-2008 11:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 1-1-2008 11:04 AM



klo macam tuh... haku nak tanya balik pada mu...
gik jumpa si sammy vellu lepas tuh tanya kat die... di manakah Tuhan???
lalu die pon tunjukkan tangannya kat langit....
dengan perbuatanya sebegini nak tanya pada mu...
adakah si sammy  vellu itu beriman???


soalan ko tak releven la.. namrud pun pernah memanah ke langit kerana percaya Allah itu berada di langit.. adakah namrud itu beriman?

kalau setakat kata tuhan itu di langit, belum lagi dikatakan beriman..
bila boleh dikatakan seseorang itu beriman? ko sendiri tahu jawapannya..

bukak mata la,situasi yg ko beri itu tidak sama dgn hadis yg aku bagi. hamba perempuan yg Rasulullah SAW arahkan supaya dimerdekakan itu beriman bahawa Allah ada di langit dan Muhammad Rasulullah.. tak kan ko nak samakan dgn situasi samy vellu tunjuk tuhan kat langit tp tidak beriktiqad bahawa Muhammad Rasulullah??
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 11:26 AM | Show all posts
satu lagi.. tolang la jgn bagi contoh air susu dalam gelas. kemudian tanya di mana lemak dlm susu tersebut. atau contoh lain, badan ada roh, tp di mana roh.. itu semua logik akal yg amat dangkal.. ko ajak berbicara tentang aqidah. jadi berbicara lah dgn ilmiah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 12:04 PM | Show all posts
Allah di langit? kalau Allah berada di langit, di mana Allah tinggal ketika langit belum diciptakan? Bagaimana pula dengan ayat-ayat yang menceritakan bahawa saat kiamat, langit digulung, langit terbelah atau langit digoncang dengan goncangan yang dashyat.

Penjelasan.

Keberadaan Allah SWT itu tidak sama dengan keberadaan makhluk yang mesti menempati ruang tiga dimensi. Jangan sekali-kali kita menyamakan wujud Allah SWT itu sebagaimana wujudnya makhluk yang memerlukan ruang dan mesti berada dalam sebuah garis waktu. Ini kerana ruang dan waktu sebenarnya hanyalah makhluk Allah SWT juga yang telah diciptakan-Nya.

Namun Allah SWT telah menyebutkan di dalam Al-Quran bahawa Dia ada di langit, maka kita menerima ayat itu sebagai sebuah kebenaran.

" Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang??" (Al-Mulk : 16)

"Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?". (Al-Mulk : 17).

Haram hukumnya menolak ayat itu atau menafikannya. Dan haram juga untuk mentakwil atau menafsirkannya, misalnya mengatakan bahwa langit yang dimaksud adalah langit dalam makna kiasan, atau menunjukkan ketinggian Allah SWT. Apatah lagi mengatakan Allah SWT wujud tidak bertempat. Ini secara terang-terangan menyalahi ayat Al-Quran.

Mengapa kita diharamkan mentakwilkan hal itu? Kerana Rasulullah SAW sebagai orang yang paling mengerti dan faham betul seluk-beluk Al-Quran, tidak pernah memberikan penjelasan tentang maksud ayat-ayat itu. Juga para sahabat ketika itu tidak pernah menanyakan soalan di atas. Jangan dikata bahawa para shahabat itu bodoh dan tidak sempat bertanya, tidak, mereka bukan tidak sempat bertanya, tapi memang tahu bahawa kemampuan pemikiran manusia tidak sampai ke tahap itu.

Kalau sekadar masalah teknik instinjak pun mereka tanyakan, bagaimana mungkin mereka tidak bertanya tentang wujud dan hakikat tempat Allah SWT? Logiknya begitu. Tapi sekali lagi, mereka tidak bertanya dan Rasulullah SAW tidak menjawab, kerana terma wujud Allah SWT itu bukan kemampuan pemikiran manusia. Sehingga apa yang Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran, itulah yang kita yakini dan kita imani.

Berhubung Rasulullah SAW dan para sahabat menjauhkan diri dari pembahasan wujud Allah SWT dan hakikatnya, maka itulah yang harus kita lakukan saat ini. Apalagi baginda telah bersabda, 擣ikirkanlah tentang ciptaan Allah dan jangan fikirkan tentang zat Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2008 12:07 PM | Show all posts
Imam Abu Hasan al-Asy抋ri rahimahullah seterusnya menegaskan:

揟elah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiyah:
Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas 慉rasyNya)
mereka berkata Istaula

(bukan istiwa)

dan

Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat

(فى كل مكان)

mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas 慉rasyNya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2008 12:12 PM | Show all posts
gold raja's post #9

Jelaskan Maksud,Makna,Syarahan Hadith al-Jariah.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillahhirabbil Alamin, Wa Usholli Sholatan Ala Habibina Wa Syafi抲na Wa Maulana Muhammad Rasulullah Sholawatuhu Wa Salamuhu Alaih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2008 12:17 PM | Show all posts
厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖厖

Syarah:

(1) Penjelasan maksud hadith Mudtharib. Hadith mudtharib ini adalah disebabkan salah satu dari dua perkara.

Pertama: kerana hadith ini telah diriwayatkan dengan pelbagai lafaz dimana lafaz antara satu sama lain ini berlawanan dengan lafaz yang lain. Maka hadith ini jatuh pada hadith mudtharib.

Takrif makna Hadith Mudtharib: Telah berkata Al-Hafiz Al-Iraqi dalam kitab Fath al-Mughith pada Syarah Alfiyyah Mustholah Al-Hadith : Hadith Mudtharib adalah hadith yang berbeza perawi pada hadith itu atau satu rawi(periwayat) tetapi dengan beberapa lafaz yang berbeza. Pada satu masa diriwayatkan dengan lafaz ini dan riwayat kedua dengan lafaz yang berbeza.. Maka hadith tersebut dikira Mudtharib walau pun berbeza hanya dengan dua periwayat. Mudtharib ini boleh berlaku pada dua tempat, pertama pada matan hadith dan kedua pada sanad hadith. Dan dinamakan juga Hadith Mudtharib jika dua riwayat yang berbeza tetapi sama shohihnya pada hukum hadith itu. Maka riwayat pertama tidak boleh dikatakan lebih shohih dari yang lain.(lam tatarajjah ihdahuma ala akhar)

Dan sekiranya satu hadiith lebih arjah/lebih shohih dari satu yang lain sama taraf dengannya adalah disebabkan perawinya lebih banyak menghafaz hadith atau lebih rapat mengenali orang yang dia ambil hadith itu atau apa jua sebab yang boleh mentarjihkan satu hadith itu. Maka hadith yang tergolong dari golongan arjah itu tidak dikatakan mudtharib. Bahkan boleh diguna pakai untuk membuat hukum.

Tambahnya lagi, Hadith mudtharib ini hukumnya dhaif kerana ketiadaan dhabt(jatuh salah satu dari syarat hadith shohih) perawi atau ruwat(banyak rawi)

Kedua: Riwayat hadith ini (aina Allah) bercanggah dengan Usul, kerana daripada usul Syariah (usul Tauhid), kita tidak menghukum seseorang itu Islam dengan hanya dia berkata Allah di langit.Hal demikian adalah kerana perkataan tersebut bersamaan dengan kaum kuffar seperti Yahudi dan Nasrani yang mengaku bahawa Allah itu di langit. Oleh itu, ilmu Usul yang telah masyhur dan maklum bagi jumhur ulamak Usul dan umumnya kaum muslimin bahawa apa yang telah diriwayatkan pada Hadith Mutawatir (hadith yang diriwayatkan oleh lebih 15 orang shohabat). Hadith tersebut 揂ku diperintahkan untuk memerangi/membunuh manusia sehingga dia mengucapkan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad peusruh Allah
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 12:35 PM | Show all posts
penjelasan yg panjang lebar.. terima kasih.. aku nak tanya pasal statement yg aku qoute ni pulak.. aku tahu ramai pembaca kat sini yg mahir kaedah usul.. terdapat kejanggalan dari segi logik pada kaedah ini.. boleh terangkan..

Originally posted by anak_pejuang at 1-1-2008 12:12 PM
Kaedah: Penafian pada umum menyebabkan ternafinya apa jua yg khusus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076101 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list