CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9405|Reply: 63

MARI BORAK PASAL : SPA Q

[Copy link]
Post time 4-1-2008 03:40 PM | Show all posts |Read mode


SPA Q


:victory::victory:Mari borak pasal SPA Q.........:victory::victory:

saja jek bukak topik nie...disebabkan cerita ini tgh hangat ditayangkan............
citer ini keudara : 22 OCTOBER 2007 hingga 31 JANUARI 2008
Masa : 6.30 ptg - 7.30 ptg
Hari : Isnin hingga Khamis
Pelakon : Norish, Farahdhiya, Betty, Intan, Elly & Nisha

:pompom::pompom:SINOPSIS :pompom::pompom:
SpaQ is about the life of 6 glamorous women, Qistina a spa owner and herfashionable clientele Fatin, Alya, Nora, Farah and Juita. In thisspecial spa, they share their stories of survival in the world of love,cheats, men and families.
Cast: Norish Karman, Betty Benafe, Intan Azura, Elly Mazlein, Farah Diya, Nisha Dirr
:flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower::flower:

so..apa kata kita borak apa saja pasal SPA Q.......:kiss::kiss:




[ Last edited by  sumijelly at 4-1-2008 03:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2008 03:45 PM | Show all posts

EPISOD 1

Establishment Qistina yang terlalu yakin yang dipunya segala. Suami, Rizman, sebaik suami, berjaya, penyayang. Hidupnya dilengkapi dengan 2 orang zuriat yang meningkat remaja, Dafi & Melissa. Melissa lebih rapat dengan Rizman. Dafi pula rapat dengan Qistina. Qistina juga mempunyai sebuat pusat rawatan muka dan spa. Salah seorang pelanggan tetap Qistina ialah Nora. Nora wanita yang cantik dan berkerjaya. Nora kini mengikat tali pertunangan dengan Luqman. Nora begitu yakin bahawa Luqman punya segala yang di idamkan pada seorang lelaki. Lelaki yang bakal menjadi ayah kepada anak-anaknya nanti. Manakala Alya, adalah pekerja terbaik di SPA Q telah mengambil jalan untuk menamatkan pernikahannya dengan Nasir. Farah, pakar dalam aromaterapi dan mengurut pula telah mencurahkan segala permasalahnya pada Alya. Qistina pula mengalu-ngalukan kedatangan Fatin, seorang yang cantik tapi datang dari keluarga yang susah ke SPA Q.:flower: :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 03:46 PM | Show all posts
tak tahan nengok mekap ngan rambut pelesu jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 03:46 PM | Show all posts
yang lealin tu ok kut cite pun not bad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 03:47 PM | Show all posts

EPISOD 2

Episod 2

Qistina dapat merasakan bahawa ada yang tidak kena pada suaminya. Manakala Rizman pula merasakan isterinya tidak perlu mencurigainya. Fatin pula mula rimas dengan leteran makciknya kerana tidak setuju dengan pekerjaannya.
Farah pula mengadu masalahnya pada teman lelakinya. Farah merasakan, sebagai pasangan kekasih, Syawal perlu berada disisinya selalu. Nora kecewa bila Luqman mengatakan, setelah bernikah, dia tidak ingin punya anak dalam masa yang terdekat. Rizman memberi amaran kepada Fatin supaya tidak menggangunya dirumah bimbang hubungan mereka akan dihidu oleh Qistina.
Zalina menasihati Fatin agar tidak meneruskan hubungannya dengan suami orang. Melissa pula sedaya upaya untuk mengembalikan persefahaman antara dia dan adiknya. Qistina menasihati Alya supaya rujuk semula dengan bekas suaminya.
Hisham cuba mendekati Nora bila mengetahui kekecewaan Nora terhadap pendirian Luqman. Rizman membatalkan makan malamnya bersama Qistina hanya untuk bersama Fatin.:flower: :flower:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 03:48 PM | Show all posts
tapi citer ni..sumi tunggu taw.
sebab x der citer lain nak tgk pukul 6.30 - 7.30 tu.......
at least.ada gak mengisia masa lapang...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2008 03:49 PM | Show all posts

EPISOD 3

Nora dan Luqman berbaik semula selepas Luqman berjanji untuk mempunyai anak selepas beberapa tahun bernikah. Ibu Alya berjumpa Nasir dan menasihatinya supaya bersabar dengan dugaan penceraian tersebut. Melissa pula sering mengelak untuk bertemu dengan Qistina. Bagi Melissa, antara mereka tidak ada persefahaman. Qistina meminta agar suaminya jangan berlaku curang dan tidak akan maafkan Rizman sekiranya bermain kayu 3. Manakala Sofea, rakan Nora pula merasakan Hisham mempunyai hati dengan Nora. Rizman pula sedang berusaha melobi lembaga pengarah untuk melantiknya menjadi CEO. Rizman berterus terang dengan teman baiknya dia sedang bercinta dengan Fatin, tetapi tidak akan menceraikan Qistina. Sofea mengalami kesakitan hendak bersalin. Hisham segera hantar Sofea ke hospital dan memaklumkannya pada Nora. Nora bergegas ke hospital dan Hisham cuba mententeramkannya sambil menggenggam erat tangannya.:flower: :flower:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 03:50 PM | Show all posts

EPSIOD 4

Nora mendapat maklumat dari doktor Sofea mengenai risiko yang bakal dihadapi oleh wanita yang berusia 35 tahun keatas jika mengandung. Rizman dan Helmi menghadapi krisis dalam untuk mendapatkan kedudukan tertinggi dalam syarikat mereka. Alya pula sangsi tinggal sebumbung dengan Farah kerana mereka selalu selisih faham. Rizman menasihati Qistina supaya tidak mengambil hati tentang apa yang dikatakan oleh Melissa tempoh hari. Nora bimbang sekiranya dia melengahkan kehamilan. Malangnya, Luqman pula tidak merasakan itu isu penting sesudah menikah. Nora sedih dengan pendirian Luqman. Fatin memberitahu Zalina yang dia akan berpindah ke kondo yang diberi oleh Rizman.  Qisitina memberi nasihat agar Fatin menjaga penampilannya bila berjumpa dengan teman lelakinya. Dafi telah tertarik dengan seorang pelajar perempuan disekolahnya, malangnya Melissa tidak sukakan pelajar tersebut. Luqman jumpa dengan Nora dan menyatakan yang dia sayangkan Nora.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2008 03:50 PM | Show all posts

EPISOD 5

Walaupun Nora cintakan Luqman, namun dia tidak sanggup memperjudikan hasratnya untuk menjadi seorang ibu. Nora mengaku pada Hisham yang dia telah putus tunang dengan Luqman kerana perbezaan pendapat. Pertelingkahan pendapat antara Farah dan Aliya bermula bila Aliya tak bersetuju dengan pilihan kondominum yang dibuat oleh Farah. Zalina cuba menyakinkan Fatin bahawa apa yang dilakukannya sekarang bersama Rizman tak akan ke mana kerana Rizman telah beristeri. Fatin pula cuba membuat Rizman cemburu dengan mengatakan dia akan keluar dengan seseorang. Fatin diperkenalkan kepada Qistina oleh Kathy. Tania pula tidak sukakan Dafi rapat dengan Diana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 03:51 PM | Show all posts

EPISOD 6

Perkenalan antara Fatin dan Qistina bermula tanpa mengesyaki yang mereka menyintai lelaki yang sama, Rizman. Qistina,dengan ikhlas dan kathy juga mengingatkan Fatin tentang payahnya bila bercinta dengan suami orang. Tapi bagi Fatin,yang lebih susah dapat tu lah yang paling dia suka. Zalina dan Rizman bertengkar. Rizman kata, kalau tak kerana dia yang bagi kondominium itu pada Fatin, Zalina pun sampai mati tak merasa nak duduk kat tempat macam tu. Zalina pula kata, Rizman tak ikhlas. Qistina menghargai apa yang telah Rizman lakukan bila berdepan dengan masalah Melissa. Nora mengadu pada Hisham tentang hasratnya untuk mendapatkan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 03:53 PM | Show all posts
wah, rajin nyer sumijelly wat sinopsis every episod. tgk gaks citer nie. overall ok but lately mcm lembab dah sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 03:54 PM | Show all posts
hehehe,.............
dah kata nak promote umah.
kene la buat2 rajin.........

[ Last edited by  sumijelly at 4-1-2008 03:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 03:56 PM | Show all posts
langsung x minat..
cite entah aper2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by carold at 4/1/2008 15:56
langsung x minat..
cite entah aper2..

eem.........bagus-bagus.
pengakuan terbuka...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 04:09 PM | Show all posts

EPISOD 7

Hisham tidak boleh terima hakikat yang Nora hanya nak kawin dengan dia hanya semata untuk dapatkan anak. Dia kata, dia hanya akan terima Nora kalau Nora telah bersedia untuk menyintainya juga. Qistina dan Rizman bergaduh. Rizman tuduh Qistina asyik sibuk dengan spa dan langsung tak bagi perhatian pada anak-anak. Farah dan Aliya mula berpindah ke apartment baru. Kathy pula bagi cadangan pada Zalina supaya biarkan saja Fatin dengan hidupnya dan dia sendiri boleh bebas memilih jalan sendiri. Rizman bagi alasan yang dia ada perjumpaan dengan rakannya dari Jepun untuk bertemu dengan Fatin. Pertemuan Fatin dan Rizman dan mereka meraikan ulangtahun pertama perkenalan mereka. Mereka berjanji untuk terus menyintai satu sama lain, sampai mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 04:14 PM | Show all posts

EPISOD 8

Nora yang bagai hilang pertimbangan telah bertemu dengan Hamzah, sepupu kepada kawannya Sofea. Hamzah yang sedang mempunyai masalah kewangan telah menerima pelawaan Nora untuk berkenalan. Qistina pula melahirkan rasa gembiranya sebab dapat berkumpul bersama keluarganya, anak-anak dan Rizman. Dia beria-ia menyiapkan makan tengahari untuk mereka. Malangnya, Melissa pula kata, sebenarnya dia tak lah segembira mana sangat dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap ibunya yang selalu saja sibuk. Fatin pula, selepas pertemuan dengan Rizman, merasakan, Rizman kini dalam genggamannya dan yakin Rizman akan menceraikan Qistina. Fatin terkejut bila nampak gambar Qistina dan Rizman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2008 04:14 PM | Show all posts

EPISOD 9

Fatin marah-marah dan geram. Dia tetap yakinkan dirinya yang dia adalah pilihan Rizman. Dia masih muda dan bergaya sedangkan Qistina dah di makan usia. Fatin mula buat angkara. Dia sengaja telefon Rizman masa Rizman sedang bersama keluarganya. Qistina pula antara ya dan tidak, dapat menghidu perubahan pada Rizman. Rizman mula naik angin dan bagi amaran pada Fatin supaya jangan menganggunya bila dia bersama keluarganya. Dia khuatir, Qistina akan dapat tahu. Aliya, terharu dengan pengorbanan rakannya, yang sanggup berhenti kerja ketika dikemuncak kerjaya hanya untuk berumahtangga dan mempunyai anak. Nora pula telah berselisih faham dengan Hisham. Nora telefon Hamzah dan sanggup tawarkan Hamzah sejumlah wang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 04:23 PM | Show all posts

EPISOD 10

Nora tawarkan berapa yang Hamzah nak untuk langsaikan hutangnya. Hamzah tanya kenapa Nora sanggup bagi wang yang dia minta. Nora kata, itu semua kerana dia sayangkan Sofea dan tak nak Hamzah ganggu Sofea lagi. Maimon, kawan Qistina baru sahaja balik dari bercuti. Dia tanya Qistina apa yang telah berlaku antara Qistina dan Rizman sepanjang dia tak ada. Qistina kata, semuanya baik dan Rizman adalah suami yang terbaik dalam dunia. Fatin makin merasakan goyahnya. Dia berhasrat untuk berdandan secantik mungkin dan terus mendapatkan khidmat nasihat di SPA Q. Sebenarnya, agenda Fatin, lebih kerap dia ke SPA Q, lebih mudah dia mengorek rahsia Qistina. Hamzah terima tawaran Nora. Nora akhirnya sedar yang tindakannya adalah bodoh bila dia merasakan tiba-tiba Hamzah mula berniat tidak baik terhadapnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 04:24 PM | Show all posts

EPISOD 11

Qistina mengesyaki Rizman bila dia selalu saja terima panggilan misteri. Dafi pula mentertawakan Melissa sebab ada hati dengan Zamarul, pensyarah di kolej mereka. Rizman terus bagi amaran pada Fatin supaya jangan kacau bila dia bersama keluarganya. Rizman kata, dia tak pernah berjanji dengan Fatin yang dia akan ceraikan Qistina sebab dia perlukan Qistina untuk kariernya. Dafi yakinkan Diana yang dia tak akan termakan dengan kata-kata Tania. Fatin tetap berdegil dan berazam untuk jadi wanita yang sesempurna Qistina dengan bantuan pakar di SPA Q.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 04:26 PM | Show all posts

EPISOD 12

Zalina berdepan dengan Fatin dan menegaskan walau apa pun yang terjadi, Fatin tak akan jadi isteri pada Rizman. Dafi berselisih faham dengan kawannya Amir, kerana Amir bercerita tentang masa silam Diana. Amir dapat tau, yang Diana pernah rampas teman lelaki Tania. Tania pula cuba menggoda Dafi bila dia dapat tau, yang Diana pun sukakan Dafi. Tania tabur cerita yang bukan-bukan pasal Diana. Melissa bagi amaran pada Dafi supaya berhati-hati dengan Tania. Fatin pula sengaja mengada-ngada dengan Rizman dikhalayak ramai. Rizman marah-marah dan kata, belum masanya mereka dilihat bersama. Melissa tanya Qistina, pernahkah Rizman, berlaku curang pada Qistina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.214229 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list