CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20540|Reply: 73

Apa korang buat kalau tak berpuas hati dengan alih suara anime TV?

[Copy link]
Post time 10-1-2008 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Hello korang sumer...!!!

Pernah tak korang rasa menyirap darah bila tengok kualiti alih suara anime ke BM kat TV...? Contohnya, even sesama musuh pun still guna "saya" dan "awak" dan bukannya "aku" atau "kau", pastu walau camaner lahanat pun setakat cakap "tak guna" jer (cakap "bodoh" atau "celaka" pun takleh, padahal P. Ramlee time citer Ali Baba Bujang Lapok tu macam2 kuar, "bodoh, bangang, bahlol, baghal, kelabu asap" sumer ada)... Tu baru jer sebahagian daripada dier, lagi sakit ati tengok Fullmetal Alchemist, skema giler bahasa dier (padahal dalam Bahasa Jepun setakat pakai bahasa pasar diorang jer)...

So apa yang korang buat? Adakah korang akan terus layan anime alih bahasa BM tu ataupun korang carik alternatif lain...?
Single Polls, Total 37 Users voted
0.00% (0)
51.35% (19)
13.51% (5)
35.14% (13)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 08:01 PM | Show all posts
kalau aku, aku apply kat tv utk jadikan aku pengalih suara
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 08:04 PM | Show all posts
tutup je TV...................
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 08:08 PM | Show all posts
tak buat apa2 kot.. tengok je... sambil gelak2 tiru apa dia cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 08:09 PM | Show all posts
tapi tak paham jugak dorang ni.. takde kepelbagaian dalam alihbahasa...

teringat citer Ah-Ha.. dorang buat telenovela alihbahasa... lawak2...

tiru sebijik2...

nak alihbahasa pun pakai kroni.. tu pasal tak berkembang.. suara orang yang sama je manjang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2008 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by milo_888 at 10-1-2008 08:09 PM
teringat citer Ah-Ha.. dorang buat telenovela alihbahasa... lawak2...

tiru sebijik2...

Yang lawak time tu pasal lip sync dier laa, bibir tak synchronize langsung dengan dialog, tu yang lawak giler...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2008 10:43 PM | Show all posts
korang kalau tgk Sin Chan versi Indon..aku boleh kata 20 X lagi best dari malasyia punya alih bahasa...dahla suara

tua...aku pun tak tau macam mana nak gelak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:52 PM | Show all posts
Tutup jer tv tu... Alih bahasa utk FMA ngan Tsubasa memang pelik. Dua2 anime tu ore tak layan kat tv. School Rumble kat ntv7 pun rasanya dialih suara oleh company yg sama, tapi ore tengok gak... sebab best. Haha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 09:14 AM | Show all posts

Reply #7 meela's post

ini aku setuju..
aku kat johor ni selalu tengok indon punya..

err... hai nona manis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 03:20 PM | Show all posts
Hmm aku pernah gak dok JB tapi tak pernah lak berkesempatan tengok anime kat TV Singapore tengok camaner keadaan dier...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 04:05 PM | Show all posts
layan jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 06:34 PM | Show all posts

Reply #10 Squall-Leonhart's post

kat Johor dapat tibi Indon..nukak kat RCTI setiap hari Ahad ada menatang ni..memang best la...siap gelak tu..kucing aku pun boleh gelak dia punya lawak apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:05 PM | Show all posts
Layan jer......xkan nak miss citer tue kot????
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:22 PM | Show all posts
Tu lah. Kat tred lain sy gesa pihak tv agar dedahkan sykt dan pelakon2 yg buat alihsuara tu. Industri alihsuara kita sudah menampakkan kepelbagaian yg tiada 4 thn dulu, namun masih x "transparent", jd mutu alihsuara menjadi x menentu. Tp bila Robots dan HSM dialihsuara, sy dengar ramai yg tertarik krn mereka kenal pengalih suaranya, lagipun pengalih suaranya terkenal

Sy rasa pengalih suara utk FMA, School Rumble tu, bukan bertapak kat KL. Loghat daerah manakah perkataan "bilang" gantikan tempat "bagitau"? Lagipun rasanya ada pembabitan berbilang kaum, krn ada yg cakap dgn pelat sikit2

Kalau kartun Barat dialihsuara ke BM, camaner pendapat korang? Rasanya di situlah pengalih suara ada pd kedudukan yg kukuh krn sungguhpun kononnya bahasa Inggeris ramai yg faham, namun adalah terbukti bhw penonton tempatan lebih pentingkan 'ketempatanan'. Erti kata lain, the American toons are sort of the real 'meaning of life' for the local dubbing industry, though English is "widely understood" but there are way many who insist on their local lingo. Faham x? Kita x terdaya lagi utk kutuk derang sampai industri alih suara pupus, kan?

Squall, sy rasa "awak" lebih kasar berbanding "kau", kan?

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:26 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Squall, sy rasa "awak" lebih kasar berbanding "kau", kan?

Tak. Setiap bahasa ada kata ganti nama yang formal dan tak formal dan gak yang sopan dan kurang sopan. Dari sudut kesopanan satu2 kata ganti dalam Bahasa Melayu, dier ikut urutan ni:-

Kata ganti nama diri pertama: Patik / beta (bahasa istana, paling formal dan paling sopan tapi tak digunakan sesama rakyat biasa) --> Saya (default formal) --> Aku (tak formal)

Kata ganti nama diri kedua: Kamu (paling formal dan sopan, tapi tak sopan kalau digunakan oleh orang yang tarafnya lebih rendah, macam orang muda kepada orang tua) --> Anda (formal dan sopan, tapi cuma boleh digunakan kepada orang yang tak ada kat tempat si tukang cakap) --> Awak (default, formal dan tak formal, tapi jadik kurang sopan kalau digunakan oleh orang yang tarafnya lebih rendah) --> Engkau (paling tak formal)

Sebenarnya dalam Bahasa Melayu istilah paling sopan dan paling formal ialah gunakan nama jer.

Kalau dalam Bahasa Jepun, tahap kesopanan dan keformalan adalah camni:-

Kata ganti nama diri pertama: Watakushi (paling formal, gender-free) --> Watashi (default formal, gender-free) --> Boku (lelaki) / Washi (orang tua, gender-free) (sopan dan tak formal) --> Ore (lelaki) / Atashi (perempuan) (paling tak formal dan selalu digunakan)

Kata ganti nama diri kedua: Anata (default, paling formal, gender-free) --> Kimi (sopan dan tak formal) --> Anta (tak formal, kurang sopan daripada "kimi") --> Omae (paling tak formal dan kurang sopan daripada "anta")

[ Last edited by  Squall-Leonhart at 12-1-2008 01:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Sy rasa pengalih suara utk FMA, School Rumble tu, bukan bertapak katKL. Loghat daerah manakah perkataan "bilang" gantikan tempat "bagitau"?Lagipun rasanya ada pembabitan berbilang kaum, krn ada yg cakap dgnpelat sikit2


Org Melayu Singapore yg guna perkataan 'bilang' sbg ganti 'bagitau'. Ore rasa syarikatnya bertapak kat Singapore kot, sebab accent diorang serupa sgt ngan org s'pore walaupun kekadang diorang cuba nak tiru loghat org sini (tapi diorang wat tak jadi. hehehe).

Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Kalau kartun Barat dialihsuara ke BM, camaner pendapatkorang? Rasanya di situlah pengalih suara ada pd kedudukan yg kukuh krnsungguhpun kononnya bahasa Inggeris ramai yg faham, namun adalahterbukti bhw penonton tempatan lebih pentingkan 'ketempatanan'. Ertikata lain, the American toons are sort of the real 'meaning of life'for the local dubbing industry, though English is "widely understood"but there are way many who insist on their local lingo. Faham x? Kita xterdaya lagi utk kutuk derang sampai industri alih suara pupus, kan?


Pada pendapat ore, alih suara Inggeris ke BM sgt tak patut bagi katun2 cam SpongeBob. Sebab lawak dlm katun ni byk bergantung kpd Bahasa Inggeris itu sendiri. Spt yg diketahui umum, Sesetengah frasa Bahasa Inggeris takde gantinya dlm Bahasa Melayu. Jadi kalau ditransletkan, memang buruk lagi hodohla bunyik nyer. Ore pernah tengok My Life As A Teenage Robot dan Jimmy Neutron dlm Bahasa Melayu. Boleh tahan, walaupun sesetengah expression BI ditranslate bulat2 ke dlm Bahasa Melayu. Bunyinya memang pelik.

Dari segi delivery, alih suara BM masih agak lemah. Kadang2 ore rasa penyampaian dialog tu kurang meyakinkan; macam flat jer bunyinya. Tapi sesetengah voice actor BM bleh tahan skil dier.

Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Squall, sy rasa "awak" lebih kasar berbanding "kau", kan?


"Awak" jauh lebih sopan berbanding "kau". Rujuk Tatabahasa Dewan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 04:29 PM | Show all posts
betul ke squall? selama ni sy x tau... anyway thx

Saya dah agak studio tu kat S'pura, lebih2 lagi mungkin ada kaitan dgn Odex (sykt s'pura yg mengedar anime dan terjebak dlm kontroversi fansub), kerana empat judul anime yg dialihsuara untuk TV Malaysia mereka adalah edaran Odex...tp School Rumble bukan. Tapi saya terpaksa mengakui bhw "studio S'pura" tu sungguhpun penghayatan bahasa cacat namun lebih bagus penghayatan anime berbanding studio di Malaysia.

tp ingatlah, beberapa kartun nick @ 9 masuk top 20 rancangan TV9 thn 2006. skrg para pengedar kartun mendapati bhw psrn kanak2 berbhs Inggeris dah 'tepu', tp pulangannya krg memuaskan, skrg Disney plak yg beri perhatian kpd BM. segala ini ketentuan pasaran Malaysia yg forumer urban mcm kita x berapa tahu sehingga kini.

erm...x tau berapa yg tahu ni: sebenarnya watashi wa kaum tionghoa des saya ada saudara-mara yg sanggup tonton Disney dan Cartoon Network dlm audio Mandarin.

nampak gayanya meitantei bukannya benci sgt thdp alishsuara kita, sebaliknya prihatin. it's not a secret to me, no no no... nak buat macamane, sbnrnya x adil kita bandingkan pelakon suara asli dgn pelakon alih suara, satu kelebihan menjadi pelakon suara bhs asal ialah rakam dialog dulu kemudian buat animasi; bagi alih suara sebaliknya lah dan di sininya .
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 11:36 PM | Show all posts
menyampah dengar yg BM tuh
baik bljar bahasa jp lagi senang
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:04 AM | Show all posts
aku mmg tak tgk tv..
nasib baik..fuh~
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #17 scorpio_mmiv's post

tak silap ore, skrg bleh tgk Jimmy Neutron dialih bahasa BM kat Nickelodeon kat Astro...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.085576 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list