CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dafizar

Suami makan hati

  [Copy link]
Post time 3-1-2008 01:42 PM | Show all posts
ops! sorry terpost 2 kali plak... sorry ha....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 01:43 PM | Show all posts

Balas #60 baby_nurin\ catat

tapi kan kalau asyik dapat coklat jer... ada gemuk dok kat umah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 01:46 PM | Show all posts
kena le sabar...isteri dok kat rumah lama-lama pun penat jugak sebab dah biasa bekerja..salinglah bertolak ansur
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 01:52 PM | Show all posts

Reply #54 havenzhiv's post

kalau performance tip-top bolehlah nobat diri tu raja ranjang.... tapi kalau tak, jgn nak berangan la....





*just a general statement...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:00 PM | Show all posts
myself plak...yeap...both of us working...keje kt umah..??well...tugas mcm biasa jer even hubby tak penah paksa i untuk buat keje umah...cuma i dibesarkan dalam suasana yg umah sentiasa kena kemas..so dh terbiasa untuk menyapu umah before g keje...yg lain2 tu especially bab masak...mmg i jarang sgt...boleh dikira sebulan berapa kali i masak ...bayangkan tong gas di rumah i sejak bulan mac-07 untill now..gas still tak abis2 lagi...
alhamdulillah...my hubby faham yg i ni working housewife...n boleh tolerate...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by Hana at 3-1-2008 11:43 AM
secara analogi nye..mcm nie laa..

suami = king = normal man

isteri = queen, maid, babysitter, driver, gundik(mlm2), chef, interior design = super super duper wonder woman


mmg super duper women ni......
tambah lagik satu.... as cikgu gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2008 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 3-1-2008 12:01 PM


hehehe...he is also a boss and a kuli in the ofiice

...balik rumah jadi kuli lagik...oppsss


aiks bukan dia bos ngan kuli gak kat umah ke???
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:26 PM | Show all posts
nak tau apa sebenanya perasaan isteri awak?

apa kata awak amik cuti isnin, selasa,rabu direct.
khamis jumaat cuti umum-takla bos marah direct cuti 5 harikan???
(paling dekat raya cina ne bulan 2. 4,5,6 amik cuti khamis jumaat mmg cuti umum).
so awak akan berada di rmah 1 minggu penuh.

awak suruh bini balik kampung,awak tinggal dgn anak je @
wife dok umah tapi jgn bagi dia buat apa2.dia jadi mem utk 1 week.

awak rasalah camana uruskan rumah,masak, basuh baju, sidai kain, lipat kain. lap.mop2,
dari pagi sampai malam & keja tue yg tak habis2 & berulang2 selama seminggu!!...
boleh buat awak tak tukar baju & tak mandi2 sampai tghari tau
pastu tak berjumpa org ..blh jadi bengong tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 02:29 PM | Show all posts
saya penah cuti selama 3 hari sahaja(xigt sbb apa..)
saya buat semua kerja rumah berulang2 & tak habis2
saya asik tgok jam bila hsbd nak balik..
boring, penat semua bercampur baur
bila dia balik je nak ngamok sbb dia balik lambat
kita dah buhsan gila sbb takde kawan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:34 PM | Show all posts
jangan kata umah kecik / umah besar
semua keja umah tetap penat walau umah kecik
umah saya pun tak sampai 1000sqft
tapi tetap penat tau...

basuh kain bukan berkait dgn umah kecik
masak bukan berkait dgn umah kecik
lipat kain bukan berkait dgn umah kecik
uruskan anak bukan berkait dgn umah kecik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:42 PM | Show all posts
hargailah isteri sbb dia bukan mesin buat keja umah
belaila hati dia
ucapkan terima kasih atas kesudian dia jadi iateri awak & lahirkan anak2 awak

lagi satu dia msih ada makayah??
mayb dia tertekan sbb tak dapat bagi makayah dia elaun bulanan macam dia keja dulu??
penah awak tpk hal ne???
kdg2 suami ne terlepas pandang apa hati isteri rasa
isteri pulak jenis memendam...

sy & suami sama2 keja
suami tlg2 wat keja jugak
kalau cuti pun sama2 wat keja jugak
dia mandikan anak
saya masak
sy mesin kain & lipat kain
dia sidai kain
dia mop & vakum umah
kdg2 bla saya letih sampai tak larat masak
dia beli / dia masak nasi goreng/burger/benjo (yg sennag2la..asal kenyang)

sbg suami tak ego membantu isteri..
isteri pun kena faham bila suami penat2 jgn paksa buat
bila suami penat biarkan je tgu dia rajin hehe
biar umah sama2 sepah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by matakecik at 3-1-2008 02:34 PM
jangan kata umah kecik / umah besar
semua keja umah tetap penat walau umah kecik
umah saya pun tak sampai 1000sqft
tapi tetap penat tau...

basuh kain bukan berkait dgn umah kecik
ma ...


Ini aku setuju sgt.... igt kerja umah semata2 sapu sampah dan lap habuk ajer ke? kerja umah ni mcm2.... tak kira umah kecik besar, sama ajer letihnya.... kena lak nk handle anak yg lasak... walaupun sorang pun cukup memenatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by sepoibahasa at 3-1-2008 01:23 PM


berbincang...jangan pendamkan..cakap elok2 dengan dia..bergaduh kecil lebih baik dari senyap dan berlaku pentengkaran yang besar..takut nanti tak dapat selamatkan lagi


betul tu.. baik berterus terang kalau ader aper yang x puas hati.. berbincang n bertolak ansur..
mengikut pengalaman pompuan kalau senang2 nak hangin.. there must be something yang dia x puas hati kat u..
mungkin dia dah hint2.. tapi u still x paham..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by matakecik at 3-1-2008 02:29 PM
saya penah cuti selama 3 hari sahaja(xigt sbb apa..)
saya buat semua kerja rumah berulang2 & tak habis2
saya asik tgok jam bila hsbd nak balik..
boring, penat semua bercampur baur
bila dia ba ...


mmg betul.. lagik2 kalo bab mengemas umah
last2 jawabnyer.. biar jer bersepah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:57 PM | Show all posts
nih problem kat dalam utusan malaysia hari ni..
rajinnya tuan rumah cut n paste masuk FD nih...
ingatkan problem tuan rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by matakecik at 3-1-2008 02:26 PM
nak tau apa sebenanya perasaan isteri awak?

apa kata awak amik cuti isnin, selasa,rabu direct.
khamis jumaat cuti umum-takla bos marah direct cuti 5 harikan???
(paling dekat raya cina ne bul ...


entah..owang lelaki mmg...
cuba laa try jadi househusband..boleh ke takk.jgn2 ..keje2 umah tak buat..pastu tgk telenovela tiap2 hari.. tgk spa-Q tiap2 hari..
ini..tau nak komplenn ajekk.. mentang laa isteri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 03:08 PM | Show all posts
ye ke ??
buang karan je jawab  :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 03:11 PM | Show all posts
bukak web utusan takde pulak??
biasanya kat bahagian keluarga..
tapi takde
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 03:11 PM | Show all posts

Reply #75 cik_azie's post

la iyer ke? cissss.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 03:23 PM | Show all posts
silap.. dalam berita harian..

Hak Muslim: Isteri kerap suruh suami buat kerja rumah

SAYA berkahwin empat tahun lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Tahun lalu, isteri saya berhenti kerja kerana majikannya berpindah ke luar negara. Secara kasar, dengan pendapatan yang ada, saya masih mampu menampung keperluan rumah tangga serta membayar ansuran rumah, kereta dan motosikal. Isteri hanya menjaga anak bongsu kerana anak sulung dijaga ibu saya sejak kecil. Masalahnya, isteri saya belum dapat menyesuaikan diri menjadi suri rumah sepenuh masa dan selalu menyuruh saya membuat kerja rumah yang boleh dilakukannya hanya kerana dia berasa bosan. Apabila saya enggan melakukannya, beliau akan bercakap secara kasar hingga bilik tidur. Saya tahu kerja suri rumah tiada hentinya, tetapi wajarkah isteri menyuruh saya? Ia mendatangkan tekanan kepada saya yang mengharapkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Saya berusaha meringankan bebannya dengan menguruskan makan pakai sendiri dan membelikan keperluan dapur. Saya tidak faham apa yang disibukkan isteri kerana rumah kami kecil saja. Kami selalu bertengkar dan saya selalu mengingatkan isteri supaya bercakap lembut dengan suami. Saya tidak pernah memukulnya dan tidak pernah mengadukan hal ini kepada sesiapa demi menjaga maruahnya. Namun, saya takut akan hilang sabar suatu hari nanti. Apa yang harus saya lakukan.

Suami Makan Hati,
Kuala Lumpur.

Terima kasih atas soalan saudara dan semoga ia menjadi iktibar untuk semua pasangan lain. Kami berpendapat, saudara sebagai suami mesti berbual dan berbincang dengan isteri berkaitan masalah ini dari hati ke hati.

Niat anda mengharapkan kebahagiaan adalah suatu yang baik. Secara jujur, isteri yang pernah berkerja dan kemudian berhenti untuk menjadi suri rumah sepenuh masa akan mudah berasa bosan apabila melakukan kerja sama setiap hari.

Apatah lagi jika suami pulang dari kerja, tiada langsung bertanyakan khabarnya. Saudara wajar memahami keadaan itu.

Sebenarnya, cara berkomunikasi penting dalam sesebuah perkahwinan. Masalah yang sering berlaku dalam rumah tangga hari ini ialah pasangan gagal berkomunikasi. Suami pula selalu beranggapan isteri tinggal di rumah hanya membuat kerja rumah senang, wajar duduk diam dan tidak boleh bersuara. Pandangan sebegini perlu diubah.

Apabila perkahwinan masuk tahun keempat, kebiasaannya kasih sayang yang tidak disuburkan akan semakin pudar dan mula mencari kesilapan satu sama lain. Perasaan kasih sayang seharusnya dibina setiap hari, walaupun sekadar ucapan terima kasih atas apa yang isteri lakukan.

Isteri yang tidak bekerja jarang mengharapkan hadiah mahal, tetapi ucapan terima kasih dan ucapan selamat sudah cukup mengubat kepenatan seharian menguruskan rumah tangga. Suami perlu kerap bertanyakan khabar, bercerita dan membiarkan isteri meluahkan perasaannya.

Cubalah bawa isteri bersiar-siar di tempat yang disukainya atau menghadiahkan sesuatu supaya isteri sentiasa rasa dihargai.

Amalkan bersolat secara berjemaah, membaca al-Quran dan makan bersama isteri dan anak. Kadang kala ada isteri yang ingin suaminya turut sama memasak, mengemas rumah dan bermain dengan anak apabila suami ada di rumah.

Layan kemahuannya sekadar yang munasabah. Saudara juga wajar memberi jalan dan menggalakkan isteri ke majlis ilmu seperti kuliah agama hujung minggu untuk wanita di masjid tempat tinggal anda. Ia akan meluaskan pandangannya di samping menambah ilmu dan kawan baru. Semua ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapinya.

Amalan solat berjemaah dan bersama-sama melakukan sesuatu aktiviti amat digalakkan dalam Islam kerana boleh menanamkan rasa hormat dan kasih sayang antara suami isteri. Rumah tangga dibina bukan demi memenuhi tuntutan nafsu dan kasih sayang semata-mata, tetapi sebagai satu ibadat untuk mendidik isteri ke jalan Allah.

Isteri yang berasa dihargai dan selamat dalam naungan suaminya tidak akan bercakap kasar tanpa sebab munasabah kerana suami itu sendiri sudah menanamkan keimanan yang teguh di dalam hati isteri.

Sebagai teladan, Rasulullah SAW sangat sabar dan lembut dalam bergaul bersama isteri Baginda. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna adalah mukmin yang baik akhlaknya dan paling lembut terhadap keluarganya."

Baginda sentiasa berpekerti sopan, berbudi bahasa mulia dan menghormati wanita seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Tidaklah orang yang memuliakan wanita kecuali orang yang mulia, tidaklah orang yang menghinakannya (wanita) kecuali orang yang hina."

Walaupun Baginda SAW adalah pemimpin agung umat Islam, baginda turut membantu isteri membuat kerja rumah seperti pergi ke pasar, menjahit pakaian sendiri dan turut beriadah seperti berlumba lari dengan isteri Baginda.

Saidina Umar yang terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah SAW yang tegas dan garang juga tidak memberi maklum balas negatif atau mengherdik isterinya walaupun isterinya berleter dan meninggikan suara kerana beliau memahami tekanan serta psikologi isteri yang kepenatan seharian dengan urusan rumah tangga.

Jika semua cadangan di atas sudah anda lakukan, tetapi isteri masih tidak berubah, tegur dan nasihatkan isteri dengan berhikmah, bukan dimarahi dengan kasar di samping sentiasa berdoa untuk kebaikan bersama.

Asingkan tempat tidur dan jika sudah melampaui batas, pukul setakat untuk mengajarnya dengan menggunakan benda lembut untuk menginsafkannya. Bersabar dan berlembut dalam mendidik isteri kerana ia adalah amanah yang anda terima ketika menikahinya.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065871 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list