CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6254|Reply: 53

perasaan berdosa yang membelenggu...

[Copy link]
Post time 16-1-2008 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum... sy org baru nak mintak pendapat pd forumer disini.. bekas suami sy baru meninggal, sy rasa amat bersalah dan rasa berdosa sangat pada nya... apa yg harus sy laku kan? apakah amalan yang terbaik utk sy lakukan utk menebus segala dosa2 saya dan amalan yg dapat sy suruh anak sy amalkan utk membantu arwah bapa nya disana.. sy bercerai kerana fitnah dan cakap2 ipar duai dan bekas suami percaya yg saya curang, padahal sy tak pernah melakukan perkara yang tak baik semasa menjadi isteri nya. punca nya sms arwah sakit dan masuk hospital dulu, kawan sekerja menawarkan kereta dia utk sy tumpang balik ke rumah (hny sekali), kakak ipar sy nampak dan tuduh sy bukan2.. rumahtangga kami end up dgn perceraian.. sy bimbang arwah bekas suami sehingga meninggal tidak memaafkan sy...  jadi skrg jiwa sy tak tenteram, dibelenggu perasaan bersalah dan berdosa teramat. Tolong saya... apa yg harus sy lakukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 10:44 AM | Show all posts
yang berdosa ialah ipar duai anda yg menabur fitnah...
mungkin ade sedikit kesilapan puan kerana menumpang kereta sahabat puan yg bukan muhrim apatah lagi status puan ketika itu isteri orang...
mungkin ade sesetengah pihak, x kisah...terpulanglah pada pendapat masing2...
apa kata tiap2 lepas solat, baca surah al-ikhlas, mengaji & terus mendo'akan tanpa henti...
terutama kepada anak2 puan...

wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 10:46 AM | Show all posts
ishh..org da xde..nak mintak mahap cmne..
care terbaik..byk2 kan doa..doalah kat tuhan supaye amponkan dose2 ko yg trdahulu...
n ko ade anak kan??
bekalan orang bile die da mati kat kubur nnti ialah doa anak yang soleh..
so,ko sohla anak2 ko setiap kali solat..doakan ntok kesejahteraan bapak die di Sane...
salu2 la bace yaasin...rase bersalah tuh jadik menebal mayb sebab setan..setan kan suke nak wat manusia gelisah ni...
byk2 kan berdoa k....insyaAllah.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 10:48 AM | Show all posts
takziah n bwk bersabo ek

mntk maaf dgn Tuhan sungguh2,kerana Dia maha pengampun...tp nmpknya kalo ngikut cter tu muffinz xde wat pape salah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 10:53 AM | Show all posts
tima kasih cutebaby & zada.. mmg muff akui kesilapan menumpang kereta orang tu, dulu muff tak reti drive, bila orang offer nak antar balik muff terima jer... lagi2 dia bersungguh2.. tapi tak tau pulak menjadi bencana. tapi kesal nye sampai skrg tak sudah, arwah bekas hb muff sebulan terlantar di hospital, masa dia nazak bulan lepas muff ada tgk dia... mintak maaf kat dia, tapi tak tau dia dengar dan maafkan kesalahan muff ke tak... muff bercadang nak adakan kenduri arwah utk dia, nak jaga mak dia (sbb dia sayang mak dia..) muff betul2 menyesal dan nak tebus kesalahan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by muffinzz at 16-1-2008 10:53 AM
tima kasih cutebaby & zada.. mmg muff akui kesilapan menumpang kereta orang tu, dulu muff tak reti drive, bila orang offer nak antar balik muff terima jer... lagi2 dia bersungguh2.. tapi tak tau  ...


mungkin itu jalan yg terbaik buat masa ini...
nasihat anak2 supaya terus2 mendo'akan arwah ayah nya...
baiknye muffin ni...
sebab tu ipar duit jeles & saje tokok + cerite kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2008 11:06 AM | Show all posts
cutebaby... muff rasa bersalah sgt sbb rasanya punca pada muff, lepas dia bercerai dgn muff, dia sering sakit dan dgr kata dia rindukan anak pempuan muff, tapi anak pempuan muff mcm dendam pada arwah dan tak nak jumpa arwah... muff sering nasihatkan anak, tapi dia tak nak dengar... muff rasa muff punca dia menderita dan meninggal...  sbb tu muff nak tebus dosa muff pada dia.. hidup muff tak tenteram.. boleh tak kalau muff buat wakaf atas nama dia..??
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by muffinzz at 16-1-2008 11:06 AM
cutebaby... muff rasa bersalah sgt sbb rasanya punca pada muff, lepas dia bercerai dgn muff, dia sering sakit dan dgr kata dia rindukan anak pempuan muff, tapi anak pempuan muff mcm dendam pada a ...


hihihihi...saye xde pandai nak bagi nasihat...
pasal perkara2 camni rasenye lebih baik muff mintak nasihat dari yg lebih arif...
tanye ustazah2 ke...:flower::flower::flower::flower::flower::flower:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 11:12 AM | Show all posts
kesiannya,sampai skang pun tak pandai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by daudkaran at 16-1-2008 11:12 AM
kesiannya,sampai skang pun tak pandai lagi.


ko ni tak abis2 nak cari psl...patut la slalu kena potong kredit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:25 AM | Show all posts
org yg dah pergi....doa la agar roh nya di tempatkan dikalangan org2 yg di Redhai Nya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:35 AM | Show all posts
dalam hal ni rasanya ipar duai yg pembawa cerita ni la yg berdosa....
u ni mangsa keadaan je...
bekas suami u pun dah ada kat alam lain... akhirat nanti dia tahu la sapa yg salah sebenarnya.....
bahaya pembawa mulut ni... kalau salah dah jatuh fitnah coz buat u suami isteri bercerai.
kesian & simpati pada u coz pasal mulut end up dgn perceraian.... lepas tu kematian..

doa la byk2...
rasa2 lepas yr ofismate hantar u balik... why dont u sms suami tu time tu... or u gi hospital bgtau dia.... sebab u senyapp je & suami u dpt tahu dari org lain kot.. tu yg buat suami u marah & jadi cerai..
apa2 pun tu semua takdir & kehendak-Nya.. mungkin ada hikmah disebalik yg berlaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #10 t@t's post

cth yg masih tak pandai,
aku cuma kesian jer..nak potoong,potong..cuma jgn sampai aku dpt tau & aku jumpa org yg buat tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 12:03 PM | Show all posts
terima kasih pada yang memberi nasihat dan pandangan berguna pada muff.. insyallah, muff akan buat sebaik mungkin ikut apa yang kawan2 cadangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 01:24 PM | Show all posts
Orang yang tidak membuat dosa, kemudian tidak lagi merasa berdosa adalah orang yang berdosa, dosa yang tidak terampun. Sebaliknya, orang yang berdosa, kemudian sedih dengan dosanya, adalah orang yang tidak berdosa, kerana dosanya telah diampun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 02:43 PM | Show all posts
mawar merah.. betul ke? atau hanya kata2 utk menyedapkan hati dan perasaan saya..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 02:59 PM | Show all posts
Bagi saya yang sudah tu sudahlah....  Segala-galanya dah berlaku dia pun dah meninggal. Janganlah disebut-sebut lagi...

Cuma sebagai ibu kalau boleh mintalah anak-anak doakan supaya roh ayah mereka dicucuri rahmat.  Nasihatkan supaya jangan berdendam.... kalau ayah mereka tak de mereka pun tak mungkin akan ada didunia ni....  Apa yg terjadi keatas Muff jadikan iktibar....

Apa yang terjadi itu adalah sebagai penyebab kesimpulannya Perkahwinan Muff dah ditentukan hanya setakat itu....

Memang pedih untuk terima kenyataan tapi kita mesti ingat Jodoh Pertemuan, Rezeki, Tanah Kubur semua ditentukan olehNya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by muffinzz at 16-1-2008 12:03 PM
terima kasih pada yang memberi nasihat dan pandangan berguna pada muff.. insyallah, muff akan buat sebaik mungkin ikut apa yang kawan2 cadangkan...


Assalamualaikum muffinzz,

Di dalam hadis ada menyebabkan 3 perkara yg dapat membantu seseorg yg telah meninggal duniya. (dengar Kuliah Subuh last Saturday)
1. harta yg di sedeqahkan nya
2. ilmu yg di ajar nya
3. anak yg soleh

So, harta haper yg miker nak 'wakaf' kan bagi pihak nya??
Biler seseorg itu telah meninggal duniya tanpa berwasiat, Kaedah FARAID akan mengambil peranan.
Sekiranya dier telah membahagi bahagikan harta nya semasa dier hidup, pahala itu adalah bahagian nya.
Bacaan Yassin, kenduri kendara serta doa yg di amalkan..............terpulang kpd Allah swt utk menerima nya.
Sebab yg dikatakan di atas tadi.............olih ANAK yg soleh.

BErbalik kpd perkara yg terjadi kpd miker perihal PETNAH itu.
Pada pendapatan teman yg tidak cukup ini, elok di lupakan sahaja kisah itu.
Ajari lah anak miker agar menjadi seorg ANAK yg SOLEH.
Itu lah TUGAS/BEBAN yg di letakkan ke atas pundak miker.!!!

Mengenai utk menjagai BEKAS ibu mertua plak, ada MASAALAH mendatang kelak.
Sekiranya BEKAS ipar lelaki miker datang ziarah, miker kena ler tutup aurat.
Begitu juga lah kalau masih ada BEKAS bapa mertua.

Nak MENEBUS DOSA???
Itu di antara miker dgn Allah swt sekarang.
Miker sudah meminta ampun n maaf dari BEKAS asben, sudah selesai bahagian miker.
Arwah memaafkan or tidak............itu bukan lah masaalah miker lagik.

Haper yg miker perlukan lakukan ialah...
1. perbanyakkan sedeqah
2. solat tahajjud n taubat
3. zikir
4. membaca Quran
5. nasihat menasihati

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 06:08 PM | Show all posts
1.  Menuduh orang perempuan yang baik2 berlaku curang, melakukan zina sedangkan perempuan itu tidak melakukan sebarang perbuatan keji adalah satu dosa yang amat besar.

2.  Isteri yang menumpang lelaki lain yang bukan muhrin tanpa izin suami juga adalah satu dosa.

Jadi hidup jangan diburu dosa sepanjang hayat, taubat dan minta ampun dengan Dia insyaAllah Dia akan mengampunkan segala dosa kecuali syirik...

Jangan putus asa dari rahmat Allah, kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 07:13 PM | Show all posts
salam

baik semua amalan dan nasihat dr saudara kita
dan semuanya ke arah kebaikan
dan yang paling baik
ialah berterusan dlm keadaan bersalah itu
dan masih bersalah
sehingga terpisahnya jasad dan roh......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.063989 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list