CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sumijelly

MARI BORAK PASAL : SPA Q

[Copy link]
 Author| Post time 4-1-2008 04:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by sumijelly at 4-8-2010 14:05



Pelakon SPA Q
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2008 01:12 AM | Show all posts

Reply #11 nanas's post

aa..aa kan.. cita nie dah mcm lembab sikit.. kalau tak tgk pun dah tau apa jadi..
tapi aku hari2 tak miss cita nie.. hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 02:36 AM | Show all posts
cite nie memang la best tp x suka tgk bila masa babak yang jahat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 10:27 AM | Show all posts
eem........tapi suker tgk pelakon nya.
lawa2 ..
hehehe............
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 10:43 AM | Show all posts
suka tgk citer ni.... tapi dlm seminggu, 1 or 2 kali je berpeluang utk tengok...
ok gakk ada sinopsis kat sini.. leh update.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by sumijelly at 8-1-2008 10:27 AM
eem........tapi suker tgk pelakon nya.
lawa2 ..
hehehe............


aku pun kalau pakai rambut pelesu + make up cam dorang rasa2 aku lagi lawoo dari dorang tu....
tak dpt dorang nak cari mkn nanti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2008 10:46 AM | Show all posts
aku sker zafrul sowang jek...... gentleman... soft spoken....owhhhh gosh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:05 PM | Show all posts
ee..citer pasal zafrul. tu..
ee.sumi pun minat la.....
tergugat lak masa tgk..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2008 02:09 PM | Show all posts
Cinta merupakan suatu yang indah. Ia mampu membuat seseorang itu bahagia malah boleh juga membuat seseorang menderita. Begitulah paparan yang dibentangkan dalam drama bersiri menerusi slot Akasia TV3 iaitu Spa Q setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang.

Drama ini mengisahkan pelbagai rintangan yang dihadapi oleh enam wanita untuk mencari cinta sejati.

Biarpun mengakui isu yang diketengahkan agak klise namun menurut pengarahnya Zulkiflee R. Shad, drama itu mempunyai kekuatan sendiri.

揗emang pada mana-mana drama pun isu wanita atau cinta sering diketengahkan. Tapi menerusi Spa Q, persembahannya berbeza. Penonton tidak akan dapat menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya. Gabungan para pelakonnya juga mantap,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:10 PM | Show all posts
Drama bersiri 60 episod itu dihasilkan oleh Global Station Sdn. Bhd.,dan membariskan para pelakon antaranya Datin Norish Karman membawawatak Qistina, Farah Dhiya (Fatin), Intan Azura (Aleya), Betty Benafe(Nora), Elly Mazlein (Farah), Nisha Dirr (Tania), Ridzuan Hashim danAzizan Nin.

Drama yang skripnya dihasilkan oleh Rina Khan ini menyaksikan:

*QISTINA berdepan dengan kemelut masalah suami yang ada skandal denganwanita lain dan anak-anak yang terlalu manja dan suka memberontak.

*FATIN, gadis yang berasal dari keluarga yang susah, cuba mencarikemewahan hidup dengan mengambil jalan mudah bercinta dengan suamiorang.

* ALEYA mementingkan kerjaya melebihi cintanya. Sanggupkehilangan cinta daripada mempunyai zuriat kerana takut akan hilangkecantikannya.

* FARAH rambang mata. Selalu terkeliru sama ada mahu setia pada kekasihnya atau memilih cinta yang lain.

*NORA mahu mempunyai keluarga yang bahagia. Tetapi tunangnya pula tidakmahu mempunyai anak apabila mereka mendirikan rumah tangga nanti.Perkara itu membuat Nora berkecil hati.

* TANIA pelajar kolej yang sanggup melakukan pelbagai perkara untuk memenangi cintanya.

[ Last edited by  sumijelly at 8-1-2008 02:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:12 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:13 PM | Show all posts
Norish Karman letak 'syarat' demi anak-anak
                        15-11-2007 10:41:53 AM                                                       
                                oleh WAHIDA ASRANI                                                                          BERGELAR selebriti dan pada masa yang sama merupakan seorang isteri dan ibu bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk dipikul.
Tidakhairanlah jika kita mendengar ada artis yang terleka dengan kegiatanseni mereka sehingga ada yang secara tidak sengaja terlupa akantanggungjawab utama sebagai suami, isteri, bapa mahupun ibu di dalamkeluarga mereka.
Namun, alasan untuk mencari rezeki dan lantasterpaksa membelakangkan keluarga seketika tidak langsung berada didalam kamus hidup Datin Norish Karman yang kini lebih selesa disapa NK.
Bagi pelakon yang mencipta nama menerusi filem Sayang Salmahini, walau diri makin laris mendapat perhatian produser drama tempatan,dia tidak mahu rakus menerima segala tawaran tersebut andai katapeluang untuk dirinya bersama keluarga terpaksa dikorbankan.
Tambahanpula, dengan usia tiga orang anaknya Alysha Nur, 13, Hagiem Armany, 8dan Hanyz Amanda, 3, yang seperti anak-anak lain menuntut masa untukmendapat perhatian ibubapa, itu sememangnya menjadi satu keutamaan buatNK."Tawaran memang banyak yang saya dapat, tetapi perlu diingat saya sudah berkeluarga.

"Satu perkara yang orang perlu tahu tentang saya ialah Norish Karman tidak akan buat penggambaran pada hujung minggu.
"Inibukan syarat. Tetapi mereka kena fahamlah yang saya cuma ada dua harisaja untuk bersama keluarga dan lima hari yang selebihnya saya akanberi konsentrasi yang penuh di lokasi penggambaran.
"Saya bukanmeletakkan syarat atau sebagainya. Selalunya, antara saya dan penerbitakan ada tolak unsur. Jika mereka mahukan saya bekerja pada hujungminggu, kita akan berbincang untuk ambil cuti pada hari yang lain,"ujar NK yang ditemui baru-baru ini.
Menurut pelakon berusia 33tahun ini, seboleh mungkin dia tidak mahu anak-anaknya mengadu bahawadirinya begitu sibuk sehingga tiada masa untuk bersama mereka.
"Anak-anaksaya masih di dalam proses pembesaran dan waktu inilah mereka perlukanperhatian yang lebih daripada ibubapa. Alhamdulilah, setakat ini sayarasa saya mampu aturkan masa yang baik antara kerjaya dan keluarga.
"Suami ada juga complainsikit-sikit, tapi itu biasalah. Walau sesibuk mana pun, saya tetap akanpastikan setiap hari saya bangun dalam pukul lima pagi dan siapkan breakfast untuk mereka. Saya tidak mahu bergantung sepenuhnya pada pembantu rumah.
"Setiap malam saya juga akan pastikan dapat duduk bersama anak-anak dan bantu mereka buat kerja sekolah bersama-sama.
"Saya tidak rasa ini satu beban kerana pada masa yang sama saya  tidak mahu status sebagai isteri dan
ibuakan menghalang saya untuk teruskan aktiviti seni. Asalkan saya mampubahagikan masa yang baik, ia tidak menjadi masalah," kata NK lagi.  Disebakan pengurusan masa yang baik juga membuatkan NK menerima tawaran untuk membintangi drama bersiri 60 episod, Spa Q, yang kini sedang ditayangkan di TV3.
Drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu telah disiarkan mulai 22 Oktober lalu menerusi slot Akasia menggantikan Manjalara.
la mengisahkan Qistina (Norish) pengusaha spa yang berjaya tetapi mempunyai banyak masalah keluarga.
Spa Qjuga memaparkan kisah hidup pekerja Qistina sendiri, BettyBanafe sebagai Nora, Intan Azura (Alfa), Elly Mazlein (Farah),Faradhiya (Fatin) dan Nisha Dirr (Tania) dengan pelbagai masalahmasing-masing.
Turut membintangi drama itu ialah Ridzuan Hashim, Zed Zaidi, Azizan Nin dan Fahrin Ahmad.
"Skripnyajuga adalah satu sebab buatkan saya tertarik untuk berlakon drama ini.Saya pernah bekerja dengan pengarahnya Zulkiflee R. Shad, jadi senanguntuk kami berbincang dan beri idea bagaimana untuk mantapkan lagiskrip itu dari masa ke semasa.
"Seronok dapat bawakan watakQistina, seorang wanita yang cukup tabah hadapi masalah dalam hidupnya.Cukup mencabar untuk jiwai watak seperti itu," katanya.
Dalamperkembangan lain, aktres jelita ini juga sedang di dalam prosespembikinan album mininya yang amat dinantikan oleh NK sejak empat tahunlalu. Mungkin ramai yang akan mempersoalkan bakatnya sebagai penyanyi,tetapi bagi NK itu adalah salah satu impian yang ingin dilakukannyasejak dulu lagi.
Malah, NK sendiri turut membuktikan bidang ini mampu diceburinya apabila dia pernah memenangi pingat emas di World Championship of Performing Arts ke-10 bagi kategori pop yang berlangsung tahun lalu di Hollywood Palladium, Los Angeles.
Ketika itu, NK membawakan lagu ciptaan Julfekar, Ku Lakarkan Mimpi.
"Ketika saya berlakon Sayang Salmah dulu, I was nobody. Begitu juga dengan bidang nyanyian ini. Saya sanggup sahut cabaran ini kerana bidang ini adalah impian saya.
"Setakatini tiga buah lagu sudah dirakamkan dan masih tinggal dua buah lagulagi. Ada lagu yang saya cipta dan tulis lirik sendiri seperti lagu 1000 tahun dan ada juga komposer Julfekar yang buat.
"Kemungkinanlepas tamat penggambara Spa Q nanti saya akan kembali tumpukanperhatian kepada pembikinan album ini. Jika semuanya berjalan lancar,album ini akan release tahun depan," jelas NK.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2008 02:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 02:35 PM | Show all posts
lambat betul citer ni nak abis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:41 PM | Show all posts
memang la lambat.
namapun DRAMA................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 02:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.088210 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list