CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4934|Reply: 18

bagaimana hukumnya solat saya jika...

[Copy link]
Post time 11-1-2008 11:10 AM | Show all posts |Read mode
saya ada kemusykilan tentang solat yang saya lakukan.4 tahun lepas saya telah terlibat dgn kemalangan jalanraya.Saya telah mengalami kecederaan yang teruk,di mana kaki dan tangan patah dan tulang dada saya pun bengkuk.Akibat kecederaan itu saya terlantar di hospital 11 hari.kemudian masalah timbul bila saya tak dapat bgn ,nak buang air pun pakai tiub je.oleh kerana kesan ubat bius yang kuat saya hanya sedar sebentar je,bila saya rasa nak solat saya cuba buat dgn isyarat,itu pun kadang2 terlena!lebih parah lagi setelah dibenarkan keluar tangan saya pula di tanam besi arial untuk menyambung tulang.Kesannya saya tak boleh nak basahkan tgn,so bila ambik air sambahyang saya basahkan setengah je sebab kawasan dicucuk boleh bernanah bila masuk air.Begiu juga bila nak mandi hadas saya tak boleh kena air tu,saya nak tayammum pun tak boleh sebab jadi infection pulak bila kena tanah.Setelah saya pulih sikit saya cuba qadha balik solat saya sepanjang di hospital.Persoalannya sahkah solat saya itu sebab rukun wudhu dan mandi hadas saya tak sempurna.adakah perlu saya qadhakan semula solat saya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2008 12:20 PM | Show all posts
takde sapa boleh bagi pendapat ke???
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 12:27 PM | Show all posts
sabar...nanti adalah yg bleh bagi jawapan tu...InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 12:52 PM | Show all posts
salam

kenapa nak menyusahkan
kan TUHAN dan RASULNYA meringankan
maka dirikanlah SOLAT semampu dirimu
sesungguhnya tuhan itu maha pengasih dan penyayang

bab sah atau tak
hanya DIA saja yg menentukan
walaupun sedara mampu solat berdiri dan khusyuk
belum tentu diterima TUHAN
jika hati masih engkar dan sombong
(tanyalah dalam diri saudara sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 11-1-2008 12:20 PM
takde sapa boleh bagi pendapat ke???
saya ada kemusykilan tentang solat yang saya lakukan.4 tahun lepas saya telah terlibat dgn kemalangan jalanraya.Saya telah mengalami kecederaan yang teruk,di mana kaki dan tangan patah dan tulang dada saya pun bengkuk.Akibat kecederaan itu saya terlantar di hospital 11 hari.kemudian masalah timbul bila saya tak dapat bgn ,nak buang air pun pakai tiub je.oleh kerana kesan ubat bius yang kuat saya hanya sedar sebentar je,bila saya rasa nak solat saya cuba buat dgn isyarat,itu pun kadang2 terlena!lebih parah lagi setelah dibenarkan keluar tangan saya pula di tanam besi arial untuk menyambung tulang.Kesannya saya tak boleh nak basahkan tgn,so bila ambik air sambahyang saya basahkan setengah je sebab kawasan dicucuk boleh bernanah bila masuk air.Begiu juga bila nak mandi hadas saya tak boleh kena air tu,saya nak tayammum pun tak boleh sebab jadi infection pulak bila kena tanah.Setelah saya pulih sikit saya cuba qadha balik solat saya sepanjang di hospital.Persoalannya sahkah solat saya itu sebab rukun wudhu dan mandi hadas saya tak sempurna.adakah perlu saya qadhakan semula solat saya?

Salamun Alaikum,

Saya sekadar menyampaikan apa yang Allah perintahkan, dimana perintah ini cukup jelas.

2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.


4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.


5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.


Sekadar pendapat:

Oleh kerana anda sakit sehingga menghalang badan anda dari terkena air, maka bertayamumlah, iaitu dengan menyapu debu tanah yang bersih kemuka dan kedua-dua belah tangan anda sehingga had yang anda fikir dapat menghindarkan mudarat pada kecederaan anda, seperti mengelakkan debu tanah itu terkena kawasan yang bernanah atau luka. Percayalah Allah melihat apa yang ada didalam hati anda, itulah yang lebih penting bagi Allah, bukan bagi manusia, aturan yang manusia reka selalunya merumitkan. Bab junub, pada saya bersihkanlah diri anda juga sekadar yang termampu diterima oleh badan dikawasan yang tidak cedera, selebihnya Allahlah Penilai yang tiada Tolok Banding. Dan pada saya(anda boleh menolaknya) membersih ada beberapa cara, buatlah menggunakan cara yang anda paling yakin bahawa perbuatan anda itu sudah memadai untuk membersihkan diri anda, contohnya dengan membasahkan tuala dengan air yang bersih dan lapkan tubuh anda(niat yang terlintas dihati anda dapat Allah tahu!!!), mengikut aturan dari ayat 5:6, selepas tubuh anda dibersihkan, barulah bertayammum. Allah memberi akal kepada kita untuk memikirkan yang terbaik untuk kita berhubungan dengan Dia.  Allahul'AleemulGhoib.

3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.


AllahulGhofururRoheem.
Salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 02:12 PM | Show all posts

Reply #6 ayyohpeen's post

terima kasih ayyohpeen atas nasihat dan pandangan anda yg panjang lebar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2008 03:17 AM | Show all posts
Slm'Alaik.
terharu sy baca pengalaman awk..Al-Hamdulillah awk begitu tabah & sabar dlm mengharungi ujian-Nya..
sedikit perkongsian Ilmu..
firstly awk dh sembuh ke skrg atau masih sakit?kalau belum sy doakan awk cepat sembuh & kalau sudah sembuh jgn lupa panjatkan syukur pada-Nya..
Soalan awk dh terjawab cuma sy nk tambah sikit..awk perlu qada' solat semampu yg boleh & pohonlah keampunan drpd Allah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 11-1-2008 11:10 AM
Begiu juga bila nak mandi hadas saya tak boleh kena air tu,saya nak tayammum pun tak boleh sebab jadi infection pulak bila kena tanah
...


pada haku.............sepatutnya ngko tak der masaalah kalo nak bertayammum......sbbnya lepas ngko lekapkan tapak tangan pada debu.....pas tuh ngko mesti kuis tapak tangan sampai debu2 tuh habis jatuh pas tuh baru leh apply.....

pasal solat ngko yg lepas tuh.......ikhtirkan utk qadha solat ngko sekadar termampu.......selebihnya serahkan pada Allah.....Dia Maha Mengetahui.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2008 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 12-1-2008 08:36 AM


pada haku.............sepatutnya ngko tak der masaalah kalo nak bertayammum......sbbnya lepas ngko lekapkan tapak tangan pada debu.....pas tuh ngko mesti kuis tapak tangan sampai debu2 tuh ha ...


sebelum tu saya pernah try wudhu keseluruhan tangan walaupun pakai arial ditangan,akibatnya besi itu boleh berkarat,dan jadi penyakit kulit dikeseluruhan bahagian tangan yang dipasang arial tu.Dr. memang tak bagi kena dgn apa2 pun takut tulang tak bersambung!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by humaizii at 12-1-2008 03:17 AM
Slm'Alaik.
terharu sy baca pengalaman awk..Al-Hamdulillah awk begitu tabah & sabar dlm mengharungi ujian-Nya..
sedikit perkongsian Ilmu..
firstly awk dh sembuh ke skrg atau masih sakit?kalau b ...



Terima kasih saudara Humaizi atas keprihatinan dan nasihat awak.Actually saya memang amat2 bersyukur..kerana Allah masih memberi peluang untuk saya hidup.Kalau nak tau eksiden saya tu kes paling top di Taiping masa tu..kalau nak tau semua yg terlibat dalam kemalangan tu mati dalam keadaan ngeri,hanya saya dan seorang kawan je yg selamat.itupun mula2 kawan saya hilang ingatan beberapa bulan..eksiden antara proton dgn lori semen!Kebetulan ada org bagi saya 2 surah Yaasin sebelum naik kereta sempena maulid nabi.saya bagi pada sorang kawan  lagi yg baru jumpa hari pertama sebab sama2 nak pi bljr nak ambik lesen motor/kereta. Tak sangka itulah hari pertama dan terakhir saya jumpa dia!sempat juga saya bagi sesuatu pada dia ..Al fatihah buat 3 org rakan yg meninggal itu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:09 PM | Show all posts

Reply #9 miftahuljamilah's post

kalo cam tuh..........itu dah kira darurat ler..........atas sebab2 memudaratkan kesihatan sekiranya dilakukan sedemekian...........Allah Maha Mengetahui akan kesusahan yang kita alami..........ttp cubalah ikhtiarkan utk qadha solat yg telah tertinggal tuh sekadar termampu, banyakkan bertaubat.........selebihnya.......terserahlah pada Allah swt.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 12:14 PM | Show all posts

Reply #11 Kerengge's post

ye..terima kasih kerengge..ada kaitan dgn spesies serangga ke awak ni ?jangan marah ye..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:45 PM | Show all posts

Reply #5 ayyohpeen's post

In lebih setuju dgn ayyohpeen....

cuma nk tambah, jika smua dinyatakan xdpt dilaksana lantaran kemaslahatan,, cukup ar dgn sekadar solat menghormati waktu krn solat tdk boleh diabaikan dlm apa jua keadaan...

Allah yg maha melihat, lg maha pengampun dan penyayang terhadap hamba2nya bsifat uluhiyyah dan rububiyyah...

bsangka baik dgnNya, maka Allah jua mmberi kebaikan itu buat kita...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 03:04 PM | Show all posts
kalau diqada' semula solat2 tu pun elok gak...manala tau kan. sebab nampak macam wudhuk tu tak sempurna...yg saya tau kalau tayamum pun, debu mesti disapu di atas luka. dan kalau disapu separuh dgn air, separuh lagi hendaklah menggunakan debu di tempat yg tak boleh kena air tu. kira buat dua2, wudhuk dan tayamum sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:33 AM | Show all posts

Reply #10 miftahuljamilah's post

oh ye ke..anyway sy tumpang gembira & bersyukur awk masih dipjgkan umur oleh-Nya tp sy harap saudari dpt berkongsi iktibar @ pengalaman saudari dgn insan2 disekeliling saudari agar mereka lebih bersyukur & ingat akan Allah..semoga saudari terus tabah dlm menjalani hidup..Allah akan memuliakan saudari dgn darjat yg tinggi krn saudari tabah & sabar diatas ujianya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2008 06:34 AM | Show all posts
Originally posted by humaizii at 13-1-2008 03:33 AM
oh ye ke..anyway sy tumpang gembira & bersyukur awk masih dipjgkan umur oleh-Nya tp sy harap saudari dpt berkongsi iktibar @ pengalaman saudari dgn insan2 disekeliling saudari agar mereka lebih b ...




ye ..moga2 begitulah hendaknya..terima kasih atas nasihat anda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 01:02 PM | Show all posts

Reply #1 miftahuljamilah's post

Ni saya terjumpa petikan dari kitab Bab Solat:

Sembahyang Selepas Pembedahan
Orang yang dinasihatkan oleh doktor agar jangan banyak bergerak dari tempat tidurnya selepas pembedahan, misalnya, bolehlah sembahyang bertelentang, sebagai menghormati waktu, dan tidak wajib qadha atasnya walaupun keadaannya dalam hadas, najis dan tidak menghadap qiblat. Jika ia mampu mengupah orang untuk mensucikan dirinya dengan wudhuk dan sebagainya, wajiblah ia mengupah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 09:56 AM | Show all posts
salam

sedangkan org yg telah terpisah
antara roh dan jasad minta dibaringkan
dalam keadaan SOLAT
sebelum ditambunkan tanah atasnya!!!!

nikan pulak kita yg masih
ada angin keluar masuk...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 08:52 AM | Show all posts
ya, setuju dgn orgbesi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.145219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list